May 2017 | Miss Durian Runtuh

May 8, 2017

Never Ending Story

Assalamualaikum semua. Sekarang dah bulan Mei. Hujung bulan nanti dah mula berpuasa. Wohh, cepatnya masa sekarang kan. Makin bertambah umur, makin dekat nak mati (wow, seriusnya). Korang pernah tak rasa lonely, sedih, emosi, forever alone gitu. Tapi nak tak nak, diri sendiri yang KENA hadirkan kegembiraan tu dalam diri kita sendiri kan. Tak kan nak sedih je.
Ada orang pernah cakap aku tak matang, tak pernah berubah. Perangai sama je dari dulu sampai sekarang.
Tapi ada orang cakap aku kuat, boleh hidup sorang, hidup jauh dari family, aku boleh berubah dari zaman kejatuhan aku sampai sekarang aku ada apa yang aku tak pernah sangka aku akan dapat dulu.
Dan yang penting, kita kena positif, jangan negatif, jangan simpan dendam. Orang nak buat kita? Kita jangan simpan dendam, teruskan hidup. Selalu fikir apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan rendahkan maruah kita sebagai orang perempuan. Orang tak nak kita, ada orang lain akan nak kita. Dan lastly, hidup berteman/berkahwin bukan la sebab utama kita akan GEMBIRA. Kita akan bahagia, kalau kita sendiri gembira dengan diri kita, kehidupan kita.
And, yes, Nazirah, sila jangan sedihkan diri. Happykan diri dan bahagiakan diri. Walaupun kita rasa diri kita kurang, ada orang lain yang lagi kurang.