June 2011 | Miss Durian Runtuh

Jun 26, 2011

Jalan-Jalan Cari Kucing


Apa yang special dalam gambar di atas? Kalau mata korang dapat tengok,memg super la. Aku kagum tengok org ni bawak moto laju gile la.Laju sangat-sangat, kami terkejut. Semalam pergi Taiping. Jalan-jalan pergi Taiping Sentral,pastu pergi rumah sedara yang ada bela kucing Parsi sebab rancangan asal nak cari sekor kucing betina Parsi sebab nak kawin kan dengan kucing rumah kami,Fluffy & Ciko. Tapi takde kucing dara. Semua kucing yang dah jadi mak & banyak kucing jantan je. Pastu makan sate kat Pasar Malam Changkat Jering.

 Fluffy sebab soo fluffy bulu dia.Tapi bulu dia banyak gugur.

Ciko yang hensem.Aku rasa beliau hensem sebab mata dia comel.

Makcik aku suka bela kucing, dan kami-kami pon memang suka kucing dari dulu lagi.Memang dari kecik lagi rumah ni membela kucing, kalau sekor mati, esok mesti abah bawak balik sekor lagi kucing. So, abah aku pon jenis menyokong jugak la membela kucing ni sebab abah aku pon suka membela binatang seperti ayam, ayam serama suatu masa dahulu.

Main kucing ni terapi sebab kalau letih-letih balik dari kerja, main dengan kucing ni buat hati happy.

Jun 25, 2011

Suka Sepah Lagi

Assalamualaikum.Okey, semalam tak tengok Maharaja Lawak sebab tak meriah.Tak meriah sebab apa,sebab takde orang kat rumah nak bergelak ketawa kuat-kuat dengan aku. So,masuk bilik,tido.Pagi-pagi bukak Facebook tengok SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK. Suka Sepah dari Johan sebab Sepah tiap minggu lawak. Jozan pon lawak, tapi adakala tak lawak jugak. Jambu pon sama, kadang-kadang lawak gila,kadang-kadang tak faham langsung.

Sepah bawa pulang RM350,000 dan sebuah trofi.

Ada orang cakap lawak Sepah konsisten dan mudah untuk faham.Betul-betul tu, sebab truly Malaysia la katakan lawak dia. Dalam Sepah, aku paling suka Jep sebab dia pandai nyanyi dan paling lawak antara 3 orang tu.



Lagi satu kekuatan Sepah sebab dorang ber3 , ada banyak idea nak berlawak kan. Berbanding 2 dan sorang. Boleh pakai tak teori aku.
Dan lagi, dorang pandai guna kelebihan dorang iaitu menyanyi. Sebab tu bila tengok performance dorang, rasa cukup la 3 rasa; rasa lawak, rasa terhibur dan rasa best. Yehaa, rasa berbaloi aku tak sms Sepah sebab akhirnya Sepah menang jugak.

Sumber Gambar : Tumblr

Jun 24, 2011

Show Off Hidup Sendiri

Assalamualaikum. Hari ini saya telah membuat keputusan untuk tidak publish blog ke Facebook sebab nak menjaga cerita dalam blog ini. Blog Tumblr memg dah lama aku buang link ke Facebook sebab kebanyakan post dalam Tumblr hentam Facebook. Wee >.< . So, hari ini rasanya cukup-cukup la blog ni tersebar luas dalam Facebook. Aku rasa Facebook dah tak sesuai untuk aku menebarkan cerita-cerita blog aku baik yang berilmiah mahupun yang personal. Button Like dan Share pon sudah buang sebab tak bagi kawan-kawan aku LIKE. Dalam UMT Blogger pon dah berzaman tak post entri aku.

So,lepas ni tak payah lagi pikir 2339839238 kali sebelum nak tulis kan. Bukan apa, dalam Facebook ada pensyarah, ada saudara mara, ada abang kakak, ada kawan sekolah, ada kawan matrik dan paling ramai kawan UMT. Facebook pulak dah tak privasi, bila mana kawan kau LIKE post kau, kawan yang lain tak penah baca blog kau pon terbaca sama.

Kadang-kadang kena la low profile & tak show off sangat hidup sendiri. Bak kata buah <3 & Dello. Orang gelak je baca blog tu kalau semua bende nak cerita kan.


