November 2010 | Miss Durian Runtuh

Nov 30, 2010

(Update) Tag from Kawan SeUniversiti & Boloque

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang ?
Keluarga dan hidup gembira.

2. Benda terakhir yang aku beli guna duit aku.
KFC

3. Di mana tempat korang langsungkan perkahwinan korang?
Rumah family di Tambun

4. Adakah korang tengah bercinta sekarang?
Haah, betul la tuh

5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaAllah, selamanya

6. Di mana kamu selalu jumpa kekasih korang?
Shooping complex

7. Novel/buku/majalah terakhir saya beli?
Buku Object oriented design with uml, buku potostat

8. Apakah nama penuh korang?
Nazirah Binti Moktar

9. antara mak n ayah mana lebih rapat?
Adik beradik. (tak menjawab soalan betul la kau)

10. Namakan orang yang betul2 korang nak jumpa lam hidup korang.
Rupert Grint 

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri.
Haah, machine jadi pembantu

12. Tempat yang betul2 korang nak pergi?
Cameron Highlands

13. pilih salah satu..peluk atau ciuman..
Peluk dan cium..nak dua dua (suke tak menjawab soalan)

14. bagi tahu 3 benda orang yang bagi kamu tag?
lelaki, tinggi, baik dengan kawan2 beliau

15. 5 benda paling disayangi dalam hidup anda
handphone, duit, laptop, rumah, bear

16. lagu yang paling kamu suka dengar..
All Maher Zain's songs

17. bila tarikh lahir korang dan mana tempat selalu kamu sambut?
11/12/89, sambut di rumah dengan family. tak penah sambut dengan kawan2

18. list 5 orang yang kena tag... 
Budak botak, lionteen, syue   (tak ikut arahan!)

Tag daripada Nik Muhammad Syafiq

UPDATE !
Oucch, Boloque juga ada tag aku dengan soalan tag ni. jawapan tetap sama..
Cume soalan no 14 je aku jawab berdasarkan Boloque.
Terima Kasih Boloque :)

14. bagi tahu 3 benda orang yang bagi kamu tag?
lelaki, blog berkisar ilmu sukan dan byk info lain yang menarik, blogger yg kerap gak jengok blog aku baru2 ni :)

signature

Award+Tag dari 2 orang kawan baik


Award daripada budak botak. Kena jawab soalan dulu.
1. budakbotak11.blogspot.com (gantikan dengan diri org yg tag kau) di mata aku.
Blog yang best sebab byk post yang best2 dan simple..Kirenya senang aku nak baca dalam masa yang singkat. Tak perlu byk2 nak bace.Hihi.

2.Nama blog aku dan kenapa letak nama itu?
Macam2 nama ada. Tapi yang paling kenal, Miss Durian Runtuh. Sebabnya mula2 buat blog dulu, konon nak ada nama samaran dan tibe2 terfikir durian.

3. 5 perkara aku suka.
Blogging, shopping, kawaii stuff, bercinta dan berkawan.

4. 5 perkara yang aku benci.
Internet lembap, tension, berseorangan, duit tak cukup dan exam susah.

5. Budak Botak suh aku tag 10 orang. Tapi aku tak nak menjawab soalan.
Syafiq, Fatin, Melin. (3 orang je)

Award daripada Izamir Ridzwan sebab aku orang ke-100 follow blog dia.
1. Your name : Nazirah Binti Moktar
2. Short explaination about his blog : Emm, ada lebah madu kat header dia. Guna flash mungkin. Orang yg ramah, sebabnya aku baru tulis kat shoutmix dia, cepat je balas dgn ramah nye.Ehh, ni pasal tuan blog la weh..
3. Since when I know about his blog? : Emm, ketika sibuk blogwalking.
4. How did you know his blog? : From the other blogger. Tapi tak pasti blog mane-ntah.
5. Which entry that you like in this blog? : Random..yang pasal nuffnang bagi email tu. aku pon dapat. tapi aku sedar lak earning aku terpotong or terlebih.

