Salam. Tadi aku dan kawan-kawan (cis, bahasa skema) pergi rumah sewa kami yang tinggal tu, sebab nak tengok Juara Lagu 25. Sanggup tak sanggup gak la, walaupon kami dah pindah, kami ada kunci lagi tau..Hehh, Lagipon, tuan rumah bagi kami duduk rumah sewa tu sebulan ni. Okeh, balik kepada Juara Lagu, aku tak puas hati Yuna tak menang. Bila pengacara cakap, penulis lirik komposer dan penyanyi ada lah orang yang sama, mati-mati aku ingat Yuna, sekali Ana Raffali. Walaupon aku tak pernah dengar lagu tu sebab jarang dengar radio, bagi aku best jugak lagu Ana Raffali. Tengok kat Facebook, ramai gila lah orang tak puas hati dengan keputusan AJL kali ni. Siap ada group Kami Tidak Bersetuju Ana Rafalli Menang AJL 25. Kesian gak kan, tapi serius rezeki dia. Ni la sebab Facebook wajib shut down 15 Mac nanti. Huh, mereka bukan marah Ana Raffali , cuma tak puas hati dengan keputusan juri.
Aku pon tak puas hati Noktah Cinta menang, boleh tak aku nak buat group, "Tak Aci Hafiz Noktah Cinta Menang". Tapi serius, AJL kali ni macam tak meriah sangat berbanding tahun lepas yang serius best, mungkin sebab pemenang dia semua best-best. Aku suke Faizal Tahir nye persembahan, gimik dan lakonan sangat berkesan. Yang penting, Faizal Tahir & Black menang. Yeay! Eh, Tolong Ingatkan Aku bahawa roomate aku sudah pulang, so kena la beramah mesra. Aku dapat roomate student Indonesia tu. Nasib baik BM dia power, siap cakap "tau takpe" lagi. Heh ;p
Sumber : Ezy4u & Beautifulnara
- Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali / Ana Raffali / Ana Raffali (Juara Lagu 25)
- Drama King – Meet Uncle Hussain & Black / Taja / Tun Teja (Tempat Kedua)
- Noktah Cinta – Hafiz / Ajai / Shah Qalam (Tempat Ketiga) (Vokal Terbaik)
- Hanyut – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir (Persembahan Terbaik, yeay!)
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
- Mencari Konklusi – Hujan / Noh Hujan / Noh Hujan
- Cinta Sempurna – Yuna / Yuna / Yuna
- Jahat – Stacy / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
- Ku Ada Kamu – Adira / Edry Abd. Halim / Edry Abd. Halim
- Sofea Jane – Black / Sham Kamikaze & Iswandy / Farril
- Pelita – A.P.I / Loque / Loque
- Berlari – Tomok / Audi Mok / Shazee Ishak Tomok
- Extravaganza – Bunkface / Sam Bunkface / Bunkface
- Selamat Malam – Faizal Tahir / Audi Mok / Faizal Tahir
12 Flowers:
haha. betol2!, yg noktah cinta tu pon satu hal gak yg aku x puas hati. hahah
akak pun tak de minat si Hafiz ngan Anna Rafali tu, terkejut gak dia menang. kalau dia menang, redha je lah. Dah rezeki dia, kena terima ngan hati terbuka.
atoi..
pelik la manusia ni.
bia la die dah menang.
siap nk ade fb x stuju lak die menang.
ntah pape la dorang ni..
Nasib baik aku tak hempas TV la malam tadi!
naz. yg rank dlm jadual tu btol ker weyh?
@filzahtismail
tu la..noktah cinta tak best, wa tak kecooh pon...hahah
@Cik Ina minat Do do Cheng
betul tu kak..rezeki dia..org malaysia ni suke sgt guna facebook buat org benci org lain kan..
@lionteen
betul3..ntah pape je la org ni.. -_-"
@Encik Oren
aku takde mood tgk weh..hahahah
@~amalina~
tak de la melin..aku rank kan ikut sape mengna je..yg bawah2 tu random je :)
hmm...org kata..juri tertarik dgn lirik lagu ana rafali yg sngt puitis...
puitis ke...? haih entah la...myb AJL kali ni silap pilih juri kot.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
MAKAN-MAKAN SEPENA AJL25
@nabilah_2908
haah..lagu dia lain sikit, sampai tak paham jugak bile dgr..hee
Post a Comment