Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Dec 8, 2010

Ketinggalan Tengok Wayang

Salam. 9/12, esok keluar filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Macam seronok je kan. Sambungan filem Zombi Kampung Pisang. Nak tengok sangat. Tapi disebabkan sekarang jarang keluar sebab tak berduit, tengok iklan je la aku. Memang dah lama aku tak tengok wayang. Asyik baca review orang tengok wayang, aku baca je la. Daripada sinopsis yang aku baca, memang best la cerita ni, tengok iklan pon tahu. Hahah, sapa yang download filem ni nanti, burn vcd bagi aku. Pos kat rumah aku.;p

Sinopsis:
Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’. Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Sumber : Budiey


Banyak dah filem aku tak tengok. Banyak gila. Dari rayeay hari tu aku tak tengok wayang. Kesian tak. Nama je balik Ipoh time cuti, tapi tak tengok wayang macam dok Ganu sokmo. Harry Potter tak tengok, Lagenda Budak Setan, Jangan Pandang Belakang Congkak, boleh kate filem David Teoh baru2 ni kuar, memang aku tak tgk. Nasib baik Lagenda Budak Setan nak kuar Astro minggu ni. Hahah..
Sumber Gambar : Google
signature

Jul 26, 2010

Epilog Cinta & Nur Kasih

Salam.Hai, tadi saya tengok ada iklan drama terbaru di TV3.Pelakon2nye ialah Mia Sara, Zizan Nin & Fida.Hahah.Macam best gile je tgk sebab ada Mia Sara.Mesti cerita tu best macam drama Adamaya dulu.Rupa2nye, drama itu bertajuk Epilog Cinta,di adaptasi dari filem Syurga Cinta.Credit to Liyanaa Lunia sebab tau pasal Epilog Cinta ni dari entri terbaru Ynn.Hihi.Wah,tak sabar2 nak tgk la.Dan tadi bukak di Facebook, fanpage Mia Sara, ada update pasal filem Nur Kasih The Movie. So, buka pulak fan page filem Nur Kasih The Movie.Mia Sara jugak yg berlakon sebagai anak Aidil.Comel betul tengok Nur Amina & Mia Sara.Petang ni tengok gambar2 mereka saja.Rasa teruja.So, i tak sabar2 nak tengok Epilog Cinta & Nur Kasih The Movie.Nak3!!



Tengok, comel betul Tiz Zaqyah & Mia Sara!!Teruja lah. :)Mesti best filem Nur Kasih nih.Memang mengundang ketidaksabaran aku nak tengok filem ni.Semoga filem Nur Kasih lagi best & sedih dari dramanya.
Credit pic : Fan page Nur Kasih The Movie

p/s: Banyak gile ah ayat Mia Sara & Nur Kasih.Pening aku.Hahah ;p

Nov 22, 2009

Kenapa perlu penuh??

Okeh, macam ni, semalam kite & kakak & kak ipar mahu pergi tgk wayang, 2012, yg korang dok heboh tu..Konon nye nak beli tiket petang..Kite & kakak pergi la Jusco untuk booking tiket dalam pukul 1lebih p.m. Sekali tgk manusia punye ramai kat kaunter itu, & kami lihat 2012 FULL sampe malam, cume pukul 8.15 mlm je masih NOT-FULL kami tak ambil,tak elok kuar mlm,cess, @_@,sejuk..Haiyoh, rase kecewa la jugak.. So,kami pon jalan2 dulu..Sempat la mengambil novel Damya Hanna-Ilham Hati untuk di beli..

See, lain nak beli, lain yang dapat.. :)
Apa2 pon, 2012, ko tunggu,aku nak jugak tgk ko.. harapan

Jun 10, 2009

Kalau Pandang Jugak??

Tadi kite menuntun Jangan Pandang Belakang Congkak..memg kite da bising2 nak tgk pon..So,pegi la ke Ipoh Parade..Memg besh,lawak,kelakar,gelak2,bising2..Tak rugi melihatnye..hikhik..
.
.
.
.
.
.
Then,lepas menuntun itu,pusing2 kejap di Parade itu..Bum City ade buat Sale..Kite membeli gelang kaki..2 utas=RM10..Kalo beli 1 utas,ikut harge asal iaitu RM9.90..So,beli lar ikut promotionnye..Dan lagi membeli Getah Rambut+Keychain Hp..Dan lagi makan2 di MarryBrown..Dan lagi,pulang ke rumah..hoho..Malam ni nak mimpi Jangan Pandang Belakang Congkak lar..Ceh,Nazirah macam berani jer!!..
.
.
.
p/s: Salah satu care mengurangkan bil letrik..kihkih..

********************************************************
Kalo Sudi,Sile Komen Selepas Bace.
Kalo Tak Sudi Pon,Sile Komen Selepas Bace.
Hikhikhik..
********************************************************