Assalamualaikum. Hai semua. Entri kali ni nak cerita pasal cakap besar. Cewah, hot sangat la tu tajuk aku. Aku memg muak dengan jenis cakap besar ni, tak kire la org yg aku kenal atau tak. Kirenya apa dia buat, dia la paling beruntung, dia la paling hebat dalam dunia ni. Bila dia dapat keputusan elok dalam exam dia cakap 'ah, sebab aku rajin, sebab tu aku dapat 4.00rata" ,gini la lebih kurang. Walaupon bila aku dengar, aku diam kan, tapi dalam hati tetap rasa panas. Sebabnya kalau kate-kate kite terlalu jujur dan berterus terang, mungkin org akan fikir lain. Dan mula la keluar andaian, rupanya macam ni perangai budak ni.
Aku rasa cara paling senang dan selamat adalah bersukur dengan setiap apa kite dapat. Kalau kite dapat keputusan elok, kite bersyukur kepada Allah sebab usaha kite dapat balasan setimpal, cakap Alhamdullillah. Jangan la cakap, "sebab tu aku dapat elok, dah aku rajin". HA, kan dah lain nada dia kan. Kalau kita cakap secara rendah diri, nada dia lain tau, contoh, "heheh, aku dapat 4.00rata pon sebab aku buat latihan dalam buku, kalau tak, mesti teruk jugak, huhu". Kalau aku dengar org cakap gini, aku pon tumpang gembira sebab dia dapat elok.
Ye, bukan nak cakap org, tapi cakap pada diri aku jugak. Aku sentiasa cuba untuk menjaga mulut sebab sekali mulut kite salah cakap, mungkin selama-lamanya berbekas kat hati orang. Kita tak tau, mungkin hari ni hari kita, tapi akan datang, kita pulak yang terkena. Kalau nak jujur, aku cakap dulu "jujur aku cakap ni". Kalau bergurau, cakap la dalam nada gelak tawa. Kalau nak serius, cakap la dalam nada serius. Biar apa kita cakap org tak salah faham. Kerana mulut badan binasa, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata merana la hati.
p/s: mulut bau longkang tu sebab tak gosok gigi pas makan durian. HE HE.
p/s: mulut bau longkang tu sebab tak gosok gigi pas makan durian. HE HE.
1 Flowers:
gila ah confident boleh cakap sbb rajin dapat 4.00.. hahaha.. kalau saya pon cam geram je kalau orang cakap cam gitu... huhu......
Post a Comment