2010 | Miss Durian Runtuh

Dec 31, 2010

Cara Letak Cursor Comel

Salam. Harini nak ajar cara letak cursor yang comel dalam blog. Senang je, cuma copy and paste sahaja okey.
1. Copy kod cursor dari SINI
2. Paste di bahagian bawah <head>
3. Save. Mudah kan. Contoh:
<style>body {cursor:url(http://ego-box.com/cursors/75.ico), url(http://i214.photobucket.com/albums/cc105/24168/egobox/vf/yours/cursors/75.gif), auto;} </style>
Kalau daripada Ego Box ni, copy paste terus je. Kalau korang amik cursor dari web site lain, boleh je guna kod ni cuma tukar url dua-dua tu sahaja.

Then, masukkan URL cursor yang korang nak. Web site lain, boleh terjah sini :
http://myspacecursorcode.com/
http://www.dolliecrave.com/
http://totallyfreecursors.com/

Korang, tutorial ini juga berhasil untuk Tumblr. So, boleh jugak guna, sebab dalam Tumblr, ada juga kod <head></head>
Untuk Tumblr:
Customize --> HTML --> copy paste kod cursor di sini <head> code </head> atau bahasa lain, DI BAWAH <head>


Credit to :ThemeDiary

Dec 30, 2010

Cara Nak Zoom Gambar Facebook (Facebook Photo Zoom)

Salam. Harini nak share 1 addon Mozilla Firefox untuk korang. Aku hambik ini tutorial dari Liyanaa Lunia cun anggun, nak bodek la konon. HA HA. Okey, add-on ni best sangat sebab boleh zoom gambar-gambar dalam Facebook. Kiranya kalau kawan korang baru upload gambar dalam 1 album ada 200 keping gambar, tak kan korang nak bukak satu-satu kan. So, dengan add-on ni, hanya letak kursor mouse kat gambar, dan gambar akan di zoom. So, boleh tengok semua gambar dengan senang.
Untuk pengguna Mozilla Firefox, boleh download SINI,
Untuk pengguna Chrome, boleh download SINI. Install saja okey.
Yang link untuk Chrome, aku refer blog fizal.

signature

Dec 28, 2010

Duit PTPTN Tak Masuk Lagi, So Tak Dapat Shopping

Salam. Nak masuk tahun baru ni rasa pelik sikit. Sebab kali ni result exam & ptptn lambat keluar & masuk. Paham tak ayat aku. Result lambat keluar & ptptn lambat masuk. Nasib baik rezeki murah akhir tahun ni, aku dapat asrama, so tak risau sangat pasal duit. Entah apa akan terjadi la semester depan, Allah je yang tahu. Ohw, disebabkan ptptn tak masuk, cuti kali ni adalah paling bosan sebab tak dapat shopping. Waktu pergi KL haritu pon kena tahan-tahan shopping. So, tak dapat la aku membeli baju baru untuk semester depan. Macam ada orang cakap, aku dah umur 21 tahun, bukan budak sekolah nak beli-beli baju baru nak masuk sekolah. Okey, kalau dah macam tu, takpe la kan. Kita tengok je la almari orang lain yang penuh dengan baju comel. -_-"

Ouuchh, rasa nak curi almari ni dengan baju-baju, beg-beg sekali. Serius comel, macam Hello Kitty.

Yang ni pon sama, banyak gila tshirt, kemaja, dress, jeans, rasa cam anak orang kaya. Okey, aku bersyukur dengan rezeki yang aku dapat.Walaupon ptptn tak masuk lagi, aku dapat asrama.

Photo Courtesy: Topit Me & Driedbrains
signature

Gaduh Tanda Sayang

Salam. Sapa suka gaduh angkat tangan. Aku yakin, ramai orang tak suka bergaduh, melainkan orang yang suka cari pasal dengan orang. Aku pon tak suka bergaduh, tambah-tambah dengan kakak aku, abang aku dan kawan-kawan aku. Tak best bergaduh, rasa macam budak kecik, pastu bila hati dah pulih, mula rasa kesal, pastu malu nak cakap minta maaf, diam-diam je. HA HA. Macam budak-budak kan. Tapi kalau bergaduh dengan kekasih cinta, macam mana. Mesti rasa tension kan. Aku tak, aku tidor je. HA HA. Okey, betul ke fakta yang kalau satu pasangan tu asyik bergaduh, selalu bergaduh, bila bergaduh, macam dah nak putus sangat dah, tapi last-last, kawan balik, makna nya mereka betul-betul saling bercinta. Yekk, ape la ayat aku, geli. Kesimpulannya, gaduh tanda sayang, so cepat pergi gado-gado dengan orang sekeliling korang.
Photo Courtesy : Beautiful Nightmare
signature

Dec 27, 2010

Check Box

❒ Single ❒ Taken ✔ Waiting for Putera Raja yang kaya, sebab nak hidup senang.

