Kawan Rapat,Kawan Karib,Bestfriend | The Nazirah Mktr

Sep 28, 2011

Kawan Rapat,Kawan Karib,Bestfriend

Assalamualaikum. Hai semua. HAHA.Lama jugak xupdate cerita.Sebab takda cerita best pon, cerita sedih ada la. Takkan nak bagitau cerita sedih pulak kan. Internet bagi aku tempat nak bagitau dunia cerita a.k.a inspiring quote,hiburan,gosiping,info best je. Haritu bermesej dengan seorang kawan lama,kawan sekolah dulu. Tiba-tiba teringat diaorang. Begitu la manusia kan, bila teringat baru nak bertanya khabar. Bila bersembang-sembang, dia pon cerita pasal love story dia. Dan aku ada la tulis beberapa rangkap kata-kata yang bagi dia ;nasihat. Then dia ucap "terima kasih,kau la bestfriend aku".

Tiba-tiba rasa janggal semacam,sebabnya waktu sekolah dulu,aku bukan kawan terbaik dia.Aku banyak perangai yang xelok. Sesetengah orang cakap,"aku ada kawan baik,tapi kawan karib takda", "kau kawan baik aku dunia akhirat", "aku banyak kawan rapat,tapi aku ada sorang je bestfriend". Sebenarnya macam mana kita mendefinasikan kawan tu? Kawan baik tu sama ke dengan kawan rapat? Kawan karib tu sama ke dengan bestfrind? Kawan sejati tu sama ke dengan kawan dunia akhirat?

Bagi aku kawan rapat tu adalah kawan yang rapat dengan kita..Mungkin waktu sekolah, sekelompok itu la kawan rapat kita,bila dah kerja,sekelompok itu la kawan rapat kita.
Bagi aku kawan karib tu adalah kawan yang kita boleh bersembang macam-macam dengan dia,boleh cerita pasal family,boleh cerita pasal love story,boleh kongsi cerita sedih.Dan kita boleh buat apa saja dengan dia.
Bagi aku bestfriend tu adalah kawan dimana dia akan sentiasa ingat pada kita tak kira kita dah belajar tempat lain,kita ada kawan-kawan kita sendiri,kita ada hidup kt sendiri,tapi in the end,dia akan call kita,ajak kita keluar,tanya pasal life kita sekarang. Kita jugak xsegan silu nak cerita macam-macam kat dia.

Dan setiap jenis kawan ni akan berubah mengikut masa. Maybe sekarang dia kawan rapat kita,esok-esok mungkin dia bestfriend kita.Apa pon maknanya,kawan-kawan aku yang baik-baik tu tetap aku sayang. Rindu pulak. <3
Tengok orang dapat bunge rasa best,tak sangka dapat jugak <3



0 Flowers: