Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Suke. Show all posts
Showing posts with label Suke. Show all posts

Mar 14, 2012

Peminat Jam

Assalamualaikum.Target tahun 2012 Satu Bulan Satu Entri.Cewah,macam slogan Satu Malaysia pulak kan,tapi tidak kesampaian hajat saya.Okey,untuk bulan Mac,saya nak cerita pasal jam.Bulan lepas cerita pasal tangan kidal kan.Okey,sapa kat sini tengah baca ni tak suka pakai jam?Angkat tangan.Hehehe.Rasanya ramai orang tak berapa suka pakai jam tak kira lelaki atau perempuan.Cuba korang cerita sikit kenapa tak suka pakai jam?

Aku daripada sekolah rendah,aku memang pakai jam,jam pertama aku yang nampak professional ialah jam jenama Alba,tali kulit/pvc dan muka kecik.Sesuai untuk budak perempuan kan.Abah yang belikan dekat pekan Tanjung Rambutan,seingat aku harga RM21,waktu tu bangga la dapat jam mahal,mahal okay RM21 waktu tahun 1999.Bila masuk sekolah menengah,mula terkinja-kinja nak pakai jam comel/kartun yang harga RM10-RM15 satu tu,sapa yang tak pernah beli memang takde zaman remaja.Jam tu paling pendek jangka hayat kena dengan harganya kan.

Kenapa saya suka pakai jam?
  • Boleh tengok masa.Itu kan memang tujuan utama kan,nak tengok masa.
  • Boleh bergaya.Jam adalah salah-satu aksesori fesyen,korang boleh kumpul jam,lepas tu match dengan baju/suasana.
  • Nampak educated & elegan.Ini adalah pandangan sendiri.Seperti orang perempuan kerja pejabat,pakai handbag dan kasut tumit adalah menampakkan korang seorang pekerja pejabat & professional.Begitu juga jam,boleh nampak yang seseorang itu educated,elegan,professional. (But,tengok jenis jam la,takkan pakai jam Doreamon itu professional kan).Bila pakai jam tali besi atau kulit,aku rasa terpelajar.Kekeke.
Pandangan saya kepada orang yang tak pakai jam?
  • Maybe dia tak selesa pakai jam,sebab mula-mula nak biasakan diri pakai jam adalah remeh.Maksudnya,mengganggu kerja ; menulis,menaip,berpeluh.
  • Orang lelaki tak pakai jam - kurang smart di situ.Kalau budak sekolah yang pakai jam tali besi tu pun aku dah tengok smart habis,inikan pulak kalau orang dewasa kan.Okay,ada nada-nada miang di situ.
Jenis jam yang saya suka :
Jam tali besi.Aku tak tau apa nama spesifik dia,tapi yang aku tau tali dia besi.Jam tali besi ini lah yang boleh menampakkan seseorang itu educated,professional,elegan,maskulin dan segala perkataan canggih itu.Target aku,nak beli jam tangan Casio warna Gold.Nampak vintage kan.Haritu tengok ada orang jual dalam Facebook RM140 original new.Okay jugak harga dia kan.Dapat yang harga RM50 pon jadi lahh.
Jam tali kulit.Walaupun bukan kulit original,just kulit ala-ala pvc sahaja,tapi aku suka sebab nampak mature.Muka macam aku,tak sesuai sangat pakai jam sporty-sporty ni.

Jam muka sederhana besar.Tangan aku besar,so,nampak tak sesuai pakai jam muka kecik.Nanti jam itu tenggelam.So,jam muka besar adalah pilihan hati.
Jam comel,pink,rantai,bling-bling.Jam jenis ini mungkin aku akan pikir 2 3 kali untuk beli sebabnya comel sangat,karang kalau rosak tak pasal-pasal kecewa.Tapi aku suke.Orang perempuan macam aku nih,suka sangat barang-barang comel,walaupun takde faedah,tapi nak juga bagi duit kat tokeh jam tu.Kekeke.
Sebelum mengakhiri rancangan,saya nak promote Blogshop Jam abang sulung saya.Beliau ada jual jam,peralatan baiki jam+buka jam+cuci jam,tali jam,beg jam,bekas simpan jam dan juga ada berkongsi cerita pasal jam.Dan beliau telah berjaya jual banyak barang-barang jam dengan jayanya.Alhamdulillah..Boleh terjah Blog Jammasa dan contact abg kita,nama Zul.Kebanyakan barang dia amik kat KL dan juga beli dari eBay (oversea).

