Hello 2017 💙 | Miss Durian Runtuh

Jan 13, 2017

Hello 2017 💙

 
Assalamualaikum semua. Wahhh dah Tahun 2017😻 la. Cepat sangat masa berlalu. Semoga masa yang berlalu pantas tu diguna dengan baik. Cewahh. So, tercapai ke target atau azam 2016 dulu? Untuk aku, tercapai jugak 1 target. Alhamdulillah😊. Kakak cakap, dalam hidup kita kene ada target atau azam, baru la dapat sesuatu yang kita nak kan. Nak masuk 2017 maksudnya dah nak 2 tahun aku tinggalkan UPSI dan bekerja di tempat baru. Rindu betul UPSI💙, memang sentiasa refresh dalam otak supaya sentiasa ingat memori kat sana dulu. Kiki. 
Well, hujung minggu lepas, aku dan kawan-kawan🙍 sekolah Ipoh dulu berjalan-jalan bersantai-santai di Penang. Spesifiknya pergi Bukit Bendera la. 5 Jam dok atas sana sebab hujan. Tapi memang berbaloi sebab tersangat cantik tengok pemandangan, berbaloi bayar RM10/sorang untuk naik cable train dan sebabkan first time Nazirah pergi, memang excited jugak la. Lepas tu, pergi Straits Quay tengok kapal orang kaya and then kami pergi Batu Feringgi makan laksa dan air kelapa. Tapi, memang nasib kami kene berjalan dalam hujan💧 hari tu. Apa-apa pun, best sebab dah lama tak jejak Penang😍.

Wokeyy, sejak-sejak hujung tahun lepas, Nazirah acah-acah mula baca novel cintun💚 Melayu balik. Sejak tinggalkan sekolah, Nazirah dok baca komik je. Sekarang baru tergerak hati nak baca sebabkan teringat drama Love You Mr. Arrogant. Gigih cari novel terpakai, surf Bookcafe, cari dalam Instagram, cari kat Novelhut Ipoh. Okay, sesapa orang Ipoh mesti kenal Novelhut kan. Untuk makluman korang yang mencari buku terpakai boleh pergi Kedai Novelhut, lokasi > sebelah Ipoh Parade dan depan Hotel Syuen (corner lot). Kasih Yang Suci (Nora Elena), Asam Pedas Untuk Dia, Love You Mr. Arrogant, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Wee, rasa macam remaja pulak baca novel cinta. Semoga hobi membaca dapat dipupuk balik tahun 2017 ini😅.
Baiklah, bye blog, jumpa di lain masa. 
💔Sengaja letak gambar Running Man, sebab Running Man dah nak tamat :( Bagi aku, satu-satu veriety show Korea yang tak bertukar orang. Sebab tu peminat setia dengan 7012 RM.

0 Flowers: