May 2011 | Miss Durian Runtuh

May 31, 2011

Add On Chrome untuk Tumblr

Assalamualaikum. Hai semua. Sihat? Lama tak menulis. Sebab sibuk kerja satu, lagi satu sebab selalu main Tumblr je. Heheh. Kalau nak baca ayat baikkk punya atau nak tengok gambar-gambar cantik, boleh la melawat Tumblr aku kat nazirahmoktar.tumblr.com. Okey, harini nak share satu add on Google Chrome untuk Tumblr. Mozilla Firefox aku tak pasti. Takpa la, kalau ada, nanti aku update la kat sini. Add on ni kita install supaya bila main Tumblr lagi banyak function boleh buat di dashboard. Kalau guna kat Mozilla misalannya :


Hanya ada fungsi notes , reblog & like sahaja. So, kalau nak lagi banyak fungsi, boleh la guna add on ni kat Google Chrome. Kenapa la nak susah2, sekarang aku pkai Mozilla, tibe-tibe nak pakai Google Chrome. Ala, itu hak masing-masing la. Aku nak share je. =.=
Kalau guna add on Missing E ni, boleh install di SINI.



Boomark tu, boleh boomark post yang kita suke. Magnify tu berfungsi untuk besarkan gambar. Dan ada banyak lagi fungsi lain korang boleh explore. Opss, terexcited main Tumblr sampai sanggup download Google Chrome kan.

May 23, 2011

Doodle.s Comel Buatan Tangan

Assalamualaikum. Ce tengok header tu. Heheh..Comel kan. Aku teruja bila baca blog Ryna a.k.a The Pink Gajah Story pasal seorang talented pembuat doodles yang terima request free buat doodle. Memang aku tamak, so cepat-cepat request doodles secara sopan santun. Ye la, dah kau nak guna kidmat kreatif orang secara percuma, harus la berbudi bahasa kan. Tapi kita dengan semua orang perlu berbudi bahasa kan. Okey stop bagi nasihat. Tengok comel x doodles gadis bertudung makan durian. Itu saya la, Miss Durian Runtuh. Cuma sebabkan aku just suruh Amalina a.k.a Mel ni buat doodles ikut suka dia, so, doodles aku ni cam kurus la kan. HA HA. Okey la, mengikut entri terbaru Mel ni, dia just terima request doodles BIASA untuk first time sahaja. Kalau doodles kedua kena caj RM5 okey. Hah, kalau nak request tu sila la mintak dengan berhemah okey, sementara Mel ni bermurah hati nak bagi. Nanti kalau dia dah sibuk, tak merasa pulak. Selain Mel, yang ada jual doodles comel also Belog Cap Ayam. Serius kreatif la dorang. Aku kagum.



Okey, Mel ni guna pen saja. Okey,aku guna pen ke pensil ke hape ke memang kematu la lukisan aku. Tapi gigih jugak buat kan.
Hijau lagi. Hehe. Part durian tu memg comel. Muka dia lak macam teruja makan durian kan. Ish, sedap lak kuah durian celup roti Gardenia.
Okey, untuk tempah doodles sila Klik. <3
Hari ni kerja luar ke Taiping. Serius penat. Tapi sentiasa bersyukur sebab ada Shazwani Saman yang praktikal sekali. Minggu lepas pergi Sg Siput & Kampar. Aku rasa cukup 3 bulan Telekom seluruh Perak kami jejak.

May 20, 2011

Yin Hoo SDN BHD - Alamat & Nombor Telefon

UPDATED!!!!


