Assalamualaikum . Harini penyelia UMT datang melawat tempat praktikal dan juga untuk ambil laporan akhir. Fuhh, memg penat la sehari semalam menyudahkan apa yang patut dan prepare. Dan pagi tadi pukul 9 pagi En Fakhrul dah datang dan pembentangan mula pukul 9 lebih. Apa yang aku takutkan tidak la berlaku, sebab nya aku dan Shaz tak buat sistem, cuma buat sistem pangkalan data online sahaja. Syukur sangat En Fakhrul okey & pembentangan pon okey.
ITSC tercinta <3
Hari ini memang hari yang penuh gelak ketawa bagi aku. Hari ini penyelia kami, Encik Bahar sangat-sangat la sporting dan asyik buat lawak je. Memang terasa best sangat hari ini :'). Seronok sebenarnya kerja, tambah-tambah kalau bos kita pon sporting dan boleh nak gelak ketawa dengan kita. Bak kata Encik Bahar, kerja mana boleh stress-stress. Betul betul! Tak lupa jasa En Nirender hari ini yang sangat-sangat buat kami kagum & terharu!
TM Taiping, banyak kenangan bila pegi sini .
Minggu depan habis lah latihan industri dan memang terasa sayang sangat nak lepas kerja ni. Boleh pulak kan, padahal kami kerja takda elaun, kiranya macam takde alasan je kalau nak sambung kerja. Harini pulak, kami kena tolong manager TM install laptop dia. Dan, Encik Azmi ni hadiahkan kami & Encik Bahar pendrive 2GB. Memang apa la sangat pendrive 2GB kalau orang lain pikir, tapi bagi aku, ini la gaji a.k.a kenangan aku sepanjang praktikal kat sini.
Harus tunjuk muka bahagia. Ni kawan baru saya :')
Shaz, pasni ko jangan rindu aku .HAHA. Syukur sangat la ada kawan sekali kerja. Bayangkan kalau sorang-sorang, mesti aku stress, pastu bertambah la peratusan wanita stress kat Malaysia kan. Bila berakhirnya pembentangan ni, berakhir la segalanya. Boleh dikatakan ini la penghujungnya degree aku.
Apa pulak langkah lepas ni?
2 Flowers:
kerja..hehe
huu..mseti rindu punye naz :)
Post a Comment