July 2010 | Miss Durian Runtuh

Jul 30, 2010

Keluarga Datang Terengganu 2

Salam.Yes,setelah beberapa hari menunggu gambar waktu jalan2 di Masjid Kristal hari tu, hari ni kakak aku telah email gambar2 itu.Yeh yeh.Cam budak2 je kan.Ini adalah kesinambungan entri pasal family aku datang Terengganu melawat aku.Hihi.Best tengok gambar2 nih sebab cantik dan tulus.Ye la,guna kamera digital,bukan kamera cap ayam cam dalam hp aku nih.Ape2pon, saya rindu saat itu, ketika berjumpa, berjalan2 bersama, cewah, menangkap gambar, bergurau senda & macam2 lagi. ;) Family adalah yg terbaik dalam hidup kita semua kan kan kan..

Ni abah saya & makcik saya.

Ni satu-satu nya kakak saya.

Ni kakak ipar saya.Kecik tak.Hahah

Eh, ni saya.Terupload pulak. :p

p/s : Nak beli kamera la..Nak tgkap gmbar.Agk2 DSLR dah turun harge tak? :p

Cara Nak Post HTML Code dalam Entri

Salam.Korang mesti selalu cari atau baca tutorial kan.Korang pernah terfikir mahu buat tutorial sendiri walaupon itu adalah tutorial yg sudah byk?Korang pernah tak mencuba masukkan code HTML dalam entri seperti tutorial2 tersebut?Hihi.Okeh, hari ini saya mahu tunjuk bagaimana nak masukkan code HTML dalam entri.Kalau anda menulis code HTML yg sebenar di dalam entri, blogger tidak dapat compose entri anda dan akan error. So, anda perlu menukar code HTML itu atau encode.
< » ganti dengan &lt; > » ganti dengan &gt;
& » ganti dengan &amp;

Dengan meng'encode'kan code HTML ini, anda boleh la memasukkan code HTML ke dalam entri anda.Untuk memudahkan encode HTML code, anda boleh pergi ke link ini.
http://centricle.com/tools/html-entities/
Disini, anda hanya perlu tempekkan HTML code dan tekan button encode atau decode.
Contoh :
Ini contoh bagi HTML code yg sudah di'encode'.

Ini contoh bagi HTML code yg tidak di'encode'.So,terjadi error.
Okeh, anda faham?Hihi. Nak lebih info, sila baca blog Indonesian ini.

p/s: Yey,My Nemo UMT best! :)

Jul 29, 2010

Button Comment Cute

Salam.Hari ni nak tunjuk how to make cute comment button.Cewah, cam TVIQ lak.Hihi.Kalo korang yg datang blog aku,korang akan tau bahawa diary pink itu adalah button untuk komen setiap entri dalam blog ini.Comel kan.Haha.Penat aku menggeledah dalam laman web cute button graphic, tpi dok ingat la web ape.Okeh, 1 2 GO!
  1. Buka Design --> Edit HTML --> Tick Expand Widget Templete.
  2. Cari ayat ,
    <span class='post-comment-link'>
    & click CTRL+F to find this code.
  3. Copy code no. 4 ini dibawah code no. 2. (paham tak?).
  4. Copy
    <span class='post-comment-link'> -->code no.2
    <b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
    <b:if cond='data:post.allowComments'>
    <center><a class='comment-link' expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick' title='AYAT BARU ANDA!'><img class='post-comment-link' src='URL anda'/>
    </a></center>
    </b:if>
    </b:if>
    </span>

    Paste & then,Save. :)
  5. URL anda itu ialah url bagi gambar comel2 yg anda pilih.Kalo nak mudah,upload gambar itu dalam PhotoBucket, dan boleh copy & paste sahaja URL nye.Contoh URL ialah : http://i696.photobucket.com/albums/vv323/naz89_blog/550456bsej39uj0b.gif.
  6. Untuk memberitahu pembaca comment button itu tempat comment,boleh letak ayat baru anda di AYAT BARU ANDA! di code itu.Contoh : Sila Kelik Untuk Komen.
Begini la ceritanya.Alkisah!Hahah.Okeh, tutorial ini diambil & diubah2 ayat2 cintanya dari blog sifu saya Liyanaa Lunia.Sila tepok amai2 kepada beliau yg memahami jiwa raga org perempuan yg suka benda2 comel. Kalau nak lebih belajar, tanya la beliau, baca la blog beliau. :)