2 orang kawan baik kat tajuk post ini adalah Budak Botak & Izamir Ridzwan ni. Aku cakap kawan baik sebab tak silap aku mereka memg kawan, dan kalau tengok kat blog mereka, mereka saling promote-meng'promote'i blog masing2 di blog sendiri..Ayat pening..
signature

(Siri Memori) Tabung Gajah Duduk BSN

Salam. Kita semua suka menyimpan duit kan, atau menabung kan. Sama macam aku, dari kecik lagi belum sekolah, abah dah belikan tabung ayam dengan tabung tembikai untuk aku menabung. Bila dah penuh, abah pecahkan, dan pegi BSN, bukan akaun Giro untuk budak-budak remaja macam aku. Then, bila kita bukak akaun kat Giro tu, orang BSN kasi tabung gajah duduk ni, tapi kena tambah duit la. So, dari tabung itu la aku menabung setiap hari, sampai umur berapa ntah la.. Nak dekat RM1000 lebih gak la. Dan tabung ni aku masih simpan, dan ada berapa ketul duit 50 sen dalam nya. Daripada tabung ni la, duit aku dalam ASB wujud. Kalau nak harapkan duit dalam CIMB, heh, belum cukup semester, dah habis buat makan McD.Ehh, ni siri memori. Menabung dalam tabung gajah duduk BSN GIRO.
signature

Nov 28, 2010

(Siri Memori) Kerja Part-Time TM

Salam. Ni siri memori. Tak tau la ape beza siri memori dengan siri kenangan cerita aku nih. Baca je lah..Hahah.. Kali ni nak cerita pasal kerja pertama aku buat, kerja part-time sebagai orang ayang menjual secara atas telefon kat Telekom Malaysia Berhad. Haha, jangan main-main, walaupon aku gagap sikit, tapi boleh gak meniaga dalam telefon. Waktu tu, kawan aku, Irnie, ayah dia kerja TM. Irnie ajak aku kerja kat sana jual promosi yang TM buat iaitu Lets Talk. Sapa yang pernah orang TM call rumah dia, itu la kerja aku.
Lets Talk ni ada 3 pakej, RM68, RM88, RM108. Dalam pakej ni ada macam2 la promosi nya, termasuk streamyx murah, call rumah seluruh Malaysia murah, call Celcom murah. Aku tak nak cakap banyak, nanti ada orang cari aku lak..Hahah..Kesimpulan aku kan, korang TOLONG JANGAN subcscribe any promotion from TM okey without any black and white document. Kalau rase nak beli apa2, just pergi je Telekom tu tanya betul2, baru beli. Dengar la nasihat aku , walaupon aku ni hanya berumur 21 tahun.

Pekerja Manis : Hello, assalamualaikum, saya Nazirah daripada Telekom Malaysia Ipoh. Boleh saya bercakap dengan En. Abdul Rahim B. Samad (bukan nama sebanar)?
Bini En. Rahim : Dia takda. Kenapa ?
Pekerja Manis : Ohw, saya nak cakap dengan die pasal satu promosi dari TM. Kalau saya dapat cakap dengan dia, lagi elok. (Bagitau tujuan)
Bini En. Rahim : Dia takda, tak payah cakap dengan dia. Cakap je dengan saya. Saya isteri dia. (Suara kat belakang, suara laki.)
Pekerja Manis : ..........

Hihi..Macam2 pengalaman masa call. Bayangkan, aku kena call rumah orang Melayu, cakap dengan pakcik, makcik, abang, kakak, mcam2 la.. Ada yang baik, layan kami ni, ada yang peramah siap tanya soalan sejarah lagi (cikgu sekolah !), ada yang suruh mintak kerja kat Majlis Perbandaran Subang Jaya la dan lain2. Call rumah orang Cina lak, kena cakap slow2 sikit. Call rumah orang India pon senang. Tapi sekarang ni nak kerja balik (praktikal) bulan 5 tahun depan, rase takut pulak. Aku rase bidang IT ni tak ramai pekerja perempuan. Cam mane eh nanti ?? Huhu
signature

In ♥ With Rupert Grint, Yaww !