Assalamualaikum. Dulu aku pernah buat 1 entri pasal aku jual katalog Yin Hoo. Semenjak tu ramai orang masuk blog aku cari alamat Yin Hoo la, macam mana nak dapatkan katalog Yin Hoo la, email Yon Hoo la padahal Yin Hoo memang dah tak hantar lagi katalog ke rumah aku, sebab dah tak aktif. Sampai rasa tension la. Ceh, tension konon. Hari ni rasa gembira sebab kawan satu praktikal ni, Tim, ada jual katalog Yin Hoo. So, pas ni sapa-sapa yang search alamat Yin Hoo, email Yin Hoo dan macam mana nak dapatkan katalog Yin Hoo, boleh la take note info ini :) Opps, email & website takde.
Yin Hoo SDN BHD,
P.O. BOX 11404, 50744, Kuala Lumpur
Telefon : 03-89458795 (8.40am-5.40am)
Address: 7, Jalan BS7/1A, Taman Perindustrian Bkt Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Fax: 03-89458803. 89453202



Kalau nak katalog ni di hantar ke rumah korang-korang, telefon la dia.Aku rasa dorang suke je kalau ramai yang nak jual katalog ni. Bayaran pos ke Sabah, kalau belian bernilai RM200 ke bawah kena tambah RM9 dan kalau belian bernilai RM200 ke atas pos FREE. Kalau Semenanjung tambah RM7 & Brunei/Singapura bayaran pos RM20. Fuuh, terjawab jugak semua.

UPDATE : INFO TERBARU
Haha,YinHoo dah buat online shop sekarang.So,tak payah korang susah-susah lagi.Sapa yang tanya aku pasal nak bank in duit semua,sekarang dah senang kan.Zaman IT,tak payah dah jual-jual kat orang lain macam dulu-dulu.ini dapat membantu korang yang nak beli barang kat YinHoo okay :)

Yinhoo.Org 
REQUEST CATALOG?JUST PUT YOUR INFORMATION(name & address) ON FB WALL YINHOO.CLICK THIS. 

Rasa macam dah jadi ajen YinHoo pulak aku nih.Hehehe..Ramai weh orang tnya kat kita,gimana mahu dapat ini katalog.Tapi sebabkan kesian,tolong jugak lah.

May 17, 2011

Berita Semasa

Assalamualaikum. Hari ni cuti hari wesak. Dok rumah makan-makan je. Hari ni korang buat ape ? Sibuk berjalan-jalan or duduk rumah je rehat-rehat.

Ni pejabat yang macam workshop. Banyak printer, desktop rosak je.
Ni kad pelatih.Putih kan. HA HA.

Semalam dah dapat kad pelatih. Tengok gambar saya, serius cam albino. Kening pon tak nampak. (-.-") Oh, esok kerja balik. Minggu depan abah & makcik pergi rombongan ke Acheh. Moga dapat la sebarang 1 2 beg kulit hasil rembatan semasa shopping. Semoga semua selamat.Amin.

May 14, 2011

Maharaja Lawak Minggu 7 - Gelak Diam-Diam

Assalamualaikum. Hai semua. Semalam tengok Maharaja Lawak. Serius lawak gila tengok Jambu, Sepah & Jozan. Gelak satu rumah. Minggu silent comedy ni mula-mula macam kesian jugak kat dorang sebab dorang lebih banyak berdialog kan. Sekali kena buat lawak dari body language je. Kalau Jambu memg dorang dah biasa buat. Tapi untuk peserta lain, memg hebat la dorang boleh buat aku gelak. Kalao Amir lak, aku kesian sebab dia sorang & takda banyak idea kan. Bagus la dia keluar, tak tension stress dah nak pk ape nak buat minggu depan kan.

Jambu

Sepah

Jozan

Kan minggu ni cara penyingkiran dah berubah di mana peserta yang akan undi peserta lain keluar kan. Geram betul aku, sebabnya aku risau kalau-kalau peserta lain akan keluarkan peserta yang bagi saingan kat dorg. Contoh Sepah undi Nabil keluar, or Jozan undi Jambu keluar or Jambu undi Jozan keluar. Ala, macam realiti show kat luar negara tu, dorg boleh buang kawan dorg sendiri asalkan dorg takde saingan, tapi ye la, org Malaysia ni penuh sikap belas kasihan kan. Dah tu ada ML MASUK pulak, dah macam Akademi Fantasia pulak kan. Tapi semoga Jambu, Jozan & Sepah tak keluar.

