Miss Durian Runtuh
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Jun 29, 2017

Aidilfitri 2017/1438H

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang ada baca post ini. Semoga Ramadhan yang lalu membawa seribu rahmat kepada kita dan Syawal ini membawa seribu satu kegembiraan dan kenangan. Baju raya banyak ke? Kuih raya banyak beli ke? Kasut beg baru ada ke? Cewah macam tulis kad raya. Saya sudah start kerja ini hari. Mari berhuhu, tapi tapi ini adalah pilihan bukan paksaan. Biarkan rakan-rakan kerja yang berkeluarga nak beraya rumah mertua saudara mara semua. Kita cuti bila orang lain dah masuk kerja ye. Muahahaha. Baiklah, bye.

Aug 10, 2014

Cerita 2014

Assalamualaikum. Amboi, tajuk kemain lagi. Cerita 2014 kunun, 2014 pon tak habis lagi. Tapi pejam celik pejam celik dah bulan Ogos kan. Lagi 5 bulan nak masuk tahun 2015. Sekarang nak tulis blog best sikit sebab orang tak main dah blog-blog ni ha, privasi la sikit kannn. Orang main Facebook & Instagram je sekarang nih. Okay, cerita apa tahun 2014 nih.

1. Reunion dengan gegadis UMT dulu. Dello, Sue, Fatin. Melin je takdak. Huhu. Last jumpa waktu tahun 2011. Dengan Fatin dah pernah jumpa awal tahun dulu. Haha. Memasing dah lain. Semua ada hidup masing-masing. Tapi ada satu yang sama, kita punya gembira tu. Akhirnya geng gegadis ni ada jugak yang disunting. Love u olls.


2. UPSI. Saya hidup di UPSI sekarang. Buat apa? Jadi cikgu ke? Jadi lecturer ke? Hentikan semua soalan itu. Saya kerja. Tapi masih mencari kerja tetap. Doakan. Sayang UPSI sebab beri peluang pada aku yang tiada apa-apa. Syukur pada Allah S.W.T sebab bukakan pintu rezeki aku di sini.

3. Raya. Hahaha cerita sangat. Raya la weh. Raya tahun ni emm, makan tido je kerja aku. Sebab duduk rumah tak beraya kome. Huhu. Peristiwa sangat. Lepas tu raya ke berapa pergi Shaz kawin. Fuhh, kagum aku tengok. Semua cantik. Rasa nak kawin pon ada.
Okey lah itu je cerita aku. Bila tengok facebook, tengok kawan-kawan dah kawin, nak kawin, dah tunang, nak tunang, dah ngandung, dah beranak, dah kerja, dah ada kereta, dah segalanya, ada sesuatu rasa dalam jiwa dan hati aku. Sesuatu yang gamaknya Allah je yang tahu. Kadang-kadang facebook ni boleh ganggu emosi jugak. Huhu. *Hoi, tak yah sensitif. KBye. Wassalam.

Nov 6, 2011

Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban

Cute Little Hajj

 Source : Soraya

Aug 30, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Minta Maaf salah silap kalau ada.
Semoga happy raya dengan keluarga.
Merdeka!!


Jul 31, 2011

Esok Puasa


p/s : Banyak betul seluruh :)

Nov 16, 2010

e-Card AidilAdha

Kad Raya yang diambil daripada Ayeem Ayam..Comel kan..Selamat Hari Raya Haji Buat semua :0 Nak makan lemang, rendang byk sampai sengkak perut.. (Ayeem cakap, letak kursur nak tgk kad nih). Cepat pegi blog die yg byk flash tu :)

Sep 10, 2010

Salam Ramadan 2010

Salam 1 Syawal.
Selamat hari raya AidilFitri diucapkan kepada semua.Minta maaf salah silap jika ada mengguris hati sesiapa atas segala tulisan saya di dalam blog ini atau blog korang semua. Kuih raya berapa jenis? Diharap korang semua sihat bersama keluarga dan gembira beraya.

Ni ada diselitkan gmbar anak buah lelaki main bunga api, 2 hari sebelum raya, Mereka dan mak buah mereka sgt seronok main bunge api sebab setahun sekali.
Ni anak buah perempuan yang turut serta main bunge api bersama mak buah.
Ni diselitkan gelagat En. Abah yg segak membakar dan memantau lemang.
Ni rendang ayam yg kakak saya masak.Semalam masak nye bersama daging masak kicap. Baru sehari raya, sudah tinggal semangkuk sahaja lagi.Memangnya laku.
Berbaju hijau ialah kakak, berbaju peach ialah kakak ipar.
Ni entah makhluk mane ntah la. Pegang kamera digital mcam kamera kodak je.