Salam. Semakin hari saya ngadap tumblr, semakin saya suka Rupert Grint. Cam mana tu (?).. Hahah, bukan apa, bila kat tumblr, kan boleh search tumblr by tag. Aku pon cari la pasal Harry Potter. Dah kuar Harry Potter, cari pasal Ron dan Hermione. Dah tengok mereka molek je berdua, cari lak Rupert Grint. Last2, aku dah jatuh tangga CINTA. Ohhww, I love Rupert Grint. Ye, kalo nak dibandingkan dengan sape-ntah-nama-sebenar-Harry Potter tu, Rupert Grint ni takde lah handsome mana. Tapi sebabkan aku suka lelaki yang tak berapa handsome-asalkan-macho-gagah, so, aku terminat lebih lak kat Rupert Grint nih. Eeii, gatai la kau ni Naz. Memang pon aku gatal, sebab tu aku dok gigih download wallpaper Rupert Grint je satu malam. Ehh, nak nok tengok Harry Potter & the Deathly Hallow Part 1. Sapa dah download, cepat burn dalam cd, pos kat aku. Aku bayar RM10. Amacam.
Sumber : rupertdaily
signature

Cara Upload/Masukkan Gambar dalam Photobucket

Salam. Harini nak ajar cara nak masukkan image gambar ke dalam Photobucket dengan 2 cara iaitu, upload from computer dan upload from Web.
1. Upload from computer. Mula-mula, tekan link Upload Now dahulu yang kat atas page tu. Yang penting kena pastikan korang pilih upload from My computer. Then tekan "Select photos and videos". Then, pilih image nak masuk dan upload.


2. Upload from The web. Yang ni cara mudah kalau korang tak mahu download image itu ke dalam komputer. Contoh nya nak upload background untuk blog dari CherryBam. So, just right-click image itu dan pilih "Copy Link Location".Macam gambar di bawah.


Then, pilih upload from The web.  Ada jugak option upload dari Email, Mobile photos, Webcams. Itu korang boleh explore sendiri.


Masukkan link yang korang dah copy tadi. Then Start Uploading sahaja. mudah je kan. Kalau nak upload gambar secara banyak boleh la upload guna bulk uploader. best kan guna Photobucket. Boleh upload banyak gambar dan mudah juga untuk beginner.

signature

Ehhhh, Raksasa Mana Nih (!?)

Sumber : happymonster

Salam. Pernah tak mengalami situasi seperti ini? Hahah..Satu hari korang tengok muka kat cermin, or takpon tak payah tengok cermin la, katekan korang jalan2 dengan kawan2. Pastu tibe2 rase nak tangkap gambar sebab kan korang tengah jalan2, mesti dah bersiap sejam sebelum kuar kan. Mesti rase, " ehh, bedak aku ada lagi kat muka nih, mesti cantik, aww ! ". Pastu tangkap la gambar sambil tersenyum perasan. Tapi bila tengok kat kamera, muka macam " EHHH, RAKSASA MANA NIH ! MANN ! ". Pastu terkedek2 nak delete gambau itu kan. 

Yes, aku pon macam tu. Bukan kate kalau tengok cermin ke apa, kalau jalan2, tibe2 nak tangkap gambar konon lawa la gambau kau kan. Sekali tengok, gambar kawan kau je lawa, gambar kau dengan double chin lagi. Hahah..Kesimpulan, aku rase aku tetap okey, walopon dalam gambar nampak segala kelemahan diri aku. Kawan2, kita semua cantik. Bak kate2 orang yg komen entri aku ni, yang penting sihat & of coz bila sihat, muka pon berseri2 kan.

Ehh, yawww, now I love to play around with my tumblr..Manyak doodles comel maa.
signature

Nov 27, 2010

Saya follow Awak, Awak follow Saya tau. Okey nanti kejap, saya follow, kejap je kerja nya, tak peluh pon.

Salam. Main Tumblr sambil layang video Cik Chida Dari Parit. Tak mau panggil dia Cikgu, panggil Cik Shida je.

Suka Follow Blog Orang ?
Ehh, aku suke follow blog orang. Tak tau nape. Mungkin, aku mengerti, orang mesti suke tengok follower die ramai bertambah dari hari ke hari tambah2 blogger baru. Its okey kalau ada orang tulis kat CBox aku, " hai, I dah follow durian, durian follow I balik tau ". Kalau dulu, aku tak layan sgt, tapi sekarang aku sgt menghargai orang yg nak follow dari aku. Sesetengah blog aku baca, cukup tak suke kan kalau ada orang tulis gini, tambah blogger yang otai kan. Jangan la perlekeh mereka, mereka cume seronok. Tau tak ape maksud seronok?

