2011 | Miss Durian Runtuh

Dec 11, 2011

Takda Apa yang Special

-Masih bernafas.Syukur Alhamdullillah.

Dec 10, 2011

Link for Free Printable Party Photo Booth Prop Mask

Assalamualaikum.Lama tak tulis kat sini sebab sibuk tulis kat tempat lain.Tak faham?Takpa,jangan gundah-gulana.Harini mau share linkies untuk party booth prop mask.Apa bende itu?Ala,yang props untuk tangkap gambar.Waktu kawin,pre-wedding,birthday party dan lain-lain.Yang ini printable,korang download,print,gunting,tampal kat cucuk sate dan guna.Mudah,ringkas,murah dan jimat. Sapa yang teringin nak buat DIY boleh la mencuba kemudian cari kawan yang ada DSLR pergi tangkap gambar tepi pantai. (=,=)
source : amazon (contoh SAHAJA)

Sapa yang nak kawin dah tu,dan takde idea untuk gambar pre-wedding,boleh la guna ini props.Sapa yang belum kawin,nak tangkap gambar dengan kawan pon boley.Peraturan untuk guna :
♥ Jangan guna untuk tujuan commercial tanpa minta kebenaran.
♥ Jangan guna untuk tujuan berniaga tanpa minta kebenaran.
Nak minta kebenaran bukan dari aku,tapi dari owner free-gift ini.Maksud aku minta kebenaran ialah sekiranya korang berminat untuk guna bagi dua(2) tujuan diatas.Kalau nak guna untuk persendirian,download je lah senyap-senyap.Semua adalah dalam bentuk PDF & bersaiz besar.

1.Mustache

2.Lips & mustache

3.Mustache,hat,spek

Semua daripada blog luar negara yang murah hati.Kalau nak beli readymade maybe agak mahal & susah nak cari.Kalau korang orang Key-El mungkin mudah nak cari.Tapi kalau korang mementingkan penjimatan dan kekreatifan,bahan ini sangat berguna.

Selain itu,aku nak share link untuk free printable owl lover 2012 kalender.Sapa yang minat owl a.k.a burung hantu,dan berminat untuk buat kalender,boleh pergi link ini.Pilih bulan 1-12,kemudian tekan butang DOWNLOAD. http://www.myowlbarn.com/p/owl-lover-2012-calendar.html

Okey,pergi la download cepat.Bye,Assalamualaikum.Jumpa lagi tahun depan.Happy New Year semua!Semoga Tahun 2012 Lebih Baik Okey.♥ (Follower dah 1000,setelah 2 tahun 7 bulan berblog)

Nov 7, 2011

(Lirik) Takut by Amalia Alias



Tajuk Lagu: Takut
Artis: Amalia Alias

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku
Selalu ada kamu
Tuhan tolonglahku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harusku datangi
Agar terlerai kusut ini

Source : LirikLagu

Nov 6, 2011

Salam Aidil Adha Dan Selamat Menjalani Ibadah Korban

Cute Little Hajj

 Source : Soraya

Nov 5, 2011

Hadiah daripada Furry Family


Assalamualaikum semua.Aku nak cerita aku dapat hadiah daripada Kak Ita,blogger blog Kucing.Heheh.Cam mana aku boleh menang?Sebabnya Kak Ita ni suka buat Sharing The Love setiap hari jumaat,di mana dia akan bagi hadiah pada sesiapa yang komen terawal dalam entri Sharing The Love tu.Serius murah hati kan.Dan setiap hadiah tu ada 3 or 4,untuk 3 or 4 orang yang terawal komen.Kalau korang bertuah,dapat la.Mula-mula aku tau pasal blog Kak Ita ni daripada Ryna.Sebab Ryna pon penah dapat hadiah notebook kucing.Tapi aku komen kat blog Kak Ita ni bukan sebab nak dapat hadiah je,semenjak aku baca blog kucing Kak Ita,setiap entri pon aku komen sebab aku memang suke kucing!Meoww~