Hutang


Semua orang pernah berhutang. Sapa kata tak pernah memang tipu. Sedangkan waktu sekolah dulu pon pernah pinjam kawan 10sen sebab nak beli keropok.Tak kan la orang dewasa macam kita-kita ni tak pernah kan. Bagi aku, kalau kita mampu, baik lah bayar secepatnya. Kadang-kadang kawan kita ni baik, jenis tak kisah, tapi kita pon jangan ambil kesempatan. Melainkan kita pon tengah sesak nak pakai duit, boleh dipertimbangkan dengan pihak satu lagi. Lagi satu, kalau membeli barang, jangan liat nak bayar.

p/s : Kalau saya ada hutang pape, bagitau la. Mungkin korang segan nak mintak. Kadang-kadang sifat manusia ni selalu je lupa. Seram bab duit sebab kalau orang tak halalkan,macam mana tu.

Sumber doa : SolihinZubir

Jun 22, 2011

Bilik Tidur Impian

Bilik tidur impian harus lah seperti ini :


Dan duit perlulah ada seperti ini :


p/s : Orang dok sibukkk la sangat membuat wordless wednesday sekarang ni. Aku rasa aku pon perlu buat sebab aku takde idea nak karang apa dah.
p/ss : Gambar di ambil/Pictures taken from Tumblr

Jun 19, 2011

Bunga Ros


Kita kena merancang, baru kita tahu apa kita nak capai (Shaz,2011)



Jun 18, 2011

Hari Bapa

Assalamualaikum. Hai, semua. Jujur cakap, aku tak pernah sambut hari bapa ke, hari mak ke.So, bila nak tau bila hari bapa dan hari mak yang sebenarnya, kena la Google kan. Shame on you bebeh. Agaknya aku ni penyegan sangat nak sambut beli kek beli hadiah kat abah. Shame on you bebeh. Okey, hari bapa jatuh pada hari Ahad ketiga setiap bulan Jun setiap tahun. Kalau Malaysia pada esok, 19/Jun/2011. Sumber wikipedia la.


Okey, sebabkan dari kecil aku kenal abah sebagai seorang abah yang garang, so, hubungan antara abah dengan anak bongsu dia pon macam mana nak cakap eh. Okey la, abah ko garang, jarang nak sembang lawak-lawak ngn ko waktu kecik, so sampai besar pon rasa susah nak sembang dan buat lawak. Tapi bila dah besar ni, kalau boleh tak nak dah buat perangai cam waktu budak-budak dulu yang memang innocent. So, kadang-kadang buat lawak jugak la biar abah gelak tengok anak dia ni. 

Abah selalu bagi nasihat. Ye la, memg tugas beliau bagi nasihat sampai bila-bila kat anak dia. Tapi satu je pasal abah yang aku dan kakak setuju. Apa yang abah cakap bukan selalu 100% betul, tapi mesti 80% betul. Itu teori kakak aku. Sebabnya setiap apa yang abah cakap tu, selalu betul dan terkena batang hidung sendiri KALAU TAK DENGAR CAKAP ABAH. Aku memang selalu kena. Dari sekolah. Kalau abah suruh buat something, tapi aku tak buat, dalam masa berapa jam/hari/minggu/bulan aku akan menangis sebab menyesal. Karma tu.

Itu la penangan nasihat abah. Selamat Hari Bapa. Aku tak berapa tau pasal kisah hidup keluarga kami sebab aku baru 22tahun, dan abang-abang & kakak aku yang dah lama hidup dengan abah lagi tau macam mana abah susah jaga kami sekeluarga sampai senang macam sekarang. Kakak cerita dulu abah buat partime, sampai jari putus kena mesin kat kilang, kaki luka sebab kena mesin rumput. Sebab nak bagi makan family. Baru aku sedar kenapa abah selalu serius.

Kadang-kadang rasa tak bersyukur betul aku ni.

 Gambar paling gagah abah, buat lemang jagung masa raya tahun lepas. :') sedap lemang tu.

Setiap hari kena sayang keluarga.

Jun 17, 2011

Perasaan

Orang tengok Keranamu Laila,Aku tak tengok.
Orang tengok Asmara,Aku tak tengok.
Orang tengok Nora Elena,Aku tak tengok.


Orang kata Seth Tan suami pujaan, aku pon diam sebab tak tau.


Kawan dok sembang pasal Nora Elena dalam Facebook, aku mampu baca je status tu tanpa nak komen balik.