May 11, 2011

(Intern) Setup PC Baru

Assalamualaikum. Hai semua. Seperti yang dirancang, harini kena pegi outstation. Cewaahh, outstation konon la. Senang cakap kalau budak praktikal macam aku, nama nya kerja luar la. Harini pergi Telekom Pasir Putih. Hehe. Kena setup PC ngn notebook baru untuk staff Telekom kat sana. Cuma 3 PC je yang nak di setup. Aku 1 PC, Shaz 1 PC & En Matzin 1 PC. Kena tukar la semua pc lama dengan baru, pastu setup setting, join domain, network sharing, activate Microsoft Office & printer sharing. Cewaah, tengok buku la. Aku ngn Shaz masing-masing tolong-menolong. Banyak jugak tanya En Matzin bila ada masalah. Hope lepas ni kalau boleh nak buat lagi dan tak mau tanya banyak-banyak a.k.a dah reti sendiri la. Pastu petang lak setup notebook. Kejap je sebab tak buat backup pon. Macam PC tadi kena buat backup dulu untuk staff. Yang best nye sebab staff Telekom semua peramah siap bagi kek coklat lagi. Malu.

Shaz muka happy kan dapat siap dulu dari aku. HE HE. Rujuk buku lagi. Pasni kena ingat sendiri. Eh, kalau kerja luar boleh pakai suar jeans/kasual. Tadi rehat singgah rumah Shaz. Mak Shaz masak sedap. Terima kasih makcik :)

Ni PC lama, yang baru sebelah tu. Kena buat backup dulu. Rasa cam wahhh, tak pernah aku buat kerja gini. Selalu kalau kerja gini bagi kat Wansyah je.


Ni dah lepas setup. Dulu pakai Dell, sekarang tukar HP. Pastu dah siap kena la ajar staff-staff guna Window 7 & Office 2010 padahal aku pon pakai Office 2007. Memang kita kena explore sendiri. =.= Pastu tiba-tiba kena belajar pasal Office Outlook sebab staff sana guna untuk baca email. Disebabkan aku tak buat sistem untuk PITA dan tak jumpa user, masa LI ni dapat la peluang jumpa user dan ajar dia macam mana nak guna walaupun hanya ajar basic Window. Bak kata En Matzin, selalunya kita kena la letak benda penting kat desktop sebab staff lama-lama ni dah biasa guna Window XP, Office 2003, sampai kadang-kadang dorang tak mau guna, nak jugak Office 2003. Semoga semua Puan-puan tadi dapat la biasa guna Window 7 & Office 2010.

p/s : Buku log hang tak update, blog hang update. Apa ni ceq oii. Ya lah ya lah, ceq update la nanti. (-.-")
p/ss: Kalau aku tak update tu, makna nya takde kerja la tu. Tapi hope hari-hari ada PC baru nak setup or ada benda yang masalah. HA HA.
p/sss: Tetiba rasa suka dengan kerja networking ni. Waktu belajar punya pening kan.

May 10, 2011

(Intern) Belajar Networking

Assalamualaikum. Lain tempat lain kerjanya. Kebanyakan kawan aku dapat kerja yang melibatkan programming dan kena buat sistem. Tapi kalau praktikal kat Telekom lebih kepada teknikal. Tadi supervisor, En Matzin ajar nak configure setting bagi pc Telekom, pasal sharing,XP mode, DHCP dan lain-lain. Serius pening, rasa macam dalam kelas. Kena setting email la,domain & lain-lain. Beliau ajar jugak pasal switch dan hub. Memang kena tengok buku balik la pasal architecture semua. Rasa seronok jugak walopon dari pagi tak buat apa, tapi akhirnya dapat belajar dari Tim cam mana nak setting printer kat Telekom. Ni la kerja nya, kalau ada hal pape kat Telekom seluruh Perak, department Scan Support IT ni akan turun. Tapi sebabkan kurang lagi ilmu, kami tak dapat buat. So, last-last En Matzin tunjuk macam mana nak tukar IP address bagi printer tu sebab ada masalah network dia. Baru la printer tu boleh print. (-.-"). InsyaAllah esok, kena pergi Telekom Paser Putih, kena configure PC baru kat sana. Wish me luck :) Oh, harini tak pegi Taiping. Huhu.