Apa aku dapat?Aku dapat cover suis!Mewoow~Yang kaler biru tu kucing gemok.Lagi satu Kak Ita bagi tisu gambar kucing!Meoww~ Comel seh.Tu aku suka dapat hadiah tu.Kalau korang suke kucing,pegi la melawat blog Furry Family ni.Aku suka King,Paris,Shabby,Mumu & Sally Corazon,the fluffy family!Meoww~

Oct 27, 2011

Co.cc Domain

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekarang ramai blogger pakai domain co.cc ni sebab free dan mudah.Sign up dan boleh guna domain co.cc ni setahun.Aku teringin jugak nak pakai sebab teringin nak merasa ada domain sendiri.Konon nak letak la www.missdurianruntuh.co.cc sebab kalau nak pakai www.missdurianruntuh.com malas nak bayar sebab kita suka barang free.Banyak la sebab kau kan.Konon-konon kita nak la ubah url yang hodoh tu suzuran89 apekejadah kan.

Tapi bila nak sign up tu tibe-tibe terfikir,apa kata aku cari dulu kelemahan domain co.cc ini.Last-last jumpa blogger Indonesia ni yang bagitau Google sudah block domain co.cc ni dari search engine.Maksudnya,kalo orang google blog ko,tak keluar result.Tambah-tambah kalau blog korang popular or korang banyak buat tutorial,kalau orang search,tak keluar blog korang kat Google page.So,rugi la.Haritu kat Facebook,Blogger tulis status DIATAS. :) 1Share tu aku la.Okey,apa pandangan korang?Ninie Oh Ninie,habaq mai.Okey bye.Wassalam.

Photobucket



Oct 25, 2011

Blog Kena Remove,Apa Nak Buat?Redha Je La.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.Semalam blog picisan ini kena remove oleh Blogger.Semua tak boleh bukak,Gmail,Google+,Blogger sebabkan Google nak buat maintenance maybe?Tapi aku takde rasa pape pon,aku tengok,oh,kena remove ke.Takpe la,remove la.Heheh.Tapi bila Gmail pon xboleh bukak aku dah pening.Kenapa pulak dengan semua sekali dia block kan.Pastu memg dorang ada bagitau akaun aku dah disabled sebab dorang nak tingkat kan prestasi & keunggulan.Okey,aku pon email la Blogger kenapa akaun aku disabled sebab aku xlanggar undang-undang pon.Dan xsampai 24jam,aku dah dapat bukak balik akaun aku.Okey,kalau jadi kat korang macam tu jangan risau okey.Dorang sebenarnya nak cek akaun korang tu,nak cek blog korang kot-kot ada post yang tak patut.

Kalau jadi macam ni kat akaun korang,try la email BloggerHelp,dan tanya kenapa akaun korang tak boleh bukak & blog kena removed.Kurang-kurang nampak la korang aktive user & tak buat salah pape kan.Nah email BloggerHelp. Aku rasa tak siapa perasan kot blog aku kena remove sebab dah malam masa tu.Shaz je perasan.HAHA.

Oct 23, 2011

Kredit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua. Hai,harini rasa sangat marah sebab rasa letih sangat.Letih la.Dengan runsing semua.Opps,nak tanya la kan,korang rasa kalau korang guna tutorial orang or freebies or gambar or quote orang bagi kan,korang mesti nak kreditkan kan.Kreditkan tu maksud korang ape?
  1. Adakah just letak nama "terime kasih miss durian runtuh" tanpa url?
  2. Adakah letak url sahaja tanpa linkkan seperti "suzuran89.blogspot.com" (org lain pon malas nak search)?
  3. Adakah LINK KAN url/atau nama owner blog tu macam ni Miss Durian Runtuh @ suzuran89.blogspot.com baru dikira sebagai kredit?
Just reminder kepada diri sendiri & orang lain yang guna hasil kerja orang.Jangan diri sendiri kata "Tolong CREDIT" tapi diri sendiri pon letak "nazirahmoktar.tumblr.com" pastu orang lain pon susah payah nak menggagau cari kat bahagian mana nak cari gambar/tutorial tu.Aku banyak gak perati orang buat macam tu.Sebab tu dulu pernah certain blogger blogspot dari malaysia ni kena serang dengan blogger tumblr dari luar negara sebab tidak KREDIT pada dorang atas doodle dorang,tpi kredit pada orang yang dok sebar doodle tu.Sighh. -,-

p/s : Betulkan entries kita dulu sebelum nak suruh orang lain.
p/s : Saya jadi pemarah a.k.a hulk kalau saya betul. (erkk,cam mana tu,tibe-tibe marah kan.)
p/s : B A C A I N I (takut tak?)=,=



