Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Kenangan. Show all posts

Mar 25, 2019

10 Tahun Berlalu...

Assalamualaikum semua di tahun 2019. Lama gilahh tak tulis blog. Takda cerita la. Cerita frust je yang banyak, tak kan nak luah dalam ni ya kan ya kan ya kan. Silakan tengok Daisypath di atas, Naz dan Abg Blog udah 9 tahun 11 bulan kome.Omai, dah nak dekat 10 tahun usia blog ini ye. Saja update sekarang, sebab tau, bila cukup 10 tahun tu nanti, Nazirah lupa pun nak jenguk blog ni. Hehehe.
Tadi saja baca balik entry lama, menggamit kenangan. Kadang rasa menyesal delete entry pasal kawan-kawan di UMT (ofcoz tak boleh retrieve balik) sebab waktu tu tengah frust dan kecewa. Why la mendelete kenangan zaman remajamu itu. But, i still got my bff dalam whatsapp grup, tapi memori waktu menaip entry tu yang tak mungkin dapat balik. Dan semestinya rasa happy dan berbaloi sebab aku buat blog ini. Walaupun hanya untuk bacaan sendiri.
Kita tak boleh putar masa, tapi Allah bagi kita ingatan untuk kenang balik semua memori lepas. Hargailah sementara masih ada kenangan itu. Well, semoga Nazirah tak frust sesaja di tahun 2019, lebih-lebih lagi frust dengan lelaki. kahkah. Cukup-cukup la tu kan. Oh, saya di umur 30 tahun 2019 ini. Semoga hidup anda-anda lebih baik. InsyaALLAH, Aamiin.

Jan 13, 2017

Hello 2017 💙

 
Assalamualaikum semua. Wahhh dah Tahun 2017😻 la. Cepat sangat masa berlalu. Semoga masa yang berlalu pantas tu diguna dengan baik. Cewahh. So, tercapai ke target atau azam 2016 dulu? Untuk aku, tercapai jugak 1 target. Alhamdulillah😊. Kakak cakap, dalam hidup kita kene ada target atau azam, baru la dapat sesuatu yang kita nak kan. Nak masuk 2017 maksudnya dah nak 2 tahun aku tinggalkan UPSI dan bekerja di tempat baru. Rindu betul UPSI💙, memang sentiasa refresh dalam otak supaya sentiasa ingat memori kat sana dulu. Kiki. 
Well, hujung minggu lepas, aku dan kawan-kawan🙍 sekolah Ipoh dulu berjalan-jalan bersantai-santai di Penang. Spesifiknya pergi Bukit Bendera la. 5 Jam dok atas sana sebab hujan. Tapi memang berbaloi sebab tersangat cantik tengok pemandangan, berbaloi bayar RM10/sorang untuk naik cable train dan sebabkan first time Nazirah pergi, memang excited jugak la. Lepas tu, pergi Straits Quay tengok kapal orang kaya and then kami pergi Batu Feringgi makan laksa dan air kelapa. Tapi, memang nasib kami kene berjalan dalam hujan💧 hari tu. Apa-apa pun, best sebab dah lama tak jejak Penang😍.

Wokeyy, sejak-sejak hujung tahun lepas, Nazirah acah-acah mula baca novel cintun💚 Melayu balik. Sejak tinggalkan sekolah, Nazirah dok baca komik je. Sekarang baru tergerak hati nak baca sebabkan teringat drama Love You Mr. Arrogant. Gigih cari novel terpakai, surf Bookcafe, cari dalam Instagram, cari kat Novelhut Ipoh. Okay, sesapa orang Ipoh mesti kenal Novelhut kan. Untuk makluman korang yang mencari buku terpakai boleh pergi Kedai Novelhut, lokasi > sebelah Ipoh Parade dan depan Hotel Syuen (corner lot). Kasih Yang Suci (Nora Elena), Asam Pedas Untuk Dia, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Wee, rasa macam remaja pulak baca novel cinta. Semoga hobi membaca dapat dipupuk balik tahun 2017 ini😅.
Baiklah, bye blog, jumpa di lain masa. 
💔Sengaja letak gambar Running Man, sebab Running Man dah nak tamat :( Bagi aku, satu-satu veriety show Korea yang tak bertukar orang. Sebab tu peminat setia dengan 7012 RM.

Feb 14, 2014

Zaman Muda

Assalamualaikum. Hai semua orang. Tetiba rasa macam nak cerita pasal aktiviti aku dulu-dulu. Haha. Korang pernah pakai telefon Nokia tak? Mesti semua orang pernah kan. Pernah cari theme comel-comel tak? Hah,mesti selalu kan. Macam tu jugak aku. Dari asalnya nak cari theme aku dah terjebak jadi themer. Ape kebende themer? Haha, orang yang buat theme la. Theme maker. Dari asalnya buat satu akaun,dah sampai 3 akaun aku ada. Masih wujud lagi sampai sekarang. Dulu kemain rajin buat theme & upload. Sekarang tak dah.


1. Paling first dan paling sayang, Zedge la. Sini memula upload theme. Waktu ni buat theme pakai software kome. Carbide UI series 40 theme edition. Ya Tuhan, kemain gigih cari icon,wallpaper dan segala macam benda.


2. Dalam nak cari icon kawaii, jumpa Ownskin. So, buat akaun dan buat theme online je kat sini. Senang. Lepas tu upload dalam Zedge


3. Macam mana ntah boleh buat akaun kat Mobile9. Tapi dalam tiga-tiga akaun, akaun Mobile9 yang paling juta-juta orang download aku punye segala macam theme,wallpaper & ringtone.

 Ownskin
 Zedge
 Mobile9

Mennnn, apa ko buat Nazirah oii. Sampai sekarang, selain Facebook, Tumblr dan blog, mende alah ni la yang aku akan tengok setiap kali online. Sebab nak tengok dah bape ratus ribu orang download stuff aku. Cewah. Sekian.

Feb 10, 2013

Melancong ke Sabah

Assalamualaikum.Selamat Tahun Baru 2013 & Happy Chinese New Year.Hehehe.Terasa pelik pulak sebab dah lama tak tulis-tulis kat blog.Ada lagi ke orang nak baca cerita blog ini? Tak kisah la.Nak jugak cerita.Heheh. Tahun 2013 ini dimulai dengan cerita pergi ke Sabah.Apa tujuan? Jalan-jalan dan melawat abang kita yang duduk di Sabah nun. Pergi 26/1/2013-3/2/2013. Hah,lama kan.Selama 9 hari di Sabah bukan la seluruh Sabah kami ronda,tapi banyak jugak la tempat kami pergi.Lets gone!

Hari Ahad 27/1/2013, kami pergi ronda Pasar Gaya.Gambar takda sebab sibuk berjalan.Situ penuh orang berniaga barang kraftangan,cenderamata,makanan dan jugak orang jual haiwan peliharaan macam kucing & anjing.Hah,all in one kan.


Hari Isnin 28/1/2013 kami pergi ke Kundasang.Dalam perjalanan singgah di Rumah Terbalik di Tamparuli.Tamparuli tu makcik kita cakap kampung Marsha Milan Londoh katenye.Rumah Terbalik tu memang terbalik sungguh,dalam rumah tu semua terbalik.Lantai atas,siling bawah.


Kemudian,hah,tiba-tiba dah sampai ke Kundasang.Kami singgah di Taman Kinabalu/Kinabalu Park.Dekat sini kalau cuaca elok memang boleh nampak Gunung Kinabalu.Tapi waktu kami pergi,cuaca mendung.So,takda bukti la dah sampai Gunung Kinabalu.Tapi dalam perjalanan naik atas ke Kundasang tu memang nampak gunung tu.Memang tinggi sungguh.


Kami menginap di Hotel Perkasa Mount Kinabalu Heritage & Spa.Memang sejuk betol Kundasang.Lebih kurang Cameron Highlands tapi Kundasang lagi best.Nampak tak langit mendung,malam kami tidur tu hujan renyai.Pergghh,sejukkk.