Tadi lunch kat Yik Fong. Pastu jalan-jalan jap. Sebelum tu jalan-jalan teman Shaz beli kasut dia. Beli kasut getah Crocs. HE HE. Kedai kasut banyak kat belakang ni.

May 9, 2011

(Intern) SSO Scan Support IT


Assalamualaikum. Hai semua. Harini first day intern. Saya dan Shaz hanya duduk saja, tapi InsyaAllah esok akan di beri tugas. Semoga semoga. Dapat belajar bende baru. Belajar software, tapi kerja hardware. Memang berpeluh la bila pikir kan. Tapi why not takes it as challenge rite. Nama pon belajar IT, tak kan tau software je. Belajar belajar sampai ke negeri Cina. Tapi sebolehnya nanti akan datang hope dapat jugak belajar kerja dalam bidang software. Ya ya, web based, system, database. Kena la buat jugak kan. Opss, hari first day dah lawak, Shaz tersalah tempat praktikal. Aku pon sekali gelabah sebab dah pukul 9 pagi. Tapi muke Shaz pon takde lagi. Dapat kawan baru, dak Cina , Tim, budak UTHM , tapi minggu depan dia sudah habis praktikal. So, tinggal kami berdua. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala urusan kami dan beri peluang kepada kami untuk belajar dan dapat pengalaman sebanyak yang boleh. Amin.

Photo Courtesy : icanread

May 8, 2011

Ucapan Hari Mak


Assalamualaikum. Hai semua. Sebenarnya berapa hari bulan Hari Mak? Tengok kat Facebook kawan2 aku wish Hari Mak. Kat blog pon sama. So, search wikipedia, rupanya tarikh-tarikh dia lain-lain ikut negara la. (-.-). Peliks. Okey, malaysia Hari Mak ni setiap hari Selasa Ahad Kedua dalam bulan Mei, iaitu hari ni. Sayang Mak saya, Saayah Binti Mat Isa. Mak dah meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 12 Ogos 2002 hari Isnin waktu aku tingkatan 1. Waktu tu memg tragis sebab waktu tu waktu rehat kat sekolah, aku tengok Yob aku datang sekolah nak bawak aku balik rumah. Mak dah nazak. (T.T). Mak, terima kasih mengandungkan Lah, asuh Lah, nyusukan Lah sampai umur 5 tahun, hantar Lah pergi sekolah, suap Lah makan & macam-macam lagi yang Lah sendiri tak mampu buat macam Mak buat. Terima Kasih bagi Lah yob,nyah,yang & kakak untuk teman Lah sampai sekarang.
 
Selamat Hari Mak juga kepada Makcik saya a.k.a mak tiri saya, tapi rasa macam kejam lak panggil makcik mak tiri kan. Sebab panggilan mak tiri tu tak mesra langsung. Terime Kasih Makcik sebab masak untuk Lah, basuh baju Lah, banyak tolong Lah dan macam-macam lagi yang rasa nya jarang mak tiri boleh buat untuk anak tiri dia yang memang tak dengar kata ni. (T.T)

Selamat Hari Mak untuk Kakak saya, Nurul Uyun yang teman & jaga Lah lepas Mak pergi. Yang rawat hati Lah bila Lah sedih, yang masak untuk Lah, yang bawak Lah jalan-jalan, yang tak pernah berkira dgn Lah & macam-macam lagi jasa yang lebih dari seorang kakak kepada adik. Selamat Hari Mak jugak pada kakak ipar saya, nyah Bada & Yong yg memeriahkan lagi hidup dan keluarga Moktar.




