September 2010 | Miss Durian Runtuh

Sep 30, 2010

Kenapa Saya Suka Blog?

Salam,
Hari ni nak tulis sikit pasal blog. Sekarang kan terlalu banyak laman sosial macam Facebook,Tumblr,Formspring,Twitter dan mcam-macam lagi lah, dan kebanyakannya aku memang register sebagai user. Tapi dalam banyak-banyak tu, Blog adalah paling releven untuk aku. Even, kawan0kawan aku tak banyak yang ada blog, tapi aku tetap suka blog. Kalau laman sosial lain, kalau takde kawan ramai, aku memang tak aktif la. Macam Twitter, MySpace, Tumblr, Tagged, Bebo dan macam-macam lagi la. Yang betul-betul aktif pon Facebook & Formspring. Bagi hati aku, Blog la satu-satu tempat aku boleh tulis macam-macam tanpa risau ada orang kecik hati ngn aku, ye la, kawan2 pon dalam berapa org je yg bace blog aku kan. Dan blog la, aku boleh letak gambar aku secara berleluasa tanpa aku risau ada orang nak curik ke tak, berbanding letak gmbar di Facebook.* Yes, aku tau, tak sape pon nak curi gmbar aku kat Facebook.Hahah ;p. Dan antara sebab lain aku suka blog ialah :

1. Aku suka tengok gadis yg pandai bergaya, even dia bukan la supermodel yg masuk tv anatarabangsa tu kan.Aku suka tgk deme ni bergaya, bawa diri dgn gaya deme dan kdg2 rase teringin nak cube gaya deme tuh. Contoh, Shea, Milimilo,Fatin Liyana, Nurul,Irine Nadia, Iylia dan lain2. Bwah ni blog Shea Rasol!

2. Aku suka tengok/baca blog yang fun bila bukak. Kiranya bila kite bukak, kita tak bosan nak baca cerita dia. Walaupon aku jarang nak komen, tapi seriuous, aku memg selalu bukak hari-hari. Misalnya, blog Rara, Mieya, Ynn,Intan, Hudaluna, Zack. Bawah ni blog Intan!

3. Aku suka baca kisah hidup orang. Serious, tak kira cerita suka-duka, kisah cinta, kisah time belajar, time kerja, pasal anak, pasal suami, pasal hobi,ape2 la. Bagi aku hidup setiap org ade yg istemewa walaupon aku selalu pikir, 'kenapa la hidup aku tak macam diaorang', tapi in the end, aku tetap menghargai diri & hidup aku berdasarkan kisah-kisah mereka ini. Contoh nye, mcam Irine Nadia, Hanis Zalikha, Izdayani, Ynaa, Taca, Sizuka, Doreamon dan byk lagi! Bawah ni YnaaOhYnaa!

4. The best part is blog yg KREATIF! Aku kagum dengan org yg pandai melukis, serious, aku terpikir, cam mana die boleh reti melukis sampai org boleh suke walaupon die baru buat blog. Aku kagum. Dan bila aku baca lukisan deme nih, aku boleh tergelak sorang2 dan kadang2 boleh meruntun hati kecik aku. Macam Conteng-Conteng by Fadhli Hamdan & Zack Zukhairi. Kalau baca blog Zack, aku boleh tergelak sorang2 mengekek-ngekek cam langsuyor, sebab jalan cerita entri blog die sgt lawak. Kenapa ye aku tak boleh buat gitu. Opps, maybe aku bukan la manusia yg kreatif. Kalau baca blog conteng-conteng, aku terpk, cam mana die boleh lukis selawa itu dan jalan cerita die, memg best. Blog lain ialah Ayeem Ayam, dan byk lagi lah.Bwah ni Conteng-Conteng & ZackZukhairi.


5. Yes, saya peminat pink! dan blog yg kawaii!. Ye, naluri perempuan yg suke bende comel & cantik kan. Kalau blogwalking, byk blog kawaii dan comel yg aku jumpe, tpi selalunye aku singgah sekali je sebab tak simpan URL nye. Sayang je kan. ;(..Blog Ynn ni memg la selalu tukar2 bg dan header. Dan blog Rara, Mieya, Sis Nun, Intan, Oh Ninie dan byk9999 lagi! Yes, bila baca blog, kita akan berjumpa byk blog yg comel2 dan best dan colorful dan macam2 lagi perkara comel, sampai diri terasa jeles. Hahah.Kalau kat Facebook, layout pon takde kan. Kalo Tumblr, kite boleh jugak jumpe blog yg cute comel kawaii, tapi, emm, emm,emm,ntah!Hahah ;p