Petang tu pulak pergi Desa Dairy Farm,tempat lembu susu.Memang beratus lembu ni,waktu kami datang dorang tengah perah susu lembu.Dan semua lembu ni memang terlatih.Sempat la makan aiskrim dan beli susu segar 4 kotak.Hah,macam lembu New Zealand kan.


Esoknya sebelum balik,abang kita bawak pergi Poring Hot Spring.Gambar atas ni air terjun tapi tak boleh guna lagi sebab berasid.Kenapa berasid?Sebab air ni dah tercemar dengan sisa-sisa lombong bijih besi.



Poring Hot Spring ni di Ranau,bawah Kundasang.Tempat ni memang besar,ada Taman Rama-Rama,Titi Gantung,waterslide dan kolam-kolam yang banyak.Nak masuk pon pakai tiket berbeza.Kami cuma rendam kaki dalam kolam air panas.


Balik dari Ranau,naik semula ke Kundasang singgah di Kundasang War Memorial.Tempat bersejarah ni cerita pasal tahanan perang dulu.Tentera British & Austria banyak mati & terseksa sebabkan tentera Jepun.Dari 2000+ tentera cuma 6 orang je yang selamat.Dorang kena paksa berjalan dari Sandakan ke Kundasang dalam hutan.Kena paksa buat landasan kapal terbang sampai sakit-sakit.


Waktu di Kota Kinabalu,kami banyak berjalan kat shoping complex.Di KK tu memang banyak sungguh pasaraya tak terkira.Rasanya dah masuk semua kecuali Borneo Mall.Makan kat kedai mamak,tepi laut,restoran nasi padang,restoran nasi ayam,restoran d'kl @ restoran dalam rumah.


Hari Rabu pulak kami pergi berkelah di Pulau Manukan & Pulau Sapi.Naik bot laju.Pulau tu sangat cantik dan bersih.Kami siap snorkeling berdiri lagi tengok ikan dalam air.Memang dah niat nak pergi Sabah mandi laut & berkelah.Ada lagi dua buah pulau kami tak pergi ; Pulau Mamutik & Pulau Sulug.


 Jeti Pulau Manukan


 Jeti Pulau Sapi


Terakhir gambar diri sendiri dari jauh.Kihkih.Kenapa tak letak gambar sendiri banyak-banyak macam selalu?Sebab dah gemok.Yang jadi sejarah pergi ke Sabah ialah first time naik kapal terbang.Baru tahu macam mana sakit telinga,berdebar dan tak tahan dengar budak kecik menangis selain pengalaman beli makanan dalam flight.

Trivia Sabah
  1. Harus pergi ke Pasar Philipine.Sebabnya situ la tempat jual kraftangan dan mutiara.Cewahh.Barang cenderamata, beg,perhiasan,baju,keronsang,apa korang nak semua ada.Pasar dia berasingan; ada pasar buah,pasar keropok,pasar ikan,pasar ikan kering & pasar kraftangan.
  2. Pergi la singgah ke pasar malam di Kota Kinabalu,tapi tak sure apa nama tempat dia.Keronsang & mutiara lagi-lagi murah!
  3. Nak beli mutiara separuh harga selain keronsang,gelang yang cantik-cantik?Pergi Kedai Jamilah Jewellery.Memang semua barang dia separuh harga sebab dia kedai wholesale.Rambang mata dibuatnya.
  4. Orang Sabah tak kuat makan pedas.So,kalau makan di kedai jangan berharap nak makan pedas okay.
  5. Orang Sabah banyak pakai kereta 4x4 macam Hilux tu selain kereta Viva & MyVi.
  6. Makanan agak mahal tapi berbaloi sebab banyak penuh pinggan.
  7. Walaupun Sabah itu dalam Malaysia,bila kita pergi sana kita dapat pas lawatan selama 90hari.Orang Semananjung yang kerja sana pon kena renew pas kerja setiap 5 tahun.
Sekian. :)

Jan 1, 2012

(Siri Kenangan) Kisah Gagak Yang Bijak


Assalamualaikum.Dulu waktu kecik-kecik suka tengok kisah teladan ni kat RTM.Ada pasal Sang Kancil la,Sang Monyet la,Sang Buaya.Terkenang betul zaman dulu-dulu :') Opps,gif ini bergerak-gerak tak di komputer korang?Kat komputer aku gerak slow sangat.Macam Sang Kura-Kura.
Selamat Tahun Baru Semua

Jul 15, 2011

Tiba-tiba teringat..

