Hari Bapa | The Nazirah Mktr

Jun 18, 2011

Hari Bapa

Assalamualaikum. Hai, semua. Jujur cakap, aku tak pernah sambut hari bapa ke, hari mak ke.So, bila nak tau bila hari bapa dan hari mak yang sebenarnya, kena la Google kan. Shame on you bebeh. Agaknya aku ni penyegan sangat nak sambut beli kek beli hadiah kat abah. Shame on you bebeh. Okey, hari bapa jatuh pada hari Ahad ketiga setiap bulan Jun setiap tahun. Kalau Malaysia pada esok, 19/Jun/2011. Sumber wikipedia la.


Okey, sebabkan dari kecil aku kenal abah sebagai seorang abah yang garang, so, hubungan antara abah dengan anak bongsu dia pon macam mana nak cakap eh. Okey la, abah ko garang, jarang nak sembang lawak-lawak ngn ko waktu kecik, so sampai besar pon rasa susah nak sembang dan buat lawak. Tapi bila dah besar ni, kalau boleh tak nak dah buat perangai cam waktu budak-budak dulu yang memang innocent. So, kadang-kadang buat lawak jugak la biar abah gelak tengok anak dia ni. 

Abah selalu bagi nasihat. Ye la, memg tugas beliau bagi nasihat sampai bila-bila kat anak dia. Tapi satu je pasal abah yang aku dan kakak setuju. Apa yang abah cakap bukan selalu 100% betul, tapi mesti 80% betul. Itu teori kakak aku. Sebabnya setiap apa yang abah cakap tu, selalu betul dan terkena batang hidung sendiri KALAU TAK DENGAR CAKAP ABAH. Aku memang selalu kena. Dari sekolah. Kalau abah suruh buat something, tapi aku tak buat, dalam masa berapa jam/hari/minggu/bulan aku akan menangis sebab menyesal. Karma tu.

Itu la penangan nasihat abah. Selamat Hari Bapa. Aku tak berapa tau pasal kisah hidup keluarga kami sebab aku baru 22tahun, dan abang-abang & kakak aku yang dah lama hidup dengan abah lagi tau macam mana abah susah jaga kami sekeluarga sampai senang macam sekarang. Kakak cerita dulu abah buat partime, sampai jari putus kena mesin kat kilang, kaki luka sebab kena mesin rumput. Sebab nak bagi makan family. Baru aku sedar kenapa abah selalu serius.

Kadang-kadang rasa tak bersyukur betul aku ni.

 Gambar paling gagah abah, buat lemang jagung masa raya tahun lepas. :') sedap lemang tu.

Setiap hari kena sayang keluarga.

4 Flowers:

~amalina~ said... Reply Comment

ske ayt last tu..stp hari kena sayang keluarga...:P

shAzwAni sAmAn said... Reply Comment

ko nh mesti cerah ikot arwah mak ko kan..

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@~amalina~

ye melin.betul.aku suke jadi org yg matang sebab aku dah boleh berfikir walopon kdg2 tersasar..kurg2 aku tak nak jadi mcm zaman budak dulu x dgr kate.

❤NazirahMoktar❤ said... Reply Comment

@shAzwAni sAmAn

mak aku cerah.hehe..tpi aku tgk bapak aku muda2 dulu,putih je.tpi agaknya sebab gmbar hitam putih aku pon keliru kulit bapak aku yg sebenar ape..heheh.. >.<