Cara Buat Efek/Effect Senget Bila Hover Link & Gambar/Image

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber : catasters

Assalamualaikum korang semua.Harini nak ajar buat efek/effect senget bila kita hover link atau gambar (sila letak cursor atas meoww atas ni).Efek senget ni dah banyak blogger popular buat macam Ailyl,Ryna,Yiyin.Heheh.So,bile dorang buat,hati aku pon membuak-buak nak buat jugak.Aku cari dan banyak jumpa yang buat efek senget untuk blockquote.Sebenarnya boleh je guna kod itu untuk image dan link.Korang kena ubah sikit je :)

Hover Senget Untuk Link (Sila backup template dulu)
1. Design --> Edit HTML --> Cari (CTRL+F) kod a:hover {
2.Kemudian korang copy paste kod panjang bawah ni di antara a:hover { CODE }
transform: rotate(7deg);
-moz-transform: rotate(7deg);
-o-transform: rotate(7deg);
-webkit-transform: rotate(7deg);
3. Kemudian masukkan kod panjang bawah ni di antara a:link { CODE }.CTRL+F a:link {
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;
Okey,untuk hover link ni,semua link termasuk gambar berlink dan header akan senget sekali.Kalau nak link sahaja,minta maap la,teman xtau.Sebab tu teman buat hover senget kat gambar entri sahaja.

Hover Senget untuk Gambar/Image (sila backup template dahulu)
1. Pergi Design --> Edit HTML --> Cari (CTRL+F) ]]></b:skin>
2. Kemudian copy paste kod panjang bawah ni DIATAS kod ]]></b:skin>
.post img{
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;

}
.post img:hover{

transform: rotate(5deg);
-moz-transform: rotate(5deg);
-o-transform: rotate(5deg);
-webkit-transform: rotate(5deg);

}
3.Preview.Save.

UPDATE!!Untuk template lain dari aku :(Sila backup template anda dahulu)
Kalau template blog korang ada kod img{} & img:hover{} lagi senang sebab korang copy paste je kod efek senget dalam { } itu.Contoh.Korang CTRL+F img{ dan paste kod ini seperti dibawah.

img{
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;

}

Untuk hover,CTRL+F img:hover{  
 img:hover{
transform: rotate(5deg);
-moz-transform: rotate(5deg);
-o-transform: rotate(5deg);
-webkit-transform: rotate(5deg);

}
Untuk hover image,kod ni untuk hover senget kat semua gambar di post/entri korang sahaja.Kalau nak buat untuk gambar sahaja better guna cara kedua ini.

Untuk menambah baik lagi,korang boleh la main-main tukar 5deg,7deg tu.Itu untuk berapa degree dia senget.Kalau letak 180deg mau berputar terus kan -,- (okey,aku dah try,memg gambar kau berputar alam tau tak.HAHA).Rotate,you know rotate?

Peringatan! Aku tak pasti la kalau korang bukak blog aku guna Chrome nampak okey tak gambar aku berputar.Tapi kalau pakai Mozilla Firefox InsyaAllah menjadi kod ni.Serius,blog aku nampak hodoh kat Google Chrome.Tak caya,pegi tengok sendiri.Blockquote,comment box & sidebar blog aku memang tak menjadi. So,sapa yang nak blog dia nampak cantik di kedua-dua mozilla & chrome,aku akan mengecawakan korang je dengan tutorial aku ini.Cewaah.

