Assalamualaikum. Amboi, tajuk, wajib tengok. Okey sebenarnya nak cerita pasal filem Sekali Lagi. Sebelum tengok, mesti rasa, aii, macam tak best je. Malas la nak tengok, baik tengok Harry Potter ke, apa ke. Tapi semalam, lepas diskusi dengan Wansyah kat McD Jusco, Shaz pulak ajak jalan-jalan. Aku memang yang kekurangan duit ni hanya la mampu cakap, "aku takde duit ni nak jalan-jalan". Shaz pulak cakap, "takpe naz, pkai duit aku dulu". Nasib baik nak makan cukup duit kan. Shaz cuma bayarkan tiket wayang je.
Okey, serius Sekali Lagi ni emosi, lawak, best, sedih,romantik dan lain-lain. Memang best dan sedih. Walaupun, genre filem ni komedi romantik, tapi bagi aku Sekali Lagi ni sedih. Macam mana Shila ni hadapi percintaan dia dengan pancaroba daripada hubungan yang tidak direstui keluarga. Lepas ayah dia meninggal dunia, suami dia, Arman (Sam) pulak tinggalkan dia. Tapi semua yang berlaku ni bersebab. Ada sebab kenapa Man tinggalkan dia.
Pastu seronok bila tengok gelagat Man berkawan dengan Amy (Mia). Memang lawak dan comel sangat.Memang macam ayah & anak betul. Pengajaran nya, setiap hubungan perkahwinan antara laki dan perempuan tu biar la ada restu dari keluarga. Bila takda restu, memang hidup pon tak berkat. Tak kira la macam mana kita sayang kekasih kita. Ni pengajaran kat diri sendiri jugak la.
Antara sebab yang best :
Mia dan Lisa jadi mak dan anak yang super cute.
Watak Sam & Mia sangat comel bila berdua.
Sam memang berbakat bawak watak dia sebagai org autisme.
Jalan cerita yang best, ringkas,padat.
Ending bagi aku pon macam logik.Tak kan Shila nak kawin dengan org autisme kan.
Lisa pon pandai bawak watak yang memang sedih.
Cuma satu je, aku tak boleh nak nangis tengok Sekali Lagi ni walaupun sedih, sebab sedih dia tak capai tahap kesedihan Kabhi Kushi Kabhi Gham. Boleh tak?
Ohh, nak buat peringatan.Sekarang kan musim panas, banyakkan minum air masak.Aku dah lama batuk dan minggu lepas pulak kena sakit tekak sampaikan nak telan air liur pon sangat sakit. Kalau sakit tekak beli Dequadin sebab setakat ni okey jugak.
Ohh, nak buat peringatan.Sekarang kan musim panas, banyakkan minum air masak.Aku dah lama batuk dan minggu lepas pulak kena sakit tekak sampaikan nak telan air liur pon sangat sakit. Kalau sakit tekak beli Dequadin sebab setakat ni okey jugak.
11 Flowers:
terbaikK! tgk dah cite nihh~
wah cam best je.hehe menarik tertarik baca review nih.
hehe..betol3..cite nh sedih..tp lom cukup sedih tuk wat aku nanges la..hehe..
aku memang nk tengok pun cite ni tp cuma xkesampaian
mmg best ek naz? ni yang nk tgk ni...
mmg best ek naz? ni yang nk tgk ni...
@Aisumi Chan Kawa'i
terbaik kan kan..memg best la cite ni..rasa tak rugi tgk
@sizuka[Izzati]
izzati, tgk la..gi donwload..heheh
@shAzwAni sAmAn
tau takpe.nak terkeluar air mata, tapi tak jgk kuar..heheh
@Nik Syafiq
tengok la weh..entap punye..tpi aku susah nak nangis.hehe.tpi jalan cerita die best la
@aten eza
best aten..tgk la..memg tak rugi la tgk.jalan cerita die best.
Post a Comment