Sekian saja nukilan Lebaran saya.
Yang benar,

(Nazirah Moktar)

Pecah kaca Pecah gelas,
Sudah baca Harap balas. :)
Photobucket

Sep 8, 2010

Beg Raya

Salam Ramadan.
Semalam pukul 6.30ptg saya pergi Jusco sebab nak berbuka puasa dengan cik abg,makan KFC. Sedap, berselera makan. Pas makan, jalan-jalan kejap, pergi masuk tempat barang-barang Jusco, tempat beg. Kan saya kata nak beli handbag kan. So, sebab jam dah pukul 8 malam, perlu lah membeli secara cepat sebab nak kejar masa nak balik. So, bila tengok ada 50%, terus ambik dan bayar.Hahah..
Okeh, beg ni ada tempat letak duit rayeay kat depan nya, mudah la teman nak kutip duit rayeay nanti.Terima Kasih En. Abah, bagi duit.
Photobucket

Sep 7, 2010

Kad Raya Moden

Salam Ramadan.
Sekarang disebabkan terdapat banyak laman sosial seperti Facebook, Twitter, Tumblr,Myspace, Blogger, maka tradisi menghantar atau pos kad raya ke rumah jadi semakin asing dalam diri kita. Kita mula la cakap, harga setem mahal, harga kad mahal, so lagi jimat jika tag saja nama kawan-kawan dalam kad raya yg kite edit dan upload ke Facebook. Okeh, takpe la kan, sekurang-kurangnye ingat lagi kawan-kawan time raya-raya gini. Tapi, saya sebagai kanak-kanak yang hidup tahun 90an memang sangat rindu zaman sekolah dulu di mana kawan yang jumpa hari-hari pon, kita gedik jugak nak pos kad raya ke rumah mereka. Mengape begitu? Ini lah dinamakan semangat kad raya. Kita rase seronok bila ada posmen hantar kad raya ke rumah dengan kad itu ditulis nama kita. Kita pon seronok menggantung kad-kad itu di dinding dan di pokok konon nak tunjuk "aku byk dapat kad raya, kau ade?"..Dengan perubahan zaman posmen sibuk hantar bertimbun kad raya ke zaman banyak notification "kau dapat byk kat raya weh!" di Facebook, saya tetap seronok dengan kad-kad raya ini. Di sini, saya tunjukkan koleksi kad raya kawan-kawan tag di Facebook.Terima Kasih daun keladi ;)
Kad raya dari Nabilah
Dari Eja
Dari Wani
Dari Liza
Dari Syahira
Dari Emilia
Photobucket

Sep 5, 2010

Pakaian Raya

Salam Ramadan.
Hai, korang sudah buat atau beli baju raya? Sudah buat atau beli kuih raya? Sudah beli kasut, tudung, baju melayu, songkok, baju raya anak? Okeh, saya pon sudah. Baju kurung biru & merah. Tapi saya kecewe sebab tudung biru raya saya tak matching dengan baju kurung biru raya saya. So, disebabkan penat lelah meredah hujan pergi Batu 6 semata-mata nak beli tudung raya hari Khamis lepas, saya nak jugak pakai tudung biru raya yang tak matching dengan baju kurung biru raya saya.Okeh, penat tulis ayat panjang kan.

Okeh, tadi pagi-pagi lagi saya & kakak pergi UO sebab nak beli baju raya lain.Macam waktu budak-budak dulu. Kalau raya, kena ada baju kurung 2 pasang, seluar jeans satu dengan tshirt satu. Betul tak. Tipu la kalau korang tak. Sebab abah saya yang kerja JKR makan gaji pon mampu beli kat saya, tak kan korang yg mak ayah kerja cikgu, tentera, peguam tak belikan macam tu kan.Hihi..Okeh, berbalik kisah pergi UO tadi, saya beli baju la. Dalam waktu terdekat ni nak minta duit not biru kat abah, nak beli handbag Guess.Cewaah, barang nak mahal je, ce ko beli brg murah kat Tanjung Rambutan je, lagi hebat.

Okeh, dah lama saya tak tayang saya beli baju baru kat blog busuk nih kan. Kali ni setelah sekian lama, saya tayang baju saya baru beli. Lagi saya nak cakap, Jumaat kita rayeay kan. Oleh itu, saya nak minta la sebarang seringgit 2 duit raya dari korang.Hihik :P

Lagi saya nak cakap, saya suka gile polka dot. Saya ada 5 helai baju terkumpul corak polka dot. Rasa pening-pening lalat je tengok polka dot, tapi kadang-kadang saya terbeli jugak. Purse saya pon ada 3 biji corak polka dot. Saya suke. Okeh, itu saja entri tiada motif dari saya.

Photobucket

Nov 26, 2009

Mari Beraya

Makan Lemang Dengan Rendang,
Makan Nasi Impit Dengan Kuah Kacang,
Selamat Hari Raya AidilAdha Nazirah Ucapkan,
Semoga Kite Sentiasa Diberkati oleh Allah s.w.t.

Pesanan Penaja: Ini bukan Pantun..Sekadar ucapan.. :)

Sep 24, 2009

Raya Raya


Muke gumbira dapat duit raya...
Nazirah akan pulang ke Terengganu pada 26/9/2009
Lepas balik Terengganu,muke pasti kurang gumbira lagi...
Final exam akan tiba,Ujian menanti,Presentation melambak2...
Walopon begitu,Nazirah akan tetap bergumbira dengan UMT!!~~hahah..
:23:

Sep 22, 2009

Suke Sangat!!~~




Selamat Selamat Hari Raya
Salam Ucapan Untuk Semua
AidilFitri Kita Raikan Bersama Kesyukuran
Biarpon Terlambat,Nazirah Mahu Juge Ucap Selamat Hari Raya Semua!!~~