January 2011 | Miss Durian Runtuh

Jan 31, 2011

Cara Nak Buat Tab Menu Horizontal View (3 Column) atau Tab Menu Bersusun Secara Melintang

Salam. Harini nak ajar cara buat tab menu horizontal view 3 column. Aku letak je nama horizontal view sebab kan tab menu ni bersusun sebelah-menyebelah. Okey, tab menu jenis ni memang aku cari merata dan terjumpa di blog blogger Indonesia. Mula-mula aku jumpa tab menu ni ni blog MariBinaBlog dan kemudian tengok blog Lionteen pon pakai tab menu ni, so, aku pon teruja nak buat jugak. Okey, jom belajar :

Pertama
Suke diingatkan, sila backup dulu template dengan download template korang DAHULU.
Buka Design --> Edit HTML --> Tick Expand Widget -->  Cari (Ctrl+F) ]]></b:skin>
Kemudian, copy & paste kod di bawah ni DI ATAS ]]></b:skin>

div.TabView div.Tabs
{
height: 24px;
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Tabs a
{
float: left;
display: block;
width: 84px; /* Lebar Menu Utama Atas */
text-align: center;
height: 24px; /* Tinggi Menu Utama Atas */
padding-top: 3px;
vertical-align: middle;
border: 1px solid #999999; /* Warna border Menu Atas */
border-bottom-width: 0;
text-decoration: none;
font-family: "Times New Roman", Serif; /* Font Menu Utama Atas */
font-weight: 900;
color: #1E62B6; /* Warna Font Menu Utama Atas */
}
div.TabView div.Tabs a:hover, div.TabView div.Tabs a.Active
{
background-color: #FFFFFF; /* Warna background Menu Utama Atas */
}
div.TabView div.Pages
{
clear: both;
border: 1px solid #999999; /* Warna border Kotak Utama */
overflow: hidden;
background-color: #FFFFFF; /* Warna background Kotak Utama */
}
div.TabView div.Pages div.Page
{
height: 100%;
padding: 0px;
overflow: hidden;
}
div.TabView div.Pages div.Page div.Pad
{
padding: 3px 5px;
}
Untuk warna border & font tu boleh rujuk SINI. Pilih la warna kesukaan korang. Lebar tinggi menu pon korang boleh ubah ikut blog korang sampai jadi lawa.

Kedua
Cari (Ctrl+F) kod </head>
Kemuadian copy & paste kod di bawah ni DI ATAS </head>
<script type='text/javascript'>
function tabview_aux(TabViewId, id)
{
var TabView = document.getElementById(TabViewId);

// ----- Tabs -----

var Tabs = TabView.firstChild;
while (Tabs.className != &quot;Tabs&quot; ) Tabs = Tabs.nextSibling;

var Tab = Tabs.firstChild;
var i = 0;

do
{
if (Tab.tagName == &quot;A&quot;)
{
i++;
Tab.href = &quot;javascript:tabview_switch(&#39;&quot;+TabViewId+&quot;&#39;, &quot;+i+&quot;);&quot;;
Tab.className = (i == id) ? &quot;Active&quot; : &quot;&quot;;
Tab.blur();
}
}
while (Tab = Tab.nextSibling);

// ----- Pages -----

var Pages = TabView.firstChild;
while (Pages.className != &#39;Pages&#39;) Pages = Pages.nextSibling;

var Page = Pages.firstChild;
var i = 0;

do
{
if (Page.className == &#39;Page&#39;)
{
i++;
if (Pages.offsetHeight) Page.style.height = (Pages.offsetHeight-2)+&quot;px&quot;;
Page.style.overflow = &quot;auto&quot;;
Page.style.display = (i == id) ? &#39;block&#39; : &#39;none&#39;;
}
}
while (Page = Page.nextSibling);
}

// ----- Functions -------------------------------------------------------------

function tabview_switch(TabViewId, id) { tabview_aux(TabViewId, id); }

function tabview_initialize(TabViewId) { tabview_aux(TabViewId, 1); }
</script>
 Kemudian save.

Ketiga
Buka Page Element --> Add a Gadget --> Pilih HTML/Javascript.
Copy Paste Kod di bawah ni dalam HTML/Javascript itu.
<form action="tabview.html" method="get">
<div class="TabView" id="TabView">
<div class="Tabs" style="width: 260px;">
<a>TAB 1</a>
<a>TAB 2</a>
<a>TAB 3</a>
</div>
<div class="Pages" style="width: 256px; height: 400px;">

<div class="Page">
<div class="Pad">
KOD 1 <br />

</div>
</div>

<div class="Page">
<div class="Pad">
KOD 2 <br />
</div>
</div>

<div class="Page">
<div class="Pad">
KOD 3 <br />
</div>
</div>

</div>
</div>
</form>

<script type="text/javascript">
tabview_initialize('TabView');
</script><noscript><a href="http://www.centro.web.id" title="Centro Indonesia"><strong>software, tips blog, ebook, bisnis online
</strong></a></noscript>
Then, boleh ubah width & height itu. Then, Save. Preview la tengok cantik ke tak. HE HE. Kalau nak buat 2 column je, buang la bahagian TAB 3 & KOD 3 tu. TAB 1 2 3 untuk Tajuk Tab, KOD 1 2 3 untuk isi widget atau apa-apa sahaj macam Recent Comments dan lain-lain.

Sumber : Centro


Cara Mudah Letak Iklan/Kempen Churp-Churp (Versi Bergambar)

Salam. Harini nak buat tutorial cara nak letak iklan Churp-churp. Anda tahu apa Churp2. Churp2 ni adik beradik dengan Nuffnang, cume kalao Nuffnang, iklan akan masuk sendiri dalam blog, tapi dengan Churp2 kite kena usaha sendiri untuk promote iklan. Dengan Sosial Sharing Churp2, korang boleh promote melalui Facebook, Twitter, MySpace, Tumblr, dan macam-macam lagi laman sosial. Dengan Churp2, korang akan dapat 20sen bagi setiap click yang orang berminat dengan promosi korang.  So, kalau nak dapat duit RM1.00 sehari, moh kita join Churp-Churp. Dan salah satu cara adalah dengan link yang diberi Churp-Churp. Ramai orang letak link ni dalam entri. Dan aku pulak letak gambar dalam Promosi Hebat di atas ni. Meh aku ajar cam mana nak letak :

Cara 1
 Korang right-click & save image kempen tu masuk dalam PC korang.


 Kemudian, pergi New Post macam nak buat entri baru, then upload gambar tadi macam biasa.


Cara 2
 Korang right-click & Copy Image Location pada gambar tu.


Kemudian, bukak New Post macam nak buat entri baru & pilih upload From a URL & masukkan link kita copy tadi.


Cara Nak Link Gambar dengan Kempen 

Copy link di Churp-Churp korang


 Kemudiankan link dengan gambar kita upload tadi. Mudah kan


Cara Nak Amik Kod

Pilih & Copy kod yang berwarna kelabu itu sahaja. Amik kod di edit HTML, kalau di bahagian Compose, tiada, hnya ada gambar sahaja. Save la entri ni, tpi jangan publish pulak kan. HE HE. Lenkali kalau ada kempen baru, just tambah je dari sini.

Cara Nak Letak Dalam Add A Gadget

 Korang buka Page Element, Add Gadget & Pilih HTML/Javascript dan masukkan kod kita copy tadi.


Click kat Rich Text dan edit saiz gambar itu. Dan Save. :)


Jeng-jeng-jeng, ada cara paling mudah, saja letak kat bawah sekali. HA HA.
Cara Paling Mudah

Buka Page Element-Add Gadget-HTML/Javascript


Copy code ini dan paste dalam HTML/Javascript seperti di atas.
<a href="LINK CAMPAIGN" target="_blank"><img src="URL GAMBAR CAMPAIGN" width="120" height="120" /></a>

Link Campaign, sila Copy Link kempen dalam Churp-Churp & URL Gambar Campaign, sila Copy Image Location kat gambar itu. Kalau blur, baca dari atas okey. 

