Highway Way Way Way | The Nazirah Mktr

Nov 17, 2015

Highway Way Way Way

Assalamualaikum semuaaa. Hahahah. Lama betul tak update blog. Sebab iols bukan blogger anymore. Sejak tinggalkan zaman remaja yang asyik dambakan hiburan semata, dah jarang sangat nak berkongsi kisah. Kiranya dah reti nak bahagi, mana patut share, mana patut tak boleh share lah. Kalau dulu, semua benda nak share. Tu sebab gambar kad nama, benang nama aku asyik keluar kat page Pen Merah, Sukan Star dan seantero nya. Buat malu je.

Baiklah, ni nak cerita pasal movie Hindi;  Highway (2014). Aku tengah kemaruk, hari-hari tengok kat laptop, hari-hari dengar soundtrack movie ni. Ish ish, dan tambah lak dah jatuh cinta dengan hero filem ni, Randeep Hooda. Kahkah, macam budak-budak. Korang pergi la tengok filem ni, cari la online ke, takpon tunggu kat Astro Citra 131 (macam la ada orang baca kan). Mula-mula tengok filem ni kat Astro Citra la.
And you know what? I am not okay with it. A world where all this keeps on happening. Where you can’t tell the truth from the lies.
So I don’t want to be sensible. I may be a fool, I may be terrible, but I’m not one of you.
And I’m not coming back.
–Highway (2014, dir. Imtiaz Ali); India through film
Jalan cerita simple, latar belakang sangat cantik! Selalu tengok filem Hindustan, samada tunjuk India tu sesak atau banyak shooting dekat luar negara kan. Tapi dalam Highway ni, memang tunjuk India tu sangat cantik. Soundtrack sangat best, tapi ada satu lagu, Patakha Guddi , asyik sebut Ali berulang2. Yang buat lagu-lagu filem ni, A.R Rahman, so, if-you-know-what-i-mean la kan.

Sebenarnya iols tak reti tulis review. Yang boleh aku tulis adalah aku berpuas hati dengan filem ni.
Jalan Cerita : ★★★★★
Soundtrack : ★★★★★
Pelakon : ★★★★★
Ending : ★★★★

Kalau dulu, bila tengok ending filem yang buat hati aku luluh, memang berhari-hari akan ingat dan mula la "kenapa ending macam tu, kenapa dia mati, kenapa dorang tak kawin" bla bla bla. Tapi bila tengok Highway ni, "yeahh, memang sedih, tapi aku pasrah."  

Because life is not always a happy ending. 

Sekian. 

0 Flowers: