Assalamualaikum, hahaha rasa awkward sangat menulis kat blog sekarang. Dah lama. Last post waktu Merdeka tahun lepas. zzzz... Pemalas betul. Tapi yela, membaca buku, paper pon dah jadi perkara luar biasa, inikan pulak nak taip-taip kat blog ni. Hidup makin sibuk. Kerja, balik, makan, tido dan berulang. Okay, nak cerita pasal aktiviti tahun ni.
Bulan Mac haritu, diberi peluang untuk pergi Kuching Sarawak untuk pertama kali. Alhamdulillah. Bukan tujuan berjalan mahupun holiday rehatkan badan, tapi atas tuntutan kerja (cewahhh ayat dewasa gile)..Dapat la dok sana 4 hari 3 malam, tidur kat Hotel Merdeka Palace yang cool sebab dekat dengan Parkson dan tempat shopping. Dapat beli kek lapis (ofcourse la orang pergi Sarawak mesti beli kek lapis) di Mira Cake House di seberang Sungai Sarawak. Aku beli dalam 13 biji kek. Lengoh tangan hangkut -,-
Dan lagi satu, pergi Kuching kena la tangkap gambar dengan tugu Kucing, kalau tak orang tak percaya ko pergi Kuching hokey. Selalu orang tangkap dari depan, tapi aku tangkap gambar dari belakang, ada anak-anak kucing tuh. Waktu pergi naik Air Asia dan balik naik MAS (seram betul rasa sebab waktu nak sampai KLIA dia bergetar-getar =,=).Kesimpulan, orang-orang Sarawak yang kami jumpa memang baik-baik dan sangat peramah dengan pelancong. Rinduhhh. Apa-apa pon ini semua rezeki, engko ingat ko mampu nak pegi melancong naik kapal terbang kalau takda orang sponsor grrr zzzz.
Dannn, minggu lalu (cuti Hari Pekerja), aku Fatin Dello Melin telah pergi ke Melaka Negeri Bersejarah sebab attend pernikahan dan perkahwinan Sue. Semua cantik, Sue ofcoz cantik, baju cantik, majlis just nice dan terkesima sebab ada Malam Berinai. Malam Sue nikah tu, pengantin laki terus datang rumah bersanding untuk Malam Berinai. Haaa, tempat korang (negeri lain) macam mana. Siap bunga api semua. Aku kagum sebab kat Perak, pengantin laki datang esoknya untuk Majlis Bersanding. Okay la, akhirnya geng kami ada jugak yang kawin akhirnya. Geng orang lain siap beranak pinak dah.
Dannn, inshaAllah hujung bulan Mei nanti akan pergi Cherating Pahang, macam biasa urusan kerja (kalau saja nak keluarkan duit memang tunggu kawin nanti je la). Dannn, Dello kawin nanti inshaAllah berjalan lagi aku. Dann, Melin kawin nanti pergi Penang pulak. Hahah. Bila iolls nak kawin ni.
Okay bye uoolls. Wassalam.
p/s: Itu je isi aku, tak best langsung (=,=)
0 Flowers:
Post a Comment