Patiala House | The Nazirah Mktr

Jul 6, 2011

Patiala House

Assalamualaikum. Hai semua. Siapa pernah tengok filem hindustan Patiala House? Filem ni filem baru, tahun 2011. Aku dah tengok. Itu pon sebab makcik aku terlanggan Astro Box Office:9: itu hari. So, sebulan lebih jugak la boleh menghadap Astro Box Office:9: tanpa segan silu. Antara yang di tayang itu hari, Patiala House, Pocong, Bruce Lee dan banyak lagi tak ingat. Tapi paling berkesan kat hati Patiala House la. Lakonan Akshay Kumar, Anushka Sharma, Rishi Kapoor & Dimple Kapadia. Memang pelakon best-best la.


Filem ni mengisahkan Parghat Singh Kahlon atau Gattu lakonan Akshay Kumar:96: yang terpaksa ikut kehendak ayah dia supaya tak main kriket:31: untuk England. Disebabkan waktu mula-mula keluarga dia ngn keluarga Punjabi yang lain berhijrah ke England, dorang ni tak diterima sebab dianggap macam pendatang asing. Sampai kan orang caci dorang, kacau hidup dorang. Ayah Gattu lakonan Rishi Kapoor:93: ni memg semangat la sampaikan anak-anak Punjabi ni boleh bersekolah, dorang ada hak kat England tu.


Tapi dalam masa yang sama, bila Gattu dah besar & dia suka main kriket:31:, dia di tawarkan masuk pasukan England untuk pemain muda. Tapi ayah dia tak bagi sebab dia memang benci orang England. Sampai umur Gattu 34 tahun, dia dapat peluang kedua untuk masuk pasukan kriket:31: England. Kiranya , Gattu dapat balik life dia waktu umur dia 34 tahun la. Memang best filem ni sebab bagi inspirasi la kat kita, kita slalu dapat peluang kedua, so, guna yang sebaiknya kan.

Dan ofcos, di sebalik kejayaan seorang lelaki itu, mestilah ada wanita belakang nya. Itu la watak Simran lakonan Anushka Sharma:95:. Cantik woo dia ni.Memang putih je kulit , suke aku tengok. Simran la yang sokong Gattu masuk kriket:31: tu. Dan memang berhasil la endingnya:t: .


Filem ni yang best nya :
:60:Lagu semua best. Antaranya Kyun Main Jaagoon, Laung Da Lashkara, Baby When You Talk To Me dan lain-lain.
:60:Pelakon semua best. Rishi Kapoor yang jadi ayah Gattu memg menjadi la watak dia. Ye la, pelakon senior kan.
:60:Pelakon pembantu pon best dimana pelakon pembantu tu ahli keluarga Gattu ni la. Dorang ni jenis duduk serumah ramai-ramai, so, memg meriah la dengan perangai orang.
:60:Jalan cerita best, padat, senang paham dari awal lagi. Kiranya tak payah pikir banyak, korang dah faham apa konflik dia.

Nak tengok full movie, boleh tengok kat YouTube. Ada subtitle.

Photo Courtesy : Tumblr