Kesian betul kat Nazirah. HA HA. Sapa tak nak kawin orang kaya, memang tipu. Ye, cinta penting, hati penting, sikap penting tapi bila nak memikir pasal masa depan, wang pon penting jugak sebagai penampah perasa. Kalau tak percaya tak pe, tapi tanya la orang tua korang. Mesti nak korang kawin yang kerja bagus-bagus, tambah korang perempuan. Lelaki tak kisah sebab dia yang ketua keluarga, itu hak dia nak kawin perempuan kaya or biasa. Kaya maksud aku mampu & kerja molek-molek, bukan la sampai kena ada kereta Ferrari, baru nak kawin.AKU? TAK TAU LA. Tak payah tanya aku. HA HA.
Cinta dan Duit datang beriringan...Duit tanpa Cinta...Hidup Tak Bermakna...Cinta tanpa Duit..Hidup Merana   (Nabilah,2010)
p/s : Hati aku berdebar-debar la.HI HI.
signature





(Lirik) Kurnia Noh Hujan feat Mizz Nina


Kurnia

Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu
Chorus
bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan
Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu
Ulang Chorus
Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu
Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari
Ulang Chorus

Okey, aku lambat tau pasal lagu ni. Memang aku old skool sikit, HA HA. Suka lagu ni start tgk Anugerah Skrin haritu. Sukee la.
Sumber : Melayukini
signature

Suzuki Cup 2010 atau Piala Suzuki 2010

Salam. Aku tak tau pasal bola, pasal sukan lagi tak tau. Sekarang isu Suzuki Cup, Piala Suzuki. Apa tu. Aku memang tak tau. HA HA. Google, jumpa web site dia. Malaysia menang 3-0 dengan Indonesia aku tau sebab abah aku bagitau lepas pukul 10 tadi. Kami tak tengok, sebab tengok Los & Faun kat TV2. Rupanya nanti ade perlawanan lagi dengan Indonesia, semoga Malaysia MENANG LAGI. YEAH.

Year Champions Runners-up Score Venue

1996 Thailand Malaysia 1-0 Singapore
1998 Singapore Vietnam 1-0 Hanoi
2000 Thailand Indonesia 4-1 Bangkok
2002 Thailand Indonesia 2-2 (4-2 pens) Jakarta
2004 Singapore Indonesia (5-2 on aggregate, 3-1 first leg in Jakarta, 2-1 second leg in Singapore) Group stages, Vietnam and Malaysia
2007 Singapore Thailand (3-2 on aggregate, 2-1 first leg in Singapore, 1-1 second leg in Bangkok) Group stages, Thailand and Singapore
2008 Vietnam Thailand (3-2 on aggregate, 2-1 first leg in Bangkok, 1-1 second leg in Hanoi. Group stages, Thailand (Phuket) and Indonesia (Jakarta)

Okey, Malaysia tak pernah menang. Patut la orang kat Facebook ada je yang tak-sokong-pasukan-Malaysia,padahal lahir berak kencing kat Malaysia.Opss, emo. Aku tak tengok bola pon aku sokong Malaysia.
signature

Dec 26, 2010

(Gambar) Leather Jacket atau Jaket Kulit

Salam. Dulu aku ada buat entri pasal cardigan, hehe, aku suka cardigan. Tapi takde lagi orang nak hadiah kat aku cardigan, bertuah betul la sapa yang dapat cardigan dari orang ni. HA HA. Hari ni aku nak cerita pasal kesukaan aku dalam berfesyen. Cewaah, macam artis lak kau, nak berfesyen2 bagai, kalau anak orang kaya, leh la nak berfesyen2 gempak. Tadaa, jaket kulit atau leather jacket. Sekarang aku tengok ramai la jugak gadis-gadis pakai jaket kulit, macam Shea, Cik Epal &Yuna. Woohoo, rase cam Awie lak kalau pakai jaket kulit, nak naik motor besau. Ehh, nak cari la sehelai, nak tengok, cun ke tidak.

Ni jaket kulit kedut-kedut, warna hitam. Jaket kulit ni elok hitam baru ganas. Ohh, leather jacket!