Penerangan
Aku pon follow mereka itu, aku tak masuk dalam blog list aku pon. Dalam blog list aku, cuma kawan-kawan dan blog yang aku suke baca. Serius, aku jujur. Tapi aku kadang2 ada gak baca, dari list yang banyak2 kat dashboard tu. So, tak perlu pon nak taruh dalam blog list kat blog korang. Kadang2 mereka suruh follow pon bukan mengharap kite2 ni baca blog mereka sgt. Follow la mereka, tolong la!! Hahah.. WT Hal Nazirah (?) Ye, aku paham keseronokan mereka berblog, sebab aku pon macam itu jugak dahulu :) Nak tambah follower ? Buat contest, suruh org yg masuk contest tu follow blog kau. Kan senang. Hanis Zalikha pon kalah nyah !
signature

Gaji Terkumpul Dalam KWSP

Salam.
Aku nak tunjuk, aku dah dapat gaji setelah setahun bape bulan entah berblog di Miss Durian Runtuh. RM51.72. Heh, korang nak tunjuk korang nye ribu-ribu, unique visitor pon ribu-ribu, takpe, aku rendah diri, tunjuk aku nuffnang nye RM51.72. Kalau ramai kate nak kumpul untuk kawin, aku pulak nak kate aku nak kumpul buat pencen umur 58 tahun nanti. Gilo kau nak tunggu lagi 37 tahun. Kakah, sekali hilang tibe-tibe duit pencen waktu ko umur 58 tahun, lagi naya (?). Heh, agak2 kalo letak nuffnang kat Tumblr untung tak (?)

signature

Ugly and Fat Girls

Sumber : imylikecrazy

Ugly girl think they're hot.
Hahahha..betul ke tak. Maksud aku tak lah ugly tu huduh sangat, sebab semua ciptaan Allah kan cantik. Tapi ugly tu macam takde la secantik Irine Nadia or Fatin Liyana. Hanya biasa-biasa cam aku. Ye, statement ini bagi aku betul sebab walopon aku biasa-biasa sahaja, aku rase aku cantik. Hihih, rase cukup la pakai bedak ngn lip gloss, tak payah eyeshadow ke, pemerah pipi ke, tudung anting-anting ke, pakai tudung bawal no 1 sudah, walopon Kak Chika cakap tudung bawal so yesterday kan. Hihi, ye, aku rase aku cantik. Hahah.. Oppss, cantik luaran maksud aku, dalaman aku or hati aku takde la cantik sgt.

Fat girls think they're skinny.
Yang ni pon betul sebab aku tak la seramping Hanis Zalikha, tak lah se'slim' Sis Intan. Hanya banyak lomak je di perut dan tempat lain yang boleh simpan lemak. Bagi aku statement ini betul gak sebab aku rase, aku dah cukup 'kurus', so aku makan banyak dari hari ke hari. Dan aku tanpa segan silu pakai seluar jeans yang ketat konon cantik la kan kaki gemok ko. Ehh, nyentap ayat nih. Hahah ;p.

The Others 2
Yang lagi 2 statement aku tak tau lak. Korang fikir la sendiri bagi pihak korang, betul ke tak. Aku suka betul la kan, orang yg kurus selim menyelim cakap, "eehh, I dah gemok gedempol la, cam mana ni, rase nak dok bawah trellar suh die pijak2 badan I bagi keluar habis semua lemak ni ! awww ! ". Ni bakal statement aku jugak KALAU aku kurus. Tak sabar nak kerja, nak kurus, nak bersolek, aku pon nak gak merasa jadi perempuan yang ..... (?)
signature

Nov 24, 2010

Weh, aku malas dah, takde mood, takde perasaan dah. Okey, bye !