Sumber pertama : Faqihah (blockquote senget) Versi pertama aku pakai sebelum jumpa sumber kedua.
Sumber kedua : SyafaLunia (tapi tutorial itu sudah tiada,maybe ada hal musabab tutorial itu tiada -,-)BTW thanks!Versi kedua aku pakai sebelum jumpa yang ketiga.
Sumber ketiga : Ni kod yang update/terbaru aku pakai,yang aku ajar korang ni. Milik blog I N I.Blog ini ajar CSS3. Aku xhabis khatam lagi apa CSS3.Dalam blog ni banyak ajar transform,transition,border color,border image.Ni semua guna language(?) CSS3 yang baru.Pergila belajar buat benda lain kat sini.



Photobucket



Oct 21, 2011

(Gambar) Awesome Scene at Splash Mountain

Assalamualaikum.Hai semua.Ce korang tengok gambar2 awesome ni.Heheh.Kalau kita la kat tempat dorg ni mau tengah menjerit sakan sampai pecah suara kan sebab seriau bila turun benda alah ni. Dulu pernah main game ni kat Genting Highlands dengan sepupu sepapat.Memang takut gila bila nak turun.Waktu naik xrasa pape pon.

Baca paper

Tak da perasaan langsung!

Propose atas bot

Tengah mencukur jambang -,-

Main chess

Okey,main monopoly sekali dengan duit pon stapler tau!

Men in Black

Hahaha..troll,poker face,forever alone!

Nanti kalau dapat pergi Genting bawak la siap2 bahan nak buat scene macam gini.Mesti kat gambar tu best gile kan.Lain dari yang lain. Tibe2 teringat gambar Sue,Fatin & Dello waktu dorang gi Genting!Hahahah. :3
Sumber : TopTumbles




Oct 16, 2011

#2 Teringin Sekejap

Assalamualaikum semua orang.Sihat ke?Kita manusia ni memang banyak keinginan.Tak kira laki atau perempuan.Yang laki nak ada kereta sport,kereta mewah,yang perempuan nak pakwe yang ada kereta sport,kereta mewah.Sebab tu la waktu sekolah dulu kita belajar Kemahiran Hidup supaya kita dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Harini saya akan membentangkan kehendak-kehendak saya yang perlu dikawal. (Cewaah,bahasa cam orang nak berdebat lak).

  1. Aku teringin la nak beli VCO catalyst softgel yang orang dok canang kata boleh turunkan berat badan,boleh lawas perut,boleh stabilkan datang bulan dan banyak lagi.Selain boleh cantikkan kulit.Orang perempuan yang paling senang nak percaya testimoni tau.So,korang kena la berhati-hati,bukan tak percaya keberkesanan nya,tapi takut kot-kot duit korang habis,hasilnya pulak yang lambat.Sebab kesan tu berbeza untuk setiap orangkan. (Cewaah,cam pakar motibasi lak aku,bajet hot lettuw).
  2. Lagi satu,aku teringin tudung bawal sulam atas kepala ala-ala crown gituw.Auuww,fesyen baru ni memang menambat hati aku sejak kali pertama tengok ada girl pakai waktu intern dulu.Serius cun tudung tu tambah-tambah aku adelah tudung bawal lover a.k.a pencinta tudung bawal.Bila kita pakai kan,lipatan tudung tu buat atas kepala ada sulam cantik siott!Memang macam pakai crown la.Harga nak pulak mahal kan,stok2 RM90-100,tak main la sepuloh-doploh-ringgit ni.Hah,agak-agak nak pakai pergi dating naik moto,toksah la pakai tudung ni,nanti sulam+batu2 tercabut lak sangkut kat topi kledar.Kuikui.
Perhatian ye, segala keinginan sekejap ni memang belum dipenuhi lagi.Kiranya memang aku xbeli pon,tapi teringin saja dan mungkin suatu hari nanti akan dapat dipenuhi jugak keinginan ini.

Sumber inspirasi : Ayunar, Bawalovers


Oct 14, 2011

#1 Teringin Sekejap

Assalamualaikum.Teringin tapi kena la tahan kan.Sifat teringin perlulah dikawal dengan berkesan kerana ia boleh mendatangkan kekurangan duit dan juga boleh mengganggu emosi.So,kita heboh je kat sini apa kita teringinkan.. Macam desperate sangat kan.Okey,kite mulakan.