Maroon leather jacket, cam lain dari yg lain. Comel lah!

Short leather jacket, cantik-cantik. Ada zip lagi, memang comel lah!

Red leather jacket, ehem-ehem, merah membara oh jantungku!

Ni warna turquoise, biru-biru kehijauan, ada zip depan, sapa badan slim cantik la pakai.

Okey, ni macam kanak-kanak sikit, warna pink terang cam tadika, tapi aku SUKAA. Rasa nak bawak beskal je pakai jaket nih.

Grey, kelabu nya jaket kulit. Jarang la tengok jekat kulit warna kelabu. Warna coklat ada gak nampak.

Last, warna biru gelap, aku suka gak yang ni sebab nampak macho je kan. Warna dia gelap, kalau orang berisi cam aku pakai, mesti nampak ilusi kurus, kuat perasan la kau.

Ada gak gadis-gadis yang pakai leather jacket ni dengan maxi, ala, baju dress labuh tu, pakai lak dengan shawl, bawak gitar dok tepi jalan, kan dah jadi Yuna. HA HA. Boleh jugak pakai dengan dress pendek bunga-bunga, nampak comel+rock. Suka gila tengok orang-orang cantik di atas ni pakai jaket kulit, ye la, asalkan tak seksi, tutup badan. Pakai jaket ni bagus untuk tutup badan kau, dan tak nampak sangat bentuk badan. Lebih-lebih lagi orang badan semangat macam aku, lagi kena tutup kan. Emm, aku tak pasti harga jaket kulit ni, tapi boleh jumpa yang murah-murah tambah kat KL.

Photo Courtesy : Forever 21 & Google
signature


Kasut Sport Corak Cheetah

Salam. Ohh hooo, suka gile tengok kasut nih..Rasa nak sarung kaki dalam kasut ni. Smart gile lah. Kalau kaki aku yg tersarung dalam kasut ni, mesti macam cheetah kan. HA HA.  Tapi aku ni rendang sikit, mesti macam beruang je kalau pakai kasut fesyen ni.Memang manusia tak pernah puas dengan barang yang dah ada & elok lagi kan. Aku pon sama, duit ada ke takde nafsu membeli-belah tetap tegar dalam diri. Dapat beli paper bag RM2 pon jadi asalkan beli kalau singgah kedai mana-mana. Nanti nak beli kasut sport la, sebab kasut sedia ada, macam dah buruk tapi elok lagi. Opps, minggu depan sudah start semester baru. Macam rasa semacam je, sebab dah nak habis belajar. InsyaAllah.


Photo Courtesy : Kokiee
signature

Dec 25, 2010

(Update) Cara Buat Gambar Transparent dengan Mouseover Effect

Salam. Tutorial ni memang dah lama aku cari, baru hari ni terjumpa sebabkan baru nak Google. Cam mana tu. HA HA. Okey, tutorial ni ajar macam mana nak buat efek transparent pada gambar bila mana korang melayangkan mouse pada gambar itu. Nama pon mouseover. Cube korang layang kan mouse korang kat gambar di bawah. Opps, gambar ni Nabilah bagi masa birthday aku. Hihi. Tag kat Facebook. Time kasih Nabilah. :) Kiranya, dengan efek transparent ni, macam magic la. Dari redup ke terang & sebaliknya.

 
 Kod HTML bagi menukar gambar dari redup ke terang :
<img src="URL gambar" style="opacity:0.4;filter:alpha(opacity=40)"
onmouseover="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100"
onmouseout="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40" />
Tukar URL gambar dengan URL gambar korang.


Kod HTML bagi menukar gambar dari terang ke redup :
<img src="URL gambar" border="1" style="opacity:1;filter:alpha(opacity=100)"
onmouseover="this.style.opacity=0.4;this.filters.alpha.opacity=40"
onmouseout="this.style.opacity=1;this.filters.alpha.opacity=100"/>
Tukar URL gambar dengan URL gambar korang.
Okey, kod ni guna la kalau nak buat bagi sesetengah gambar sahaja. Di dalam entri atau sidebar korang. Tetapi jika nak semua gambar dalam post korang bertukar, boleh guna kod di bawah.