Nasihat saya :
Pakai lah jam.Penting tau nak tengok masa.Misalan kata handphone korang kong/tertinggal,ada lah jam nak tengok masa kan.Jam boleh didik kita tepati waktu.Yeah,diri sendiri pon kadang-kadang tak tepati waktu,tapi kita cuba lah kan?

Sep 29, 2011

J'aime manger- google translate

Assalamualaikum. Elok benar rasanya kalau letak gambar makanan sedap time tengah lapar macam ni.Ingatkan nak pergi pasar malam,tapi hujan pulak kat sini. Aku suka makan,sebab tu badan cepat naik dan susah susut. Sudah fitrah manusia suka makan dan perlu makan. So,mari kita lihat makanan yang tekak ni teringin sangat nak makan time miskin ni.

1) Big Mac McDonald - suka makan Big Mac sebab murah.Murah la dari bege nipis yang lain kat McD.


2)KFC -yummy ayam.


3) Aiskrim yang macam2 kaler & jenis tu. Ape ntah budak-budak sekarang suke sangat,Tutti Frutti.Lepas tu boleh letak macam-macam. Aku tak tau,sebab kat rumah aku ada aiskrim Malaysia je.


4)Sundae cone - lama tak makan!!


5) Nasi kerabu - tibe-tibe selera Timur pulak kan. Sedap nye la! Suka solok lada,yg ada otak2 dalam lada tu. Makan dengan daging atau ikan kembung celup tepung, dan telur masin. Fuuhhh..


6) Nasi lemak. Kena pulak dengan ayam berempah. Fuuh, memg boleh roboh bangunan dibuatnya. Makan panas2.


7) Sata - otak-otak terengganu. Makan satu, nak lagi.Makan banyak,nak lagi.


Kecur liur masa buat entri ni. Okey la, semoga tak hujan. Nak pergi pesta konvo & kuar duit. :) Oh, cepat la hari Ahad.

Sumber : Blogspot, Tumblr

Apr 6, 2011

Kamera Lomo Lomo Lomo Murah ◕‿◕

Assalamualaikum. Hai, selamat malam semua. Tak tido lagi aku. Bese la, nak buat kerja projek final year. Ni nak rest kejap, bukan kejap tapi lama kot. Okey, aku sekarang ni berminat la dengan kamera LOMO walaupon aku tak tau sangat apa LOMO tu. Kamera LOMO ni kamera back to basic la kirenya sebab pakai filem okey. Filem negatif tu. Yang sekarang org dok bangga pakai DSLR kan. Aku takde duit ribu-ribu nak beli DSLR, so kalao dapat LOMO pon dah suke hati. Tadi tengah blogwalking kat blog Pink Gajah Story, jumpe pasal kamera LOMO murah habis gile-gile promosi la! RM45 INCLUDE POSTAGE! Wow, aku excited wehh. Padahal duit cukup-cukup nak print tesis nanti kan. Takpe la. Takde rezeki. So, sapa-sapa yang berminat dengan LOMO ni leh la try beli sini dulu.

LOMO 3 LENS RM45 include casing + camera + postage

LOMO 2 LENS RM45 include postage

LOMO CUTE 1 LENS RM40 include casing + camera + postage. Kalau nak yang ada corak-corak tmbah RM5

LOMO ni preorder dari Korea.Maybe sebab tu cam murah je kan. Tapi kalau korang pandai jaga, leh bertahan lama. Lagi satu, LOMO ni waterproff, kirenye leh la bawak masuk dalam air kan. Mana tau nak scuba ke, leh la tangkap coral-coral tu. Cepat la order weh, nak dekat habis dah promosi ni. Aku doa moga-moga dipanjangkan promosi murah ni.
Okey, tarikh nak order dalam promosi ni adalah:
♥ Pre order: 1/4/2011 -- 15/4/2011
♥♥ Estimate Arrival Date: 11/5/2011
Wow, best kan tengok barang murah-murah. :)
Comel la, huhuhu. Nak nak nak.
Nak beli boleh visit Elmo Street◕‿◕

Feb 12, 2011

Dapat Bonus Dari Celcom

Anda telah reload 10kali! RM10 kredit bonus telah dikreditkan ke akaun anda & anda juga berpeluang menangi RM3000!
Yeay, aku dapat RM10 percuma dari Celcom. First time dapat kredit percuma kan. Maxis pon selalu bagi RM3 je. Tapi still happy walaupon hakikatnya aku kaki topup sebab dan topup RM100 dalam masa bape minggu entah. -,-. Nak kawin cepat la, tak payah nak mesej call 24 jam. Dulu Celcom penah telan duit aku RM8, pastu aku call hotline Celcom, tanya kenapa kredit aku habis, operator cakap aku bukak internet guna handphone. Padahal, aku tak turun bilik tv pon nak bukak wifi sehari suntuk. Dan aku hanya mesej je kat handphone aku. Jadi kali ni terubat sikit hati aku dapat balik duit aku.Kalau nak dapat bonus, rajin-rajin la topup Celcom dan dapat token dan dapat kredit free. Wee :)