Memang selalu ketinggalan, nak buat cam mana kan.HEHE. Shaz cakap rating untuk Nora Elena yang kedua paling tinggi lepas Nur Kasih. Nasib la Nur Kasih aku tengok.

Photo Courtesy : Tumblr

Jun 14, 2011

Gred = Kepandaian

Assalamualaikum. Hai, selamat malam semua. Sihat? Hari ini maybe hari last boleh pakai broadband, esok maybe bakal diterminate kan. Tak payah sembang lebih, kt sembang pasal statement di atas. Hari ini bersembang-sembang dengan seorang rakan sebaya. Pasal gred exam,tak kira la gred SPM ke, gred PMR ke, gred final exam ke. Kita ni di didik dari kecil, kalau dapat A, boleh dapat hadiah, kalau dapat A, baru boleh isi borang masuk sekolah asrama rancangan khas, kalau dapat A baru mak ayah boleh heboh satu kampung, anak aku dapat 5A UPSR. Kite telah di didik kalau dapat A , kau memg hebat la. Kalau time sekolah kau dapat straight As, kau memg jaguh kampung la. 

Tapi lain bila mana kau bersaing dalam kehidupan berkolej atau beruniversiti. Kalau kau dapat A+ , tapi kalau kau tak reti buat kerja bila mana kau nak bekerja satu hari nanti, kau akan di kira FAIL.Ya, mungkin FAIL itu orang akan cakap-cakap dalam 1 2 bulan, tapi kesan nya mungkin sampai bila-bila. Ingat la,kadang-kadang kalau kita terlampau seronok, yey,aku dapat A+ tak macam kau, dapat C- English in Occupation, tapi bila mana kau bekerja, nak bercakap english simple pon tergagap-gagap, baru la boss kau akan menilai, budak ni dapat A+ english, tapi nak sembang pon tak boleh. So,pada firasat saya, grades do not measure intelligence.

Memang kau anak bertuah kalau kau seorang yg genius dari kecik lagi, tak payah baca buku, boleh dapat 10A SPM, sentiasa bertuah dan dapat durian runtuh setiap kali kau belajar dan bekerja di mana-mana. Memang ada golongan bertuah macam tu.

Tapi kadang-kadang ada jugak manusia yang tak bertuah macam tu. Hargai setiap durian runtuh yang kau dapat, dan tunjuk kat semua orang yang kau memg wajar dapat A+ tu. Kadang-kadang aku pon FAIL sebab banyak yang aku tak tau, aku tak reti bercakap dengan orang, dan kadang-kadang kerja aku cuai.

Memang bonus kalau kau dapat A+ sebab itu rezeki kau, tapi lebih bermakna kalau A+ itu atas usaha kau sendiri.Aku pernah rasa kemanisan nya time amik result dulu. Ye, ada juga situasi di mana gred A+ itu memg menunjukkan kau memg bijak cemerlang gemilang dan terbilang JIKA A+ itu atas usaha kau.

p/s : Perlu sedar, ada lagi kerja tidak selesai :\ Wake up call babe.

Jun 11, 2011

Kisah Hidup Zaman Global yg Makan Duit

Assalamualaikum. Hai korang buat ape minggu ni? Hari ni kami sekeluarga pergi rumah sedara sebelah mak, sepupu kahwin. Rasa tak sangka, sebab dengan sepupu ni memg rapat waktu kecik-kecik dulu. Selalu tido rumah dia, main-main time cuti sekolah. Sekarang dah kahwin. Bila dah sampai masa macam ni, rasa sangat cepat masa berlalu, dan tak lama lagi giliran diri sendiri mungkin. Umur dah 22 kan, tapi duit dalam simpanan baru ada sikit. Tu pon kumpul waktu kecik-kecik dulu. Sekarang semua barang dah naik harga, even roti jagung/coklat Gardenia tu pon dah harga RM0.70 dari RM0.60. Bak kata kakak aku, orang dok kecoh harga petrol, gula naik, tapi sebenarnya secara diam-diam dan tidak kecoh, barang-barang yang kecil ni pon dah naik harga walaupon sekupang. Bila memikir kan perkara duit ni, memg boleh pening kepala. Tambah diri masih ditanggung. Memang perlu berjimat selagi boleh.