That why, aku ajar perkara paling mudah di bawah supaya korang nampak apa yang nak copy.

Hasil

Sumber kod cara paling mudah : Budak Botak Hebak

Jan 30, 2011

Award Ajien

Salam. Dapat award dari Ajien. Time kasih :) Blog die berwarna-warni, rase cam kanak-kanak je kan. HE HE. Singgah blog beliau.AJIEN.


Jan 29, 2011

Misteri Kelahiran Bulan Disember

Salam. Aku memang suka main aplikasi dalam Facebook kalau ada yang best-best la. Dalam sehari dua ni, kawan-kawan aku banyak buat Aplikasi Rahsia Bulan Lahir daripada Dr Fadzilah Kamsah. Aku pon tak terkecuali cuba jugak, tak mau kalah jugak kan. Aku lahir bulan Disember.


1. Setia dan pemurah. Pemurah tak sangat, sebab kadang-kala aku ni sangat kedekut. Setia, mungkin :).
2.Bersifat patriotik. Mungkin jugak sebab aku ni skema sikit. Mungkin patriotik ni maksudnya macam ikut peraturan la.
3.Sangat aktif dalam permainan & pergaulan tu kalau ada geng satu kepala.
4.Kurang sabar sangat la BETUL & tergesa-gesa pon sama. Aku cepat gelabah tak tentu hala.
5. Bercita-cita tinggi, memang, tapi tak berusaha pon. -_-"
6.Suke jadi org berpengaruh sebab suke kalau org kenal kite :)
7.Kadang-kadang aku tersangat jujur dalam kata-kata aku sampai buat org terasa -_-". Tak caya, tanye Fatin Cas. HA HA.
8.Tak pandai berpura-pura, aku tak leh belakon. Kalau konon nak kacau kawan, mesti aku tergelak dulu.
9. Cepat marah, serius betul!
10.Perangai mudah berubah-ubah. Aku tak tetap pendirian. Boleh je dalam masa berapa minit, aku dah fikir lain. Mood pon kejap-kejap elok, kejap-kejap aku jadi manusia kejam. -_-"
11.Suka berlawak, aku kalao mood okey, aku suke bagi org keliling aku gelak :)
12.Berfikiran logik, bila dah bertambah umur, sume orang pon akan punye akal yang makin baik kan.

Cara Buat Browser Bermuka Dua

Salam. Peliks betul la tajuk tutorial aku ni. Cit, macam talam dua muka lak jadinya. Okey, tutorial ni akan menghasilkan paparan 2 muka browser korang dimana kalao korang nak tengok blog & facebook dalam waktu yang sama, boleh la try guna benda ni, tapi mungkin tidak sepuas tengok penuh 1 page kan.
Kiranya kalao korang ada 2 blog, nak tengok dalam waktu yg sama, leh la buat bende ni.
1. Bukak browser baru
2. Copy dan paste di browser anda & tekan enter.

javascript:finderonly=location.href;int3rnet=prompt('Masukkan%20URL%201',finderonly);brows3r=prompt('Masukkan%20URL%202',int3rnet);if(int3rnet&&brows3r){F1nd='<frameset%20cols=\'*,*\'>\n<frame%20src=\''+int3rnet+'\'/>';F1nd+='<frame%20src=\''+brows3r+'\'/>\n';F1nd+='</frameset>';with(document){write(F1nd);void(close())}}else{void(null)}
3. Masukkan url pertama dan url kedua. Sebagai contoh, aku masuk blog Durian Runtuh ni & blog simpan blog list aku. Hasilnya, tadaa. Memang la tak puas sebab 2 page kecik, tapi aku kagum bila jadi. :)


4. Peringatan. Mungkin teknik tidak berhasil bagi sesetengah laman web atau blog atau apa-apa sahaja. Tapi try la, aku suka benda-benda macam ni :)

Sumber : Eriyza Cepat terjah blog beliau!