Awww, takut la mak nyah!!~~Jangan la u tunjuk penumbuk kat i, nanti i tergoda nyah..Aww.. HA HA. Aku letak gambar ni sebab rasa diri comel. HA HA. Boleh lak kan.

Feb 7, 2011

Bosan dengan Aturan Hidup

:82:Betapa bosannya dunia, apabila kita sentiasa berlawan-lawan untuk mengejar pangkat dan harta.
:83:Betapa bosannya dunia, apabila kata-kata gurauan diambil sebagai serius.
:84:Betapa bosannya dunia, apabila kata-kata serius diambil sebagai gurauan.
:82:Betapa bosannya dunia, apabila orang tidak menerima kata-kata kita.
:83:Betapa bosannya dunia, apabila pangkat dan nama terlalu diambil kira dalam semua hal.
:84:Betapa bosannya dunia, apabila kawan-kawan makan kawan.
:82:Betapa bosannya dunia, apabila orang selalu memuji, tetapi mengeji di belakang.
:83:Betapa bosannya dunia, apabila sifat malas menghantui diri.
:84:Betapa bosannya dunia, apabila kebebasan bersuara di salah ertikan.
:82:Betapa bosannya dunia, apabila hanya yang gagah di puja-puja.
:83:Betapa bosannya dunia, apabila yang lemah di hina-hina.
:84:Betapa bosannya dunia, apabila orang lain dilebihkan daripada keluarga.
:82:Betapa bosannya dunia, apabila sikap tunjuk-menunjuk berleluasa.
:83:Betapa bosannya dunia, apabila diri tidak ikhlas melakukan kerja.
:84:Betapa bosannya dunia, apabila Allah tidak di dalam HATI.
:82:Betapa hina nya diri, apabila kekasih lebih penting daripada Tuhan & Rasul sendiri.
:83:Betapa indahnya akhirat, apabila semua di dunia saling lengkap-melengkapi, tolong-menolong, ingat-mengingati, sayang-menyayangi.
:84:Betapa indahnya akhirat, jika kite saudara seIslam bersama melangkah ke dalam Syurga.

Feb 4, 2011

Tetap Sayang


Kau sanggup buat apa sahaja demi kasih sayang kau kepada ku. Walaupun hati kau selalu aku sakiti, namun kau tetap sayang aku. Kau beri aku segalanya.

La ni, semua kawan-kawan aku dok buat entri cinta-cinta, kalau bukan entri cinta-cinta pon, buat entri jejaki/gadis pilihan hati. Kalau nak baca, leh tengok SINI, SINI, SINI dan SINI. Kenapa ehh. HE HE. Aku tak boleh wat entri cinta-cinta ni sebab aku malu sikit dan aku tak reti nak buat ayat jiwang dan aku rasa ayat cinta aku tak menarik macam ayat-ayat kawan-kawan aku ni.
Cuma, ape aku nak cakap, kalau betul la aku ada jodoh dengan kawan aku ni, go on je la kan. Lagipon, sekarang dah tahun 3, apa yang aku takutkan dah semakin hampir iaitu, bila dah habis belajar, perkara-perkara merisik, bertunang, bernikah ni akan semakin hampir dengan hidup aku. Wah, takut. Tapi yang pasti aku nak kerja, bagi abah rumah banglo duit tiap bulan, amik lesen, beli kereta moto, baru fikir kawin. Yeay.
Hajar dan Sapik tulis entri pasal apa yang perlu laki & perempuan buat atau elak kalau ada feeling suka or tersuka kat someone. HE HE. Aku suke part kalau orang perempuan suka kalau orang laki ni jaga sokong kite. Yea, betul kan. Dan jangan terlalu rendah diri & jangan terlalu memilih. Tapi kalau dia sorang je suka kat kite, nak buat macam mana kan. HA HA. Dan kalau dia ada kekurangan, kita kena la tambah-tambahkan.