  1. Nak pergi karnival buku kat Maeps Serdang,ada jualan buku terbesar oleh Big Bad Wolf Books. Tau pasal karnival ni daripada blog ItiKejam. Serius aku suka baca buku cerita.Serius suka buku.Memang suka buku,suka library,suke book store,suke Novelhut.Sebab ada ribuan buku. Tapi karnival ini memang gile-gile murah sebab jual buku oversea dan diskaun cecah 75-95%.Sampai 16hb ini sahaja kot.Gila tak gila.Bayangkan buku harga RM40-50 boleh dapat sampai RM3 sahaja.The Biggest Book Sale in the World you know!Mau x gila,tapi kalau aku pergi,mesti aku beli buku kanak-kanak je sebab senang faham -,-
  2. Saya teringin rantai panjang bentuk macam-macam seperti burung hantu,merak,gajah,sangkar burung,basikal dan lain-lain. Bagi la cepat,pos la kat saya.Kan baik kan ayat aku. -,- Saya suka kat blogshop INI.
  3. Aku nak beg yang fashionable yang warna-warna macam-macam bentuk.Haritu pergi pasar malam shahbandar yang ada jual banyak bundle.Jumpa satu beg bundle kulit,harga RM80!Cess,mahal sangat,tapi cun!
Sebabkan dah luahkan semua,dah rasa lega.Boleh la tido lena kan.

Sumber : FB Page BBWB,LoveBagLoveBag,a-fashion-story


Oct 12, 2011

Macaron Blogshop


Assalamualaikum semua. Hai,baru-baru ni teringin sangat nak makan macaron.Akhirnya kawan aku,Melin bermurah hati nak bagi rasa 2 biji. Kecik je,besar sikit dari 20sen. Tapi memang selalu orang jual pon saiz 50sen atau 20sen kan sebab buatnya remeh dan bahan mahal. Disebabkan teringin aku pon cari kat Facebook kot-kot ada orang jual murah dan jugak sanggup Google semata-mata nak cari macaron murah. Yes,jumpa,nampaknya aku semakin mahir menggunakan keywords nak search -,-


Aku kata murah sebab kak Awin ni jual macaron 12 biji RM30 termasuk postage. Dia satu-satunya yang jual harga macam ni. Blogshop lain banyak jual RM27 keatas untuk 12 biji,postage pulak harga lain. Kalau tambah postage dah nak RM30-40 lebih. Kat sini lah pengguna kena bijak. Kalau 25biji Kak Awin jual RM60 termasuk postage. Okey,dan boleh pulak tambah-tambah flavor. Ada 10 flavor. Kalau korang beli 12 biji nak 10 flavor pon boleh.Lepas tu ada macam-macam pilihan lain contoh macam doorgift untuk orang kawin,untuk hantaran.Saiz pulak sebesar 50sen.Okey,pergi la order.



Memang sesetengah orang beli Macaron pakai kupon kat MilkaDeal or MadnessDeal,tapi selalu yang pakai kupon-kupon ni untuk belah-belah Selangor & KL je. So,kami di negeri lain ni kena la pandai-pandai cari mana yang murah kan.Okey,aku promote-promote,aku tak beli pon.Kuikui.Ni sebagai reminder je untuk masa hadapan & jugak untuk bantu sapa-sapa yang cari macaron murah dengan free postage (semoga ada la orang cari keyword ni).Okey bye.
Sumber Gambar : Facebook Page Awin Macaron

p./s: Bulan 12 harijadi aku tau korang semua.
p/ss: Rasa macam nak tukar URL blog -,-



Oct 8, 2011

True Love ♥


“He feeds his wife every morning when he visits her at the Nursing home. She hasn’t recognized him in five years due to her Alzheimers, when he was asked, “If she doesn’t know who you are, why do you go?” He smiled and said, “She doesn’t know who I am, but I know who she is!”

