October 2011 | Miss Durian Runtuh

Oct 27, 2011

Co.cc Domain

بسم الله الرحمن الرحيم


Sekarang ramai blogger pakai domain co.cc ni sebab free dan mudah.Sign up dan boleh guna domain co.cc ni setahun.Aku teringin jugak nak pakai sebab teringin nak merasa ada domain sendiri.Konon nak letak la www.missdurianruntuh.co.cc sebab kalau nak pakai www.missdurianruntuh.com malas nak bayar sebab kita suka barang free.Banyak la sebab kau kan.Konon-konon kita nak la ubah url yang hodoh tu suzuran89 apekejadah kan.

Tapi bila nak sign up tu tibe-tibe terfikir,apa kata aku cari dulu kelemahan domain co.cc ini.Last-last jumpa blogger Indonesia ni yang bagitau Google sudah block domain co.cc ni dari search engine.Maksudnya,kalo orang google blog ko,tak keluar result.Tambah-tambah kalau blog korang popular or korang banyak buat tutorial,kalau orang search,tak keluar blog korang kat Google page.So,rugi la.Haritu kat Facebook,Blogger tulis status DIATAS. :) 1Share tu aku la.Okey,apa pandangan korang?Ninie Oh Ninie,habaq mai.Okey bye.Wassalam.

Photobucket



Oct 25, 2011

Blog Kena Remove,Apa Nak Buat?Redha Je La.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.Semalam blog picisan ini kena remove oleh Blogger.Semua tak boleh bukak,Gmail,Google+,Blogger sebabkan Google nak buat maintenance maybe?Tapi aku takde rasa pape pon,aku tengok,oh,kena remove ke.Takpe la,remove la.Heheh.Tapi bila Gmail pon xboleh bukak aku dah pening.Kenapa pulak dengan semua sekali dia block kan.Pastu memg dorang ada bagitau akaun aku dah disabled sebab dorang nak tingkat kan prestasi & keunggulan.Okey,aku pon email la Blogger kenapa akaun aku disabled sebab aku xlanggar undang-undang pon.Dan xsampai 24jam,aku dah dapat bukak balik akaun aku.Okey,kalau jadi kat korang macam tu jangan risau okey.Dorang sebenarnya nak cek akaun korang tu,nak cek blog korang kot-kot ada post yang tak patut.

Kalau jadi macam ni kat akaun korang,try la email BloggerHelp,dan tanya kenapa akaun korang tak boleh bukak & blog kena removed.Kurang-kurang nampak la korang aktive user & tak buat salah pape kan.Nah email BloggerHelp. Aku rasa tak siapa perasan kot blog aku kena remove sebab dah malam masa tu.Shaz je perasan.HAHA.

Oct 23, 2011

Kredit

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua. Hai,harini rasa sangat marah sebab rasa letih sangat.Letih la.Dengan runsing semua.Opps,nak tanya la kan,korang rasa kalau korang guna tutorial orang or freebies or gambar or quote orang bagi kan,korang mesti nak kreditkan kan.Kreditkan tu maksud korang ape?
  1. Adakah just letak nama "terime kasih miss durian runtuh" tanpa url?
  2. Adakah letak url sahaja tanpa linkkan seperti "suzuran89.blogspot.com" (org lain pon malas nak search)?
  3. Adakah LINK KAN url/atau nama owner blog tu macam ni Miss Durian Runtuh @ suzuran89.blogspot.com baru dikira sebagai kredit?
Just reminder kepada diri sendiri & orang lain yang guna hasil kerja orang.Jangan diri sendiri kata "Tolong CREDIT" tapi diri sendiri pon letak "nazirahmoktar.tumblr.com" pastu orang lain pon susah payah nak menggagau cari kat bahagian mana nak cari gambar/tutorial tu.Aku banyak gak perati orang buat macam tu.Sebab tu dulu pernah certain blogger blogspot dari malaysia ni kena serang dengan blogger tumblr dari luar negara sebab tidak KREDIT pada dorang atas doodle dorang,tpi kredit pada orang yang dok sebar doodle tu.Sighh. -,-

p/s : Betulkan entries kita dulu sebelum nak suruh orang lain.
p/s : Saya jadi pemarah a.k.a hulk kalau saya betul. (erkk,cam mana tu,tibe-tibe marah kan.)
p/s : B A C A I N I (takut tak?)=,=



Cara Buat Efek/Effect Senget Bila Hover Link & Gambar/Image

بسم الله الرحمن الرحيم

sumber : catasters

Assalamualaikum korang semua.Harini nak ajar buat efek/effect senget bila kita hover link atau gambar (sila letak cursor atas meoww atas ni).Efek senget ni dah banyak blogger popular buat macam Ailyl,Ryna,Yiyin.Heheh.So,bile dorang buat,hati aku pon membuak-buak nak buat jugak.Aku cari dan banyak jumpa yang buat efek senget untuk blockquote.Sebenarnya boleh je guna kod itu untuk image dan link.Korang kena ubah sikit je :)