Photo Courtesy : Hana Erina



Feb 3, 2011

Hasil Kraftangan Pertama : Felt Name Keychain

Salam. Harini aku buat kraftangan. Memang kraftangan sangat la kan, comot hancur kraftangan aku. Ni nama nya keychain felt. Kain, butang, strap semua tajaan Melin. Selama sejam aku buat. Sakit badan aku sebab terlalu fokus dan menunduk. Baru aku tau betapa penatnya seorang tukang jahit, sangat sakit badan okey. Memang comot aku jahit sebab aku takde seni dan aku kerja tak berapa kemas sangat. Tapi kalau selalu buat, mesti jadi lawa punya. Aku buat nama NAZ.

Tengok jahitan aku. Kalau jual ni, 50 sen pon tak laku =,=

Tengok jahitan Melin yang love tu, Melin jahit untuk Hajar. Belom bagi lagi kat Hajar.

Yeay, hasil kraftangan aku. Nak letak kat hp. Konon cute la kau jahit, padahal benang terkeluar apa la, senget-senget semua. =,=

Antara blog-blog yang jual felt dan barang-barang kraf ni, boleh tengok, TamuJajaKraf, Sus n d Felt, AwoksKiter, YanaCraft , CherryBlossomCraft dan banyak lagi leh Google.

Jan 25, 2011

Lakaran Sahrawi - Novel Cinta Islamik Menyentuh Hati Aku


Salam. Pernah tak baca novel Lakaran Sahrawi? Okey, ni la satu-satunya novel yang aku akan tulis sebagai buku kegemaran aku kalau buat profile laman sosial or whatsoever la kan. Lakaran Sahrawi ni mula-mula aku baca pinjam buku kawan sekolah aku, Sarah. Buku mak dia tak silap aku. Kami pinjam-pinjam la waktu tu ramai-ramai. Serius sangat best, novel yang sangat ringkas, tapi berkesan kat hati aku. Pasal pelajar Universiti Al-Azhar. Hei, tolong la, buku ni sangat best! Ni la novel cinta yang sangat bersih bagi aku selain buku Ayat-Ayat Cinta dan buku novel cinta islamik yang lain. Waktu aku baca, aku tingkatan 2, baca sampai nangis-nangis teresak-esak.
Aku tak ingat lagi watak utama novel ni, tapi jalan cerita dia ingat lagi. Macam mana pasangan ni kenal kat Universiti Al-Azhar, kisah rumah tangga mereka dan sampai last sekali, isteri dia meninggal dunia. Novel ni memang macam orang tak kenal sangat, tapi aku percaya sapa dah baca, mesti rasa ape yang aku rasa.
Sarah, kau simpan lagi tak buku nih?? Pos kat aku, nak fotostat. HE HE. Agak-agak kat library PSNZ ada ke.

Photo Courtesy : Naktahu

Dec 27, 2010

(Lirik) Kurnia Noh Hujan feat Mizz Nina


Kurnia

Dengarkanlah lagu dulu
Tinggalkanmu itu menunggu
Jangan biarkan hati
Dikunci oleh rasa benci
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
‘Tuk merubah hatimu
Chorus
bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan
Senyumanmu igauanku
Tiada yang setandingmu
Suara yang bermain
Memanggil-manggil namaku
Resah yang tiada henti
Bila kau melangkah pergi
Apakah yang harus ku lakukan
Untuk merubah hatimu
Ulang Chorus
Pintaku cuma jangan pergi
Tak bisa berasingan jauh oh darimu
Bilakah oh nanti akan pergi
Berlari biarkan pergi
Buat selamanya biar kita berdua disinari
Oh mentari oh mentari
Ulang Chorus

Okey, aku lambat tau pasal lagu ni. Memang aku old skool sikit, HA HA. Suka lagu ni start tgk Anugerah Skrin haritu. Sukee la.
Sumber : Melayukini
signature

Dec 18, 2010

Pasar Sabtu Changkat Jering

Salam. Hari ni aku berjalan-jalan pusing kota. Amboi, pusing kota konon. Pagi tadi, awal-awal abah kejut bangun, nak sarapan kat Stadium Ipoh. Pekena Ketiuw goreng, sedap melekat tapi banyak toge.Pastu pergi shopping barang dapor kat Tesco Ipoh. Balik rumah, makan-makan, rehat-rehat, pukul 2.30pm keluar balik, pergi Taiping yeah! Aku suka:face9: pegi belah-belah sana, Taiping, Kuala Kangsar dan macam-macam. Abah bawak ronda-ronda Taman Tasik. Tapi serius kami tak turun kereta. Dok je dalam keta ronda-ronda. Harini ni ramai orang kawin tangkap gambar kat Taman Tasik tu, tempat filem Sepi. Sebab tempat tu serius cantik dan sejuk. Kawasan lembap kan.
Lepas tu, abah bawak pergi Pasar Sabtu Changkat Jering. Yeay, aku suka:n: sebab dapat makan SATE! Apa special nye, sebab sepanjang tepi pasar tu orang jual sate dan makanan lain. Serius rasa diri orang kampung. Aku suka!:face9: Tak tau kenapa, aku rela pegi makan sate kat situ dari makan kat Sate Kajang Ipoh, atau kat kedai makan lain. Walaupon, pasar tu memang pasar, ada bahagian jual ikan, jual belacan, jual ikan masin. HA HA.:face18: Bayangkan semua gerai tu dalam satu tempat sekali dengan kedai sate. Lepas tu balik. Okey bye.
Oppsss, aku tak tangkap gambar, gambar di atas di ambil dari blog:n: Orang Kecil Orang Besar.
signature

Dec 14, 2010

Buat Aiskrim Pukul 12 malam

Salam.
Malam tadi, saya buat aiskrim Malaysia. Berseri betul la Malaysia Bumi Ku Bertuah ni. Aiskrim ada, kuih pon ada nama Malaysia kan. Aku saja buat sebab kat tv, tiada cerita best. So, pergi dapor ada milo yang nak dekat habis, bancuh 1 jug air dengan 1 tin susu dan 5 sudu gula.
Hahah. 1 tin susu tu tipu, takde la habis 1 tin, kira setengah tin. Sapa kawin dengan aku, kena makan manis2, lidah aku dah dapat tangkap kalau air tak manis tau. Dapat la bungkus 17 batang aiskrim. Sedap makan time musim hujan. Baru sejuk dan nyaman. Tengok peti ais rumah aku, kosong je. Kami tak makan kat umah, kami makan kat luar je siang malam. HA HA HA. Tipu. Sebenarnya ni peti ais simpan makanan sedap. Peti ais satu lagi, simpan lauk & sayur & bahan memasak. Kemas tak kami.
Yang Benar,
Nazirah Moktar

Nov 5, 2010

Variety of Story

Salam,
Hai, saya dah balik Ipoh, tempat kesayanganku. Cewaahh..Seronok je balik Ipoh kan, tido je, makan je, bersenang-lenang je..Nih tgk peta Ipoh (rasenye tak perlu tunjuk pon), yang tepi muke kartun tu Kampung Tersusun Batu Lima kan, depan Lost World kan, umah aku la..Tapi nombor rumah, korang teka la sendiri, tak leh kasi tau..Nanti kalo korang nak gi Lost World nak singgah umah lak. Takleh2..hahah..Kejam..Yeay, semalam dok dalam bus, sepanjang atas Gerik, tak leh tido..Awat nya Ceq?? Ha la, ceq sejok, menahan apa yg perlu ditahan..Seksa jiwa raga ceq, ditambah bas yg ceq naik tu tak berenti dari bawah Gerik lagi sampai dah turun Gerik. Brapa jam ceq menahan..Pastu, berenti di tempat bas Gerik, beli cucuq pisang dgn cucuq ubi manih,terjadi la conversation antara aku dan makcik coq pisang;
Makcik : Tadi ada org meninggal dalam bas SP Bumi. Org dah bawak pegi hospital.
Aku: Sakit apa cik?
Makcik : Budak tu sakit asma, tak bawak ubat. Agaknya sejuk..Sedar2, org sebelah die tgk die dah nganga.
Aku : Kesiannya. Tapi skrg memg sejuk, musim hujan, tambah aircond, lagi sejuk.
Kesian kan, tapi serius, bas aku naik pon sejuk gile, bas baru. Huhuhu :((
Cerita Kedua:
Tibe-tibe ade cerita kedua lak kan.Bila dah sampai rumah, rehat2 berjam-jam, bukak la Facebook. Kekasih saya, Melin, tag nama saya kat Facebook. Die kate takut tido semalam, kilat sampai vibrate katil. Haha, gelak jap..Kesian Melin, nanti aku balik kite tido same (ko atas lntai, aku atas katil).


Cerita Ketiga:
Semalam tag upload gambar kat Facebook, pastu Facebook bawak kite pegi page nak tag muke kawan-kawan. Kesian Facebook, keliru muke Melin+Fatin, muke Sue+Dello. Hahah, muke aku je 1 group sorang-sorang. Sekali terfikir, mana ntah yang sama muke Melin ngn Fatin. Senyum kot.Hahah.


Girly Graphics