Jan 28, 2011

LoveBagLoveBag

Salam. Sebagai seorang perempuan sejati, aku ada tabiat suka beli-belah bila time banyak duit dengan membeli barang-barang kehendak sendiri seperti beg, baju, seluar, tudung bawal, selendang, cekak,pin tudung, kasut dan lain-lain. Aku suka beg, selain kasut, cardigan & baju-baju comel. Serius, kat rumah boleh kata, almari tu, banyak beg aku. Dari beg yang beli time kerja partime dulu sampai beg masuk U ni aku simpan. Cuma sebelum berpindah haritu, aku ada buang mana beg-beg yang dah tak boleh pakai.
Sebab tu abah aku bising, asyik membeli beg je, kakak aku lak perli kata, "miskin kalau orang yg asyik nak ikut trend ni" dan macam-macam lagi. HE HE.
Okey, sebenarnya nak review pasal satu blog jual beg. Beg dia semua comel-comel & vintage la. Harga standard la RM40-RM60 macam tu. Tapi serius comel.
Beg polka dot berwarna-warni. Aku sukaaa polka dot. Bentuk dia macam briefcase, macam beg org keje pejabat.

Beg bolat-bolat, macam roda. Serius bentuk pelik-pelik beg dalam LoveBagLoveBag ni, tapi kawaii!

Beg bunga-bunga lagi. Aku suke bentuk dia, ada reben lagi. Kenapa la kat kedai tak pernah ada beg macam ni. :(

Beg Heart, jatuh cinta aku tengok. Tapi tinggal warna hitam putih je. Warna pink ni dah habis -_-"

Beg bunga-bunga. Cantik sangat!

Beg-beg dalam LoveBagLoveBag di kebanyakan nya limited edition, cume ada satu sahaja tak silap aku. Yang penting lawa,comel sesuai dengan usia remaja dewasa cam aku. Ehh, yang dah dewasa sepenuhnya pon leh pakai apa. Tak kire usia. Aku mula jumpa blog ni dia ada buat cabutan bertuah menang card holder. Tapi sebabkan aku kurang tuah, aku tak menang. Tapi LoveBagLoveBag murah hati bagi aku baucer RM3. HE HE. Cepat la beli. Aku tak sampai hajat lagi nak beli.

Jan 25, 2011

Lakaran Sahrawi - Novel Cinta Islamik Menyentuh Hati Aku


Salam. Pernah tak baca novel Lakaran Sahrawi? Okey, ni la satu-satunya novel yang aku akan tulis sebagai buku kegemaran aku kalau buat profile laman sosial or whatsoever la kan. Lakaran Sahrawi ni mula-mula aku baca pinjam buku kawan sekolah aku, Sarah. Buku mak dia tak silap aku. Kami pinjam-pinjam la waktu tu ramai-ramai. Serius sangat best, novel yang sangat ringkas, tapi berkesan kat hati aku. Pasal pelajar Universiti Al-Azhar. Hei, tolong la, buku ni sangat best! Ni la novel cinta yang sangat bersih bagi aku selain buku Ayat-Ayat Cinta dan buku novel cinta islamik yang lain. Waktu aku baca, aku tingkatan 2, baca sampai nangis-nangis teresak-esak.
Aku tak ingat lagi watak utama novel ni, tapi jalan cerita dia ingat lagi. Macam mana pasangan ni kenal kat Universiti Al-Azhar, kisah rumah tangga mereka dan sampai last sekali, isteri dia meninggal dunia. Novel ni memang macam orang tak kenal sangat, tapi aku percaya sapa dah baca, mesti rasa ape yang aku rasa.
Sarah, kau simpan lagi tak buku nih?? Pos kat aku, nak fotostat. HE HE. Agak-agak kat library PSNZ ada ke.

