Ucapan Hari Mak | Miss Durian Runtuh

May 8, 2011

Ucapan Hari Mak


Assalamualaikum. Hai semua. Sebenarnya berapa hari bulan Hari Mak? Tengok kat Facebook kawan2 aku wish Hari Mak. Kat blog pon sama. So, search wikipedia, rupanya tarikh-tarikh dia lain-lain ikut negara la. (-.-). Peliks. Okey, malaysia Hari Mak ni setiap hari Selasa Ahad Kedua dalam bulan Mei, iaitu hari ni. Sayang Mak saya, Saayah Binti Mat Isa. Mak dah meninggalkan kami sekeluarga pada tanggal 12 Ogos 2002 hari Isnin waktu aku tingkatan 1. Waktu tu memg tragis sebab waktu tu waktu rehat kat sekolah, aku tengok Yob aku datang sekolah nak bawak aku balik rumah. Mak dah nazak. (T.T). Mak, terima kasih mengandungkan Lah, asuh Lah, nyusukan Lah sampai umur 5 tahun, hantar Lah pergi sekolah, suap Lah makan & macam-macam lagi yang Lah sendiri tak mampu buat macam Mak buat. Terima Kasih bagi Lah yob,nyah,yang & kakak untuk teman Lah sampai sekarang.
 
Selamat Hari Mak juga kepada Makcik saya a.k.a mak tiri saya, tapi rasa macam kejam lak panggil makcik mak tiri kan. Sebab panggilan mak tiri tu tak mesra langsung. Terime Kasih Makcik sebab masak untuk Lah, basuh baju Lah, banyak tolong Lah dan macam-macam lagi yang rasa nya jarang mak tiri boleh buat untuk anak tiri dia yang memang tak dengar kata ni. (T.T)

Selamat Hari Mak untuk Kakak saya, Nurul Uyun yang teman & jaga Lah lepas Mak pergi. Yang rawat hati Lah bila Lah sedih, yang masak untuk Lah, yang bawak Lah jalan-jalan, yang tak pernah berkira dgn Lah & macam-macam lagi jasa yang lebih dari seorang kakak kepada adik. Selamat Hari Mak jugak pada kakak ipar saya, nyah Bada & Yong yg memeriahkan lagi hidup dan keluarga Moktar.




6 Flowers:

Amalina said... Reply Comment

naz..nak nanes plak baca entry ni..hukhuk..

Nini Hartini said... Reply Comment

Semoga roh arwah ibu naz ditempatkan bersama org2 beriman..

Erm, hari ibu bukan hari Ahad Minggu ke dua bulan mei ke?

NIA said... Reply Comment

huhu.semoga arwah mak naz sentiada dirahmati Allah.selamat hari ibu kepada naz, insyaAllah bakal ibu.gituh.heee~

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@~amalina~

heheh..sedih memg sedih.. tpi kena la happy jugak