Pancaroba Blog : Fantasi atau Realiti ? | Miss Durian Runtuh

Feb 28, 2011

Pancaroba Blog : Fantasi atau Realiti ?

Assalamualaikum. Hai awok-awok sekalian. Tahun 2011 mungkin adalah tahun blogger menghentam blogger or blogger bergaduh dengan blogger. Banyak dah baca entri blogger ni hentam blogger ni, pastu ungkit balik, pastu gadoh dalam twitter, facebook, pastu tak nak kawan, pastu blogger ni sokong blogger ni. Pastu aku pon tumpang sekaki baca apa yang blogger lain dok cakap-cakap. Silent reader katekan. He He. Macam-macam sekarang kan. Sampai rasa kalau aku tak bergaduh dengan blogger mana-mana, kirenya aku tak popular la. Tapi ape la ertinya kalau popular sebabkan bergaduh, dah la bergaduh dengan org alam maya yang kite tak tau asal-usul, pastu tak kenal hati budi. Kite ni cukup-cukup la bergaduh bertegang urat dengan kawan-kawan kite yang depan mata dari gaduh dengan orang alam maya, sebabnya, kalau bergaduh dengan org yang kite memg dah kenal lama, kite senang nak paham perangai org tu, kite lah direct minta maaf dan bincang dari hati ke hati. Tapi kalau bergaduh dengan org alam maya, kalau dia tak maafkan, cam mana?
Realiti blog yang aku nampak tahun 2011 :
1. Kalau kau popular, apa kau buat, walopon salah, bukan main ramai sokong.
2. Kalau kau pandai dan berani menulis isu sensitif, bukan main ramai orang yg tumpang sekaki join jadi batu api.
3. Kalau kau cantik & hensem, bukan main ramai sokong kau. Ehh, nmpak sgt aku jeles. HA HA.
4. Kalau kau popular, bukan main ramai yang nak kawan kau. Habis, kalau yang biasa-biasa ni, dok hari-hari komen entri kau, kau ada tengok.
5. Kalau kau ramai geng, kau boleh hentam blogger lain beramai-ramai.
6. Bila blogger baru naik sikit, kau pon angin, sebab dia makin popular.
7. Kalau blogger lain tegur elok-elok, kau marah melenting.
8. Kalau blogger puji, kau suka pulak kan. Patutnya kalau org tegur tu lagi bagus.
9. Kalau blogger lain nak buat vlog or tulis pape kat blog dia, kau hentam. Pastu, bile blogger tu terasa hati, dia lak yang kena balik.
10. Kalau blogger lain dapat traffic lebih, kau jeles. Mula la up entri kata entri dia entah pape, tapi dapat banyak duit. =,= 

Kesian kat aku yang suka baca blog ni, macam dah takde benda lain nak jadikan isu. Buat la isu semasa ke, info-info dunia ke, pasal personal pon takpe. Kalau nak up isu sensitif pon, jangan lah buat secara khusus, buat la general. Pastu, bila blogger tu terasa hati, kau dan kawan-kawan kau semua hentam dia, kata dia tak sporting. Kalau macam tu, aku pon nak terasa hati la, aku tak popular, aku tak lawa, aku tak macho, aku takde vlog, aku tak pernah jumpa perjumpaan blogger, aku takde kawan dalam blog, aku aku aku,ye la, aku  tak ramah mesra. Okey bye.
 p/s : Aku sokong entri dak neon :)
p/ss : Aku ada terbaca kat Sahabat Blogger, ada org tulis, kalau dia kena serang, ada tak blogger lain nak defend? Heh, kena tengok la dulu KOT sapa yang diserang.
p/sss : Opppss, hati panas, mulut panas, telinga panas. aku makan cili ape.

15 Flowers:

Unknown said... Reply Comment

dylla pon silent reader...hehe..muah!

Cik Ina Do Do Cheng said... Reply Comment

betul tu, komen pun setuju , biarpun dia tulis alah -alah tak betul, doniya sekarang suka sangat bodek dan ampu.

Legasi Piston Pecah said... Reply Comment

point tu semunya memang betul kan..kamu memang jenis reader yang mengikuti perkembangan semasa blogger-blogger sekarang kan.

NIA said... Reply Comment

tulah kan nazirah.hohoho.kalau boleh 'like' seratus kali, seribu kali pun kite klik 'like' entri nih.syabbas bete~!

niesz said... Reply Comment

hahaha..mcm2 kan..yang plik tu..nk berblogging tu pun ley jadi gaduh..pelik sungguh..ni lah org melayu..

Unknown said... Reply Comment

senang cerita..abaikan semua tu. jangan kita terpengaruh dengan mereka yang suka bergaduh ni.. teruskan blogging.banyak lgi isu lain yang boleh kita tulis. pasal populariti tu, biasa lah..orang popular akan diagung agungkan. mindset dorang. be urself. peringatan utk diri sendiri gak ni. sama sama la ye.

fAiRy PrInCesS said... Reply Comment

aku suke gile entry ni. mang betol pon. ape yg ko pk same mcam aku pk naz

nmS said... Reply Comment

hehe...sy pun silent reader..=)by the way, nice la ur blog..=)

nabilah_2908 said... Reply Comment

ikuti gak beberapa cerita pasal ni...

biasa lah..org melayu... phd tinggi..pantang ada ruang tuk menghentam..sure tkkn dilepaskan..mcm mana nk maju...

bukan senang nak senang...kepada yg kena hentam tu...jgn rasa down..bangkit la...ini semua dugaan n cabaran... ;)

haih...tk best ler.gaduh2 ni...

jom ke APA KATA HATI pulak,
AIR OH AIR

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@Legasi Piston Pecah

ni pndangan ngn pemerhatian saya la..memg skrg ni nmpak sgt beende ni byk jadi..peliks pon ada jugk

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@niesz

melau mudah lupa.tgk blogger bangsa lain, tak de lak gaduh2 elok je.tapi tak tau lak kan.

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@Cik Aish

betul,jgn masuk campor..kalo tak, kite pon sama je..ehh, kdg2 bosan tau..3 4 blogger wat entri same je,hentam sana sini..