Hover Senget Untuk Link (Sila backup template dulu)
1. Design --> Edit HTML --> Cari (CTRL+F) kod a:hover {
2.Kemudian korang copy paste kod panjang bawah ni di antara a:hover { CODE }
transform: rotate(7deg);
-moz-transform: rotate(7deg);
-o-transform: rotate(7deg);
-webkit-transform: rotate(7deg);
3. Kemudian masukkan kod panjang bawah ni di antara a:link { CODE }.CTRL+F a:link {
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;
Okey,untuk hover link ni,semua link termasuk gambar berlink dan header akan senget sekali.Kalau nak link sahaja,minta maap la,teman xtau.Sebab tu teman buat hover senget kat gambar entri sahaja.

Hover Senget untuk Gambar/Image (sila backup template dahulu)
1. Pergi Design --> Edit HTML --> Cari (CTRL+F) ]]></b:skin>
2. Kemudian copy paste kod panjang bawah ni DIATAS kod ]]></b:skin>
.post img{
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;

}
.post img:hover{

transform: rotate(5deg);
-moz-transform: rotate(5deg);
-o-transform: rotate(5deg);
-webkit-transform: rotate(5deg);

}
3.Preview.Save.

UPDATE!!Untuk template lain dari aku :(Sila backup template anda dahulu)
Kalau template blog korang ada kod img{} & img:hover{} lagi senang sebab korang copy paste je kod efek senget dalam { } itu.Contoh.Korang CTRL+F img{ dan paste kod ini seperti dibawah.

img{
transition: transform .5s ease-in;
-moz-transition: -moz-transform .5s ease-in;
-o-transition: -o-transform .5s ease-in;
-webkit-transition: -webkit-transform .5s ease-in;

}

Untuk hover,CTRL+F img:hover{  
 img:hover{
transform: rotate(5deg);
-moz-transform: rotate(5deg);
-o-transform: rotate(5deg);
-webkit-transform: rotate(5deg);

}
Untuk hover image,kod ni untuk hover senget kat semua gambar di post/entri korang sahaja.Kalau nak buat untuk gambar sahaja better guna cara kedua ini.

Untuk menambah baik lagi,korang boleh la main-main tukar 5deg,7deg tu.Itu untuk berapa degree dia senget.Kalau letak 180deg mau berputar terus kan -,- (okey,aku dah try,memg gambar kau berputar alam tau tak.HAHA).Rotate,you know rotate?

Peringatan! Aku tak pasti la kalau korang bukak blog aku guna Chrome nampak okey tak gambar aku berputar.Tapi kalau pakai Mozilla Firefox InsyaAllah menjadi kod ni.Serius,blog aku nampak hodoh kat Google Chrome.Tak caya,pegi tengok sendiri.Blockquote,comment box & sidebar blog aku memang tak menjadi. So,sapa yang nak blog dia nampak cantik di kedua-dua mozilla & chrome,aku akan mengecawakan korang je dengan tutorial aku ini.Cewaah.

Sumber pertama : Faqihah (blockquote senget) Versi pertama aku pakai sebelum jumpa sumber kedua.
Sumber kedua : SyafaLunia (tapi tutorial itu sudah tiada,maybe ada hal musabab tutorial itu tiada -,-)BTW thanks!Versi kedua aku pakai sebelum jumpa yang ketiga.
Sumber ketiga : Ni kod yang update/terbaru aku pakai,yang aku ajar korang ni. Milik blog I N I.Blog ini ajar CSS3. Aku xhabis khatam lagi apa CSS3.Dalam blog ni banyak ajar transform,transition,border color,border image.Ni semua guna language(?) CSS3 yang baru.Pergila belajar buat benda lain kat sini.



Photobucket



Oct 21, 2011

(Gambar) Awesome Scene at Splash Mountain

Assalamualaikum.Hai semua.Ce korang tengok gambar2 awesome ni.Heheh.Kalau kita la kat tempat dorg ni mau tengah menjerit sakan sampai pecah suara kan sebab seriau bila turun benda alah ni. Dulu pernah main game ni kat Genting Highlands dengan sepupu sepapat.Memang takut gila bila nak turun.Waktu naik xrasa pape pon.

Baca paper

Tak da perasaan langsung!

Propose atas bot

Tengah mencukur jambang -,-

Main chess

Okey,main monopoly sekali dengan duit pon stapler tau!

