Assalamualaikum.Target tahun 2012 Satu Bulan Satu Entri.Cewah,macam slogan Satu Malaysia pulak kan,tapi tidak kesampaian hajat saya.Okey,untuk bulan Mac,saya nak cerita pasal jam.Bulan lepas cerita pasal tangan kidal kan.Okey,sapa kat sini tengah baca ni tak suka pakai jam?Angkat tangan.Hehehe.Rasanya ramai orang tak berapa suka pakai jam tak kira lelaki atau perempuan.Cuba korang cerita sikit kenapa tak suka pakai jam?
Aku daripada sekolah rendah,aku memang pakai jam,jam pertama aku yang nampak professional ialah jam jenama Alba,tali kulit/pvc dan muka kecik.Sesuai untuk budak perempuan kan.Abah yang belikan dekat pekan Tanjung Rambutan,seingat aku harga RM21,waktu tu bangga la dapat jam mahal,mahal okay RM21 waktu tahun 1999.Bila masuk sekolah menengah,mula terkinja-kinja nak pakai jam comel/kartun yang harga RM10-RM15 satu tu,sapa yang tak pernah beli memang takde zaman remaja.Jam tu paling pendek jangka hayat kena dengan harganya kan.
Kenapa saya suka pakai jam?
- Boleh tengok masa.Itu kan memang tujuan utama kan,nak tengok masa.
- Boleh bergaya.Jam adalah salah-satu aksesori fesyen,korang boleh kumpul jam,lepas tu match dengan baju/suasana.
- Nampak educated & elegan.Ini adalah pandangan sendiri.Seperti orang perempuan kerja pejabat,pakai handbag dan kasut tumit adalah menampakkan korang seorang pekerja pejabat & professional.Begitu juga jam,boleh nampak yang seseorang itu educated,elegan,professional. (But,tengok jenis jam la,takkan pakai jam Doreamon itu professional kan).Bila pakai jam tali besi atau kulit,aku rasa terpelajar.Kekeke.
Pandangan saya kepada orang yang tak pakai jam?
- Maybe dia tak selesa pakai jam,sebab mula-mula nak biasakan diri pakai jam adalah remeh.Maksudnya,mengganggu kerja ; menulis,menaip,berpeluh.
- Orang lelaki tak pakai jam - kurang smart di situ.Kalau budak sekolah yang pakai jam tali besi tu pun aku dah tengok smart habis,inikan pulak kalau orang dewasa kan.Okay,ada nada-nada miang di situ.
Jenis jam yang saya suka :
Jam tali besi.Aku tak tau apa nama spesifik dia,tapi yang aku tau tali dia besi.Jam tali besi ini lah yang boleh menampakkan seseorang itu educated,professional,elegan,maskulin dan segala perkataan canggih itu.Target aku,nak beli jam tangan Casio warna Gold.Nampak vintage kan.Haritu tengok ada orang jual dalam Facebook RM140 original new.Okay jugak harga dia kan.Dapat yang harga RM50 pon jadi lahh.
Jam tali kulit.Walaupun bukan kulit original,just kulit ala-ala pvc sahaja,tapi aku suka sebab nampak mature.Muka macam aku,tak sesuai sangat pakai jam sporty-sporty ni.
Jam muka sederhana besar.Tangan aku besar,so,nampak tak sesuai pakai jam muka kecik.Nanti jam itu tenggelam.So,jam muka besar adalah pilihan hati.
Jam comel,pink,rantai,bling-bling.Jam jenis ini mungkin aku akan pikir 2 3 kali untuk beli sebabnya comel sangat,karang kalau rosak tak pasal-pasal kecewa.Tapi aku suke.Orang perempuan macam aku nih,suka sangat barang-barang comel,walaupun takde faedah,tapi nak juga bagi duit kat tokeh jam tu.Kekeke.
Sebelum mengakhiri rancangan,saya nak promote Blogshop Jam abang sulung saya.Beliau ada jual jam,peralatan baiki jam+buka jam+cuci jam,tali jam,beg jam,bekas simpan jam dan juga ada berkongsi cerita pasal jam.Dan beliau telah berjaya jual banyak barang-barang jam dengan jayanya.Alhamdulillah..Boleh terjah Blog Jammasa dan contact abg kita,nama Zul.Kebanyakan barang dia amik kat KL dan juga beli dari eBay (oversea).
Nasihat saya :
Pakai lah jam.Penting tau nak tengok masa.Misalan kata handphone korang kong/tertinggal,ada lah jam nak tengok masa kan.Jam boleh didik kita tepati waktu.Yeah,diri sendiri pon kadang-kadang tak tepati waktu,tapi kita cuba lah kan?
1 Flowers:
selamat malam..singgah jalan2 sini :)
Post a Comment