(Siri Kenangan) Usop Sontorian | Miss Durian Runtuh

Nov 9, 2010

(Siri Kenangan) Usop Sontorian


Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
Sumber: Wikipedia
Salam (baru nak bagi salam??)
Okey, malam ni tibe-tibe teringat Usop Sontorian. Budak-budak zaman 90an macam aku mesti tau kartun ni, sape tak ingt memang (??) la..Hihi, aku suke gile kartun ni sebab comel, dan suke Singh sebab loghat dia. Kelakor la..Walopon aku dah tak berapa ingt jalan cerita dia (aku kuat pelupa!), aku tetap ingt yg aku suke tgk Usop Sontorian dulu. Ujang yg buat kan, memg kartun Ujang cantik2 kan..Ni la salah-satu kartun Malaysia yang aku kagum sgt :), ye, rakyat Malaysia pon ada yg kreatif, tpi budak-budak la ni asik nak tgk kartun org puteh je (aku budak bile?). Banyak kenangan kanak-kanak tahun 90-an.

8 Flowers:

NIA said... Reply Comment

suka usop sontoriannnnnnnn!!:D

Cik Ina Do Do Cheng said... Reply Comment

betul -betul kenangan mengusik jiwa.sampaikan sama nama yusof kat tempat kerja akak, dipanggil usop sontorian.

nabilah_2908 said... Reply Comment

wah..nostalgia tul...mmg suka cite ni...tap dah lama berkubur kan...

kalau buat come back...mesti best... boleh lawan upin n ipin...;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
APA KATA HATI GIVEAWAY

Ayu Zan said... Reply Comment

parit sonto..
yup..
pernah nampak..ehehhee

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@nabilah_2908yeah, serius boleh lawan upin ipin..memg best usop..huhu..rinduuu

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@kak ina mailhahah...serius, usop sontorian ni fenomena la thun 90-an dulu..hihi..sape tak kenal memg ?? la..hahah