Dari kiri;
Depan sekali : Amal,Rahim
Baris kedua (baju oren) : Ain, Shara
Baris ketiga : Pqah, Hajar, Irnie, Fai
Baris keempat : Faaizah, Nisak, Aku, Melin
Baris kelima (duduk) : Anas, Jai
Baris keenam : Faiz, Rizal Tok, Khai,Nizam
Belakang : Rahmat, Gjoy
Assalamualaikum, hari ni tiba-tiba je teringat kawan-kawan waktu sekolah dulu, kat MRSM Balik Pulau. Happy betul zaman sekolah dulu, walaupun tension sikit dengan SPM, tapi ada jugak time yang gembira. Kelas 5D bagi aku antara kelas yang serius gila dan lain dari yang lain. Ada kelas yang ramai budak hensem, ada kelas yang islamik, ada kelas yang ahli-ahlinya tak ngam, ada kelas yang macam tak heran antara satu sama lain & macam-macam. Tapi di sebabkan kelas 5D ni semua budak Melayu, so memg macam-macam perangai.

Teringat waktu kami buat tayangan filem. Kami nak tayang filem Dorm ,filem hantu Siam tu. Sekali bila hari tayang, kawan aku beli cd cetak rompak. Cover cerita lain, isi cerita lain. Memg malu jugak la. Last-last kami beli cd yang betul & tayang balik. =,=

Kami budak-budak perempuan pernah main true or dare. Memang sapa yang dapat dare tu memg kena habis-habisan malu habis la. Aku kena pergi kelas 5E, kena cakap dgn Faiz kebab, bengong betul rasanya. =,=

Bila teringat, rindu pun datang

May 20, 2011

Yin Hoo SDN BHD - Alamat & Nombor Telefon

UPDATED!!!!


Assalamualaikum. Dulu aku pernah buat 1 entri pasal aku jual katalog Yin Hoo. Semenjak tu ramai orang masuk blog aku cari alamat Yin Hoo la, macam mana nak dapatkan katalog Yin Hoo la, email Yon Hoo la padahal Yin Hoo memang dah tak hantar lagi katalog ke rumah aku, sebab dah tak aktif. Sampai rasa tension la. Ceh, tension konon. Hari ni rasa gembira sebab kawan satu praktikal ni, Tim, ada jual katalog Yin Hoo. So, pas ni sapa-sapa yang search alamat Yin Hoo, email Yin Hoo dan macam mana nak dapatkan katalog Yin Hoo, boleh la take note info ini :) Opps, email & website takde.
Yin Hoo SDN BHD,
P.O. BOX 11404, 50744, Kuala Lumpur
Telefon : 03-89458795 (8.40am-5.40am)
Address: 7, Jalan BS7/1A, Taman Perindustrian Bkt Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Fax: 03-89458803. 89453202



Kalau nak katalog ni di hantar ke rumah korang-korang, telefon la dia.Aku rasa dorang suke je kalau ramai yang nak jual katalog ni. Bayaran pos ke Sabah, kalau belian bernilai RM200 ke bawah kena tambah RM9 dan kalau belian bernilai RM200 ke atas pos FREE. Kalau Semenanjung tambah RM7 & Brunei/Singapura bayaran pos RM20. Fuuh, terjawab jugak semua.

UPDATE : INFO TERBARU
Haha,YinHoo dah buat online shop sekarang.So,tak payah korang susah-susah lagi.Sapa yang tanya aku pasal nak bank in duit semua,sekarang dah senang kan.Zaman IT,tak payah dah jual-jual kat orang lain macam dulu-dulu.ini dapat membantu korang yang nak beli barang kat YinHoo okay :)

Yinhoo.Org 
REQUEST CATALOG?JUST PUT YOUR INFORMATION(name & address) ON FB WALL YINHOO.CLICK THIS. 