7. Aku suke blog sebab kite bebas buat ape saja kepada blog kite. Macam aku, aku jarang menulis, tapi aku selalu tukar header & bg & template. Aku suke buat bende tu sampai puas hati. Aku suke blog sebab aku boleh tulis panjang2. Aku suka blog sebab aku boleh jumpa org Melayu yg ramai! Aku suke blog sebab aku suke customize blog aku. Aku suke blog sebab aku boleh tgk fesyen org. Aku suke blog sebab aku boleh masuk kontest & menang yeay! Yes, walaupon kadang2 entri aku takde org komen, aku tak kisah, sebabnya aku pon jrg menunjukkan diri di blog org & kawan2 pon tak ramai ada blog. Tapi kalo org tak komen status aku kat Facebook, aku mesti rase, mane kawan2 aku. Hahah, *ceh,naz, padahal ko pon tak komen status kiteorg! Kiteorg merujuk kepada kawan-kawan saya.

Yeay, blog bertukar hitam legam!Love it!
Kadang-kadang terpikir, ada tak org yg suke blog aku mcam aku suke blog org. Sebab kalo aku dah suke 1 1 blog tu, mesti aku simpan URL dia or aku akan melawat blog dia tanpe jemu.

Graphics

Sep 29, 2010

Reben Sweet Memikat Hati

Salam you all,
Harini nak bercerita sedikit pasal reben. Reben adalah satu gulung kain lembut atau plastik yang panjang dan tidak berapa lebar yang suatu ketika dahulu banyak digunakan untuk mengikat-ikat hantaran tunang dan perkahwinan. Kalau di ingat semula zaman budak-budak, tengok abang-abang kawin, semua reben-reben waktu tu memang tak comel, tak kawaii langsung dan hanya ada 1 warna. Tak merah, putih, tak pink, hijau. Macam takda variasi saja. Tapi hari ini kita boleh tgk banyak reben-reben pelbagai bentuk, warna, dan corak. Malah, aku boleh tgk la, byk sangat budak perempuan menggayakan reben ni samada di cekak atau di tudung. Kan menarik tertarik tu. Dan kalau aku ada semangkuk reben seperti di bawah ni, hari-hari pegi kelas, aku nak pakai reben ni dengan tudung bawal no. 1 aku. Bukan ape, sebab aku tak pakai shawl, so apa kata kita pon berkreatif dengan tudung bawal no. 1 beserta reben kawaii!

Woohh, tgk Iylia nih, memang cun meletop la pakai reben comel kan. Ni antara gadis-gadis yang menggayakan reben. Kalau kena dengan gaya, memang cantik kawaii sume ade lah!


Tengok reben buatan JajaKrat ni, mula-mula tengok terus suka & very kawaii! I love the color, pattern and also the girlish style. Kalau pakai mesti macam Hello Kitty kan. ;)
Tengok reben ini, cepat tengok! Ada button love, lady bug, polka dot kawaii dan banyak aksesori yang JajaKraf letak. Memang kreatif!.
Dan satu sahaja nak cakap;
"Bahawasanya saya, Nazirah Moktar, sangat kagum dengan orang yg kreatif,tidak kira dalam bidang seni lukisan mahupon kraf tangan. Kerana bakat itu hanya pada 1 in a million.And yes, JajaKraf adalah salah satunya!"
Dan pengumuman! JajaKraf dengan murah hati nak bagi 3 pemenang bertuah 10 keping reben kawaii! dan RM50 voucer untuk dibelanjakan di Tamu JajaKraf. Oleh itu, korang boleh la cuba nasib dengan hanya promote kan JajaKraf di blog,email atau Facebook.Click!
Jom terjah : JajaKraf & Tamu JajaKraf

Sep 26, 2010

KFC



Credit : KFC Malaysia
Salam,
Disebabkan perlu study hingga lewat malam, saya pon ambil masa nak buka internet.*Padahal tiap jam bukak internet. Ehem, ehem, saya pon google KFC tiba-tiba sebab ada assignment berkaitan business web site. Konon nak buat pasal KFC, so, explore la sikit-sikit pasal web site KFC nih. Terlior oooo waa cakap sama lu! Siap ada muzik-muzik best lagi web site KFC ni. Then, tengok la menu-menu KFC, padahal tiap bulan pon pegi KFC & dah tau manu die, tpi nak jugak tengok. Woo, memang sodap la! Yummy..Tambah malam-malam cenggini, lapau!. Apa-apa pon, kurangkan lah makanan tak berkhasiat ini dalam menu anda ye

Graphics

Sep 22, 2010

Kembali Semula Entri-entri Lama

Image : Google
Salam,
Semalam setelah tak tahu apa sudah terjadi kepada blog saya yang hilang body post, akhirnya hari ini, sudah selesai masalah blog saya ini. Dengan mengupload kembali template blog saya yang pernah saya save suatu ketika dahulu sebagai backup. Itu lah penting nya buat backup untuk segala kerja kita tau,awak-awak semua. Sebagai pengajaran, awak-awak semua sila la download template awak-awak semua yang kat Edit HTML tu. Apa-apa jadi, kan senang. :)
Okeh, jom baca buku!

