October 2010 | Miss Durian Runtuh

Oct 31, 2010

(Siri Kenangan) Sesame Street

Salam,
Saya kanak-kanak, saya suka kartun. Hahah. Teringat waktu kecik-kecik dulu, setiap pagi Sabtu, mesti dok depan tv mengadap kartun. Salah satu nya ialah Sesame Street. Paling suka waktu mereka ajar ABC. mesti ikut, tpi pelik bile org putih sebut Z (zack) adalah Z (zee). Suka tengok mereka bersembang walaopon tak paham English, suka tgk mereka menyanyi, walaopon tak paham English. Hahah. Suka nye!!!

Ada Big Bird yang suka tolong kawan-kawan, ada Elmo yang merah, ada monster yang duduk dalam tong sampah, ada yang Drakula, ada yang kepala jagung, Ernie yang naif, ada cookies monster. Suke99!

Hello, I am Elmo the Red Monster!

Hello Malaysian, I am Cookies Monster, I like to eat cookies!

Hello, I am Oskar. I love to live in dustbin.Bye!
Sesame Street

(Siri Kenangan) Scooby Doo di Google

Salam,
Hari ni bukak2 Google, ada gambar Scooby Doo, rupanya untuk sambutan Halloween mereka. Okey, sebenarnya nak cite pasal Scooby Doo. Walaupon kartun tu tahun 70,80-an, tapi tetap suka. Aku suka yang laki kurus pakai baju hijau tu, sebab dia kurus kering ditambah pulak penakut, sama macam Scooby Doo, si anjing coklat tu. Comel la! Waktu kecik2 bukan paham pon apa dia cakap, tapi paham sebab tengok je apa kartun tu buat. Yang bestnya, kartun Scooby Doo ni sume pakai seluar boot cut, ye la, tahun 70,80-an kan.Zaman Hail Amir ngn Uji Rashid. Okey, bye! Hahah :p





Nanti nak tulis pasal Sesame Street lak.

Oct 30, 2010

Cara Buat Kartun Sendiri

Salam,
Nak buat avatar bertudung? Hahah, bila org dok heboh nak buat avatar bertudung, aku pon tumpang sekaki payung nak buat jugak, tak mau kalah gak kan.Hahah :p .
1. Pergi FaceYourManga @ Dtac One DIY dan buat la avatar korang.
2. Jangan buat rambut, buat botak je.Baru best pempuan botak.
3. Lepas dah siap, download la.Kalau buat kat FaceYourManga ni, kena tunggu la bila nak download.
4. Nak ambil tudung, pergi blog OBLIND. Pilih dan download la. Ada jugak tangan yang pegang bendera anti-I$raeL. Dah download tu, ucap Terima Kasih tau :)
5. Buka Photoshop, ikut arahan gambar di bawah.

Open untuk buka gambar Avatar korang

Tekan Place untuk amik gambar tudung untuk diletak di Avatar korang.

Adjust mana yang patut.


Kat Layer Tudung tu, tekan double click supaya keluar kotak untuk Color Overlay tudung, Stroke tudung dan macam2 la. Then Save.Kalau nak ubah-ubah lagi, save juga sebagai Photshop psd. So, nanti boleh buka dan edit la.

6.Lepas tu, buka PhotoScape untuk edit avatar korang. Jadi macam kat bawah. Ikut la kretif korang tu. Then Save.
Gambar-gambar bawah ni avatar memula aku buat tadi.



Ni avatar aku.Tapi suka yang pakai Rayban tu, macam cool je kan.Hahah :)
Credit to : :pandaGeli_chokilala: Terima Kasih LalaChoki. *saja ubah nama kan.hihi

Oct 29, 2010

Gadis Melayu

Salam,
Tadi kami tengok Gadis Melayu musim ke-3. Yang juara adelah Rina Salleh. Lawo lah semua, cime fesyen tudung mereka pakai adelah pelik. Berlilit2 cam org pegi sawah padi..Opps, sori kepada juru tatarias Gadis Melayu. Hahah, kalo mereka pakai tudung macam gambar Rina Salleh kat bawah ni, baru la elok ;) Tahniah semua. Saya suka Afeeqa Hazwani, sebab saya selalu stalker gambar dia kat Facebook. Tapi dapat top 5 pon dah dikira bagus dah. Tahun depan nak masuk la, tapi tak reti masak plus susah nak buat keja-keja kebajikan nih ha..Humm, ni gadis bandar nih!

Sumber gambar : Google & Chenta Oh Love

Oct 25, 2010

Rasa Tenang Lepas Cakap Dengan Yob !

Salam.
Minggu ni banyak perkara perlu difikirkan. Assignment yang menunggu untuk dihantar, test yang menunggu untuk dibuat dan buku yang menunggu untuk dibaca. Lagi 2 minggu kami budak SE akan menghadapi final exam, harap semua berjalan lancar. Dan InsyaAllah, sebelum final, akan ada satu surprise! Yeay! Dan masa depan saya akan ditentukan. Tapi sebelum tau apa surprise nya pon, kadang2 manusia ni boleh agak apa akan terjadi kan. Betul tak? So, sebelum ni, saya dah banyak buat keputusan yang salah, terlalu banyak, sebab asyik mengharapkan family buat keputusan untuk saya. Jadi, kalau terjadi apa-apa sebelum final nanti, saya harap surprise yang saya dapat akan tunjukkan apa masa depan saya. Yang penting, segala yg Allah rancang & buat untuk manusia ni, bergantung kepada usaha dan tawakal kita. Dan , kalaupon kita gagal, tak bermakna kita tak usaha kan. ;) Ohw, tadi Yob call saya, saya nangis puas2, cerita semua. Nasib baik Yob pon belajar U, so dia tahu flow hidup di U ni.Time Kasih Yob. Bak kata Yob, jgn tension2, byk lagi keje, test kite nak buat. Jangan fikir sgt. Hihihi, macam2 la..
:girl_9::girl_9:
Ohw, saya emosi hormon tak stabil. Kalau saya tersalah cakap dengan kawan2, minta maaf ye, bukan bermaksud nak marah2 or tension2 dgn you all..Hahah ;p

Tahniah Yob ! part 2

Wawah, tinggi tak Yob saya..hihi.. Tahniah Yob, Sayang Yob! Mungkin lah tak dapat nak ikut jejak langkah Yob. Who knows what happen in future right? ;( Yang pasti, if anything happen in this coming few weeks, I must think what I'm gonna do for myself..
Graphics

Oct 10, 2010

Watermark Lekat Kat Gambar

Salam,
Hai, harini saya nak tunjuk watermark.Apa itu watermark?Watermark ialah tanda tangan kita kat gambar kita. So, orang2an tak boleh sesuka hati lekat gambar kita or guna gambar kite sebagai iklan di mana2.Okey, I know that nobody want/interest to kidnap my picture, but I must concern okay about my picture! Cewaah, nak cakap English lak aku! Haha. Okey, watermark ini dibeli online RM5.
Orang : Hahah, kenapa perlu beli, bukan ke ko tau gune photoshop ke Naz?
Naz : Okey, aku saja nak beli & aku kagum bakat kakak ni buat watermark ni & i love to support Malay businesswomen/man. Hahah, tak 1 Malaysia betul aku.Eh, aku beli jugak barang dari Chinese and Indian people also okay. EYBIZZONLINE ini diperkenalkan oleh Kak Eynda. Memang semua hasil kakak ni best dan cantik, harga pon murah oooo..*Aku suke barang murah!


Kakak ni buat watermark putih dan hitam, kiranya sesuai untuk gmbar gelap & tak gelap.Lagi satu, perkhidmatan kakak ni sgt cepat okay, semalam tempah, harini dah dapat.
Orang : Naz, nape ko nak membazir beli watermark ni, edit je la sendiri?!
Naz : Okay, aku malas nak godeh2 Photoshop,cari brush la,ape la, ingat boleh buat cantik2 dalam sejam je ke..
Orang : Naz, ko kan suke edit2 nih, tak payah beli!
Naz : Apsal korang nih hah, lantak ai la.
Hahah..*Ni semua dialog dalaman saja!

Ni scheduled post!
Girly Graphics

Oct 8, 2010

Selipar Jepun Pink Giveaway-Plushies Comel!

Salam,
Petang yg suram ini saya masuk giveaway dari Selipar Jepun Pink. Boleh menang plushies yang comel.Kalo korang tgk, mesti jatuh hati la.Serius.Kisz ni sgt la berbakat dalam menjahit patung2 lembut ni.Kalo aku, memg rosak la kain aku kerjakan.Hahah.;p. Okey, syarat-syarat ;
1.Jadi follower...
2.Leave name & blog kat komen post giveaway itu & komen best2 biar Kisz jatuh hati kat korang..hahah ;)
3.Letakkan 3 gambar kiszydolls di blog anda & terangkan tentang GA ni kat blog anda.
4.Jangan lupe gtau anda sertai kategori yang mane satu di komen yang anda tinggalkan.
5. Ada 3 kategori, iaitu IBU,STUDENT & BEKERJA. Saya Student UMT.Haha :)
Korang tgk la plushies nih,memg comel, nampak lembut di mata, dekat di jantung tau. Kreatif la budak nih, menjahit.
Nak semua! Hahah,korang kalo nak beli pegi je blog Kisz. Kisz tulis "DAPATKAN PLUSHIES DENGAN HARGA RM20 EACH. bagi design2 terpilih(tidak termasuk nama,bow,tie,logo n accessories tambahan) dan saiznya lebih besar dan isinya mampat =)". Begitu kate beliau.
Korang tgk semua plushies nih, nak bagi mak boleh,bagi ayah boleh, bagi suami/isteri boleh, bagi anak boleh, bagi kawan boleh, bagi pakwe/makwe boleh, bagi kat PM pon boleh tau!
plushies gaway
giveaway nak menang

