(Review) Softcover Photobook dari Photobookmart | Miss Durian Runtuh

Nov 18, 2015

(Review) Softcover Photobook dari Photobookmart

Assalamualaikum semua. Amboi, kemain lagi 2 hari berturut-turut update blog. Laju sikit update, sebab ada story nak bagi. Petang semalam sampai pon barang yang dibeli 2 minggu sudah. Nazirah ni jenis mudah terpengaruh tambah jumpa barang murah, sangat rajin terbeli online. Hihik. Kali ni terbeli photobook. Softcover photobook saiz 6" x 6" 40 pages daripada Photobookmart. Cam mana boleh beli ni? Mula-mula kena lagi cari voucher murah dulu dari 11StreetMy, atau kawan cakap boleh jugak cuba cari voucher murah di Groupon. Tapi aku beli dari 11StreetMy, mudah. Kenapa kena cari voucher murah? Sebab harga asal sebuah softvover photobook 6'x6' 40 pages lebih kurang dalam RM79-85 ikut company berbeza. Ada 3 company yang aku tahu la : Photobook Malaysia, Pixajoy dan Photobookmart. Jadi untuk buku bergambar yang nipis tu, berbaloikah melaburkan duit berpuluh-puluh di mana kita boleh spend duit itu ke benda lain. Kah!
Photobookmart
Kualiti : 
Masa untuk siap : 
Harga★ (very cheap with voucher of course) >click here<

Sebenarnya mini photobook ni, korang kena install dulu software dia, kemudian edit-edit untuk buat buku, dan sumbit order ke company printing tu kemudian bayar online. Jadi semua online. Tak payah pergi kedai gambar, dok rumah cuci je gambar. Selain photobook, korang nak print gambar kanvas, buat stiker pon boleh. Kena rajin cari voucher murah la kat 11StreetMy.
Sekarang Photobook Malaysia ada buat diskaun >SINI WEH<  RM3 sahaja untuk sebuah softcover photobook 6'x6' 40 pages, voucher valid sampai 2 Mei 2016. Tambah postage RM8 baru RM11 untuk sebuah buku bergambar. Okay la. Bai.

0 Flowers: