August 2010 | Miss Durian Runtuh

Aug 31, 2010

Jangan Pilih 6


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:
  • Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
  • Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

p/s : Pheww, saya ni tak sempurna :(
Sumber : Tok Wan

Hari Merdaka!


Salam. Hari ini 22hb Ogos 2010. Kiranya lagi 9 hari, negara Malaysia kita sambut kemerdekaan ke 53 tahun. Setengah abad sudah merdeka. Okey, bagi yang tengok Buletin Utama semalam mesti tau yang ramai orang Malaysia sekarang macam tak bersungguh-sungguh sambut merdeka kan. Bukan kata orang lain,tapi saya pon tak menyambut sgt merdeka. Waktu sekolah dulu je yang bersemangat sambut 12.00 malam 31 Ogos. Ape nak jadi la dengan diri kita ni kan.huhu :(...Apa-apa pon, Terime Kasih kepada pejuang dulu-dulu yang gigih melawan penjajah sampai kami generasi sekarang hidup senang, berbeza dengan kanak-kanak & remaja di luar sana yang hidup kais pagi makan pagi.

❤❤Ini sticky mode sehingga Merdeka okey❤❤

Aug 30, 2010

Keong Racun

Lirik Lagu Kantoi - Zee Avi (Kokokaina)

Semalam I call you, you tak answer
You kata you keluar pergi dinner
You kata you keluar dengan kawan you
but when I called Tommy he said it wasn't true

So I drove my car pergi Damansara
Tommy kata maybe you tengok bola
Tapi bila I sampai... you, you tak ada
Lagi la I jadi gila

So I called and called sampai you answer
You kata sorry sayang tadi tak dengar
My phone was on silent, I was at the gym
Tapi latar belakang suara perempuan lain

Sudahlah sayang, I don't believe you
I've always known that your words were never true
Why am I with you?
I pun tak tahu
No wonder la my friends pun tak suka you

So I guess that's the end of our story
Akhir kata she accepted his apology
Tapi last-last kita dapat tahu she was cheating too
With her ex boyfriend's best friend, Tommy...

p/s : Saja letak tajuk lain..:p

Aug 29, 2010

Tanya Saja NazirahMoktar

Salam Ramadan;
Hai, saya ada Formspring. Haha,saya tak puas hati kalau orang buat, saya tak buat. Bila org dok sibuk main Twitter, saya pon buat Twitter. Bila org sibuk buat Tumblr, saya pon sibuk nak buat Tumblr. Bila kawan ajak buat Facebook, saya pon buat Facebook.Bila tgk kawan punya profile MySpace lawa, saya pon nak buat jugak MySpace lawa. Bila org buat Blog, saya pon nak buat Blog. Bila org layan Friendster, saya pon galak nak buat Friendster. Bila org buat Tagged, saya pon nak join buat Tagged. So, sapa nak ikut aku pulak? Hahah..Okeh, lepas berpenat-lelah buat, edit, cari tutorial, akhirnya terhasil la widget Formspring nih ha. Nanti tnye aku soalan tau. Jangan tanya soalan Biologi lak, aku pening bab-bab Biologi ni.

Heh, tengok la profile aku ni hah, NazirahMoktar. *Oit, kau ni memang gila publisiti la. Hahah. ;p
Thanks tutorial LiyanaaLunia untuk shoutbox tersembunyi itu ;)

Oh, kad matrik saya sudah jumpa!Yeay, tersembunyi dalam beg sekolah kawan.Hahah ;p

Aug 28, 2010

Comel Sampai Rase Nak Cium

Salam Ramadan
Baru-baru ni terlalu banyak video yang diupload dalam Facebook. Video pasal ribut di bazar Ramadan la, pasal perempuan yg mempermainkan zikir la, pasal kucing yang cuba kejut kawan dia yang dah mati la, pasal kucing kaki pendek yg comel la, banyak la. Sampai tak tertengok la di buatnya, Tapi tadi pensyarah saya, En. Fakhrul share satu video. Budak perempuan Arab yg pandai mengaji. Umur tidak pasti, tetapi sangat cantik la budak itu. Rase nak culik.Hahah.