Kod HTML bagi tukar gambar redup ke terang :
.post img{opacity:.5;filter:alpha(opacity=100); this.style.opacity=1}
.post img:hover{opacity:1;filter:alpha(opacity=1); this.style.opacity=6}
 Kod HTML bagi tukar gambar terang ke redup :
.post img{opacity:1;filter:alpha(opacity=1); this.style.opacity=6}
.post img:hover{opacity:.5;filter:alpha(opacity=100); this.style.opacity=1}
Okey, bagi kod untuk buat SEMUA gambar dalam post bertukar transparent bila mouseover, copy + paste salah satu kod di atas ni SEBELUM/DI ATAS kod ]]></b:skin>

p/s : Sebelum ni aku tersilap tulis. Aku tulis letak code DI BAWAH ]]></b:skin> tapi sebenarnya SEBELUM/ DI ATAS ]]></b:skin> .Sorry :)

Sumber : Sodiycxacun (Blog Bahasa Indonesia)
signature


CLEO

Salam. Aku suka beli CLEO. Beli okey, bukan baca, sebab nak baca buku English ni, lambat sikit. HEE..Buku bulan Disember best gila sebab banyak barang percuma. Hee, aku suka barang percuma. Dapat shampoo & sabun. Dapat juga bnyk katalog kecik-kecik. Aku suka CLEO daripada Remaja sebab harga lebih kurang tapi CLEO lagi menarik hati aku nak beli.


Katalog Vincci
Katalog AX
Katalog Fossil
Giveaway :)
Sabun Protex
Shampoo Dove
Setiap hari aku tak jemu bukak Mynemo & Cimbclicks, tapi result exam & ptptn tak muncul-muncul lagi. Aku penat la tunggu. Waktu orang tak nak tengok result, cepat lak keluar. Heii, geram aku.
signature

Dec 24, 2010

(Update) Pemenang Anugerah Skrin 2010

Salam.Malam ni anugerah skrin 2010, hehe, macam best je kan.Aku memang suke tengok anugerah sebab nak tengok fesyen artis. Artis-artis kan suka melaram bila time ada anugerah macam ni. Esok lak Juara Lagu. Elok pulak kan berturut-turut ni. Tu la dia orang Malaysia, suka sangat hiburan. Bila nak berilmu entah la.

UPDATE PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2010
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2010 (8TV)
Lakon Layar Terbaik Filem: Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)
Drama Komedi Terbaik: Simpang 3 (TV3)
Lakon TV Terbaik: Antara Garisan (Astro)
Rancangan Hiburan Terbaik: ABP 2009 (TV9)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Fadzilah Mansor (Sebelum Akhirat)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Isma Yusoof (Antara Garisan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Fazura (Pisau Cukur)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)
Rancangan Bual Bicara Terbaik: Isu Khas Palestin Gaza Kami Bersamamu (RTM)
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Aduan Rakyat (TV3)
Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik: Epik Satu Ketika Laskar Senoi (Astro)
Videografi Terbaik: Datang Bulan (Astro)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sharifah Amani (Muallaf)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Bront Palarae (Belukar)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Nor Khiriah (Antara Garisan)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)
Pengarah Terbaik Filem: Yasmin Ahmad (Muallaf)
Pengarah Drama Terbaik: Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)
Rancangan Muzikal Terbaik: AJL 24 (TV3)
Anugerah Khas Juri: Shaheizy Sam
Drama Rantai Terbaik: Nur Kasih (TV3)
Filem Terbaik: Muallaf
Drama Terbaik: Antara Garisan (Astro)
Sumber : Zulikram

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010
KATEGORI DRAMA – Telemovie
  1. Cerekarama – Taubat Nasuha
  2. Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
  3. Cerekarama – Sebelum Akhirat
  4. Cerekarama – Miah Oh Miah
  5. Cerekarama – Masyitah
  6. Cerekarama – Dalil Cinta
  7. Panggung Seri – Kaki
  8. Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
  9. Citra – Dendam Seorang Isteri
  10. Pangung Sabtu: Perempuan
  11. Kepok & Nisan
  12. Lillahi Ta’ala
  13. 60Km
  14. Datang Bulan
  15. Antara Garisan
  16. Fatimah Juling
  17. Selipar Jepun Suria
KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
  1. Nur Kasih
  2. Adamaya
  3. Nenek Kebaya
  4. Tari Tirana
  5. Jangan Pandang Belakang
  6. Si Capik
  7. Skuad Polis: Gerakan Marin
  8. Ghost
  9. Blogger Boy
  10. Awan Dania Siri 2
  11. Kau Dan Aku
  12. Halimah Jongang The Series
KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
  1. Senario
  2. Teres Kembar 4
  3. Londeh
  4. Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)

