Terasa dengan Aturan Hidup Manusia | Miss Durian Runtuh

Dec 11, 2009

Terasa dengan Aturan Hidup Manusia


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)
 
Aku setiap masa merawat hati aku, aku diam, aku dengar dan aku teliti. Aku tau, aku tak layak untuk dapat apa-apa yang orang lain dapat. Aku tak ada kemahiran, lelebihan. So, ini la yang aku dapat. Tapi kadang-kadang aku bersyukur, apa yang aku dapat ni selalu menyokong aku, menolong aku, menjaga aku. Mungkin kerana aku punya dosa, aku tak dapat seperti orang lain. Aku tak layak untuk bersuara mengatakan aku punya yang terbaik kerana bagi orang lain, itu bukan yang terbaik. Bagi orang lain, yang terbaik adalah apabila kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Itu baru yang terbaik. Tapi, kalau kite dapat yang terbaik, tak semestinya hidup kite akan bahagia sampai akhir hayat. Dan kalau kita dapat yang tak terbaik, tak semestinya hidup kite akan suram selamanya. Mana tau, hidup kite lagi baik. Allah sahaja yang Tahu.
Kadang-kadang, aku terasa dengan aturan hidup manusia. Hidup untuk tunjuk pangkat, nama, keturunan, warna kulit, pekerjaan, pendidikan, harta. Kalau ikhlas, semua itu akan datang sendiri. Jangan la niat, "aku kena dapat macam ni, macam tu, baru hidup aku bahagia". Bertahun-tahun berusaha pon tak dapat hasil. Aku terasa!

0 Flowers: