PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’. Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang. *saye belum dewase..hihi* Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali sebagai geraham bongsu (wisdom teeth). Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan terlalu menakut-nakutkan dia. *no no no* Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal. Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput. Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah. Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi. Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh! *Korang la tuh..hihi* Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang lain kerana jangkitan. Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak. *huhu* Sumber : Berita Harian Kalo gigi korang cukup 32 batang tuh,memg da dewase la korang..Kalo belum cukup,korang kanak-kanak lagi,macam saye..hihik Kredit to:Zul--yg memberitahu berkenaan gigi ini-- |
Grasshopper or Glasshopper?
5 hours ago
13 Flowers:
menci nak jmp dentist!
mase mggu lepas lalu, gigi kecik tuh tumbih..sampai demam...maknenye die tumbuh xbetol ke tuh?
kalau dah ada tetiba tak ada semua tu bayi lagi le..he..he...he
ak rsa ak pny x tmbuh lg..x ckup dewasakah ak ni.?? huh
.alaaa klu x tmbuh gigi bongsu, x leh kawen la ek sbb x dewase lg?
.hehehehe
.eyp! td sis bru mkn durian 5 ulas
.nyum! nyum! :D
hihi..korang ni..'belum dewase' tu maknenye macam korg ni tak normal la,tak tumbuh gigi bongsu lagi..tpi secare fitrahnye,korang da boleh kawen pon..hihi..
intan://kawen cepat...
haruan://tu bukan bayi,tpi da tue,sume gigi dah lekang..hihi..
kojack://sile kire balik gigi kamu..nganga cepat!!~~hihi
nana://kite pon taku2.hihi..
aqila://saye tak tau la..kene jumpe dentist la gitu..
org tua2 ckp...if gigi bongsu tudh tumbuh..mkna nay dh boleh kawin...hehehehe..(^_^)
hi,miss.ko gigi dah takda,sumenye palsu...gone ...yer
sayang, sudah berjaya buat sticky mode itu?
jika sudah, bagus lah. maaf lambat reply ya.
jika belum, begini. buat entri macam biasa. klik 'post options'. kosongkan bahagian tarikh. klik 'publish post'. kemudian klik 'edit post'. klik 'post options'. isi bahagian tarikh dan masa tu dengan tarikh sehingga bila kamu mahu stick entri itu.
sekian. ^_^
saya demam sehari...masa tgh final paper (btl2 last year)..kawan buat lawak lucah pasal spender usher,trus baik...
hoho..letih nak bilang
kesimpulannya,
nuyu x tumbuh lagi
tatot nye kalau sakittttttt.....
aiseh cik durian...
sy da dewasa la..gigi geraham sy sudah ckup.. =(
huhu....
mmg besenye kalo tmbuh gg 2, ley smpi demam2 kot...
hik2, tkut2kn die..
Post a Comment