May 7, 2011

Nur Kasih The Movie

Assalamualaikum. Hai, tak sabar tunggu nak tengok Nur Kasih The Movie.. HEE. Seronok ke tak seronok ke sedih ke tak sedih ke, hati aku debar-debar nak tengok. Sebab dulu aku sangat berdebar-debar tiap kali tengok Nur Kasih, darah tinggi semua ada waktu tu. Nantikan 19 Mei 2011.

May 6, 2011

(Gambar) Royal Wedding

















Giler lambat gile lah aku nak cerita pasal royal wedding sampai dah seminggu dah berlalu sampai Prince William &  Duchess of Cambridge Catherine pon dah berhoney moon. Takpe la..blog sendiri kan.Hehe.Minggu lepas tengok siaran langsung Royal Wedding HD kat Astro 700, cantik sikit warna dia kan. Aku suke wedding dress dia, memg sekarang kain lace sgt ramai orang pakai. Selama seminggu Astro Channel 707 siarkan cerita pasal royal family. Ada jugak siarkan waktu kahwin Puteri Diana ngn Puteri Charles. Tapi serius wedding dress Puteri Diana dulu bagi aku memg gile-gile grand la. Dia punye veil pon dah 28 kaki panjang nye. Tapi yang wedding dress Catherine lebih simple but nice. Tapi memg macam cerita Cinderella la tengok. Kakak & Makcik aku pulak cakap Catherine tak boleh lawan kecantikan Puteri Diana dulu. Tapi ye la, Puteri Diana dulu kawin time umur dia pon dalam 21 tahun gitu. Okey bye.

Photo Courtesy : Tumblr Royal Wedding

May 5, 2011

Secret Garden

Anneyeong haseyoo..Cewaah, eja pon tak betull.Annoying sungguh.Assalamualaikum semua. Sihat ke? Dah makan? Harini cam mana, ada rasa gumbira or berduka. Jangan berduka nanti lara..Tak payah cakap byk. Harini nak bercerita pasal Secret Garden. Tau tak ape itu. Okey straight to the pointer, Secret Garden ni drama korea. Drama baru jugak la sebab last year, hujung-hujung tahun punya drama tayang kat Korea. Disebabkan teknologi sekarang cepat, walaupun belum tayang kat tv sini kecuali Astro, kita dah boleh tengok dengan mendownload.


Secret Garden lakonan Hyun Bin dan Ha Ji Won ni mengisahkan pasal seorang lelaki kaya yang memang perangai menyampah lakonan Hyun Bin ( Kim Joo Won) yang jatuh cinta pandang pertama dengan seorang stuntwoman lakonan Ha Ji Won (Gil Ra Im). Sebenarnya macam pertemuan mereka ni macam dah takdir la sebab ayah Gil Ra Im ni pernah selamatkan nyawa Kim Joo Won masa Kim Joo Won umur 21 tahun dalam satu tragedi kebakaran. Tapi ayah Gil Ra Im mati. Pastu, cerita ni macam cerita cinta dongeng la sebab ada magic di situ. Di mana, roh mereka bertukar badan. Wahh, tragik tak aku cerita pasal klimaks terus. Tapi sejak tu la, cinta Kim Joo Won & Gil Ra Im ni bersemai. Dan banyak la kisah romantik mereka berdua yang buat jiwa aku gelabah malu-malu gituw. Tapi memang la cerita Secret Garden ni buat aku tak berenti tengok. Lepas habis satu episod sambung lagi satu episod. Dan aku mula suka padanan Hyun Bin & Ha Ji Won. Sepadan la. Secret Garden ni jugak ada scene sedih bila mana mak Kim Joo Won ni berusaha nak putuskan hubungan mereka, dan ada jugak scene-scene meleleh air mata. So, korang tengok la cepat.!