Photo Courtesy : Naktahu

Jan 24, 2011

Mood Tak Menentu


Jadi orang perempuan ni mood tak menentu. Kadang-kadang monyok, pastu tibe-tibe happy semacam. Kadang-kadang excited nak balik rumah, tibe-tibe tak mau balik sebab rasa malas. Macam aku, aku tak balik raya cina ni. First time woo aku tak balik cuti sepanjang hidup di bumi UMT. Tak tau kenapa. Selalu kau la orang paling excited nak beli tiket. -_-". Rindu tapi mahu. Sapa ada jual tiket balik Ipoh, bagitau aku. HA HA. Sekali dalam malas-malas nak balik rumah, aku sendiri gi MBKT beli tiket.

Photo Courtesy : Tumblr

Jan 22, 2011

Isu Blog Aku Rosak - Header Jadi Blur, Blogger Kecikkan, Kemudian Expandkan!

Ni la yang aku cuba sampaikan, header jadi blur & mengecil, padahal header asal adalah besar iaitu 900x400pixel. Bila upload, blogger kecikkan jadi 400x133pixel, kemudian pergi expandkan jadi 760pixel. Mau pecah la gambar dia kan.

 Aku pon buat bende yang sama, upload dan reupload header yang semua nya saiz asal adalah 900x300pixel.

 Aku pon buat bende yang sama, amik url dari Picasa album, tapi link broken, not valid. Why ahh?

Upload dalam Photobucket belum try lagi. Nanti aku try. Memang ni masalah blogger, napa la kite yang kene susah payah cari jalan kan. (Dah try, menjadi!)

 Betul, semua nya elok je 2 hari lepas. Same thing happen to me. Sejak semalam jadi macam ni -_-"

 Ni belum try, ni antara langkah-langkah yang pemblogger bagi tunjuk ajar.

 Ni soalan aku, aku tak tau nak explain kan dia, rupanya betul la telahan aku, BLUR!

 Ni blog YummyLolly yang cerita pasal problem ni.

Kan aku cakap blog aku rosak, ingatkan aku yang salah main-main coding, tapi memang masalah Blogger sebab ramai yang hantar report kat blogger site bahawa header atau banner mereka jadi BLUR. Macam blog aku. Wah, isu memang tak boleh blah. Pada korang, jangan menggatal nak tukar header baru dalam 1 2 minggu ni atau tak payah tukar header langsung, nanti jadi macam aku. Sebabnya kebanyakan blogger yang kena semua berpunca dari nak tukar header lama ke header baru. Aku ingatkan aku sorang je yg report, rupanya ramai lagi blogger2 luar negara sana yang hantar report & pertanyaan macam aku.
Kalau ada pape masalah, dan rase tak tau nak rujuk sapa, just terus tanya & report pada Blogger site. Walaupon mungkin lambat nak reply, tapi mesti ada blogger-blogger lain yang hadapi masalah sama & ada cara nak selesaikan :) Pegi SINI.

Update : Upload sahaja ke Photobucket, kemudian, bila nak masukkan sebagai header, copy Direct Link dia dan paste.
Update : Cara nak perbetul header blog yang jadi blur atau kata lain header blog blur, boleh refer SINI.





Jan 21, 2011

Blog Rosak

Salam. Hangin betul la kepala aku ni. Tengok header aku dah rosak. Kalao mate aku je rabun, mungkin takpe.Tapi kalau orang lain pon tengok bende yang sama gak, memg aku hangin. Korang tengok header aku KABUR BLUR-BLUR tak?
Kalau ye, sila respon. Dulu dah pernah rosak sekali, nasib baik ada backup, tapi kali ni aku tak buat backup langsung! Yey, mari lah bergumbira dengan kepandaian aku.
Ni nak bertukar jadi josh ni cam baby comel ni. HEE, okey la blog, aku malas nak godeh-godeh kau. Banyak kerja lagi nak buat. Baik buat kod JSP dari kod HTML.