Men in Black

Hahaha..troll,poker face,forever alone!

Nanti kalau dapat pergi Genting bawak la siap2 bahan nak buat scene macam gini.Mesti kat gambar tu best gile kan.Lain dari yang lain. Tibe2 teringat gambar Sue,Fatin & Dello waktu dorang gi Genting!Hahahah. :3
Sumber : TopTumbles




Oct 16, 2011

#2 Teringin Sekejap

Assalamualaikum semua orang.Sihat ke?Kita manusia ni memang banyak keinginan.Tak kira laki atau perempuan.Yang laki nak ada kereta sport,kereta mewah,yang perempuan nak pakwe yang ada kereta sport,kereta mewah.Sebab tu la waktu sekolah dulu kita belajar Kemahiran Hidup supaya kita dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Harini saya akan membentangkan kehendak-kehendak saya yang perlu dikawal. (Cewaah,bahasa cam orang nak berdebat lak).

  1. Aku teringin la nak beli VCO catalyst softgel yang orang dok canang kata boleh turunkan berat badan,boleh lawas perut,boleh stabilkan datang bulan dan banyak lagi.Selain boleh cantikkan kulit.Orang perempuan yang paling senang nak percaya testimoni tau.So,korang kena la berhati-hati,bukan tak percaya keberkesanan nya,tapi takut kot-kot duit korang habis,hasilnya pulak yang lambat.Sebab kesan tu berbeza untuk setiap orangkan. (Cewaah,cam pakar motibasi lak aku,bajet hot lettuw).
  2. Lagi satu,aku teringin tudung bawal sulam atas kepala ala-ala crown gituw.Auuww,fesyen baru ni memang menambat hati aku sejak kali pertama tengok ada girl pakai waktu intern dulu.Serius cun tudung tu tambah-tambah aku adelah tudung bawal lover a.k.a pencinta tudung bawal.Bila kita pakai kan,lipatan tudung tu buat atas kepala ada sulam cantik siott!Memang macam pakai crown la.Harga nak pulak mahal kan,stok2 RM90-100,tak main la sepuloh-doploh-ringgit ni.Hah,agak-agak nak pakai pergi dating naik moto,toksah la pakai tudung ni,nanti sulam+batu2 tercabut lak sangkut kat topi kledar.Kuikui.
Perhatian ye, segala keinginan sekejap ni memang belum dipenuhi lagi.Kiranya memang aku xbeli pon,tapi teringin saja dan mungkin suatu hari nanti akan dapat dipenuhi jugak keinginan ini.

Sumber inspirasi : Ayunar, Bawalovers


Oct 14, 2011

#1 Teringin Sekejap

Assalamualaikum.Teringin tapi kena la tahan kan.Sifat teringin perlulah dikawal dengan berkesan kerana ia boleh mendatangkan kekurangan duit dan juga boleh mengganggu emosi.So,kita heboh je kat sini apa kita teringinkan.. Macam desperate sangat kan.Okey,kite mulakan.

  1. Nak pergi karnival buku kat Maeps Serdang,ada jualan buku terbesar oleh Big Bad Wolf Books. Tau pasal karnival ni daripada blog ItiKejam. Serius aku suka baca buku cerita.Serius suka buku.Memang suka buku,suka library,suke book store,suke Novelhut.Sebab ada ribuan buku. Tapi karnival ini memang gile-gile murah sebab jual buku oversea dan diskaun cecah 75-95%.Sampai 16hb ini sahaja kot.Gila tak gila.Bayangkan buku harga RM40-50 boleh dapat sampai RM3 sahaja.The Biggest Book Sale in the World you know!Mau x gila,tapi kalau aku pergi,mesti aku beli buku kanak-kanak je sebab senang faham -,-
  2. Saya teringin rantai panjang bentuk macam-macam seperti burung hantu,merak,gajah,sangkar burung,basikal dan lain-lain. Bagi la cepat,pos la kat saya.Kan baik kan ayat aku. -,- Saya suka kat blogshop INI.
  3. Aku nak beg yang fashionable yang warna-warna macam-macam bentuk.Haritu pergi pasar malam shahbandar yang ada jual banyak bundle.Jumpa satu beg bundle kulit,harga RM80!Cess,mahal sangat,tapi cun!
Sebabkan dah luahkan semua,dah rasa lega.Boleh la tido lena kan.