Cewaah, cakap macam pakar ekonomi je kan. Ye la, kang kalau ko nak kawin, kenduri lagi bape, yg pompuan, nak baju bling-bling, nak kasut manik-manik, nak pelamin ada bunga-bunga ros segar, nak baju 4 5 pasang,nak upah mak andam, nak upah photographer dan macam-macam lagi. Bak kata Yob aku, "Lah,kamu kumpul duit cepat Lah.Nanti yob boleh support RM2ribu je." Bila tengok sepupu kawin, jiran sebelah rumah kawin, memg rasa suke je kan, sebab meriah dengan kenduri-kendara. Tapi kos sebalik nya, kt tak tau. Aku rasa nak je kumpul RM1 sehari dari sekarang, tapi kakak aku cakap, "Lah, kamu nak kumpul duit, padahal skrg pon abah yang bagi kamu duit hari-hari".So, cam mana tu. Kena la beringat dari sekarang. Nasib baik sekarang nafsu nak makan KFC & McD ni datang 2 minggu sekali je. Kalau tiap hari, jenuh la. KFC Snack Plate pon dah harga RM10.15, kalau dulu 1 set baru RM9.45.

 Ni gambar zaman bila ntah, aku baru scan, waktu pegi zoo taiping ngn Yob.Rasa macam, best nye kalau zaman aku kurus-kurus gini, aku pandai bergaya kan best. =.= harapan la.

Ohw, aku dah buat IC baru yg tak pernah tukar-tukar dari darjah 6, bayangkan bape tahun pakai IC bertudung merah macam ??, dan sudah jugak daftar sebagai pengundi. Wahh, rasa macam dah pandai membuat keputusan pulak kan nak pergi mengundi bagai.

 Terpaksa buat palang nama sebab takut kalau-kalau gambar cun ni dieksploitasikan oleh pihak tidak patut.
 Tengok la tudung terkelepek *&^$%#%&^ memg tak bijak sungguh org tu tangkap gambar budak naif macam ni.

Jun 3, 2011

Karnival Upin Ipin

Assalamualaikum. Hai semua. Harini ni start karnival Upin Ipin & ICT kat Stadium Indra Mulia Ipoh. Hamboi, lepas je setel kerja kat Wisma, terus pergi stadium ngn Shaz. Hamboi2, mentang-mentang la Shaz bawak kete kan, laju je langkah. Okey, nak masuk kat replika rumah opah kena la ada tiket. RM5 untuk dewasa & RM1 untuk kanak-kanak. Pastu pulak kat passport tu ada tempat cop-cop, kalau penuh 9 cop tu dapat baju Upin Ipin. Tapi sebabkan kami ni terlampau pasif, tak de la rasa excited nak cari org yg boleh cop-cop tu. (Entri ni gambar berterabur)


Tibe-tibe ada kat dapor rumah opah. Memang rumah tu sebijik rumah opah weh. Ada bilik opah, kak ros, upin ipin. Ada dapor, ada bilik air. Kan nak pergi dapor ada tangga, siap ada tangga la rumah tu. Ruang tamu pon sebijik.


Tibe-tibe tunjuk passport kan. Ni dorang panggil passport, kami dapat 3 je cop, cop Mei Mei, Upin Ipin ngn Mail je.


Tibe-tibe Shaz ada kat depan rumah Opah. Hijau lagi tu.


Yang budak pompuan tu la yg bawak suara Upin Ipin. Yang comel tu bawak watak Intan Payung. Tadi dia buat suara "Selamat Pagi Cikgu" dengan gaya-gaya sekali. Sebijik.


Ni la tiket/passport Upin Ipin. Kalau parent yang bawak anak-anak memg berbaloi sebabnya tiket murah je. Cuma tak bape berbaloi kalau anak-anak korang mintak patung Upin Ipin ke, baju Upin Ipin ke, barang-barang Upin Ipin ke. Sebab nya agak mahal disitu.


Basikal Upin Ipin yang dalam episod Tok Dalang tolong dorang buat basikal tu. Ingat tak?? Hahaha..Serius comel <3


Shaz pon. :)


Okey bye. Nak balik rumah. Jumpa la lenkali ye. Tadi jumpe Wansyah u oll kawan-kawan aku mana yang baca entri ni. Dia buat sistem untuk cabutan bertuah lagi tu. Kami dah masuk. Konon-konon dapat la kan.Okey bye.

psss: Shaz, kamera ko ni memg clear la gambar die..aku suke!hehe