Aug 25, 2010

Aiskrim Nestle

Salam. Tadi lepas habis kelas tibe-tibe teringin aiskrim Yummm. So, pegi beli aiskrim Nestle coklat, RM2.90 saja. Makan sorang je kan. Hahah ;p..Moga saya menang hadiah kamera. *tibe-tibe kan. Lagi satu, saya tak sabar-sabar nak dapat kad raya dari senior saya. Hahah, bukan saya sorang tapi kawan-kawan lain pon dapat.

p/s: Sebenarnya takde idea nak tulis ape, tapi sebab boring, tulis gak.

Aug 24, 2010

Peraduan: Copy & Paste Raya

Salam. Selamat berpuasa ke-13 ke. Emm, haha, lupa lak..Okeh, pagi ni aku nak join contest copy-paste anjuran GambarHehe. Senang gila lah, tak payah nak buat entri cerita panjang-panjang, just copy and paste. Copy and paste ialah bende paling senang aku belajar komputer dulu-dulu.Dalam contest ini, anda hanya perlu Copy & Paste ayat dalam contest ini dalam entri anda atau dalam wall Facebook anda atau kedua-duanya sekali.Okeh, aku nak copy-paste nih, *berdebar-debar pulak..haha.:p


Memory: 1GB

Accessories: Earphone, CD, Manual, USB Cable & Battery Charger

Saya nak menang MP4, so saya copy & pate ini :

Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com


Saya tamak, saya nak menang jugak kamera digital, so saya copy & paste ini :

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

1 blog, 1 penyertaan.. 1 akaun Facebook, 1 penyertaan.. Pertandingan akan ditutup pada 25 Ogos 2010.. Nama pemenang dengan nombor yang bertuah mungkin akan diumumkan pada 27 Ogos 2010..

Nak join? Pegi sini----> GambarHehe

Aug 23, 2010

Cinta Di Akhir Garisan

Ziana Zain, Nora, Ning Baizura, Dessy

Cinta Di Akhir Garisan

Cabaran penuh liku
lazimnya kan berlalu
bila cinta bersatu

Buang segala prasangka
yang datang tanpa rela
diatasi segera

Belum bersemi adanya sangsi
inilah nyatanya
walaupun pedih menguris tabah
harus kita fikirkan

1
Cinta sebenar ( naluri )
ada sabar ( serasi )
tiada gentar luahkanlah hatimu
inilah buktinya
cinta yang diakhir garisan

Setelah dengan ikhlas
memberi tanpa balas
usah diam membisu
kau cari pintu hati
kau buka dengan janji
keikhlasan ku nanti

Jangan memendam luahan rasa
curahkan semua
disitu kau dapat rasakan
kebenaran menyala

( ulang 1 )

Walaupun kau masih mencari cinta
jika kau berdusta kata
hancurlah segalanya
hatimu yang bersinar mencurah rasa
terima semuanya
dirimu yang punca bahagia
( ulang 1)
Credit : LirikLagu
p/s: Tiba-tiba ternyanyi lagu nih :)

Petang Isnin

Salam..
Kadang-kadang saya tiada mood
[sweetmoody]

Aug 21, 2010

Header Terkumpul

Salam. Hai, hari itu saya buka Picasa Web, tempat upload gambar bagi blogger dimana setiap gambar yang kita upload dalam blog akan di simpan di Picasa Web ini. So, dalam usaha menjelajah beratus-ratus gambar itu, tiba-tiba kenangan lama menjengah kembali.Saya terjumpa header blog saya dari awal-awal saya buat blog dulu.Hahah, bile tengok-tengok balik, rupanya memang tak lawa la header-header dulu. Macam mana la saya ada hati nak buat ia sebagai header blog ni. Apa-apapun, kita kena la cuba buat kan , belajar guna Photoshop and what so ever lah..Yang paling ketara, aku kitar semula je header lama-lama, tambah apa yang patut.