  1. Skrip 7707
  2. Setem
  3. Momok The Movie
  4. Jin Notti
  5. Papadom
  6. Pisau Cukur
  7. Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
  8. My Spy
  9. Santau
  10. Pulau Asmara
  11. Muallaf
  12. Duhai Si Pari Pari
  13. Adnan Sempit
  14. 2 Hati Satu Jiwa
  15. Niyak Rampik
  16. V3 Samseng Jalanan
  17. Evolusi Kl Drift 2
  18. Semerah Cinta Stilleto
  19. Hooperz
  20. Belukar
  21. Andartu Terlampau Mencari Suami
  22. Kecoh Betul
  23. Lagenda Budak Setan
  24. Kapoww
  25. Zoo
 Sumber : Budiey

Pemenang yg aku nak menang adalah :
Nur Kasih, walaopon saingan dia Adamaya, aku tetap sokong Nur Kasih, sebab waktu tengok Nur Kasih la, tiap minggu aku berdebar-debar.
Sebelum Akhirat. Tak tau kenapa aku pilih drama ni. Pelakon nya yg laki Lisdawati tu. HA HA. Sapa nama dia.
Papadom. Filem Afdlin Shauki. Aku suka filem ni sebab rasa sayang sangat. HA HA.
Senario. Aku suka Senario sebab dari kecik aku suka.

YEAY, NUR KASIH MONANG, LAGI SAM MENANG ANUGERAH KHAS. AKU SUKA. HA HA
signature


Dec 22, 2010

Vacations to Pengkalan Hulu

Salam. Semalam aku ikut Abah & makcik aku pergi jalan-jalan. Nak pergi Pengkalan Hulu, di Hulu Perak. HA HA. Serius, satu Perak kot aku dah jejak kaki. Cadang nak pergi sana sebab Pengkalan Hulu tu sempadan dengan Betong, Thailand. Baru aku tahu bahawa Perak ada sempadan jugak dengan Siam. Ingatkan Kedah & Kelantan je sempadan dengan Siam. Aku pon teruja la kan, masuk tempat imegrasen tu, konon nak masuk Betong, padahal mana lah boleh, pas lawatan pon takde.

Betong (Thai: เบตง) is a town (thesaban mueang) in southern Thailand, near the boundary to Malaysia. It is the capital of Betong district, the southernmost district of Yala Province. As of 2005, the town has a population of 24,688.
Betong is the southernmost town of Thailand. [1] Across the Malaysia-Thailand border by the Keroh pass is the state of Perak. Betong is popular with tourists from nearby Malaysia[2] . Sumber: Wikipedia.
HA HA. Ingatkan Pengkalan Hulu tu ada la jual2 cam Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor ke, rupanya, takde ape. Tapi serius aku belajar benda baru :face51:pasal peta Perak. Waktu kami nak pergi, kena lalu Chemor, Sg Siput, Kuala Kangsar dulu. Kemudian masuk Gerik. Dah lepas Gerik, masuk jalan ke Baling, Kedah, then tembus ke Pengkalan Hulu, Perak. Haha, nak pergi Perak, tapi tembus Kedah dulu. Ni la istimewa nya Malaysia. Masuk sini, keluar sana.
   Rupanya, kalau nak pergi Pengkalan Hulu, boleh lalu Baling sebab sempadan dengan Baling, Kedah. Tapi jalan jauh la. Dan kalau tak mahu ikut Baling, boleh ikut jalan lama ke Pengkalan Hulu, tapi jalan macam jalan Cameron Highland-Simpang Pulai la. Ehh, kesian kan bus kemalangan kat jalan Cameron Highlands tu. Aku yg selalu pergi pon takut sebab jalan die memang macam ular.


Abah aku di dalam kereta. Pakai baju kemeja lengan panjang woo, macam ahlil Politik lak aku tengok.:face64:

Pekan Baling, Kedah Darul Aman. Serius cantik sebab berlatarbelakang kan gunung-ganang, rase nyaman je kalau dok kat Pekan ni.:face74:

Ni kat R&R Gunung Irai, Pengkalan Hulu, cantik sebab kat atas bukit, nama pon Gunung Irai.. Waktu ni berenti nak pegi toilet, toilet punye la grrr:face3:, tak reti jage. Lepas je R&R tu, tak sampai 5 minit, kami dah sampai Pekan Pengkalan Hulu. Geram aku, patut la R&R kami berenti tu tak berjaga, rupanya takde orang nak singgah.:face66:.
   Hasil kami pergi imegrasen sempadan Siam tu, kami beli coklat kat tempat bebas cukai, ada SALE woo & beli buah-buahan Siam. Balik dari Pengkalan Hulu pulak, singgah Tasik Raban, tengok org main kayak. Kalau korang sukakan kedamaian, leh buat family trip atau college trip kat Tasik Raban, sebab ada aktiviti kayak, aktiviti air, aktiviti macam PLKN dan lain-lain.
signature

Dec 21, 2010

Cara Buat Double Underline

Salam. Harini nak buat tutorial double underline. Kiranya, bila nak buat underline, ada 2 line la bawah perkataan tu. Cara mudah dan senang.

