Cerita 2014 | Miss Durian Runtuh

Aug 10, 2014

Cerita 2014

Assalamualaikum. Amboi, tajuk kemain lagi. Cerita 2014 kunun, 2014 pon tak habis lagi. Tapi pejam celik pejam celik dah bulan Ogos kan. Lagi 5 bulan nak masuk tahun 2015. Sekarang nak tulis blog best sikit sebab orang tak main dah blog-blog ni ha, privasi la sikit kannn. Orang main Facebook & Instagram je sekarang nih. Okay, cerita apa tahun 2014 nih.

1. Reunion dengan gegadis UMT dulu. Dello, Sue, Fatin. Melin je takdak. Huhu. Last jumpa waktu tahun 2011. Dengan Fatin dah pernah jumpa awal tahun dulu. Haha. Memasing dah lain. Semua ada hidup masing-masing. Tapi ada satu yang sama, kita punya gembira tu. Akhirnya geng gegadis ni ada jugak yang disunting. Love u olls.


2. UPSI. Saya hidup di UPSI sekarang. Buat apa? Jadi cikgu ke? Jadi lecturer ke? Hentikan semua soalan itu. Saya kerja. Tapi masih mencari kerja tetap. Doakan. Sayang UPSI sebab beri peluang pada aku yang tiada apa-apa. Syukur pada Allah S.W.T sebab bukakan pintu rezeki aku di sini.

3. Raya. Hahaha cerita sangat. Raya la weh. Raya tahun ni emm, makan tido je kerja aku. Sebab duduk rumah tak beraya kome. Huhu. Peristiwa sangat. Lepas tu raya ke berapa pergi Shaz kawin. Fuhh, kagum aku tengok. Semua cantik. Rasa nak kawin pon ada.
Okey lah itu je cerita aku. Bila tengok facebook, tengok kawan-kawan dah kawin, nak kawin, dah tunang, nak tunang, dah ngandung, dah beranak, dah kerja, dah ada kereta, dah segalanya, ada sesuatu rasa dalam jiwa dan hati aku. Sesuatu yang gamaknya Allah je yang tahu. Kadang-kadang facebook ni boleh ganggu emosi jugak. Huhu. *Hoi, tak yah sensitif. KBye. Wassalam.

4 Flowers:

Nik Syafiq said... Reply Comment

hihi.jgn ingat org xstalk blog ea.... xsabar nak tunggu bila dh masuk usia 30an,apa yg berlaku kat kita semua

Anonymous said... Reply Comment

lama tak jumpa naz

♛ Kerani Sekolah ♛ said... Reply Comment

@Nik Syafiq

heheheh..engko je la yg baca sapik oii..waktu tu lagi la kan.mst sibuk je manjang ngn family masing2 :)