Sumber : FB Page BBWB,LoveBagLoveBag,a-fashion-story


Oct 12, 2011

Macaron Blogshop


Assalamualaikum semua. Hai,baru-baru ni teringin sangat nak makan macaron.Akhirnya kawan aku,Melin bermurah hati nak bagi rasa 2 biji. Kecik je,besar sikit dari 20sen. Tapi memang selalu orang jual pon saiz 50sen atau 20sen kan sebab buatnya remeh dan bahan mahal. Disebabkan teringin aku pon cari kat Facebook kot-kot ada orang jual murah dan jugak sanggup Google semata-mata nak cari macaron murah. Yes,jumpa,nampaknya aku semakin mahir menggunakan keywords nak search -,-


Aku kata murah sebab kak Awin ni jual macaron 12 biji RM30 termasuk postage. Dia satu-satunya yang jual harga macam ni. Blogshop lain banyak jual RM27 keatas untuk 12 biji,postage pulak harga lain. Kalau tambah postage dah nak RM30-40 lebih. Kat sini lah pengguna kena bijak. Kalau 25biji Kak Awin jual RM60 termasuk postage. Okey,dan boleh pulak tambah-tambah flavor. Ada 10 flavor. Kalau korang beli 12 biji nak 10 flavor pon boleh.Lepas tu ada macam-macam pilihan lain contoh macam doorgift untuk orang kawin,untuk hantaran.Saiz pulak sebesar 50sen.Okey,pergi la order.



Memang sesetengah orang beli Macaron pakai kupon kat MilkaDeal or MadnessDeal,tapi selalu yang pakai kupon-kupon ni untuk belah-belah Selangor & KL je. So,kami di negeri lain ni kena la pandai-pandai cari mana yang murah kan.Okey,aku promote-promote,aku tak beli pon.Kuikui.Ni sebagai reminder je untuk masa hadapan & jugak untuk bantu sapa-sapa yang cari macaron murah dengan free postage (semoga ada la orang cari keyword ni).Okey bye.
Sumber Gambar : Facebook Page Awin Macaron

p./s: Bulan 12 harijadi aku tau korang semua.
p/ss: Rasa macam nak tukar URL blog -,-



Oct 8, 2011

True Love ♥


“He feeds his wife every morning when he visits her at the Nursing home. She hasn’t recognized him in five years due to her Alzheimers, when he was asked, “If she doesn’t know who you are, why do you go?” He smiled and said, “She doesn’t know who I am, but I know who she is!”

Source : seekthetruth-islam

Oct 5, 2011

Otter a.k.a Memerang

When sleeping, otters hold hands so they don't drift apart. 

 
Walaupun haiwan tiada akal fikiran macam manusia,tapi haiwan ni ada "something" untuk kesenangan hidup.Itu la keajaiban alam ciptaan Allah S.W.T.

Sumber : Tumblr


Oct 3, 2011

Kadang-kadang hati kering pon boleh terluka

Kadang-kadang hati lagi sakit kalau orang cakap macam-macam kat kita.

Oct 2, 2011

What to say and When to say it.

  1. Starting to do something - Say BIS-MILLAH
  2. Intending do do something - INSHA-ALLAH
  3. Something is being praised - SUBHAAN-ALLAH
  4. In pain and distress - YA-ALLAH
  5. Expressing appreciation - MASHA-ALLAH
  6. Thanking someone - JAZAK-ALLAH
  7. Awakening from sleep - LA-ILAHA-ILL ALLAH
  8. Taking an oath - WALLAH-BILLAH
  9. Sneezing - ALHAMDO-LILLAH
  10. Someone else sneezes - YAR-HAMOK-ALLAH
  11. Repenting for a sin - ASTAGH-FERULAH
  12. Giving charity - FI-SABI-LILLAH
  13. Having love for someone - LIHUB-BULLAH
  14. Getting married - AMAN-TO-BILLAH
  15. Parting from someone - FI-AMAAN ALLAH
  16. Problems appear - TAWAK-KALTO-AL-ALLAH
  17. Unpleasantness appears - NA-UZO-BILLAH
  18. Pleasantness appears - FATA-BARAK-ALLAH
  19. Participating in prayer - AMEEN
  20. Death message is recieved - INNA-LILLAHI-WA INNA-ILAIHI-RAJI-UN
 Source : islamicpostings

Oct 1, 2011

난 행복해

Assalamualaikum. Hai semua. Minggu ni terasa happy seronok.Tak tau kenapa hati boleh kering sangat macam ni. Tapi tetap rase seronok bila dapat jumpa kawan-kawan, bergembira,sembang-sembang,tolong-tolong,jalan-jalan. Orang cakap jaga hati sendiri dulu baru jaga hati orang. Tapi aku rasa seronok dapat tumpang gembira dengan kawan-kawan aku,so hati aku happy :)
Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom.
Marcel Proust
When a friend is in trouble, don't annoy him by asking if there is anything you can do. Think up something appropriate and do it.
Edward W. Howe 

<3 Ada jodoh berjumpa lagi.