(Gambar) Dress & Maxi Dress | The Nazirah Mktr

Feb 25, 2011

(Gambar) Dress & Maxi Dress

AsSalamualaikum. Hai, korang korang. Aku perempuan, aku suke baju cantik walopon tak muat di pakai. Tapi aku akan pastikan aku pakai jugak baju cantik walopon badan tak slim. Aku suke tengok dress pendek ngn maxi dress. Comel habis. Tambah yang bunga-bunga, renda-renda, so sweet la aku cakap! Tapi apakan daya, baju-baju ni jarang jumpa yang ada lengan, lengan pendek pon jarang jumpa. So, kena pakai berlapis-lapis macam dok eskimo. Pastu org mula cakap "miskin kalao ikut trend sangat" tak pon " panas kalau ikut trend sangat". Ape-ape je la kan. Yang penting, perempuan! HA HA.

Dress pendek bunga-bunga. So in ♥ la kan. Suke-suke-suke hati aku tengok baju ni. Berbunga hati la. Sweet habis la aku tengok. Gadis remaja, memg la.

Dress pendek ruffle, layer dan bunga-bunga. Cantik sweet. Nasib baik aku gemok, kalau tak habis duit aku, pastu pakai pegi kelas yang sejam sehari tu. Kan dah macam nak pegi dinner je kan.


Maxi dress I ♥ it. Waahhhh, cantik..Huhu. Nak 1 leh, pakai pegi pantai dengan topi kait-kait tu. Pakai selipar je. Hihi. Pastu pakai cardigan. Amik yang bunga-bunga kecik or plain, tapi jgn ada belang-belang melintang. Ehh, ni tips untuk aku. HA HA.

Trend report ni entah tahun bila punya. Orang dah pakai lama, aku baru nak teringin kan. Blah la org oldskoll macam ko ni. Lantak la kan. HE HE. Cantik kan. Kalau org berisi, jangan amik yang bergetah, amik yg jenis chiffon, dan mesti pakai kasut tinggi. Ceh, bagi tips, padahal aku main pakai je. Kaler pon sampai 4 jenis kaler 1 badan.


Ni serius aku rambang mata tengok. Ni baju dress cam untuk pengapit wedding orang putih je. Sama je. Suka yang warna pink kembang-kembang tu. Macam kawaii je kalau org kurus pakai kan. Cepat la kawan-kawan aku yang kurus pakai, aku nak tengok ngn kritik. Kuikuikui. Kalau pakai ni, dgn seluar dan cardigan@inner hokey. Org laki jangan lak pikir kami pakai gitu je.No no no okey.

How To Wear Maxi Dress for Plus Size Girls & Women








Cara nak pakai maxi dress untuk perempuan dan gadis yang badan berisi. Yang ni sesuai untuk event majlis formal or casual. Yang penting, jgn la amik yg corak melintang dan corak bunge besar-besar. Kasut kena tinggi or wedges. Tapi ikut la kesesuaian. :)

Photo Courtesy : Tumblr & Google