2017 | Miss Durian Runtuh

May 30, 2017

Hati Berbunga

Hati berbunga tengok iklan ni. Tak leh move on.
Oh Selamat Berpuasa semua.

May 8, 2017

Never Ending Story

Assalamualaikum semua. Sekarang dah bulan Mei. Hujung bulan nanti dah mula berpuasa. Wohh, cepatnya masa sekarang kan. Makin bertambah umur, makin dekat nak mati (wow, seriusnya). Korang pernah tak rasa lonely, sedih, emosi, forever alone gitu. Tapi nak tak nak, diri sendiri yang KENA hadirkan kegembiraan tu dalam diri kita sendiri kan. Tak kan nak sedih je.
Ada orang pernah cakap aku tak matang, tak pernah berubah. Perangai sama je dari dulu sampai sekarang.
Tapi ada orang cakap aku kuat, boleh hidup sorang, hidup jauh dari family, aku boleh berubah dari zaman kejatuhan aku sampai sekarang aku ada apa yang aku tak pernah sangka aku akan dapat dulu.
Dan yang penting, kita kena positif, jangan negatif, jangan simpan dendam. Orang nak buat kita? Kita jangan simpan dendam, teruskan hidup. Selalu fikir apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan rendahkan maruah kita sebagai orang perempuan. Orang tak nak kita, ada orang lain akan nak kita. Dan lastly, hidup berteman/berkahwin bukan la sebab utama kita akan GEMBIRA. Kita akan bahagia, kalau kita sendiri gembira dengan diri kita, kehidupan kita.
And, yes, Nazirah, sila jangan sedihkan diri. Happykan diri dan bahagiakan diri. Walaupun kita rasa diri kita kurang, ada orang lain yang lagi kurang.

Feb 2, 2017

Remembering and Forgetting 💟


Yeah, otak kita Tuhan cipta dengan tiada button reset. Kalau ada button reset, kita mudah lupa. Lupa kenangan buruk, lupa dosa yang pernah dibuat, lupa orang-orang yang tak patut diingat. Supaya manusia sedar, hidup ni tak selalu indah. Yang buruk dan hodoh tu la kita kena ingat supaya kita jadi orang.

Wah-wah bermadah ko Nanaz. JAGA HATIMU  ITU💓

Jan 25, 2017

Positifkan Hati Mu

Assalamualaikum semua.😉
Fuhh, mencabar betul dunia pekerjaan kan. Tempat kerja stress, balik kerja pun boleh stress. Patut la berita banyak laporkan ramai orang sekarang mati muda sebab stress bekerja,stress dalam hidup. Ya Allah, minta dijauhkan la dari kes macam tu. Bekerja dalam dunia ilmuwan pun apa kurang nya, stress ya ampun. Kat office ngadap kome, balik rumah pon kene ngadap kome. Mungkin ini semua sumpahan kepada iols. Huhu. Rasa nak isi borang tukar sekarang hoi.
Peraturan dicipta untuk di ikut, tapi kalau seorang tak ikut sebab mementingkan diri sendiri, semua orang boleh jadi pening. Cukup-cukup korang mengajar orang, dah balik rumah jangan nak ajar orang sangat lah. Jangan la menjadi nila yang merosakkan susu sebelanga.
Ada lelaki payah, takda lelaki pun payah. Cam mana tu. (uii dahsyat ko nokk) Ehem, kecuali abah dan abang-abang iols la sebab tak pernah menyusahkan dan membuli iols.

Sekian sesi luahan hati. Korang jangan stress ye. Cari la tempat mengadu. Jangan mengadu dalam Facebook kang viral kang. Kahkah.

Jan 13, 2017

Hello 2017 💙

 
Assalamualaikum semua. Wahhh dah Tahun 2017😻 la. Cepat sangat masa berlalu. Semoga masa yang berlalu pantas tu diguna dengan baik. Cewahh. So, tercapai ke target atau azam 2016 dulu? Untuk aku, tercapai jugak 1 target. Alhamdulillah😊. Kakak cakap, dalam hidup kita kene ada target atau azam, baru la dapat sesuatu yang kita nak kan. Nak masuk 2017 maksudnya dah nak 2 tahun aku tinggalkan UPSI dan bekerja di tempat baru. Rindu betul UPSI💙, memang sentiasa refresh dalam otak supaya sentiasa ingat memori kat sana dulu. Kiki. 
Well, hujung minggu lepas, aku dan kawan-kawan🙍 sekolah Ipoh dulu berjalan-jalan bersantai-santai di Penang. Spesifiknya pergi Bukit Bendera la. 5 Jam dok atas sana sebab hujan. Tapi memang berbaloi sebab tersangat cantik tengok pemandangan, berbaloi bayar RM10/sorang untuk naik cable train dan sebabkan first time Nazirah pergi, memang excited jugak la. Lepas tu, pergi Straits Quay tengok kapal orang kaya and then kami pergi Batu Feringgi makan laksa dan air kelapa. Tapi, memang nasib kami kene berjalan dalam hujan💧 hari tu. Apa-apa pun, best sebab dah lama tak jejak Penang😍.

Wokeyy, sejak-sejak hujung tahun lepas, Nazirah acah-acah mula baca novel cintun💚 Melayu balik. Sejak tinggalkan sekolah, Nazirah dok baca komik je. Sekarang baru tergerak hati nak baca sebabkan teringat drama Love You Mr. Arrogant. Gigih cari novel terpakai, surf Bookcafe, cari dalam Instagram, cari kat Novelhut Ipoh. Okay, sesapa orang Ipoh mesti kenal Novelhut kan. Untuk makluman korang yang mencari buku terpakai boleh pergi Kedai Novelhut, lokasi > sebelah Ipoh Parade dan depan Hotel Syuen (corner lot). Kasih Yang Suci (Nora Elena), Asam Pedas Untuk Dia, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Wee, rasa macam remaja pulak baca novel cinta. Semoga hobi membaca dapat dipupuk balik tahun 2017 ini😅.
Baiklah, bye blog, jumpa di lain masa. 
💔Sengaja letak gambar Running Man, sebab Running Man dah nak tamat :( Bagi aku, satu-satu veriety show Korea yang tak bertukar orang. Sebab tu peminat setia dengan 7012 RM.