Melancong ke Sabah | Miss Durian Runtuh

Feb 10, 2013

Melancong ke Sabah

Assalamualaikum.Selamat Tahun Baru 2013 & Happy Chinese New Year.Hehehe.Terasa pelik pulak sebab dah lama tak tulis-tulis kat blog.Ada lagi ke orang nak baca cerita blog ini? Tak kisah la.Nak jugak cerita.Heheh. Tahun 2013 ini dimulai dengan cerita pergi ke Sabah.Apa tujuan? Jalan-jalan dan melawat abang kita yang duduk di Sabah nun. Pergi 26/1/2013-3/2/2013. Hah,lama kan.Selama 9 hari di Sabah bukan la seluruh Sabah kami ronda,tapi banyak jugak la tempat kami pergi.Lets gone!

Hari Ahad 27/1/2013, kami pergi ronda Pasar Gaya.Gambar takda sebab sibuk berjalan.Situ penuh orang berniaga barang kraftangan,cenderamata,makanan dan jugak orang jual haiwan peliharaan macam kucing & anjing.Hah,all in one kan.


Hari Isnin 28/1/2013 kami pergi ke Kundasang.Dalam perjalanan singgah di Rumah Terbalik di Tamparuli.Tamparuli tu makcik kita cakap kampung Marsha Milan Londoh katenye.Rumah Terbalik tu memang terbalik sungguh,dalam rumah tu semua terbalik.Lantai atas,siling bawah.


Kemudian,hah,tiba-tiba dah sampai ke Kundasang.Kami singgah di Taman Kinabalu/Kinabalu Park.Dekat sini kalau cuaca elok memang boleh nampak Gunung Kinabalu.Tapi waktu kami pergi,cuaca mendung.So,takda bukti la dah sampai Gunung Kinabalu.Tapi dalam perjalanan naik atas ke Kundasang tu memang nampak gunung tu.Memang tinggi sungguh.


Kami menginap di Hotel Perkasa Mount Kinabalu Heritage & Spa.Memang sejuk betol Kundasang.Lebih kurang Cameron Highlands tapi Kundasang lagi best.Nampak tak langit mendung,malam kami tidur tu hujan renyai.Pergghh,sejukkk.


Petang tu pulak pergi Desa Dairy Farm,tempat lembu susu.Memang beratus lembu ni,waktu kami datang dorang tengah perah susu lembu.Dan semua lembu ni memang terlatih.Sempat la makan aiskrim dan beli susu segar 4 kotak.Hah,macam lembu New Zealand kan.


Esoknya sebelum balik,abang kita bawak pergi Poring Hot Spring.Gambar atas ni air terjun tapi tak boleh guna lagi sebab berasid.Kenapa berasid?Sebab air ni dah tercemar dengan sisa-sisa lombong bijih besi.



Poring Hot Spring ni di Ranau,bawah Kundasang.Tempat ni memang besar,ada Taman Rama-Rama,Titi Gantung,waterslide dan kolam-kolam yang banyak.Nak masuk pon pakai tiket berbeza.Kami cuma rendam kaki dalam kolam air panas.


Balik dari Ranau,naik semula ke Kundasang singgah di Kundasang War Memorial.Tempat bersejarah ni cerita pasal tahanan perang dulu.Tentera British & Austria banyak mati & terseksa sebabkan tentera Jepun.Dari 2000+ tentera cuma 6 orang je yang selamat.Dorang kena paksa berjalan dari Sandakan ke Kundasang dalam hutan.Kena paksa buat landasan kapal terbang sampai sakit-sakit.


Waktu di Kota Kinabalu,kami banyak berjalan kat shoping complex.Di KK tu memang banyak sungguh pasaraya tak terkira.Rasanya dah masuk semua kecuali Borneo Mall.Makan kat kedai mamak,tepi laut,restoran nasi padang,restoran nasi ayam,restoran d'kl @ restoran dalam rumah.


Hari Rabu pulak kami pergi berkelah di Pulau Manukan & Pulau Sapi.Naik bot laju.Pulau tu sangat cantik dan bersih.Kami siap snorkeling berdiri lagi tengok ikan dalam air.Memang dah niat nak pergi Sabah mandi laut & berkelah.Ada lagi dua buah pulau kami tak pergi ; Pulau Mamutik & Pulau Sulug.