Oct 6, 2010

Gaya Vintage Mak & Abah

Salam,
Hai, saya dari kecik suke sangat tengok gmbar abah & arwah mak masa muda2.Kalau korang tgk kat gmbar tu, tahun 1968 kan.Baru kawin time tu.And pada 1 Jun 1969, abang sulung saya iaitu Yob lahir..Hihi, mak abah saya 2 pupu..Tok belah abah dan opah belah mak ialah sepupu. Orang dulu-dulu kalau kampung seberang Sungai Perak pon dikira jauh tau, kalo nak jumpa pon susah, so, dgn kawin kan anak-anak la,hubungan kekeluargaan itu boleh dijalin. Cewaah, ayat nak skema je.:pandacloud_17:.Apa-apa pon, saya suka tgk mak mase muda2, cun, vintage, rambut Saloma, baju songket,ramping,jari masih berinai,handbag lawo,mesti ramai pemuda Kampung Layang-Layang Kanan Kiri terpikat. Tapi dapat kat abah saya.Nasib la..Hihi.Abah lak, seluar Yankees, tie panjang bawah perut,kurus je, smart,ai, org dulu-dulu memang lawa la..


:pandacloud_27:
Ni zaman Hail Amir & Uji Rashid! Hahah, tgk seluar abah dah kembang, baju mak tetap cantik cun,diva dan macam-macam la!


Ni pulak, gambar time raya tahun 2000.Sayang mak & abah!
Tapi nape la anak mak tak tinggi macam mak.Ehem2, ikut abah la,rendah!Hihi, abang2 saya je tinggi2.Saya 5 beradik. 1969,1972,1973,1977,1989!

Graphics

Oct 5, 2010

(Update) Cute Blog Background & Cara Tukar Background Blog

Salam,
Hari ni nak introduce satu website yang bagus. Bagus ape?Hahah, bagus sebab provide layout blog yang cantik, cute, adorable dan macam-macam la.Kebelakangan ini, puas la saya mencari wallpaper/layout/graphic yang cantik, cun untuk blog.Tanya orang sana-sini, tapi tak dapat jawapan yang memuaskan. So, saya pon mencari la kat Google dengan keyword macam-macam. Akhirnya jumpa jugak. Persembahkan CherryBam Bam Bam Boom! :pandacloud_08:Okey, maybe ramai dah tau website ini, tapi takpe, mungkin ramai lagi yang tercari-cari tapi tak tau kat mana kan.

1.Korang hanya perlu pilih background di tab ALL MYSPACE LAYOUT & MORE.
2.Korang click je mana-mana gambar dan pilih.
3.Kalau nak save,click gambar dalam kotak2 tu-->right click kat gambar itu-->tekan View Background Image-->save as image.
4. Or, just amik je url gambar tu, upload dalam PhotoBucket .
Wah, macam la korang tak tau kan.Hihi. Dan kalau korang nak tahu macam mana nak masukkan background ke dalam blog, boleh scroll ke bawah lagi :)



Cara Nak Masukkan Background
Pengguna Template Designer
1. Buka Dashboard --> Design --> Template Designer --> Background

 

2. Korang click kotak yang bergambar tu, dan boleh la pilih background yang Blogger bagi. Kalau tak mahu, just tekan Upload Image dan Browse untuk pilih background yang korang mahu.


3. Lepas dah selesai pilih dan browser pon dah loading image korang, tekan Done dan korang boleh pilih Alignment untuk tetapkan kedudukan background tu, Tile dan Scroll with Page. Bagi aku, baik korang jangan tick Scroll With Page, baru la nampak cantik dan kemas. Kemudian save bila dah puas hati.


Pengguna Old Template
1. Pergi Dashboard --> Design --> Edit HTML
2. Tekan Ctrl+F untuk cari code di bawah. Selalunya code ni berada kat atas.
body {
  background: $background;
3. Tukarkan code background: $background; dengan
background: url("http://i696.photobucket.com/albums/vv323/naz89_blog/30gif.png") repeat;
4. Gantikan "http://i696.photobucket.com/albums/vv323/naz89_blog/30gif.png" dengan URL image yang korang nak. Kalau guna Photobucket, ambil Direct Link.
5. Preview. Kalau puas hati, tekan Save Template.
6. Cara nak upload gambar dalam Photobucket click SINI.
p/s ; So, hari2 aku nak tukar background belog!Yeah!





:c::h::e::r::r::y::b::a::m: