2014 | Miss Durian Runtuh

Sep 6, 2014

Perbarisan Kawad Merdeka 2014 Peringkat Negeri Perak

Assalamualaikum. Amboi, kemain lagi tajuk, tak boleh panjang lagi ke? Hahaha. *Gelak dalam hati* Sejak aku masuk kerja di UPSI, banyak jugak la aku ikut atau join aktiviti, benda yang orang kata zaman aku belajar dulu, aku sangat liat nak buat. Yela, jadi AJK, masuk kawad, sapa ndak kan. Tak cool okay. Tapi memandangkan dah masuk alam pekerjaan yang bersaing ni (nak dapat kerja tetap), ko kena la rajin tunjuk muka, menunjukkan ko aktif dalam aktiviti jabatan. Dannnn, Nazirah tercolan masuk kawad merdeka negeri Perak uollls..


Hari pertama, dalam 25 orang ja yang pergi raptai. Kontinjen lain penuh 1 kontinjen (55 orang), bayangkan betapa rasa kecil je kitorang waktu tu. Tapi, nasib baik dapat jugak markah. Hari kedua, baru la semua orang pergi raptai, pakai baju biru itu. Baru ada semangat betei. Hari sebenar, 31 Ogos 2014, pakai baju korporat merah yang di tambah aksesori *hahahahaha gelak dalam hati* dan kami MENANG NAIB JOHAN KATEGORI IPT & SEKOLAH ! Hahaha, tak sia-sia berlatih, paksa hati join kawad sebab takda kawan semua! Ok lah bye. Sekian.

Aug 24, 2014

Sensitif Sangat

Assalamualaikum semua. Korang sensitif tak? Emosional tak? Cepat sentap? Hahaha. Aku memang membesar jadi seorang yang cepat emosi, sensitif. Tak tau kenapa. Memang waktu sekolah aku cepat sentap, emosi sangat. Sampai matrik, bertambah sentap. Nangis, merajuk, pemarah. Kawan-kawan sekolah cakap dulu aku ni garang. Ye la, aku mengaku. Bila ingat balik betapa tak mesra hidup aku. Masuk UMT, sentap emosi sensitif jugak kadang-kadang. My gegadis tau la. Hahah.
Tapi bila semakin berusia ni, memang kena kawal tahap emosi ni. Cara nak kawal; pikir positif, cari family, luah hati dengan abang, dan bergelak ketawa dengan kengkawan. Dan sentiasa berdoa semoga boleh kawal. Sebab Nazirah ni sekali sentap, mulut dia pedas.


Kali ni nak cerita pasal isu sensitif aku. Kalau orang mengata aku depan-depan tepi-tepi memang otomatik akan perasan. Orang gemok memang kuat sentap. Aku ada baju corak stripe & corak rimau seperti di atas. Macam biasa, orang pempuan macam aku memang nak bergaya, walaupun plussize. Aku beli je mana yang dah lama teringin. Tapi ada satu kali, ada orang laki lepak-lepak kat Dataran Ipoh, mengata aku.. "Uiihh, besarnya, aum aum", masa aku lalu tepi dorang pakai baju corak rimau. Sentap makkk.
Dan sekali lagi aku pakai baju corak jalur seperti di atas, ada orang laki sembang-sembang sambil tengok-tengok dekat meja aku & kawan-kawan duduk, ada satu perkataan yang aku dengar "nyamuk". Sentap kali kedua.
Aku bukan perasan ke apa sebabnya waktu tu hanya aku (& family @ kawan2) dan mereka (laki-laki itu) sahaja yang ada di tempat kejadian. Ye, itu lah nikmat kau kena terima bila bersaiz begini. Ehheee, bersangka baik je la walaupun sebelum tu dah macam-macam keluar dari mulut. Semoga isteri mereka bersaiz normal.
So, kawan-kawan, jaga badan okay. Wassalam.
 p/s : Bila pikir balik lawak pulak. Kekekekekekeke

Aug 10, 2014

Cerita 2014

Assalamualaikum. Amboi, tajuk kemain lagi. Cerita 2014 kunun, 2014 pon tak habis lagi. Tapi pejam celik pejam celik dah bulan Ogos kan. Lagi 5 bulan nak masuk tahun 2015. Sekarang nak tulis blog best sikit sebab orang tak main dah blog-blog ni ha, privasi la sikit kannn. Orang main Facebook & Instagram je sekarang nih. Okay, cerita apa tahun 2014 nih.

1. Reunion dengan gegadis UMT dulu. Dello, Sue, Fatin. Melin je takdak. Huhu. Last jumpa waktu tahun 2011. Dengan Fatin dah pernah jumpa awal tahun dulu. Haha. Memasing dah lain. Semua ada hidup masing-masing. Tapi ada satu yang sama, kita punya gembira tu. Akhirnya geng gegadis ni ada jugak yang disunting. Love u olls.


2. UPSI. Saya hidup di UPSI sekarang. Buat apa? Jadi cikgu ke? Jadi lecturer ke? Hentikan semua soalan itu. Saya kerja. Tapi masih mencari kerja tetap. Doakan. Sayang UPSI sebab beri peluang pada aku yang tiada apa-apa. Syukur pada Allah S.W.T sebab bukakan pintu rezeki aku di sini.

3. Raya. Hahaha cerita sangat. Raya la weh. Raya tahun ni emm, makan tido je kerja aku. Sebab duduk rumah tak beraya kome. Huhu. Peristiwa sangat. Lepas tu raya ke berapa pergi Shaz kawin. Fuhh, kagum aku tengok. Semua cantik. Rasa nak kawin pon ada.
Okey lah itu je cerita aku. Bila tengok facebook, tengok kawan-kawan dah kawin, nak kawin, dah tunang, nak tunang, dah ngandung, dah beranak, dah kerja, dah ada kereta, dah segalanya, ada sesuatu rasa dalam jiwa dan hati aku. Sesuatu yang gamaknya Allah je yang tahu. Kadang-kadang facebook ni boleh ganggu emosi jugak. Huhu. *Hoi, tak yah sensitif. KBye. Wassalam.

Jul 13, 2014

15 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum. Harini dah Ramadhan ke-15. Cepat masa berlalu kan. Lagi 2 minggu nak raya dah. Dah beli barang raya ke korang? *wahh,bersembang macam ada orang baca,kekekeke. Sebenarnya teringin nak tulis-tulis selalu tapi takda idea la. Sekarang tengah kecoh pasal serangan di Palestin. Kita ni tak mampu nak berperang sana, jadi doakan lah keselamatan saudara seMuslim di bumi Palestin sana. Janji Allah itu pasti. Suatu hari nanti agama Islam akan menang besar. Tunggu, doa, bantu, sabar & lihat. ❤❤❤
Ok lah, jumpa lagi. Nanti kite update baju raya. Hehehe, konon.Wassalam..

Apr 30, 2014

(Lirik) Salam Terakhir Sudirman

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Apr 8, 2014

Soal Diri

Assalamualaikum semua orang. Sihat ke? Nazirah alhamdulillah sihat. Sekarang dah bekerja tempat lain. Tempat rahsia. Waahhh. Konon retis kau. Sekarang kan bila dah umur 25 tahun, Fb feeds tu dah penuh dengan kawan-kawan & blogger-blogger yang dah kawin, ada anak semua. Boleh dikatakan semua pon baya-baya je la dengan aku. Hee.. Betapa masa tu kita tak boleh elak. Sampai masa kehidupan akan berubah ke next step orang kata.

Bagi diri aku, masih jauh perjalanan. Masih banyak langkah. Masih banyak cabaran untuk aku tempuh. Yela, nak start hidup pon dah terlambat, so kena la sabar dulu. Kalau aku cakap aku tak cemburu, memang tipu. Cemburu (niat baik) lihat kehidupan orang lain. Jodoh awai, keje awai, rezeki zuriat awai. InshaAllah. Ada la habuan aku cuma tak tahu bila.

Mungkin. Mungkin, Allah nak aku tolong abah makcik dulu. Sebab aku keje pon lambat.
Mungkin. Mungkin diri aku belum lagi bersedia. Matang. (aku masih baca komik HAHAHAHA)
Mungkin. Mungkin Allah nak aku lengkapkan diri aku dulu.

Hanya Allah S.W.T sebaik-baik perancang.

Tiba-tiba rasa sayu. Hehehe. Aku tak boleh emosi. Mennn.

Feb 14, 2014

Zaman Muda

Assalamualaikum. Hai semua orang. Tetiba rasa macam nak cerita pasal aktiviti aku dulu-dulu. Haha. Korang pernah pakai telefon Nokia tak? Mesti semua orang pernah kan. Pernah cari theme comel-comel tak? Hah,mesti selalu kan. Macam tu jugak aku. Dari asalnya nak cari theme aku dah terjebak jadi themer. Ape kebende themer? Haha, orang yang buat theme la. Theme maker. Dari asalnya buat satu akaun,dah sampai 3 akaun aku ada. Masih wujud lagi sampai sekarang. Dulu kemain rajin buat theme & upload. Sekarang tak dah.


1. Paling first dan paling sayang, Zedge la. Sini memula upload theme. Waktu ni buat theme pakai software kome. Carbide UI series 40 theme edition. Ya Tuhan, kemain gigih cari icon,wallpaper dan segala macam benda.


2. Dalam nak cari icon kawaii, jumpa Ownskin. So, buat akaun dan buat theme online je kat sini. Senang. Lepas tu upload dalam Zedge


3. Macam mana ntah boleh buat akaun kat Mobile9. Tapi dalam tiga-tiga akaun, akaun Mobile9 yang paling juta-juta orang download aku punye segala macam theme,wallpaper & ringtone.

 Ownskin
 Zedge
 Mobile9

Mennnn, apa ko buat Nazirah oii. Sampai sekarang, selain Facebook, Tumblr dan blog, mende alah ni la yang aku akan tengok setiap kali online. Sebab nak tengok dah bape ratus ribu orang download stuff aku. Cewah. Sekian.

Jan 5, 2014

Comel Kawaii






Apa ke comel sesangat pelamin Hello Kitty nih. Grrrrrr. Pink-pink belaka. Yang penting kedai dia kat Ipoh. Tak sangka kat Ipoh ada bridal shop yang kreatf macam nih. Grrrr. Pelamin tunang, sanding, semua lah.
click >> ERLINA TOUCH

Jan 1, 2014

2013 - Penuh Emosi

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baru. Macam biasa aku update bila tahun baru,raya ke apa ke. 2013. Apa jadi dalam hidup saya? Kalau orang lain, dah kerja, dah beli kereta, dah bertunang, dah berkahwin, dan dah dapat anak pon ramai. Itu rezeki masing-masing. Tak usaha tak dapat la kan. Berbalik soal aku tadi, apa jadi dalam hidup aku? Rahsiaaa hahahaha. Kawan-kawan rapat tau la. 

Mula-mula 2013 ni best sebab 2 kali pergi holiday ke Sabah. Semua atas tujuan abang yang kawin dengan orang Sabah. Satu family pergi, betapa bahagia jiwa sebab semua pergi. Ya Allah, lepastu rasa nak nak lagi holiday sesama!

Lepastu start journey aku yang baru. Kerja. Kat mana? Hahaha. Gelak dalam hati. Aku ni kuat rahsia. Di sini cari pengalaman, lari dari kesedihan, cari kawan baru, mula hidup baru & kalau boleh lupa apa yang jadi. Alhamdulillah, selama aku hidup, walaupun kawan aku setakat 3 4 orang di satu-satu tempat, semua baik-baik. Gembira, kerja penat-lelah, enjoy.


Nazirah ni dari dulu jenis kalau berkawan memang bukan beribu. Kat mana-mana aku dicampak,kawan aku itu je la. Kalau 4 orang, 4 orang tu je lah yang aku berkepit. Macam kat sini, muka-muka ni je lah yang rajin enjoy, tangkap gambar, kuat kerja, jalan-jalan, makan-makan.
Kak Miza & Hema, terima kasih sebab ceriakan hidup kite berapa bulan kita kenal ❤❤❤


So what happen to me in 2014? Haah hanya Allah SWT saja yang tahu. Awal-awal tahun, suasana baru,tempat baru, in sha Allah cara hidup baru & kawan baru.