August 2016 | Miss Durian Runtuh

Aug 26, 2016

Lagi Lagi KDrama

Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ehem, dah nak Raya Haji dah Nazirah oii. Lama tak menulis di sini. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan kehidupan forever alone, dan sibuk memikirkan masa depan. Gituw. Sekarang Nazirah tengah gila drama Korea (kembali), selepas sekian lama tinggalkan KDrama. Gara-gara pengaruh kawan pejabat. Hihik.
Doctors! Yeay, ini la mulanya. Sebabkan pernah tengok iklan kat Astro 393, jadi rasa menarik, dan sebenarnya suka hero dia, Kim Rae Won. Siapa pernah tengok filem Little Bride, mesti kenal Kim Rae Won, dan siapa pernah tengok My Love Pattzi kat TV3 dulu, mesti tahu hero nih. I loikee! So, bila kawan pejabat promote, tanpa segan silu, Google dan donwload!
Descendants of The Sun! Siapa tak tengok memang rugi. Actually, mula-mula memang tak nak tengok drama ni sebab Nazirah suka hero yang berusia dan tak jambu. Song Joong Ki jambu la, rasa tak boleh nak tengok drama dia. Tapiiii, sebab kawan promote lagi, dan kawan dah habis download full episode, kita tengok je lah. Sekali terpikat. Orang dah lama tengok, awok baru nak tengok. Lambat! Kah. Rupanya lagi best dari Doctors. Hihik sorry.
Oh My Venus. Drama ni best, kelakar, ringan, tak complicated, tapi 2 episod akhir tak berapa best sebab macam dah kehabisan idea. Haa, hero berusia dan tak jambu macam ni yang Nazirah suka. Kikiki. So Ji Sub dan Shin Min-Ah memang sepadan.
http://farra-aina.blogspot.my/
credit : farra-aina
Latest KDrama Nazirah tengok sekarang, on running lagi adalah W:Two Worlds. Heronya Lee Jong Suk (jambu type), disebabkan drama DOTS, Nazirah dah ubah sikit-sikit mindset dan persepsi pasal hero jambu dan berwajah budak-budak. Drama W ini memang lah tersangat pelik, misteri, perlu berfikir dengan tajam dan kreatif. Kahkah, firstime tengok KDrama yang misteri sangat jalan ceritanya. Bukan ghost story pun, tak takut pun, tapi pening jugak la memikir.
Sebenarnya KDrama ini memang bagus untuk ditonton, kecuali part ehem-ehem la. Sebabnya producer Kdrama memang ambil serius kerja dorang. Kalau skop drama berkaitan doktor, tentera, peguam, memang betul dorang buat kerja tu. Paling respek tengok kerja Doktor, bila buat pembedahan, macam betul je belah orang.
Next!? Sekarang tengah download Jelousy Incarnate dan belum tengok lagi. Kalau menarik bolah terus download dan follow. Kadang-kadang sebabkan kawan pandai promote, barulah tertarik nak tengok. Kalau tak, sekian lah. Okay la semua, lain masa iols menaip lagi. Wassalam.