Eii, comel la josh ni, rase nak makan. HA HA. Melampau tak, orang makan josh, ehh, comel sangat!!! NAK KAWIN la pas PITA nanti. HEE.

Macam sedap ayam KFC ni. Cium sikit! Muaah!
Photo Courtesy : LiveandLaugh

Jutaria - Permainan Zaman Kanak-Kanak

Salam. Petang tadi pergi Hock Kee Seng dengan pakwe kawan aku, Melin. Melin nak beli pen dengan hadiah untuk adik dia. So, pergi lah kami naik moto, macam couple tak. HE HE. Kalau naik moto, rasa cam couple je, okey, sudah merepak. Melin beli Saidina untuk adik dia. Tau kan Saidina, yang permainan cam Monopoly tu. Aku lak terikut beli Jutaria sebab murah sikit, RM3.90. Yang Melin beli tu nak dekat RM30 harga dia. Aku suka! Yeay, nak main dengan sapa ni. Sapa-sapa nak main, beli hotel, rumah leh la bagitau aku. HA HA.
Sebenarnya aku dah lupa macam mana nak main, sebab dah lama tinggal. Tapi yang aku ingat, aku suka kertas yang letak kat tengah-tengah tu, yang ada kertas merah & hijau. Kalau nasib baik, dapat duit. Kalau nasib tak baik, habis duit.
HE HE. Fatin, Sue, Dello, jom main mende nih. Melin jadi bank.


Kertas oren & merah tu yang aku cakap aku suka tu. Yang kite letak kat tengah-tengah. Kertas biru untuk beli hotel & rumah. Yang bawah tu, tempat main dia. Yang lawak nya, macam-macam tempat ade, Maxis, McD , KFC, Lebuhraya Utara-Selatan, Stesen LRT Pudu, Airport Sultan Azlan Shah Ipoh pon ada. -_-. TV3, Astro, NTV7 pon ada. Memang ada kemajuan betul la, kagum aku.



Jan 20, 2011

Wild Child - Filem Remaja yang Comel

Salam. Lama tak tulis. Bukan ape, nanti kalau selalu sangat tulis, orang ingat aku tak buat kerja lak. Bek aku diam je, padahal online memanjang kan. HE HE. Okey, semalam, amik masa tengok filem Wild Child, dak bilik aku bagi. Best woo cite ni. Pasal Poppy More yang terlalu sosial dalam hidup dia, sampai ayah dia tak tahan, so ayah dia hantar masuk Abbey Mount Boarding School for Ladies. HE. Mula-mula dia masuk ,memang dia gedik la, pakai kasut tumit tinggi, baju dia semua nye fashion-fashion. Pastu, sebabkan dia macam desperate sangat nak keluar sekolah tu, so roomate die, 4 orang tolong dia. Macam-macam rancangan mereka supaya Poppy dapat dibuang sekolah. Tapi last-last, Poppy sedar yang kawan-kawan dia tu kawan sebenar & sekolah tu sebenarnya banyak ubah dia. 
Sweet, aku suka cite remaja ni. Dah la comel. Aku pon rase nak jadi cam Poppy More sebab ada kawan-kawan yang best & banyak tolong dia.


Laki ni anak pengetua sekolah tu, Freddie, Freddie ni salah satu rancangan Poppy sebagai alasan untuk dibuang sekolah, tpi last-last tersuke lak kat Freddie ni.