Graphics

Blog saya sudah rosak kerana entri tak keluar-keluar sejak saya masukkan link url gmbar dari photobucket.Agak-agak anda cam mane nak buat??HAHAH :p


Graphics

Sep 21, 2010

Rindu Orang Jauh

Ni gambar candid raya tahun 2005, aku form 4.Dalam gambar ni, abg ketiga, Yang je takde, sebab tengah ejas kamera. Rindu gila la kat family kat Ipoh, walaupon, kadang-kadang bergaduh manjee ngn kakak aku, aku tetap suke..Hihi..Cepat la habis setahun ni. InsyaAllah ;) Wei, kakak aku diet, Melin pon gatai nak diet. Tak leh jadi nih. Cam mana aku nak dapat balik badan waktu form 4 dulu-dulu. Exercise pon tak, asyik makan je. Hadoi -_-'
p/s : Kepada Zarini, sekiranya anda membaca entri ini, sila lah pulang ke pangkuan aku semula di Terengganu..heheh.Kau pon termasuk rindu orang jauh aku tau!

Graphics

Sep 20, 2010

Start Sekolah

Rasa sunyi la :(
Pening kepala berfikir :(

Salam.
Sudah berpuasa 6?
Saya cadang nak puasa la, bagi bertenaga sikit.

Sep 11, 2010

Icon Buat Kami Sakit

Salam Syawal.
Amacam rayeay? Best? Saya pon best sebab cuti panjang. Dapat jumpe sedara-mara. Dapat duit raya banyak. Dapat makan banyak. Best, happy, gembira.
Tapi tengok kaki abah saya. Kesian tengok ;(. Sebelum saya balik cuti hari itu, abah saya jatuh moto, masuk longkang,semua gara-gara moto skuter Icon tu. Kalau tertekan minyak, terus dia laju. Habis baju kotor dan motor bercalar, brek patah. Tengok kaki, sudah bengkak. Tapi abah gagah lagi nak bakar lemang dan masak lauk di bantu makcik, abg2 dan kakak saya.

p/s : Aku fobia nak bawak motor, sebab aku org pertama yang masuk longkang bawa Icon tu.

:girl_1::girl_1:

Sep 10, 2010

Salam Ramadan 2010

Salam 1 Syawal.
Selamat hari raya AidilFitri diucapkan kepada semua.Minta maaf salah silap jika ada mengguris hati sesiapa atas segala tulisan saya di dalam blog ini atau blog korang semua. Kuih raya berapa jenis? Diharap korang semua sihat bersama keluarga dan gembira beraya.

Ni ada diselitkan gmbar anak buah lelaki main bunga api, 2 hari sebelum raya, Mereka dan mak buah mereka sgt seronok main bunge api sebab setahun sekali.
Ni anak buah perempuan yang turut serta main bunge api bersama mak buah.
Ni diselitkan gelagat En. Abah yg segak membakar dan memantau lemang.
Ni rendang ayam yg kakak saya masak.Semalam masak nye bersama daging masak kicap. Baru sehari raya, sudah tinggal semangkuk sahaja lagi.Memangnya laku.
Berbaju hijau ialah kakak, berbaju peach ialah kakak ipar.
Ni entah makhluk mane ntah la. Pegang kamera digital mcam kamera kodak je.

Sekian saja nukilan Lebaran saya.
Yang benar,

(Nazirah Moktar)

Pecah kaca Pecah gelas,
Sudah baca Harap balas. :)
Photobucket

Sep 9, 2010

Contest Senyuman Maneh


Salam Ramadan.
Saya di tag oleh Lionteen untuk masuk contest senyuman maneh by Gadis Kampung Separa Bandar. Hihi, best name beliau kan.Syarat-syarat:
1. Menjadi follower Gadis Kampung Separa Bandar. DONE (Durian_Runtuh)
2.Buat entri pasal contest ini, upload gambar yg hak milik sendiri & ada muka sendiri. DONE
3.Satu gambar saja di pertandingkan. DONE.
4.Letak banner di side bar, link kan banner itu dan link kan la entri ini dan komen la link entri ini dalam ruang komen contest itu. DONE
5.Tag minimum 2 kawan : Faten, Pqah . DONE
6.Tarik tutup : 10/10/10
7.Hadiah : Topup RM30.