Salam,
Malas nak berblog dan berfacebook lagi. Mungkin bertahan sebulan kot. Hahah. Belog tetap dibuka, tapi tak menulis. Belog lain tetap dijenguk dan dikomen. Ehh, boleh ke tak berblog ni?? Kite nantikan saja.
signature

Nov 21, 2010

Kenduri Bersunat Akmal

Salam,
Semalam kan ada kenduri untuk anak buah yang nak bersunat kan.. Tengok la gambar. Yob upah katering Sajian Perak yang masak. Serius sedap dan puas hati lauk pauk dia. :)

Kakak-kakak saya tengah dok kemas-kemas lauk kat dapur, untuk bahagian orang perempuan.
Ayam masak merah, kari daging, pecal, bubur anak lebah, kuih-muih, buah-buahan, air sirap.
 Pecal :)
Ulam-ulaman, jantung pisang, timun, sambal belacan lak, family kami yg sediakan..Makan tengah hari kan, selera kampung sikit.
 Akmal (baju belang) dan sepupu dia.
Baby comelss
signature

Nov 19, 2010

Kenduri Bersunat

Salam, esok kat rumah ada nak buat kenduri. Anak sedara yang pkai songkok tu nak bersunat. Esok kenduri, bersunat betulnya hari Ahad. Hihi, mesti berdebar-debar kan. Hoho..Sume upah org masak je, katering. Masak daging/ayam kurma, nasik minyak, ada bubur anak lebah dan tatau ape lagi. Hihi.. Ni la punca aku balik lmbat ke UMT, padahal tak sedar diri nak dekat exam. Biaq pi la, aku takde perasaan bile kat rumah,nanti dah balik UMT, baru nak kalut tengok isi buku. ;p. Kepada anak buah Chu, Muhammad Akmal Bin Zulkarnain Shah (panjang betui la nama!) , semoga bertabah.Mesti tak sakit, hehe, sekarang guna doktor bertauliah, mesti cepat baik. Tak macam dulu. (Aku main agak je!).Rezeki dia nak sunat, haritu opah belah mak dia bawak jalan-jalan naik kapal Star Cruise. Jangan main2. Aku pon tak penah naik kapal tau, naik sampan penah la.
signature

(Siri Memori) Tali Benang Warna-Warni


Salam, lama tak menulis. Cewaah ;p. Hari ni sambung siri memori. Tengok la gmbar tuh..Hahah, tali benang yang diikat-ikat. Masa sekolah rendah dulu, popular la bende ni dikalangan budak-budak perempuan yang memg suka kraf tangan. Yang tali berwarna-warni kat tepi tu, mak yang ikatkan. Simpan buat kenangan. Yang reben tu, sepupu aku yang bagi, mungkin ada lagi orang yg dok buat reben bentuk 4 segi tu. Bila kita tarik je, terus panjang..

 

Then, guna tali benang buat nama. Guna plastik or kayu aiskrim. Ada kawan yang buat meniaga bende nih, hari-hari aku tempah. Rasanya 20 sen 1.Aku pon pernah belajar ikat tali benang tu, kawan yang ajarkan, sampai dalam kelas KAFA pon ada masa mengikat tali benang tu. Pastu gantung kat beg. Tali benang tu kirim kat kawan, beli kat kedai jahit.Heheh, dari kecik rupanya aku dah kreatif, meniaga ape sume..Hihi ;p 

Dan gambar sebelah ni ini takde kena-mengena dengan tajuk. Ni adalah pencil box yang aku beli waktu darjah 4 kat Greentown Mall. Waktu tu ada pameran dari penjara. Ni banduan penjara Taiping yang buat. Daripada kertas or mungkin surat khabar. Then balut-balut lawa2, then lekat sampai jadi pencil box. Kreatif kan mereka. Yang warna biru tu coin purse, kawan bagi. Farah Roslan. Tetibe je dia bagi kat aku, kadang-kadang baik, kadang-kadang tak rapat. Waktu dia bagi ni, mood dia tgh baik la tu. Hoho
signature

Nov 16, 2010

e-Card AidilAdha

Kad Raya yang diambil daripada Ayeem Ayam..Comel kan..Selamat Hari Raya Haji Buat semua :0 Nak makan lemang, rendang byk sampai sengkak perut.. (Ayeem cakap, letak kursur nak tgk kad nih). Cepat pegi blog die yg byk flash tu :)

Nov 15, 2010

(Siri Kenangan) Beg Kulit Emak

Salam,Cantik tak ini beg tangan?.Hahha, vintage tak? Genuine leather ni, jgn main2..Leather ape tak tau, tapi halal.Heh. Ni beg arwah mak, abah belikan <3 .. Jumpe balik setelah menggeledah almari baju lama kat belakang rumah. Tegar betul bile bab-bab menggeledah barang, cam penyiasat je. Okey, ni beg aku amik balik sebab la ni kan budak-budak dok mencari-cari beg vintage kulit. Aku kan suke terpengaruh dgn gaya org, tpi nak membeli, mak aii, MAHAL!



