Assalamualaikum. Hai semua, selamat petang. Hujan tak kat rumah korang? Kat tempat aku dari pukul 2 tadi hujan. Ni pon dah berenti, tapi tetap jugak hari redup. Suka betul suasana macam ni. Tambah-tambah hari ini abah masak kuah durian yang super delicous! Yummy, hantu durian memang macam tu, tapi gulai tempoyak je aku kurang sikit. Makcik pulak buat roti jala. So, memang lagi super sedap la kombinasi nya kan. Jemput tengok roti jala+kuah durian kami petang ini :)
Roti jala + kuah durian
Aku la yang mengusulkan supaya makan roti jala dengan kuah durian sebab pernah tengok ada pakcik TM Parit Buntar makan haritu. Tibe-tibe teringin jugak. So, bising-bising kat makcik, buat roti jala makan dengan kuah durian, mesti sedap.
Lepas tu cerita nya, dari pagi sampai tengah hari tadi, aku teman kakak pergi Menang Glassware kat Sunway ini, sebab hari ini ada potongan separuh harga & demonstrasi memasak guna Pemanggang Ajaib. Waduh, memg agak ramai orang datang tadi dan beli barang Menang Glassware berkotak-kotak. Aku rasa dorang ini orang meniaga jugak. Demo masak guna pemanggang ajaib pulak mestilah melibatkan makanan dan aktiviti memasak. So, aku & kakak memg semua masakan yang duta Menang, kak Balkis tu masak, kami rasa. Agak pelahap di situ.
Ciri-ciri pemanggang ajaib yang best adalah :
- Tak perlu minyak atau guna sedikit minyak sahaja, boleh masak. Sebab tak melekat.
- Boleh masak ikan secara banyak dalam 4 5 ekor sekali gus walaupun nampak pemanggang ajaib ini kecik.
- Tak perlu nak terbalikkan masakan korang, Just terbalikkan pemanggang ajaib tu sahaja. Kiranya dua-dua belah periuk tu boleh guna.
- Senang untuk dicuci dengan tisu atau span,cuma lap sahaja. Situasi ni berguna kalau korang berkelah, takde air nak basuh kan. Boleh lap je dulu sementara nak balik rumah.
Kalau nak beli, PM facebook kakak aku, Nurul Glassware. HEHE. TIbe-tibe promote lak. Walaupun nama periuk ni ada ikan, tapi sebenarnya boleh guna untuk masak apa sahaja. Jangan masak ikan yu sekor udah la.
1 Flowers:
Dia bagi dapur kecil tu sekali ke?
Post a Comment