Rasa macam dah jadi ajen YinHoo pulak aku nih.Hehehe..Ramai weh orang tnya kat kita,gimana mahu dapat ini katalog.Tapi sebabkan kesian,tolong jugak lah.

Nov 15, 2010

(Siri Kenangan) Beg Kulit Emak

Salam,Cantik tak ini beg tangan?.Hahha, vintage tak? Genuine leather ni, jgn main2..Leather ape tak tau, tapi halal.Heh. Ni beg arwah mak, abah belikan <3 .. Jumpe balik setelah menggeledah almari baju lama kat belakang rumah. Tegar betul bile bab-bab menggeledah barang, cam penyiasat je. Okey, ni beg aku amik balik sebab la ni kan budak-budak dok mencari-cari beg vintage kulit. Aku kan suke terpengaruh dgn gaya org, tpi nak membeli, mak aii, MAHAL!



So, bile ada barang warisan macam ni, guna je la. Tak perlu beli dah :) Ingt lagi kecik-kecik tgk mak pakai beg ni, nampak cam besar je beg ni. Bile jumpe balik, rupanya kecik je. Tapi takpe, kalau tak pakai pon, boleh simpan. Dan kami anak-anak mak rase bangge sebab beg ni tahan. Walaupon dah berapa tahun tak guna, beg ni tak rosak or dimakan serangga.

signature

Nov 9, 2010

(Siri Kenangan) Usop Sontorian


Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
Sumber: Wikipedia
Salam (baru nak bagi salam??)
Okey, malam ni tibe-tibe teringat Usop Sontorian. Budak-budak zaman 90an macam aku mesti tau kartun ni, sape tak ingt memang (??) la..Hihi, aku suke gile kartun ni sebab comel, dan suke Singh sebab loghat dia. Kelakor la..Walopon aku dah tak berapa ingt jalan cerita dia (aku kuat pelupa!), aku tetap ingt yg aku suke tgk Usop Sontorian dulu. Ujang yg buat kan, memg kartun Ujang cantik2 kan..Ni la salah-satu kartun Malaysia yang aku kagum sgt :), ye, rakyat Malaysia pon ada yg kreatif, tpi budak-budak la ni asik nak tgk kartun org puteh je (aku budak bile?). Banyak kenangan kanak-kanak tahun 90-an.

Oct 31, 2010

(Siri Kenangan) Sesame Street

Salam,
Saya kanak-kanak, saya suka kartun. Hahah. Teringat waktu kecik-kecik dulu, setiap pagi Sabtu, mesti dok depan tv mengadap kartun. Salah satu nya ialah Sesame Street. Paling suka waktu mereka ajar ABC. mesti ikut, tpi pelik bile org putih sebut Z (zack) adalah Z (zee). Suka tengok mereka bersembang walaopon tak paham English, suka tgk mereka menyanyi, walaopon tak paham English. Hahah. Suka nye!!!

Ada Big Bird yang suka tolong kawan-kawan, ada Elmo yang merah, ada monster yang duduk dalam tong sampah, ada yang Drakula, ada yang kepala jagung, Ernie yang naif, ada cookies monster. Suke99!

Hello, I am Elmo the Red Monster!

Hello Malaysian, I am Cookies Monster, I like to eat cookies!

Hello, I am Oskar. I love to live in dustbin.Bye!
Sesame Street

(Siri Kenangan) Scooby Doo di Google

Salam,
Hari ni bukak2 Google, ada gambar Scooby Doo, rupanya untuk sambutan Halloween mereka. Okey, sebenarnya nak cite pasal Scooby Doo. Walaupon kartun tu tahun 70,80-an, tapi tetap suka. Aku suka yang laki kurus pakai baju hijau tu, sebab dia kurus kering ditambah pulak penakut, sama macam Scooby Doo, si anjing coklat tu. Comel la! Waktu kecik2 bukan paham pon apa dia cakap, tapi paham sebab tengok je apa kartun tu buat. Yang bestnya, kartun Scooby Doo ni sume pakai seluar boot cut, ye la, tahun 70,80-an kan.Zaman Hail Amir ngn Uji Rashid. Okey, bye! Hahah :p





Nanti nak tulis pasal Sesame Street lak.