1. Pergi Design --> edit HTML --> Ctrl+F untuk cari /* Header atau /* headings
2. Bila dah jumpa kod tadi, copy & paste kod
u {

text-decoration:underline; border-bottom: 2px double #0099FF;}
DI ATAS kod yg korang cari tadi tu, yg /* Header atau /* headings tu.
3. Kalau korang nak ubah warna line tu, just ubah nombor-nombor warna merah tu dengan kod warna yang korang suka. Boleh refer sini untuk pilih warna. Hexadecimel Code Color
4. Save.
5. Bagi yg menggunakan OLD EDITOR, nak buat underline, just tambah kod <u>Ayat Korang</u> di bahagian Edit HTML bila nak buat entri baru.
6. Pengguna UPDATED EDITOR, boleh terus click je underline kat dashboard tu bile nak buat entri baru.

Sumber : Lidda, pergi terjah blog comel beliau, baru 13 tahun hokey.
signature

Cara Buat Background Gambar Transparent dengan Photoshop

Salam. Harini nak ajar buat background gambar transparent, bukan sahaja nak buat header, tapi boleh dipraktikkan kalau nak buat kerja sekolah yang memerlukan korang buat gambar transparent. Hei, kawan aku Fatin tnye aku di saat beliau tengah kalut buat final year project dia cam mana nak buat gambar transparent. Okey, sebenarnya kalau nak buat gambar transparent, perlu save sebagai PNG sahaja. Tapi jangan la satu gambar original save sebagai PNG tu memg penuh dengan bground, memg tak nampak la transparent dia.
1. Buka Adobe Photoshop. Aku guna Photoshop CS3 sahaja. Photoshop lain pon sama aje. Buka File --> New.

2. Then, keluar satu window macam gambar di bawah. Di bahagian Background Contents pilih Transparent. Kalau korang pilih lain, memang tak jadi 100%.


3 Kemudian, keluar la window yg menunjukkan petak-petak putih kelabu macam gambar di bawah yg belakang pelangi tu. Then, korang Open file mana-mana gambar korang nak kan untuk di jadi transparent. Aku Open file gambar pelangi. Then, click pada Lasso Tools dan right-click untuk pilih Magnetic Lasso Tools. Aku pilih Magnetic Lasso Tools untuk potong bahagian yg kita nak sahaja. Tapi better guna mouse, kalao pakai touchpad, memang parkinson korang nak buat. Bila dah guna Lasso Tools tu, korang ikut je garisan yang korang nak potong keliling gambar tu. Pastikan titik mula dan akhir adalah sama, untuk pastikan, korang akan nampak benda bulat bila korang dah jumpa pemula & pengakhir dia.


4. Bila dan jumpa pemula & pengakhir garisan potong tu, akan terbit satu garisan putus-putus keliling bahagian korang nak potong tadi.


5. Kemudian, korang cut & paste bahagian yg korang potong tadi kat background yg kita buat transparent tadi. Korang ejas-ejas sampai puas hati, taruh tulisan apa semua sampai lawa.


6. Tada, dah siap. Aku paste pelangi tadi di background transparent kita buat di step 2 tadi. Hah, kan dah siap gambar transparent. Sudah 90% tau.
 (i)Cara pertama untuk save adalah bukak File --> Pilih Save as Web and Devices.


(ii) Tekan Save. Pastikan PNG format okey.


(iii) Cara kedua untuk save adalah dengan bukak File --> Save as --> Pilih PNG format. Dah siap 100% !.


7. Ni keadaan bila dah upload sebagai header blog. Kan background die transparent. Kalau header korang format JPEG , memg background dia putih.


8. Ni keadaan bila dah jadi header blog. Tengok, kan transparent tu. Macam lawa je mate tengok kan. Yang penting, kena pastikan background mula-mula adalah transparent & bila nak save, save sebagai PNG format.

signature