So, bile ada barang warisan macam ni, guna je la. Tak perlu beli dah :) Ingt lagi kecik-kecik tgk mak pakai beg ni, nampak cam besar je beg ni. Bile jumpe balik, rupanya kecik je. Tapi takpe, kalau tak pakai pon, boleh simpan. Dan kami anak-anak mak rase bangge sebab beg ni tahan. Walaupon dah berapa tahun tak guna, beg ni tak rosak or dimakan serangga.

signature

Nov 14, 2010

(Siri Memori) Kad Nama/Name Card


Salam, Sambungan siri memori..Hihik..Semangat ye ko Naz. harini cerita pasal kad nama or name card. Zaman sekolah rendah sampai menengah, sume kawan-kawan ada. Sape takde memg ketinggalan zaman kanak-kanak..Hahah..kejam..Aku salah seorang PENJUAL kad nama ni.Hah,jangan main-main, walaupun takde bakat petah berkata-kata, aku ada bakat pengaruh orang. Aku tunjuk katalog, cakap lebih kurang, cepat je kawan order. Bab nak bayar, aku bangge ngn kawan-kawan aku, takde yang kaki ngelat tak mau bayar. Aku leh consider la, takkan nak paksa org bayar, nama pon budak sekolah. 1 set RM3. Kalau penuh 1 borang boleh dapat 1 set percuma. Mula-mula aku letak la nama aku kat bahagian percume, pastu kakak aku cakap, bahagian percume tu letak nama kawan, so boleh untung RM3. Betul gak kan..Hihi..Orang yang membawa aku ke landasan perniagaan kad nama ialah kawan aku Nur Aliah Fatin & Nur Insyirah.

(Siri Memori) Buku Autograph

Salam. Sambungan siri memori bersama Nazirah. Takpe la, cerita pasal diri sendiri, takde keyword penting pon untuk tingkatkan trafik, yang penting aku seronok.Hihi.Tadaaa, buku autograph. Yang tengah-tengah, buku autograph masa darjah 6, ada orang datang sekolah jual, aku memg suke beli buku yang org datang promote kat sekolah tu. Ramai kawan-kawan aku beli, aku rase byk gile ah biodata yang aku dah tulis dalam buku mereka.Yang warna hitam, buku autograph masa tingkatan 5 di MRSM Balik Pulau, tapi buku tak berkualiti, cepat sangat rosak, tapi still simpan buat kenangan.Yang warna purple itu, buku autograph masa form 3 tak silap aku, kat SMK Wira Jaya. Yang gambar atas ni, kawan aku yg kreatif bab-bab nak buat jadual waktu, nak hias kelas. Autograph dia pon kreatif. Ni kawan SMK Wira Jaya.Best sebab boleh refresh balik kawan-kawan time sekolah, bak kate kakak aku, aku banyak belajar kat banyak tempat, so, kenangan dgn kawan-kawan tu bercampur-aduk, so susah nak ingt sgt. Itu bagi aku, mungkin korang ingt sume kawan-kawan dari sekolah, matrik, U dan lain-lain.

Nov 13, 2010

(Siri Memori) Name Tag

Salam, hai, harini menggeledah barang-barang dalam laci almari bilik.Amboi kau, panjang benar. Jumpa la barang-barang warisan semasa sekolah dulu. Suke sgt. Nasib baik kakak saya simpan, kalo harapkan aku, emm, entah ke mana-mana la agaknya name tag ni.Tada, name tag saya..Sukee..Yang warna biru tu, waktu tadika dulu umur 6 tahun. Yang bentuk pelik sikit warna hijau tu lencana sekolah agama rakyat..Ha, lencana ada pin lagi tau,tak main jahit-jahit. Yang warna merah, name tag pengawas pusat sumber waktu tingkatan 4 kat SMK Wira Jaya. Dan, yang warna putih, name tag waktu sekolah MRSM Balik Pulau. 2005112 tu nombor maktab, macam ala-ala nombor matrik la tuh. Kuikui, kenangan la..Eh, byk lagi barang, tpi akan update satu persatu. Bia tulis dalam blog, nanti cucu cicit boleh baca.