Sweet lah tshirt ni, cool je ayat dia kan. HE HE


Kawan-kawan Poppy yang sangat comel la bagi aku. Josie, Kate, Kiki & Drippy

Photo Courtesy : Tumblr with Wild Child Tag

Jan 15, 2011

Tak Suka Taugeh atau Toge atau Togeh

Tengok, Fatin Cas pung pang tanya aku soalan pasal togeh. Aku sejak azali memang tak suka sangat makan taugeh or toge or ape-ape je la. Aku fobia, okey aku tipu fobia. Tapi memang aku tak leh la nak makan toge, rasa dia, kerangupan dia, membuatkan aku rasa menggigil. Kalau makan mee goreng, ada banyak togeh, aku akan ambil masa dalam 10-15 minit nak asingkan. Tapi kadang-kadang kalau aku tak perasan toge tu, aku tak asingkan, dan aku termakan, aku teruskan je ngap. Cuma, bunyi rangup dia memang sampai dengar ke telinga, buat aku rasa, "whats the toge, nape ko ada dalam mee ni"..Dan kalau kat rumah pon, abah aku kadang-kadang masak ketiuw, mee, mihun tak letak toge. Yob siap cakap, aku tak rase nikmat hidup tak makan toge, tapi aku tak kisah, sebab rasa dia TAK SEDAP.
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. (Berita Harian)
Kesuburan, okey alasan terbaik makan togeh.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. (Berita Harian)
Alasan terbagus untuk mula makan togeh.



P/S : Tengok la tahun 2020 nanti baru aku makan taugeh or toge or togeh or ape-ape sahaja.
signature

Jan 14, 2011

Kasut Sporty Bercorak Bunga

Salam. Kasut di bawah sangat comel. Mahu sangat-sangat la. HEE. Terjumpa ditumblr Sue Kawaii. Rasa nak curi je, rasa nak cari je, rase nak beli je, rasa nak tunjuk kat sume orang kalau aku ada kasut nih. HE HE. Aku memang suka kasut yang lain macam kot. Macam kat sini. Bukan nak pakai kasut tumit ke, wedges ke, eeh, betul ke eja wedges ni, macam cheezy wedges lak. Kasut perempuan ke. Wee, nak kasut baru!

~Ni la lumrah hidup sebagai perempuan bernafsu 9~

Kasut tinggi macam ni, aku pakai time kawin nanti, tu pon pakai 2 3 jam je aku sanggup -_-"

Photo Courtesy : PinkonPink & Flickr
signature



Jan 10, 2011

Ana Raffali Keyword Terbanyak Hari Ini


Salam. Gara-gara post aku malam tadi pasal page kat Facebook hentam Ana Raffali, hari ni banyak orang masuk blog aku sebabkan Anugerah Juara Lagu ke-25 Ana Raffali Menang , see, keyword sume nak sebut Ana Raffali, tak puas hati, AJL tak best, tak puas hati Ana Raffali menang, Ana Raffali menang, macam-macam la kan. Ehh, best apa lagu Ana Raffali tu, cume aku geram jugak la napa Ana Raffali menang, sebab cara dia nyanyi tak paham, tapi REZEKI dia kan. Macam Ynn cakap, buat la cerita lain pasal AJL, aku pon nak cerita benda lain pasal AJL.
1. Sape A.P.I? hahaha. Serius aku buta seni. Aku tak kenal, kalau A.P.I menang lagi aku hangin, ok lagi Ana Raffali menang.
2. Aku rase Siti Nurhaliza patut menang Vokal Terbaik berbanding Hafiz Hamidun Noktah Cinta.
3. Aku suka Faizal Tahir nye lagu sebab aku jarang gila dengar. 
4.Aku tetibe tersuke lagu Sofea Jane, yeay! Black, i lap u!
5.Dress kedua Cheryl pakai pelik.
6.Baju Ziana Zain cantik, dress pengantin warna hitam sweet gilah!
7.Nyanyian Yuna biasa sahaja, tak macam tahun lepas. Tapi Yuna cantik!
8. Tahun ni tak menyengat sebab Aizat takde. HA HA. I lap U Aizat!


Ape-ape pon, Lisa Surirumah Surihani jugak yang comel & hot, tak lupa jugak Mia Sara Nasuha yang comels a lot! Tahniah la kepada Ana Raffali, I tengah layan lagu U sekarang nih, nak cuba suke, bak kate Milimilo, kalau nak suka lagu Ana Raffali, pegi pasang lagu ni kat playlist, lagu dia sorang, dengar la selalu. Gerenti suke.

Photo Courtesy : Budiey
signature