Sensitif Sangat | Miss Durian Runtuh

Aug 24, 2014

Sensitif Sangat

Assalamualaikum semua. Korang sensitif tak? Emosional tak? Cepat sentap? Hahaha. Aku memang membesar jadi seorang yang cepat emosi, sensitif. Tak tau kenapa. Memang waktu sekolah aku cepat sentap, emosi sangat. Sampai matrik, bertambah sentap. Nangis, merajuk, pemarah. Kawan-kawan sekolah cakap dulu aku ni garang. Ye la, aku mengaku. Bila ingat balik betapa tak mesra hidup aku. Masuk UMT, sentap emosi sensitif jugak kadang-kadang. My gegadis tau la. Hahah.
Tapi bila semakin berusia ni, memang kena kawal tahap emosi ni. Cara nak kawal; pikir positif, cari family, luah hati dengan abang, dan bergelak ketawa dengan kengkawan. Dan sentiasa berdoa semoga boleh kawal. Sebab Nazirah ni sekali sentap, mulut dia pedas.


Kali ni nak cerita pasal isu sensitif aku. Kalau orang mengata aku depan-depan tepi-tepi memang otomatik akan perasan. Orang gemok memang kuat sentap. Aku ada baju corak stripe & corak rimau seperti di atas. Macam biasa, orang pempuan macam aku memang nak bergaya, walaupun plussize. Aku beli je mana yang dah lama teringin. Tapi ada satu kali, ada orang laki lepak-lepak kat Dataran Ipoh, mengata aku.. "Uiihh, besarnya, aum aum", masa aku lalu tepi dorang pakai baju corak rimau. Sentap makkk.
Dan sekali lagi aku pakai baju corak jalur seperti di atas, ada orang laki sembang-sembang sambil tengok-tengok dekat meja aku & kawan-kawan duduk, ada satu perkataan yang aku dengar "nyamuk". Sentap kali kedua.
Aku bukan perasan ke apa sebabnya waktu tu hanya aku (& family @ kawan2) dan mereka (laki-laki itu) sahaja yang ada di tempat kejadian. Ye, itu lah nikmat kau kena terima bila bersaiz begini. Ehheee, bersangka baik je la walaupun sebelum tu dah macam-macam keluar dari mulut. Semoga isteri mereka bersaiz normal.
So, kawan-kawan, jaga badan okay. Wassalam.
 p/s : Bila pikir balik lawak pulak. Kekekekekekeke

3 Flowers:

Syira Lokman said... Reply Comment

selamat malam... hehee..jom blogwalking sebelum tidur :)

Amalina said... Reply Comment

Naz...stp org ada kelemahan ada kelebihan. Jgn selalu pk kelemahan sbbnye kita msih tak sedar kita sbnrnye punya bykkkk sgttt kelebihan ! Stay positif !! Luv u naz!