 Jeti Pulau Manukan


 Jeti Pulau Sapi


Terakhir gambar diri sendiri dari jauh.Kihkih.Kenapa tak letak gambar sendiri banyak-banyak macam selalu?Sebab dah gemok.Yang jadi sejarah pergi ke Sabah ialah first time naik kapal terbang.Baru tahu macam mana sakit telinga,berdebar dan tak tahan dengar budak kecik menangis selain pengalaman beli makanan dalam flight.

Trivia Sabah
  1. Harus pergi ke Pasar Philipine.Sebabnya situ la tempat jual kraftangan dan mutiara.Cewahh.Barang cenderamata, beg,perhiasan,baju,keronsang,apa korang nak semua ada.Pasar dia berasingan; ada pasar buah,pasar keropok,pasar ikan,pasar ikan kering & pasar kraftangan.
  2. Pergi la singgah ke pasar malam di Kota Kinabalu,tapi tak sure apa nama tempat dia.Keronsang & mutiara lagi-lagi murah!
  3. Nak beli mutiara separuh harga selain keronsang,gelang yang cantik-cantik?Pergi Kedai Jamilah Jewellery.Memang semua barang dia separuh harga sebab dia kedai wholesale.Rambang mata dibuatnya.
  4. Orang Sabah tak kuat makan pedas.So,kalau makan di kedai jangan berharap nak makan pedas okay.
  5. Orang Sabah banyak pakai kereta 4x4 macam Hilux tu selain kereta Viva & MyVi.
  6. Makanan agak mahal tapi berbaloi sebab banyak penuh pinggan.
  7. Walaupun Sabah itu dalam Malaysia,bila kita pergi sana kita dapat pas lawatan selama 90hari.Orang Semananjung yang kerja sana pon kena renew pas kerja setiap 5 tahun.
Sekian. :)

15 Flowers:

ReramaBiru said... Reply Comment

wah menarikla rumah terbalik tue..teringin lak nak tengok sendiri..harap2 ada peluang satu hari nanti..btw semua gambar cantik :)

Anis said... Reply Comment

lama sungguh blog ni sunyi. pastu tiba2 muncul story holiday kat sabah. haha :D ehee sronok ye jalan2 kat sana. pasni update la selaluuuuu :'(

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@Ninie

ninie!!heheh..saje surprise..nak je update slalu tapi takde masa la..blog ni kena ada masa yg khusus.. :) kdg2 ada cerita tpi xtulis2 smpai cerita dah basi..

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@BlueiceButterfly

memg menarik..ada kisah dongeng psl rumah ni :)

Amalina said... Reply Comment

naz ! wawawaaa...bestnye g sabah. naik2 flight..:D

naz, pasni slalu la update tau.

Aina Areen said... Reply Comment

wahhh, aina dah pergi semua tempat tuh. best kot. kundasang memang sejuk gilaa. best lagi dari cameron highland :)

uL Nida said... Reply Comment

wahh.. nice.. wish one day boleh datang sini.. :))

Tengkubutang said... Reply Comment

bestnya jengjalan ke Sabah.. banyak mutiara kat sana.. hik3

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Cik Puan said... Reply Comment

Best nya jenjalan.cik yang asal sabah ne pon belum ada kesempatan lagi nak round2 seluru sabah...sekitar2 tempat tinggal cik ne pon belum habis lagi nak round nya...

Anonymous said... Reply Comment

bha..nanti ko jalan2 lagi pegi sandakan,lahad datu,kunak,tawau n sporna.sana pun best juga.

Unknown said... Reply Comment

Bestla dgr u dite psl pasar2 kt sabah tu. hujung tahun ni mesti pergi jalan2 sana...

Anonymous said... Reply Comment

Sabah tu negara dalam negara sebenarnya,.tu sebabnye kena cop imegresn smpai sane... tu perjanjian pnubuhan malaysia dulu..

Anonymous said... Reply Comment

hrga cndfrahati mana yg lbih murah? kt kndasang@kt kdai jamilah?

Anonymous said... Reply Comment

Berbaloi-baloi beli barang dr Jamilah dan pasti lebih murah dari mana-mana kedai. Sbb org sabah kate Jamilah ni supplier brg2 di sabah ni.

Unknown said... Reply Comment

Assalamualaikum..
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com