Ketinggalan Tengok Wayang | Miss Durian Runtuh

Dec 8, 2010

Ketinggalan Tengok Wayang

Salam. 9/12, esok keluar filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Macam seronok je kan. Sambungan filem Zombi Kampung Pisang. Nak tengok sangat. Tapi disebabkan sekarang jarang keluar sebab tak berduit, tengok iklan je la aku. Memang dah lama aku tak tengok wayang. Asyik baca review orang tengok wayang, aku baca je la. Daripada sinopsis yang aku baca, memang best la cerita ni, tengok iklan pon tahu. Hahah, sapa yang download filem ni nanti, burn vcd bagi aku. Pos kat rumah aku.;p

Sinopsis:
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Sumber : Budiey


Banyak dah filem aku tak tengok. Banyak gila. Dari rayeay hari tu aku tak tengok wayang. Kesian tak. Nama je balik Ipoh time cuti, tapi tak tengok wayang macam dok Ganu sokmo. Harry Potter tak tengok, Lagenda Budak Setan, Jangan Pandang Belakang Congkak, boleh kate filem David Teoh baru2 ni kuar, memang aku tak tgk. Nasib baik Lagenda Budak Setan nak kuar Astro minggu ni. Hahah..
Sumber Gambar : Google
signature

4 Flowers:

filzahtismail said... Reply Comment

nas . nnt tgk la cte narnia besame yg tersyg tu.. hehe..

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

narnia best ke weh..hahah..tgk la dulu...wit takdok..

NIA said... Reply Comment

whoahhhh byknye list.hehehe.xlama lg dptlah tgk tuh.kekeke~

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@izzati

hahah

list filem yg dah tak keluar wayang...tunggu kuar tv je la..