Kisah Hidup Zaman Global yg Makan Duit | The Nazirah Mktr

Jun 11, 2011

Kisah Hidup Zaman Global yg Makan Duit

Assalamualaikum. Hai korang buat ape minggu ni? Hari ni kami sekeluarga pergi rumah sedara sebelah mak, sepupu kahwin. Rasa tak sangka, sebab dengan sepupu ni memg rapat waktu kecik-kecik dulu. Selalu tido rumah dia, main-main time cuti sekolah. Sekarang dah kahwin. Bila dah sampai masa macam ni, rasa sangat cepat masa berlalu, dan tak lama lagi giliran diri sendiri mungkin. Umur dah 22 kan, tapi duit dalam simpanan baru ada sikit. Tu pon kumpul waktu kecik-kecik dulu. Sekarang semua barang dah naik harga, even roti jagung/coklat Gardenia tu pon dah harga RM0.70 dari RM0.60. Bak kata kakak aku, orang dok kecoh harga petrol, gula naik, tapi sebenarnya secara diam-diam dan tidak kecoh, barang-barang yang kecil ni pon dah naik harga walaupon sekupang. Bila memikir kan perkara duit ni, memg boleh pening kepala. Tambah diri masih ditanggung. Memang perlu berjimat selagi boleh.


Cewaah, cakap macam pakar ekonomi je kan. Ye la, kang kalau ko nak kawin, kenduri lagi bape, yg pompuan, nak baju bling-bling, nak kasut manik-manik, nak pelamin ada bunga-bunga ros segar, nak baju 4 5 pasang,nak upah mak andam, nak upah photographer dan macam-macam lagi. Bak kata Yob aku, "Lah,kamu kumpul duit cepat Lah.Nanti yob boleh support RM2ribu je." Bila tengok sepupu kawin, jiran sebelah rumah kawin, memg rasa suke je kan, sebab meriah dengan kenduri-kendara. Tapi kos sebalik nya, kt tak tau. Aku rasa nak je kumpul RM1 sehari dari sekarang, tapi kakak aku cakap, "Lah, kamu nak kumpul duit, padahal skrg pon abah yang bagi kamu duit hari-hari".So, cam mana tu. Kena la beringat dari sekarang. Nasib baik sekarang nafsu nak makan KFC & McD ni datang 2 minggu sekali je. Kalau tiap hari, jenuh la. KFC Snack Plate pon dah harga RM10.15, kalau dulu 1 set baru RM9.45.

 Ni gambar zaman bila ntah, aku baru scan, waktu pegi zoo taiping ngn Yob.Rasa macam, best nye kalau zaman aku kurus-kurus gini, aku pandai bergaya kan best. =.= harapan la.

Ohw, aku dah buat IC baru yg tak pernah tukar-tukar dari darjah 6, bayangkan bape tahun pakai IC bertudung merah macam ??, dan sudah jugak daftar sebagai pengundi. Wahh, rasa macam dah pandai membuat keputusan pulak kan nak pergi mengundi bagai.

 Terpaksa buat palang nama sebab takut kalau-kalau gambar cun ni dieksploitasikan oleh pihak tidak patut.
 Tengok la tudung terkelepek *&^$%#%&^ memg tak bijak sungguh org tu tangkap gambar budak naif macam ni.

12 Flowers:

sizuka[Izzati] said... Reply Comment

hehehe pape pun nazirah comel je dulu ke sekarang ke.tak terbayang dua tiga tahun lagi kot2 nazirah punya turn kawin pulak :D

Cik Ina Do do Cheng said... Reply Comment

Nazirah dah 22 tahun dah boleh mengundi tahun ni. tudung merah , nostalgiakan.

shAzwAni sAmAn said... Reply Comment

naz, gmbar ic aku dulu pon tudung merah jugak..hahahahaha

filzahtismail said... Reply Comment

masa tu igt lg, kne pkai tudung merah ato itam, kalo buleh.. xpon ade dya sedia tdung itam busuk kat tempat amek gmba tu.. kalo tak gamba mcm tak jd sgt kot.. hehehe

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@sizuka[Izzati]

heheh..tak lama lagi giliran diri sendiri..eii, rasa macam dah dewasanye aku..heheh

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@Cik Ina Do do Cheng

tu yg daftar tu..dulu takde tudung hitam, tu pkai tudung merah menyala tu..hehe

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@shAzwAni sAmAn

shaz, okey la merah..jgn terkelepek cam gmbar aku ni ha..hehe..tension aku mase mule2 dpt tu

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@filzahtismail

aku pon tak nak pkai tudung2 yg dorang bagi tu..dah la kelam kabut kan..tak kuasa aku..takde tudung hitam, bntai je tudung merah..macam mokcik pon ada dah..heheh

nabilah_2908 said... Reply Comment

hmm..betul tu...

akak yg dah kerja ni pun mula terasa..even dah keje...duit simpanan ciput je..

ni pun kira ok..masih duduk dgn family..kalau dok sendiri...tk tau la mcm mana nak menyimpan..

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@nabilah_2908

betul kak.saya ni dah 22..pening jugak la pk masa depan ni ;\