Jul 26, 2010

Epilog Cinta & Nur Kasih

Salam.Hai, tadi saya tengok ada iklan drama terbaru di TV3.Pelakon2nye ialah Mia Sara, Zizan Nin & Fida.Hahah.Macam best gile je tgk sebab ada Mia Sara.Mesti cerita tu best macam drama Adamaya dulu.Rupa2nye, drama itu bertajuk Epilog Cinta,di adaptasi dari filem Syurga Cinta.Credit to Liyanaa Lunia sebab tau pasal Epilog Cinta ni dari entri terbaru Ynn.Hihi.Wah,tak sabar2 nak tgk la.Dan tadi bukak di Facebook, fanpage Mia Sara, ada update pasal filem Nur Kasih The Movie. So, buka pulak fan page filem Nur Kasih The Movie.Mia Sara jugak yg berlakon sebagai anak Aidil.Comel betul tengok Nur Amina & Mia Sara.Petang ni tengok gambar2 mereka saja.Rasa teruja.So, i tak sabar2 nak tengok Epilog Cinta & Nur Kasih The Movie.Nak3!!



Tengok, comel betul Tiz Zaqyah & Mia Sara!!Teruja lah. :)Mesti best filem Nur Kasih nih.Memang mengundang ketidaksabaran aku nak tengok filem ni.Semoga filem Nur Kasih lagi best & sedih dari dramanya.
Credit pic : Fan page Nur Kasih The Movie

p/s: Banyak gile ah ayat Mia Sara & Nur Kasih.Pening aku.Hahah ;p

Jul 25, 2010

Keluarga Datang Terengganu


Salam.Hai,saya gembira hari nih.Hihi.Abah,Kakak,Kak Ipar & Makcik saya datang Terengganu melawat saya.Gembira seperti kanak2 je rasa.Family saya datang sini sebab ada sepupu saya kawin dgn org Kelantan, so alang2 dah datang Kelantan, terus ke Terengganu, melawat saya.Hahah. Ayat skema cam baca berita je.Okeh, mule2 kami pergi makan lunch kat Nasi Kukus Alias Sempoi. Abah & makcik teringin nak makan kat situ lepas tgk Warung Kita, Farouk Hussin pergi situ. So, try la.Okey la, boleh tahan,tpi ramai org sebab hari ni ada Majlis Konvokasyen kat UMT. Then ,kami pergi Pasar Payung & Taman Tamadun Islam. Rase seronok je sebab family datang melawat saya. Hahah, saya teruja lah!Okeh, habis ayat skema. Nanti ada gambar, aku tunjuk kat blog nih.
Image: Google

Fashion Faddism By Shea Rasol

Salam.Hari ni, saya nak promote satu blog bagus yg buat giveaway yg best.Anda tahu apa itu giveaway?Giveaway ialah satu contest yg mudah untuk menang.Hahah.Kiranya korang tak payah susah2 isi borang ke,pastu kene bagi bukti pembelian,pastu kena pos byk2 sebab lagi byk peluang nak menang,pastu bile tak menang,korang marah2 kate rugi duit beli coklat la,kopi tongkat ali la.
Nama owner yg buat giveaway ini;Shea Rasol.
Nama giveaway ini;Fashion Faddism.
Nama blog yg anjur contest ni;My Amethyst-Shea Rasol.
Okeh,apa yg saya suka pasal blog ini ialah tuan blog ini sendiri;Shea yg sgt fashionista,dress up,style,pandai bergaya & macam2 la.Kadang2 bukak blog ini pon nak tgk gambar beliau yg bergaya itu.I love your style lah!!Hahah..So,sekarang beliau buat giveaway yg best.Jom adik2,kakak2.
Fashion Faddism
Hadiah : Fasionable item berharga RM120!!Waloh.Hadiah di taja oleh Ayunar & Zay Zareen
Untuk menang :
  • Jadi follower blog My Amethyst
  • Hantar gambar anda yg sakan bergaya bersama pakaian @ aksesori yg anda suka,contoh beg,kaca mata hitam,kasut tumit tinggi
  • Di gambar anda yg bergaya sakan itu, tempek kan nama tempat asal anda & nama fasyen kesukaan anda seperti contoh di bawah;Parit,Kain batik.
  • Hantar penyertaan anda ke email Shea : purplishea@gmail.com & subject : Fashion Faddism
  • Anda boleh hantar byk gambar tapi Shea akan pilih satu saja pemenang.
  • Pastikan fesyen anda itu sopan ye adik2,kakak2.
  • Gambar2 anda itu akan di publish di Facebook Shea ye adik2,kakak2.So,jgn malu2,ramai lagi yg join. :)
  • Tarikh tutup : 31 Ogos 2010
Okeh,kalo berminat boleh pergi terus blog Shea,tanya beliau betul2.Aku cam berminat, tapi takdok DSLR yg bila kite tangkap gmbar cantik gile gambar tuh.Hihi.Nak DSLR jugak ke?Cam gelabah lak kan.

Jul 24, 2010

Comment Box

Salam.Semalam banyak sangat masa, sampai pergi buat tutorial comment box comel.Ye,tutorial ni jugak sudah lama orang buat,saya yg baru terhegeh2 nak buat.Hihi.Tutorial ini mengajar kita bagaimana nak edit XML coding supaya comment box anda kelihatan menarik berwarna-warni macam pelangi. Ye, seperti biasa, tutorial ini di buat oleh Liyanaa Lunia. Beliau memang seorang yg bagus dalam membuat tutorial sebab mudah di fahami :)

See, berwarna-warni macam pelangi dah blog aku.Hahah.Pening2 gak la mata tengoknye.Tapi takpe, saya memang suke edit2 blog sebab suka belajar coding XML nih.Dan of coz, special thanks to Liyanaa Lunia :)

Liyanaa Lunia <--Kelik untuk tgk tutorial



Jul 23, 2010

Post Blockquote


Salam.Hari ni saya belajar tutorial baru iaitu, buat blockquote.Ye, memang dah lapok pon,orang dah belajar sejak tahun 1990,saya baru nak belajar tahun 2010 ni.Hahah.Anda tahu ape itu blockquote.Ye, blockquote ini terjadi bile kite menekan " (seperti gambar di atas) semasa menulis di New Post.Kiranye, segala tulisan kite akan berada dalam keadaan kotak yg cantik dan kemas.Para blogger selalu manggunakan blockquote ini sekiranya nak menerangkan sesuatu dengan lebih detail. *cewah,cam bace berita lak aku.Contoh:
Jumaat,23 Julai 2010: Hari ini saya pergi melihat senior & junior saya berlawan futsal di asrama sempena perkenalan student first year batch 2010/2011 bersama student second & third year.
Lebih kurang gini la.Okeh, saya nak promote tuan punya tutorial yg mengajar tutorial ini yg mudah difahami oleh orang seperti saya.
Liyanaa Lunia

Terima Kasih daun keladi :)

Jul 22, 2010

Plus Size Blogshop

Salam.Korang pernah shopping online?Okeh,hari ni nak introduce 2 blogshop yg best.Untuk girl yg plus size macam saya.Hahah.Okeh, yg first, JessaBellaPlusSizeStealz.Semua baju-baju baru dalam blogshop ini semua cantik-cantik & seksi.Dan semua baju dari saiz M hingga saiz XXXXL.Okeh,disebabkan kebanyakan baju dalam ini seksi,so,blogshop ini juga menjual banyak cardigan;half & full,pendek & labuh untuk korang,saiz dari M hingga XXXL.Owner blogshop,Jessica, juga sgt bagus mengendalikan blogshop beliau,so,InsyaAllah,korang tak tertipu.Dan harganya semestinya berpatutan.



Blogshop kedua ialah Lalina Boutique.Blogshop ini juga menjual pakaian baru bagi plus size girl macam saya.Hihi.Blogshop ini kemas,dan baju-baju dalam blogshop ini juga cantik.Harga berpatutan, dan kalau korang bertuah,boleh beli-belah semasa sale.Owner blogshop ini,Nurlina,bagus mengendalikan blogshop beliau.Sekiranya korang membeli-belah di sini, beliau akan memberi invoice kepada pelanggan beliau.Ye, aku membeli semasa sale :).Ho ye,korang yg berbadan S & M juga boleh membeli-belah di kedua-dua blogshop ini.



p/s: Ye,saya sedar sape saya. ;)