Source : seekthetruth-islam

Oct 5, 2011

Otter a.k.a Memerang

When sleeping, otters hold hands so they don't drift apart. 

 
Walaupun haiwan tiada akal fikiran macam manusia,tapi haiwan ni ada "something" untuk kesenangan hidup.Itu la keajaiban alam ciptaan Allah S.W.T.

Sumber : Tumblr


Oct 3, 2011

Kadang-kadang hati kering pon boleh terluka

Kadang-kadang hati lagi sakit kalau orang cakap macam-macam kat kita.

Oct 2, 2011

What to say and When to say it.

  1. Starting to do something - Say BIS-MILLAH
  2. Intending do do something - INSHA-ALLAH
  3. Something is being praised - SUBHAAN-ALLAH
  4. In pain and distress - YA-ALLAH
  5. Expressing appreciation - MASHA-ALLAH
  6. Thanking someone - JAZAK-ALLAH
  7. Awakening from sleep - LA-ILAHA-ILL ALLAH
  8. Taking an oath - WALLAH-BILLAH
  9. Sneezing - ALHAMDO-LILLAH
  10. Someone else sneezes - YAR-HAMOK-ALLAH
  11. Repenting for a sin - ASTAGH-FERULAH
  12. Giving charity - FI-SABI-LILLAH
  13. Having love for someone - LIHUB-BULLAH
  14. Getting married - AMAN-TO-BILLAH
  15. Parting from someone - FI-AMAAN ALLAH
  16. Problems appear - TAWAK-KALTO-AL-ALLAH
  17. Unpleasantness appears - NA-UZO-BILLAH
  18. Pleasantness appears - FATA-BARAK-ALLAH
  19. Participating in prayer - AMEEN
  20. Death message is recieved - INNA-LILLAHI-WA INNA-ILAIHI-RAJI-UN
 Source : islamicpostings

Oct 1, 2011

난 행복해

Assalamualaikum. Hai semua. Minggu ni terasa happy seronok.Tak tau kenapa hati boleh kering sangat macam ni. Tapi tetap rase seronok bila dapat jumpa kawan-kawan, bergembira,sembang-sembang,tolong-tolong,jalan-jalan. Orang cakap jaga hati sendiri dulu baru jaga hati orang. Tapi aku rasa seronok dapat tumpang gembira dengan kawan-kawan aku,so hati aku happy :)
Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.
Marcel Proust
When a friend is in trouble, don't annoy him by asking if there is anything you can do. Think up something appropriate and do it.
Edward W. Howe 

<3 Ada jodoh berjumpa lagi.



Sep 29, 2011

J'aime manger- google translate

Assalamualaikum. Elok benar rasanya kalau letak gambar makanan sedap time tengah lapar macam ni.Ingatkan nak pergi pasar malam,tapi hujan pulak kat sini. Aku suka makan,sebab tu badan cepat naik dan susah susut. Sudah fitrah manusia suka makan dan perlu makan. So,mari kita lihat makanan yang tekak ni teringin sangat nak makan time miskin ni.

1) Big Mac McDonald - suka makan Big Mac sebab murah.Murah la dari bege nipis yang lain kat McD.


2)KFC -yummy ayam.


3) Aiskrim yang macam2 kaler & jenis tu. Ape ntah budak-budak sekarang suke sangat,Tutti Frutti.Lepas tu boleh letak macam-macam. Aku tak tau,sebab kat rumah aku ada aiskrim Malaysia je.


4)Sundae cone - lama tak makan!!


5) Nasi kerabu - tibe-tibe selera Timur pulak kan. Sedap nye la! Suka solok lada,yg ada otak2 dalam lada tu. Makan dengan daging atau ikan kembung celup tepung, dan telur masin. Fuuhhh..


6) Nasi lemak. Kena pulak dengan ayam berempah. Fuuh, memg boleh roboh bangunan dibuatnya. Makan panas2.


7) Sata - otak-otak terengganu. Makan satu, nak lagi.Makan banyak,nak lagi.


Kecur liur masa buat entri ni. Okey la, semoga tak hujan. Nak pergi pesta konvo & kuar duit. :) Oh, cepat la hari Ahad.