Cantik tak gelang aku..Haha..Melin, ko mesti suke kan..Kaler biru kesukaan ko..Tapi lebar sikit.
Photobucket

Sep 8, 2010

Lambat Upload

Salam..Ai, mentang-mentang dah terlebih kuota, nak upload gambar dalam blog punye lah lambat.Ai, geram lah saya macam nih :p Nasib baik broadband ni boleh lagi guna walaupon dah terlebih kuota..Huh..Nanti je la upload gmbar..

Photobucket

Beg Raya

Salam Ramadan.
Semalam pukul 6.30ptg saya pergi Jusco sebab nak berbuka puasa dengan cik abg,makan KFC. Sedap, berselera makan. Pas makan, jalan-jalan kejap, pergi masuk tempat barang-barang Jusco, tempat beg. Kan saya kata nak beli handbag kan. So, sebab jam dah pukul 8 malam, perlu lah membeli secara cepat sebab nak kejar masa nak balik. So, bila tengok ada 50%, terus ambik dan bayar.Hahah..
Okeh, beg ni ada tempat letak duit rayeay kat depan nya, mudah la teman nak kutip duit rayeay nanti.Terima Kasih En. Abah, bagi duit.
Photobucket

Sep 7, 2010

Kad Raya Moden

Salam Ramadan.
Sekarang disebabkan terdapat banyak laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr,Myspace, Blogger, maka tradisi menghantar atau pos kad raya ke rumah jadi semakin asing dalam diri kita. Kita mula la cakap, harga setem mahal, harga kad mahal, so lagi jimat jika tag saja nama kawan-kawan dalam kad raya yg kite edit dan upload ke Facebook. Okeh, takpe la kan, sekurang-kurangnye ingat lagi kawan-kawan time raya-raya gini. Tapi, saya sebagai kanak-kanak yang hidup tahun 90an memang sangat rindu zaman sekolah dulu di mana kawan yang jumpa hari-hari pon, kita gedik jugak nak pos kad raya ke rumah mereka. Mengape begitu? Ini lah dinamakan semangat kad raya. Kita rase seronok bila ada posmen hantar kad raya ke rumah dengan kad itu ditulis nama kita. Kita pon seronok menggantung kad-kad itu di dinding dan di pokok konon nak tunjuk "aku byk dapat kad raya, kau ade?"..Dengan perubahan zaman posmen sibuk hantar bertimbun kad raya ke zaman banyak notification "kau dapat byk kat raya weh!" di Facebook, saya tetap seronok dengan kad-kad raya ini. Di sini, saya tunjukkan koleksi kad raya kawan-kawan tag di Facebook.Terima Kasih daun keladi ;)
Kad raya dari Nabilah
Dari Eja
Dari Wani
Dari Liza
Dari Syahira
Dari Emilia
Photobucket

Sep 6, 2010

bARdbOO Giveaway

Salam Ramadan.
Saya mencuba giveaway dari Bardboo. Giveaway ini mudah sahaja. Hanya :
1. Jadi follower Bardboo. DONE (Durian_Runtuh)
2. Buat satu entri berkaitan giveaway ini. DONE
3. Nyatakan dari mana tahu giveaway ini. DONE
4. Letak banner dalam entri ini dan dilinkkan ke giveaway Bardboo itu. DONE
5. Letak banner beserta link di sidebar blog sendiri. DONE
6. Hantar link entri kita di ruang komen Bardboo; Nama, URL & Referrer. Referer itu adalah orang dari mana kita tahu pasal giveaway ini. DONE
Hadiah best weh, dari UK. Pemenang dipilih dari cabutan bertuah dan juga bagi referer yg tertinggi.
Tempoh : 1 Julai 2010- 31 Disember 2010 dan pemenang tahu pada 1 Januari 2011.
Referer saya ialah ZaiiKulim.Hihi.

Photobucket

I LOVE MYSELF CONTEST

Salam Ramadan.
Saya nak masuk contest I LOVE MYSELF by ANGELICSHOPPE.
Syarat-syarat :
1. Upload gmbar korang I love Myself dgn tajuk macam dalam gmbar aku nih ha. DONE
2. Jadi follower Angelicshoppe. DONE (Durian_Runtuh)
3. Letak banner contest di sidebar. DONE
4. Tag minimum 3 org. Syue, Pqah, Melin
5. Link kan entri ini ke contest itu. DONE
Hadiah berupa dress @ beg @ contact lens. Sape tak mahu weh.Hahah. :)
TARIKH TUTUP PENYERTAAN;
15 SEPT 2010

Photobucket