Nov 12, 2010

(Filem) Bollywood di Rumah

Salam,
Cuti yang selama ini telah diambil dengan penuh bermakna. Aku banyak tengok tv, dan antaranya cerita Bollywood..Hooohooo..Best.Filem pertama yang aku rase best tengok adalah Mistress Of Spices. Mula-mula tengok kat TV2, sekali ada juga tayang kat Astro Citra, tengok lagi.Lakonan Aishwarya Rai. Best, Aish cantik sangat-sangat. Serius,filem ni best, tiada lagu, hanya 2 jam tayangan, romantik dan jalan cerita menarik.
Mistress of Spices (2005) merupakan filem dari Paul Mayeda Berges. Ia diadaptasikan menerusi novel The Mistress of Spices (Chitra Banerjee Divakaruni). Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dan digandingkan dengan pelakon dari Amerika Dylan McDermott.
Tilo merupakan seorang pendatang dari India, dan seorang penjaga kedai yang juga dikenali sebagai Penjaga Rempah ("Mistress of Spices"). Beliau berkebolehan meramal masa depan dan dapat berkomunikasi dengan rampah-ratus di dalam kedainya untuk mengetahu apakah yang diinginkan oleh pelanggannya. Hidup beliau berubah apabila beliau jatuh cinta dengan seorang lelaki Amerika, Doug. Bermula dari situlah pelbagai masalah timbul kerana beliau telah melanggar peraturan sebagai penjaga rempah. Sumber : Wikipedia
Filem kedua, aku tengok petang tadi, filem lawak kat Astro B4U. Best!! Lawak, kisah hidup orang India yang senang ditindas, kisah orang India yang tidak berpelajaran tapi nasib baik ada Mahadev (watak utama) yang satu-satunya yang pandai menulis kat kampung die, Sajjanpur. Ohw, tajuk filem ni Welcome To Sajjanpur.
Mahadev (Shreyas Talpade) is an unemployed graduate with a Bachelor of Arts from Satna college, who is forced to make a living writing letters for the uneducated people of his village. His real ambition is to become a novel writer. Through his humble occupation, Mahadev has the potential to impact numerous lives. The movie is a satirical, but warm-hearted portrait of life in rural India. Sumber : Wikipedia
Kesimpulan : Aku suka filem Bollywood yang ringan, keseksian yg minimum, yang lawak, ada elemen romantik, ada elemen untuk aku berfikir pasal kehidupan. :)

Nov 9, 2010

(Siri Kenangan) Usop Sontorian


Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. 1993-1996
Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet.
Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Siri ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia, melatih dan mengembangkan bakat-bakat pelukis yang dicungkil dari seluruh negara dalam beberapa siri jelajah temuduga. Karyawan animasi Usop Sontorian adalah seramai 94 orang pada penghujung 1996. Siri ini telah dirasmikan pelancarannya oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat pada 20 Januari 1996 di PWTC.
Usop Sontorian juga turut mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima )pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
Sumber: Wikipedia
Salam (baru nak bagi salam??)
Okey, malam ni tibe-tibe teringat Usop Sontorian. Budak-budak zaman 90an macam aku mesti tau kartun ni, sape tak ingt memang (??) la..Hihi, aku suke gile kartun ni sebab comel, dan suke Singh sebab loghat dia. Kelakor la..Walopon aku dah tak berapa ingt jalan cerita dia (aku kuat pelupa!), aku tetap ingt yg aku suke tgk Usop Sontorian dulu. Ujang yg buat kan, memg kartun Ujang cantik2 kan..Ni la salah-satu kartun Malaysia yang aku kagum sgt :), ye, rakyat Malaysia pon ada yg kreatif, tpi budak-budak la ni asik nak tgk kartun org puteh je (aku budak bile?). Banyak kenangan kanak-kanak tahun 90-an.