Apa Kita Perlu Belajar Dalam Hidup | Miss Durian Runtuh

Jul 25, 2011

Apa Kita Perlu Belajar Dalam Hidup

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni rasa macam banyak belajar benda/perkara baru. Yela, hari-hari perlu belajar. Tak kira la ilmu pengetahuan am ke, ilmu pasal hidup berumah tangga ke, ilmu hidup berkeluarga ke dan macam-macam la. Yang pasti ilmu-ilmu ini kita guna/ingat untuk masa hadapan jugak kan. Antara yang kita perlu tahu dan beringat :

:81:Kita perlu berani berkawan dengan orang lain untuk tahu perangai manusia tak kira laki atau perempuan.
:81:Kita kena fikir sebelum buat apa-apa keputusan.
:81:Jangan mudah percaya orang.
:81:Kita kena utamakan keluarga sebab keluarga la yang akan tolong kita bila kita susah.
:81:Jaga mulut, kerana mulut badan binasa. Kakak cakap, "lagi banyak kita bercakap, lagi banyak kita menyakitkan hati orang".
:81:Kena pandai kawal emosi, kalau tak macam-macam perkara tak elok akan jadi.
:81:Dengar nasihat kawan yang baik.Kawan yang jahat jangan diikut sama sekali.
:81:Jangan bertindak terburu-buru, banyak lagi peluang yang ada di hadapan.
:81:Orang yang bijak selalu buat keputusan yang salah.So,sebagai orang bijak pandai, kena alert.
:81:Jangan ingat kita je manusia yang bagus, sebab tanpa kita sedar, ada lagi manusia yang lagi bagus dari kita.
:81:Kekayaan tak selalunya menjamin kebahagiaan.
:81: Ada perkara boleh dicerita, ada perkara tak boleh diberitahu. Jangan terlalu baik hati nak BERITAHU semua perkara kat orang.