Sumber : Blogspot, Tumblr

Sep 28, 2011

Kawan Rapat,Kawan Karib,Bestfriend

Assalamualaikum. Hai semua. HAHA.Lama jugak xupdate cerita.Sebab takda cerita best pon, cerita sedih ada la. Takkan nak bagitau cerita sedih pulak kan. Internet bagi aku tempat nak bagitau dunia cerita a.k.a inspiring quote,hiburan,gosiping,info best je. Haritu bermesej dengan seorang kawan lama,kawan sekolah dulu. Tiba-tiba teringat diaorang. Begitu la manusia kan, bila teringat baru nak bertanya khabar. Bila bersembang-sembang, dia pon cerita pasal love story dia. Dan aku ada la tulis beberapa rangkap kata-kata yang bagi dia ;nasihat. Then dia ucap "terima kasih,kau la bestfriend aku".

Tiba-tiba rasa janggal semacam,sebabnya waktu sekolah dulu,aku bukan kawan terbaik dia.Aku banyak perangai yang xelok. Sesetengah orang cakap,"aku ada kawan baik,tapi kawan karib takda", "kau kawan baik aku dunia akhirat", "aku banyak kawan rapat,tapi aku ada sorang je bestfriend". Sebenarnya macam mana kita mendefinasikan kawan tu? Kawan baik tu sama ke dengan kawan rapat? Kawan karib tu sama ke dengan bestfrind? Kawan sejati tu sama ke dengan kawan dunia akhirat?

Bagi aku kawan rapat tu adalah kawan yang rapat dengan kita..Mungkin waktu sekolah, sekelompok itu la kawan rapat kita,bila dah kerja,sekelompok itu la kawan rapat kita.
Bagi aku kawan karib tu adalah kawan yang kita boleh bersembang macam-macam dengan dia,boleh cerita pasal family,boleh cerita pasal love story,boleh kongsi cerita sedih.Dan kita boleh buat apa saja dengan dia.
Bagi aku bestfriend tu adalah kawan dimana dia akan sentiasa ingat pada kita tak kira kita dah belajar tempat lain,kita ada kawan-kawan kita sendiri,kita ada hidup kt sendiri,tapi in the end,dia akan call kita,ajak kita keluar,tanya pasal life kita sekarang. Kita jugak xsegan silu nak cerita macam-macam kat dia.

Dan setiap jenis kawan ni akan berubah mengikut masa. Maybe sekarang dia kawan rapat kita,esok-esok mungkin dia bestfriend kita.Apa pon maknanya,kawan-kawan aku yang baik-baik tu tetap aku sayang. Rindu pulak. <3
Tengok orang dapat bunge rasa best,tak sangka dapat jugak <3



Aug 30, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Minta Maaf salah silap kalau ada.
Semoga happy raya dengan keluarga.
Merdeka!!


Aug 1, 2011

(Siri Memori) Belon Tiup Guna Straw


Assalamualaikum. Hai semua. Dah lama benar tak buat siri memori. Paling last aku cerita pasal permainan Jutaria. Hehe. Siri Memori ni mengimbau kenangan aku time muda-muda dahulu.Sekarang pon muda, tapi muda kearah tua la jugak. Okey, harini nak cerita pasal permainan belon tiup. Aku tak tau nama spesific dia, tapi ala, belon tiup, belon yang kita tiup guna straw tu. Haritu pergi kedai runcit ,terjumpa bende ni. Satu 30sen. Dalam nya ada sebiji gula-gula, belon tiup dengan belon getah 1. Excited la aku meniup nye. Teringat waktu budak-budak,aku lagi suka main belon ni dari belon getah, sebab (1) aku suka bau udara dia (macam ketagih gak la =,=), lepastu (2) bila dah kempis, kita boleh picit2 dia, (3) bila tiup kena cepat2 tutup lubang udara dia, supaya angin tak kuar (konon excited).