Jul 20, 2010

Burung Hantu Penjaga Blog


Salam.Amacam, ok tak layout burung hantu ini?Bukan ape, boring tgk layout sama je.Dah la jarang blogging sekarang nih, so, tukar la layout blog ni supaya tuan die ada perasaan nak jenguk.Kalau korang nak cari layout yg cute & kawaii, boleh terjah MyCuteGraphics.Terlalu banyak wallpaper yg kawaii yg korang boleh jadikan wallpaper blog,myspace ataupon latop korang sendiri.Selain itu,wallpaper kat sini memang ada macam warna & tema.So, kalo korang memang suka benda comel, nak ngadap hari2, boleh la download wallpaper kat sini & lekat kat laptop korang. Lagi satu, aku nak bagitau pasal template blog yg aku suka sgt YummyLolly.Template2 kat YummyLolly sgt sweet dan berbaloi guna sebab tak boring & fresh. Pencipta YummyLolly juga sgt baik hati sebab korang tak payah bayar untuk download hasil kerja beliau yg sgt sweet.Bagi yg dah lama buat blog, mesti biasa dgr YummyLolly kan.Okeh la, ada masa nanti, aku nak edit header blog ni yg sudah lapok. Edit2 blog saya suka, tulis2 cerita saya tiiittt..Hahah :p

Jul 18, 2010

Bila Kita Seorang Diri

  • Kita tak rasa lapar sgt.Betul tak.Kalo ada kawan2 dekat kita,mesti rasa nak ajak pergi makan je.
  • Kita akan tak tentu arah tujuan sebab takda orang nak bagi pendapat,lepas ni nak buat ape, nak pergi mane.
  • Kita akan pandai2 sendiri buat hal masing2.
  • Kita akan perasan ada orang tgh tgk kita,macam saya, perasan Lionel Messi tenung muke saya dalam bilik,malu lah saya.

Jul 15, 2010

Bila Dunia Baru Bermula

Salam..Hari ini gembira..Sebab ape?Tengok gambar atas, broadband Maxis..Hahaha..Terbeli la broadband maxis nih..Bukan ape, tahun ni banyak kerja.Perlu khidmat internet.Budget2 duit PTPTN & jimat2kan penggunaannye.
p/s: bagi idea tajuk projek tahun akhir untuk Software Engineering..huhu

Jul 7, 2010

Zoo

Salam. Kelmarin I pergi Parade dgn abg I tgk wayang cite Zoo. Best, lawak. Sementara nak tgk wayang kan ade byk iklan. Sume iklan filem best2; Senario Asam Garam, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 & 4 Madu. Ahhh, tak sabar2 nak tunggu raya sebab sume filem ni tayang waktu Aidilfitri. Filem Zoo ni kelakar jugak sebab sume pelakon komedi kan; Lan Pet Pet, Azlee, Bob Lokman & Angah RL. Mengisahkan Lan sebagai Ad yg boleh bercakap dengan binatang dalam zoo. Yang buat lawaknye lagi, sume binatang ni ade yg loghat cina la, kelantan la dan memg comel2 la..Hihi..I like Ipoh Parade!!


:littlegirl1::littlegirl1:

Jul 6, 2010

Tempat Kesukaan Karam Singh Walia

Salam...Haa.cube teka ape tempat kegemaran Karam Singh Walia..Hahaha...Semestinye Cameron Highlands..Hahah..Minggu lepas,aku, abah & makcik pergi Cameron hari Kamis.Memang best sebab perjalanan lancar & bukan hari cuti.So, tak ramai sgt org di atas sana.Kami pergi macam2 tempat; Chocoberry Factory, Tanah Rata, Mardi, ladang teh, kedai2 sayur & cenderahati dan macam2 lah..Ahaks..Tapi disebabkan tgh menganggur, kebanyakan brg2 yg dibeli dibelanja oleh abah..
Ni kat Bharat Tea Farm. Dulu waktu datang tahun 2009, daun kat pintu gerbang kawin tu tak merimbun sgt.Tapi sekarang udah cantik..I like!!

Okeh, ni kat Mardi Cameron Highland. Wohh, best.Banyak sgt kebun2 sayur.Ade terung, tomato, cili, kobis, rock melon, labu, bunge2, ros, orkid, macam2 la!! Tempat tu pulak sgt la cantik.

Ni kat mane ntah name tempatnye. Byk gile barang2 comel macam beg, patung, baju, keychain, rantai dan of coz semua murah2 harge borong. Den sempat la beli beg strawberry yg besar.Hahah..Tapi cume kami tak pergi makan aiskrim strawberry kat Raju Strawberry Farm sebab ramai sgt org..Tapi semuanye memg BEST!!!I LOVE CAMERON HIGHLANDS walopon panas sikit tak sejuk sgt..Hahah