Masa Berlalu Bagai Angin | The Nazirah Mktr

Jul 17, 2011

Masa Berlalu Bagai Angin

Assalamualaikum semua & selamat sejahtera. Sedar tak sedar dah nak habis dah latihan industri aku kat Telekom Jalan Dato' Onn Jaafar. Sekejap betul masa berlalu. Seronok sebenarnya kerja tambah-tambah ada kawan sekerja yang best & bos pulak sporting. Macam-macam benda baru belajar, dapat pengalaman baru dan dapat kenal perangai orang bekerja. Ada yang sporting tak hengat, ada yang kepala angin & ada yang kuat bekerja sampai terasa kagum dengan golongan kuat bekerja ni.

Baru terasa sedar, aku sebenarnya suka bekerja sebab tak kisah kalau balik lambat atau tak kisah kalau badan letih. Asalkan kerja yang kita buat tu kita memang suka sangat-sangat. Kalau kerja yang tak minat tu memang lain pulak ceritanya kan.

Nak cerita pasal bos, bos pulak jenis kuat bekerja. Tak kisah balik tengah malam, tak letih walaupun baru balik outstation, tapi tetap jugak buat kerja & set mind kena jugak siapkan kerja sebelum cuti. Bos yang sorang lagi jenis sporting, asyik melawak tak kira masa & tak kisah kami nak main-main asalkan kerja siap.

Environment TM ni memang cool je, staf TM pulak jenis peramah je. Walaupun ada seorang dua yang jenis gula-gula Hacks, tapi tetap okey. Lagi 2 minggu habis praktikal, then duduk rumah puasa diam-diam. Cepat nya masa berlalu.

Terasa makin jauh dengan kehidupan dahulu :\

8 Flowers:

Anonymous said... Reply Comment

gula2 hacks?maksudnya?-tuksedo

syuE said... Reply Comment

keje TM? tmpt kite keje dlu ke? hehhe

Siti Nurhayati Dollah said... Reply Comment

Kalau kerja tu kita minat, memang sangat suka dan mudah bekerja. Masa berlalu pun tak sedar :)

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@Anonymous
kepala hangin je , itu maksud aku..hehe

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@syuE

yes, tm yang sama. puan zalina tu ada lgi, ayah irnie pon keje lagi kat situ. :)

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@Siti Nurhayati Dollah

betul sesgt..kadang2 terlalu leka kerja smpai tak sedar kan. :')