Tapi bila pikir-pikir balik, betapa merosakkan kesihatan betul belon ni, sebab bile kita tiup, udara belon tu yang berbahan kimia akan masuk balik dalam paru-paru kita melalui straw tu. Rasa macam makan udara toxic.

Jul 31, 2011

Esok Puasa


p/s : Banyak betul seluruh :)

Kata-Kata


:61:Sudah habis praktikal 3 bulan.
:61:Esok bermula bulan Ramadhan Al-Mubarak.
:61:Rasa nak edit blog, tapi takde idea.Any idea in color and theme?
:61:Rasa nak kerja partime, tapi ada masa sebulan saja.
:61:Dah lama tak shopping.

Jul 28, 2011

Jamuan Makan-makan

Assalamualaikum. Esok rancang nak buat jamuan makan-makan sikit. Hope berjalan lancar seperti di rancang. Bajet makan 7-8 orang sahaja. Konon ada student baru masuk nak praktikal, tapi bos cakap dorang masuk minggu depan. Tapi takpa la kan, biar berlebih dari terkurang. Shazwani, sila berusaha memasak okey. Aku macam biasa, bawak makanan yang ready made by orang lain. Hihi, dah lama tak buat jamuan makan-makan. Last waktu sekolah. Waktu matrik aku dah hilang ingatan. Waktu UMT, kebanyakan acara, bagi duit, lepas tu ada orang yang akan arrange semua, datang bawak perut je.

Ais kacang Min belanja kami. ^__^ Special kan, siap ada gulagula lembik tu.

Jul 27, 2011

Saya Seorang Kawan

Assalamualaikum. Hai semua :) Sihat tak? Esok last day berpraktikal. Dah la tak sediakan apa-apa hadiah untuk En Bahar & En Matzin, tak plan jamuan pon. Tak bungkus gula-gula pon, tak balut hadiah pon, tak beli cenderamata pon. Okey, fine. Teruk kan. Datang tangan kosong, habis pon tangan kosong. Takpa-takpa, ada lagi hari jumaat. Okey, tajuk memang nak jiwang je kan. 


Saya seorang kawan. Kawan ni means teman korang dalam hidup. Bukan family, bukan kekasih. Tapi kawan. Hubungan dia lain bila mana ko boleh rasa seronok, marah, jeles dan macam-macam perasaan dalam masa yang sama, tapi tetap kawan. Susah kan nak menjaga seorang kawan inikan pulak beratus kawan. Okey, aku ni jenis kawan yang :

Takkan call saja-saja sebab nak sembang.
Jarang nak berchatting/bermesej.
Jarang nak ajak keluar jalan-jalan.
Akan diam bila tak berjumpa means macam cuti semester.

Wah, nampak tak betapa tak bersosial nya Nazirah.Ramai kawan-kawan sekolah aku yang hubungan kawan di Facebook saja. Takda nak calling2,nak jumpa2, nak gather2. Nasib baik kebanyakan kawan-kawan aku ada jugak ajak keluar & call. Nampak x, hubungan tu hanya lah sebelah pihak sahaja. :\ Sebab tu bila balik cuti semester,aku duduk rumah je, macam takda kawan. Sebab diri sendiri pon tak mencari kawan. Asyik mengharap kawan yang cari kita.

So, kepada kawan aku yang bakal tak berjumpa lagi iaitu kawan UMT terutama kawan baik (anda tahu siapa anda), minta maaf awal-awal kalau aku tak call, tak jumpa, tak chat tanya kabar. :\ Tapi kalau nak keluar jumpa-jumpa, sila ajak. Kalau ada rezeki,aku akan usahakan untuk jumpa. Kepada Suhaidah, aku la contoh kawan macam yang ko penah cerita dulu, jenis yang tak call, terus diam je bile dah habis sekolah.

Satu je, walaupun aku tak call,tak chat,tak ajak korang keluar & susah nak jumpa, aku tetap akan ingat kawan-kawan aku dari sekolah rendah,sekolah menengah,matrik & universiti. Sebab kawan-kawan ini lah yang pernah gembirakan hati aku suatu masa dulu :")

Nazirah, sila lah sedar diri.Hidup tak seronok kalau seorang.