(Intern) Setup PC Baru | The Nazirah Mktr

May 11, 2011

(Intern) Setup PC Baru

Assalamualaikum. Hai semua. Seperti yang dirancang, harini kena pegi outstation. Cewaahh, outstation konon la. Senang cakap kalau budak praktikal macam aku, nama nya kerja luar la. Harini pergi Telekom Pasir Putih. Hehe. Kena setup PC ngn notebook baru untuk staff Telekom kat sana. Cuma 3 PC je yang nak di setup. Aku 1 PC, Shaz 1 PC & En Matzin 1 PC. Kena tukar la semua pc lama dengan baru, pastu setup setting, join domain, network sharing, activate Microsoft Office & printer sharing. Cewaah, tengok buku la. Aku ngn Shaz masing-masing tolong-menolong. Banyak jugak tanya En Matzin bila ada masalah. Hope lepas ni kalau boleh nak buat lagi dan tak mau tanya banyak-banyak a.k.a dah reti sendiri la. Pastu petang lak setup notebook. Kejap je sebab tak buat backup pon. Macam PC tadi kena buat backup dulu untuk staff. Yang best nye sebab staff Telekom semua peramah siap bagi kek coklat lagi. Malu.

Shaz muka happy kan dapat siap dulu dari aku. HE HE. Rujuk buku lagi. Pasni kena ingat sendiri. Eh, kalau kerja luar boleh pakai suar jeans/kasual. Tadi rehat singgah rumah Shaz. Mak Shaz masak sedap. Terima kasih makcik :)

Ni PC lama, yang baru sebelah tu. Kena buat backup dulu. Rasa cam wahhh, tak pernah aku buat kerja gini. Selalu kalau kerja gini bagi kat Wansyah je.


Ni dah lepas setup. Dulu pakai Dell, sekarang tukar HP. Pastu dah siap kena la ajar staff-staff guna Window 7 & Office 2010 padahal aku pon pakai Office 2007. Memang kita kena explore sendiri. =.= Pastu tiba-tiba kena belajar pasal Office Outlook sebab staff sana guna untuk baca email. Disebabkan aku tak buat sistem untuk PITA dan tak jumpa user, masa LI ni dapat la peluang jumpa user dan ajar dia macam mana nak guna walaupun hanya ajar basic Window. Bak kata En Matzin, selalunya kita kena la letak benda penting kat desktop sebab staff lama-lama ni dah biasa guna Window XP, Office 2003, sampai kadang-kadang dorang tak mau guna, nak jugak Office 2003. Semoga semua Puan-puan tadi dapat la biasa guna Window 7 & Office 2010.

p/s : Buku log hang tak update, blog hang update. Apa ni ceq oii. Ya lah ya lah, ceq update la nanti. (-.-")
p/ss: Kalau aku tak update tu, makna nya takde kerja la tu. Tapi hope hari-hari ada PC baru nak setup or ada benda yang masalah. HA HA.
p/sss: Tetiba rasa suka dengan kerja networking ni. Waktu belajar punya pening kan.

9 Flowers:

░♥si lampu neon♥░ said... Reply Comment

tak bole blahh tgk warna speaker tu hhihihihihi

syafiq said... Reply Comment

wow keyboard sampak dua. satu mouse. ni hacker neh!

[sutera kasih] said... Reply Comment

wahh..awk pndai bidang ni ekk..sy tak reti hehe

yuyu said... Reply Comment

good luck!! rindu zaman LI la pulak..mcm ni la sy dl..siap kena jg server lagi..