Tetap Sayang | Miss Durian Runtuh

Feb 4, 2011

Tetap Sayang


Kau sanggup buat apa sahaja demi kasih sayang kau kepada ku. Walaupun hati kau selalu aku sakiti, namun kau tetap sayang aku. Kau beri aku segalanya.

La ni, semua kawan-kawan aku dok buat entri cinta-cinta, kalau bukan entri cinta-cinta pon, buat entri jejaki/gadis pilihan hati. Kalau nak baca, leh tengok SINI, SINI, SINI dan SINI. Kenapa ehh. HE HE. Aku tak boleh wat entri cinta-cinta ni sebab aku malu sikit dan aku tak reti nak buat ayat jiwang dan aku rasa ayat cinta aku tak menarik macam ayat-ayat kawan-kawan aku ni.
Cuma, ape aku nak cakap, kalau betul la aku ada jodoh dengan kawan aku ni, go on je la kan. Lagipon, sekarang dah tahun 3, apa yang aku takutkan dah semakin hampir iaitu, bila dah habis belajar, perkara-perkara merisik, bertunang, bernikah ni akan semakin hampir dengan hidup aku. Wah, takut. Tapi yang pasti aku nak kerja, bagi abah rumah banglo duit tiap bulan, amik lesen, beli kereta moto, baru fikir kawin. Yeay.
Hajar dan Sapik tulis entri pasal apa yang perlu laki & perempuan buat atau elak kalau ada feeling suka or tersuka kat someone. HE HE. Aku suke part kalau orang perempuan suka kalau orang laki ni jaga sokong kite. Yea, betul kan. Dan jangan terlalu rendah diri & jangan terlalu memilih. Tapi kalau dia sorang je suka kat kite, nak buat macam mana kan. HA HA. Dan kalau dia ada kekurangan, kita kena la tambah-tambahkan.

Photo Courtesy : Hana Erina