(Siri Memori) Kerja Part-Time TM | Miss Durian Runtuh

Nov 28, 2010

(Siri Memori) Kerja Part-Time TM

Salam. Ni siri memori. Tak tau la ape beza siri memori dengan siri kenangan cerita aku nih. Baca je lah..Hahah.. Kali ni nak cerita pasal kerja pertama aku buat, kerja part-time sebagai orang ayang menjual secara atas telefon kat Telekom Malaysia Berhad. Haha, jangan main-main, walaupon aku gagap sikit, tapi boleh gak meniaga dalam telefon. Waktu tu, kawan aku, Irnie, ayah dia kerja TM. Irnie ajak aku kerja kat sana jual promosi yang TM buat iaitu Lets Talk. Sapa yang pernah orang TM call rumah dia, itu la kerja aku.
Lets Talk ni ada 3 pakej, RM68, RM88, RM108. Dalam pakej ni ada macam2 la promosi nya, termasuk streamyx murah, call rumah seluruh Malaysia murah, call Celcom murah. Aku tak nak cakap banyak, nanti ada orang cari aku lak..Hahah..Kesimpulan aku kan, korang TOLONG JANGAN subcscribe any promotion from TM okey without any black and white document. Kalau rase nak beli apa2, just pergi je Telekom tu tanya betul2, baru beli. Dengar la nasihat aku , walaupon aku ni hanya berumur 21 tahun.

Pekerja Manis : Hello, assalamualaikum, saya Nazirah daripada Telekom Malaysia Ipoh. Boleh saya bercakap dengan En. Abdul Rahim B. Samad (bukan nama sebanar)?
Bini En. Rahim : Dia takda. Kenapa ?
Pekerja Manis : Ohw, saya nak cakap dengan die pasal satu promosi dari TM. Kalau saya dapat cakap dengan dia, lagi elok. (Bagitau tujuan)
Bini En. Rahim : Dia takda, tak payah cakap dengan dia. Cakap je dengan saya. Saya isteri dia. (Suara kat belakang, suara laki.)
Pekerja Manis : ..........

Hihi..Macam2 pengalaman masa call. Bayangkan, aku kena call rumah orang Melayu, cakap dengan pakcik, makcik, abang, kakak, mcam2 la.. Ada yang baik, layan kami ni, ada yang peramah siap tanya soalan sejarah lagi (cikgu sekolah !), ada yang suruh mintak kerja kat Majlis Perbandaran Subang Jaya la dan lain2. Call rumah orang Cina lak, kena cakap slow2 sikit. Call rumah orang India pon senang. Tapi sekarang ni nak kerja balik (praktikal) bulan 5 tahun depan, rase takut pulak. Aku rase bidang IT ni tak ramai pekerja perempuan. Cam mane eh nanti ?? Huhu
signature

4 Flowers:

Cik Ina Do Do Cheng said... Reply Comment

bestnya kerja ngan TM .akak part time kerja kat kilang buat sarung tangan getah, masa tunggu result SPM.hazab.

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@kak ina mail

kak, hazab?? hahah

saya pon keje takde la best memanjang kak

Ayu Zan said... Reply Comment

waa..macam best je naz..
ada keje kosong x..akakakkaa....