Kim Joo Won ni nakal la jugak sebabnya mula-mula mereka kenal tu, dia sangat banyak kacau Gil Ra Im, tapi senakal-nakal dia, Gil Ra Im suka jugak kat dia. Lawak la.He he. Nanti happy ending jugak cuma mak nya Kim Joo Won still tak terima Kim Joo Won kawin dengan Gil Ra Im.


Yes, it is true. Memang watak Joo Won & Ra Im ni sepadan dan macam melengkapi la. Cerita dia ala-ala Cinderella sebab Ra Im yang miskin ni bertemu jodoh dengan Joo Won yang kaya gila. Tapi ada part-part ala-ala Little Mermaid sebabkan Ra Im ni kononnya tak sesuai hidup dengan Joo Won sebabkan perbezaan taraf and she want to disappear like bubbles. (-.-)

Scene yang buat hati aku berdebar-debar malu-malu kucing.


“It’s not because I love you, but because I only love you. If I don’t have you, then I won’t have any other choices.” – Joo Won


Yeay, aku awesome, sebab aku dah habis tengok Secret Garden. Hah, kalau korang tengok jaket Kim Joo Won dalam cerita ni, ada 4 jenis jaket tau. Dan semua bling-bling cam artis geli-geli gitu. Tapi sebabkan Hyun Bin ni hensem, nampak dia bertambah comel pulak bila pakai jaket bling-bling.


Watak lain adalah Oska atau Hyung yang merupakan cousin Joo Won dan dia pon ada kisah cinta dia dengan watak Yoon Seul. Yang mereka berdua ni jenis watak tegas ego tak mau mengaku yang mereka ni sebenarnya saling suka sama suka lagi. Walaupun pernah putus cinta. Tapi last-last mereka ni ngaku jugak. 


Lagi satu watak Assistant Kim yang merupakan setiausaha Kim Joo Won. Watak dia ni memang buat aku gelak je, tak tension tau. Lawak dan comel. Pastu gaya dia selalu cam comel. Aku rasa dia patut menang anugerah la sebagai watak komedi yang tercomel. Gaya dia walaupon kadang-kadang cam budak-budak, Kim Joo Won tetap kekalkan dia sebagai secretary.


Nah gambar kawin mereka. Okey, rasanya aku dah terover excited bercerita sampai korang tak payah tengok dah Secret Garden sebab dah tau jalan cerita memang pahape betol Nazirah. Tapi korang kena jugak tengok. Nanti rasa nya akan tayang kat Astro 393 One HD. Sebab haritu ada tengok iklan dia kat tv. Waduh2, kalau gini, nanti balik rumah dok ngadap Secret Garden kat tv pulak la aku. Okey bye.

Photo Courtesy : Tumblr



May 3, 2011

Satu Peringkat Hidup dah Berlalu

Elok merendah diri, sebab boleh jauhkan diri dari bongkak.Tapi kalau TERLALU merendah diri, kadang-kadang buat org sekeliling rasa menyampah.
ATAU
Elok merendah diri, sebab boleh jauhkan diri dari bongkak.Sebab kalau TERLALU bongkak & sombong, kadang-kadang buat org sekeliling rasa menyampah.

Yang mana satu betul? Atau dua-dua statement betul atau dua-dua statement salah. Emm, esok last final exam. Bermakna last day jumpa kawan-kawan sebab esok kawan-kawan start balik. Walaupon aku balik 5hb, still jugak tak dapat jumpa kawan-kawan lain sebab masing-masing sibuk angkut barang dan bersama family yang datang amik.Lepas ni, tak tau datang lagi tak UMT. Datang ke tak bergantung pada usia diri. Kalau panjang umur datang lagi. Macam-macam berlaku dalam hidup sepanjang belajar di bumi UMT. Jadi kanak-kanak, jadi matang, jadi dewasa mengikut semester. Dan Isnin minggu depan start praktikal. Bye UMT.
If you miss me, i'll always be in your heart.
If you hate me, i'll always be in your mind.
Sorry for everything and love for everything.
Photo Courtesy : Tumblr