Miss Durian Runtuh

Aug 21, 2018

Pemurah

Assalamualaikum semua. Masa tengah menaip ni, masih di pejabat, kerja,dan esok 22 Ogos 2018 Hari Raya Haji. Woi balik kampung la, nanti jem. Heheh. Apa nak buat, kerja, Nazirah cuti selepas raya okay. Berbalik pada tajuk di atas, PEMURAH. Sejak kerja di Hutan Melintang, ramai sangat orang pemurah. Pemurah dengan apa? Pemurah dengan makanan. Aku rasa sepanjang duduk di sini, perut ni dah penuh di isi dengan sedekah orang. Cikgu belanja hari jumaat, cikgu buat potluck, cikgu tu nak pergi buat umrah / haji, belanja makan. Cikgu situ bersara, belanja makan. Belum kira my cc (ketua kerani) yang tak pernah berkira belanja kami makan, kawan pejabat yang baik hati tak berkira duit. Mudah kan orang hulur duit belanja orang lain makan. Kadang jadi segan sebab macam dah terbiasa. Tapi kenapa diri sendiri berat sangat tangan nak belanja orang lain makan. Ada kawan pernah tulis, kita belanja family, kawan-kawan makan (atau selain makan) sebab ikatan hubungan lebih penting dari duit. Orang tengok kita macam banyak duit, tapi sebenarnya kita bukan kaya mana.
So, nazirah mahu jadikan amalan ini satu benda yang ringan untuk dibuat. Ada duit, apa salahnya. Dengan keluarga, kawan-kawan. Kadang rasa teruk sangat diri, takda pun bawak abah jalan-jalan, takda pun bawak anak buah jalan-jalan, takda pun belanja makan. Padahal dah bertahun kerja. Sebab tu duit rasa tak pernah cukup kot.
Ikhlas susah dicari, duit bila-bila boleh dicari, inshaALLAH ada rezekinya. Cuba lah. Jangan dikira duit, sebab sampai bila-bila takkan cukup. Semoga bukan makan sahaja, tapi segala hal kita tak berkira.

💙💚SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H💛💜

Apr 16, 2018

Trust Your Maker

Assalamualaikum. Kesinambungan post sebelum ni, haritu terjumpa post Mizz Nina. Macam kena je dengan rasa penyesalan aku. Hahah. Ya ya, kebetulan, tapi rasa lega hati sikit. (Walaupun lepas 2 3 minggu, perasaan lama datang kembali.Heheh) Meh, ai share.
Mungkin aku yang "buta" tak nampak apa hikmah semua ni. Sedangkan, aku ada kerja yang halal, ada kenderaan, ada keluarga, ada kawan-kawan, teringin nak makan apa-apa boleh pegi beli. Tapi teringat apa sorang kawan pernah cakap, kita nampak apa yang kita nak je. Aku tengok orang kawin, aku takda so aku nak, aku tengok orang ada anak, aku takda so aku nak. Sebabtu tak pernah puas kot. Sebab tu rasa hidup ni sedih. Tak matang kan? Aku kena lebih bersyukur, kena kuat untuk jadi lebih baik.
Nah bunge❤

Apr 13, 2018

Penyesalan

Assalamualaikum. Lama nya tak menjenguk di sini, last post waktu raya puasa tahun lepas. Sekarang lagi sebulan nak puasa tahun 2018 pulak. Cepat masa berlalu. Sekarang nak meluah rasa kat sini pun tak berapa malu, sebab blog ni kakak kita je yang baca. Hihi. Kalau orang google nama penuh kita pon tak keluar blog ni. Dah masuk 2018 ni, umur pun meningkat 29 tahun. Woow sangat, sebab mula-mula tulis blog dulu umur baru 20 tahun. Sekarang dan sibuk kerja, balik rumah rehat, esok ulang balik rutin harian. (Bosan weh


Betapa berubahnya hidup aku lepas tamat kehidupan di UMT. Dulu waktu zaman blog, apa-apa up dalam blog. Pasal kawan-kawan UMT, semua masuk blog. Sampai Fatin termalu sekarang depan Prof dia bila google nama penuh, keluar gambar dari blog aku. Sorry Fatin. Hehehe.

Bila dah umur 29 tahun ni, banyak perkara yang aku kesalkan jadi dalam hidup. Belajar, perjalanan hidup aku, semua lah. Walaupun, (alaa baru umur 29, bukan umur 40 pon), tapi, bila hari-hari kau balik rumah dari kerja, bila duduk sorang, terkenang jugak tindakan dan keputusan kau amik 5 6 tahun lepas atau lebih tepat keputusan kau ambik 10 tahun lepas.

Walaupun orang cakap, kau kuat naz, kau boleh naz, tapi dalam hati aku, sedih jugak kadang.

Yela, lepas apa terjadi di UMT, lama duduk rumah, then terjadi perkara frust. Nangis-nangis hari-hari, tak lalu makan semua, bila tak larat, baru terpikir nak kerja, bila ingat balik keadaan masa tu, menitik jugak air mata. Bila fikir balik, rezeki aku lepastu, kerja tak putus dari tahun 2013. SunInns, UPSI (my loveee) dan sekarang kerja kerani sekolah. Alhamdulillah :)

Tapiperkara lain pulak menyedihkan hati aku.

Kalau lah, aku pandai buat keputusan dulu.

Tapi, siapa tahu. Tuhan saja tau.

Nazirah, tolong la bersyukur. Cukup la gembira apa yang ada sekarang. Jangan demand lebih-lebih. Hihi.

Kbai.