Di atas ni, baru buat semalam.Tak buat sebagai header pon. :p













Macam-macam description aku sudah buat.Yang paling tak tahan tuh;
Durian Ku Durian Mu
Tempoyak Ku Tempoyak Mu
Hidup Satu Perkongsian
Biarpun Aku Suke Kau Tak Suke
Ape punya description la nih. Macam orang kampung pon ada kan..Hahah..Kanak-kanak lagi waktu tu, so ayat pon carca marba. Sekarang sudah masuk alam remaja,haha,ayat matang sikit..

Aug 16, 2010

Handphone Banyak Keypad

Salam. Hai, selamat berpuasa. Saya sebenarnya teringin berkenan sangat tengok handphone Nokia E63,E71,E72,E73,E5..Ala, handphone bentuk cam blackberry dan blueberry tuh..Cam best je tengok keypad bersusun teratur tu, cam best je tekan-tekan keypad banyak-banyak tu, cam comel je kalo install theme comel-comel dalam hp tu, cam seronok je boleh buat theme yang tukar font comel-comel tu, cam best je kalau ada duit boleh beli suka hati kan.Hahah, sengal je la. Nanti dah kerja, beli la puas2,InsyaAllah ;)



p/s : Mumuah handphone nokia bentuk blackberry. I lab yu (^3^)

Aug 14, 2010

(Gambar) Fesyen Kimono

Salam. Hai, kamu-kamu..Selamat Berpuasa :). Okeh, hari ni nak tunjuk pakaian tradisional wanita dan gadis Jepun; Kimono. Di Jepun, pada Kedatangan Hari Umur (Seijin no Hi), gadis-gadis Jepun lingkungan 20an akan berjalan ke bandar memakai Kimono. Memang cute dan tradisional. Macam kita pergi beraya pakai baju kurung, baju kebaya tu la.
Sumber : Tokyo Fashion





p/s: Puasa Ke-4 (^3^)

Aug 7, 2010

(Gambar) Fesyen Topi Di Tokyo,Jepun

Salam. Hai, topi topi topi!!Hahah.Ye, saya tak pakai topi sebab saya pakai tudung bawal no 1. So, di Tokyo, Jepun, kebanyakan gadis-gadis Jepun memakai fesyen topi yg berbuga-bunga,yg comel-comel. Topi ini adalah trend untuk musim bunga tahun 2010. Wawah..Kalau pergi melancong kat Jepun nih, nak beli gak topi satu. Mana tau ada nak pergi berkelah tepi pantai panas-panas tu, boleh pakai topi.









Untuk musim bunga, mestilah fesyen baju pon banyak corak bunga-bunga or floral kan.Cantik sangat tengok baju-baju corak bunga nih. Rasa nak borong je kalau jumpa.Ni lah dia nafsu perempuan, baju tak habis-habis. Kalau ada almari kosong, cepat je sudah penuh dengan baju aje. :p
Sumber : Tokyo Fashion

Aug 5, 2010

(Gambar) Straw Handbags Trend di Tokyo

Salam. Hai,kamu2 pernah beli beg raga? Ye, selalu yg saya jumpa kat kawasan tempat tinggal saya, semua beg raga yg tak comel & kawaii, tapi di Tokyo,Jepun, trend beg raga atau straw bag atau 'kagobagu' dalam bahasa Jepun nye adalah sgt popular. See, semua beg-beg raga ni sgt lah comel & kawaii.Rasa nak curik je. Hihi..Kalau saya jumpa yg murah di Ipoh atau di mana2 di Malaysia, saya nak beli. Untuk raya. :)











Saya paling suka yg berwarna pink ada bear-bear yg kecik2 tuh.Memang comel habis!!!Kalau byk duit nanti, nak pergi Jepun, nak beli macam2 barang yg fesyen2, comel2 & murah2.
Credit : Tokyo Fashion
p/s: Nak pergi Jepun!!hahah :p