2021 | Miss Durian Runtuh

Aug 24, 2021

Hari Hujan

Assalamualaikum. Harini hujan lebat wei.Lepastu balik kerja tadi tak tapau.Padahal kat rumah, ikan ayam apa semua takda. Ada telur je. Jadi harini goreng telur dadar dan sambal terung petai. Perghh,mantul.Cili tu memang kisar kasar je,tak blend sampai halus. Bismillah.

Aug 21, 2021

Masak dan Makan

Assalamualaikum. Saja nak share lunch box. Lunch box la sangat oii. Nasi putih,telur dadar,sambal sotong dengan petai,kailan ikan masin dan buah jambu batu. Sedap jugak aku masak weh.hahaha cumanya sambal sotong tu warna dia tak cantik merah. Taktau la kenapa cili blender jadi warna kusam je,tak merah menyala. Janji sedap lah,hihi.
Pasal kailan ikan masin tu,ada kisah disebaliknya. Pegi kedai,aku tak tau nak beli ikan masin apa utk masak dengan kailan. Sekali ada makcik tu tengah pilih ikan masin. Aku pon tanya,makcik ni ikan masin apa? Makcik tu jawab,ikan gelama. Pastu aku tanya lagi,kalau nak masak dengan kailan kena ikan masin jenis apa?Makcik tu jawab,ikan tenggiri,dia dalam paket,pegi cari kat luar kedai tu. Ahahahah so jangan malu tanya sebab dah memang ko tak reti masak.Jadi lepasni pandai la sikit kan. Hihi. Okay lah,bye.

Aug 19, 2021

Setelah Kepergianmu

Just want to share some words i read yesterday

Aug 12, 2021

4 Tanda Jodoh

1.Memiliki sifat yang sama.
Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga). (Surah An-Nur ayat 26)

2.Merasa tenteram.
Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. (Surah Ar-Rum ayat 21)
 ۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚۚ
3.Diterima keluarga. 
(Allah) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan dari jenis hewan ternak pasangan-pasangan (juga). Dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Melihat. (Surah Asy-Syura ayat 11)

4.Memahami kita.
Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan ayat 74)

Sebenarnya ada orang bagi video tiktok pasal 4 jodoh ni.Tapi nak share video tu tak boleh pulak pakai handphone.Hihi. so,boleh tengok kat instagram ni https://www.instagram.com/reel/CRbODyQpnjj/?utm_medium=copy_link

Aug 9, 2021

Kecewa

Sejujurnya,ketika ini,aku tiada perasaan.
Hatiku kosong.Kosong.
Tiada rindu.
Tiada suka.
Tiada gembira.

Aug 4, 2021

Kisah 4 Ogos

Assalamualaikum semua.Jom makan. Harini goreng ikan,terung berlado,timun cicah tempoyak. Tengok nasi ku,teknik masak dalam mug je sebab makan sorang. Nak elakkan nasi jadi kerak.Hehe. Harini rasa kelam kabut. Pagi-pagi dah pi Hospital Teluk Intan,ada temujanji Klinik Orthopedik. Tapi musim pkp tak berkesudahan ni,tunda la temujanji nya. Balik gitu je la. Apa-apa pun,semua ok-ok je. Alhamdulillah. Ok bye. Hihi

Jul 24, 2021

Kalau Lapar,Masaklah!

Assalamualaikum semua.Selamat hujung minggu. Harini Nazirah masak nasi minyak,ayam masak merah dan jelatah.Cumanya jelatah tu takda nenas,nazirah letak tomato๐Ÿ˜….Jadi lah,takat nak makan sorang kan. Sebenarnya,nazirah tak  berapa reti masak. Memasak ni satu benda remeh bagi aku.Nak prepare bahan,nak masak pulak makan masa berejam.Tapi makannya setengah jam setel. Cuma baru-baru ni ada suntikan semangat nak memasak. Baru tau teknik,baru kenal bahan. Nak masak bukan takat campak-campak,tapi cara potong kene betul,teknik kena ada. Macam nak buat eksperimen. Banyak membaca dan tanya orang jugak,lantak pi la umur aku dah 32 pon,buang malu tu tanya kakak,abah,makcik,kawan-kawan.Hehehe.
Sebenarnya banyak gambar masakan aku tangkap,tapi segan je nak share.Last nya gambar tu ke tong sampah juga.Takpe la,bak kata Khairul Aming,"kalau aku sorang memang taklah aku nak masak". Maybe satu hari nanti bila ada orang sudi nak makan,aku rajin lagi nak masak kan. Bye.

Jun 15, 2021

I still love myself

Dekat tapi jauh.
Masih dan perlu sendiri.

Assalamualaikum semua. Sekarang rasa tak cantik tapi masih confident. Eh,ada ke perasaan rasa tak cantik tapi confident? Ye,aku rasa tak cantik sebab kulit tak flawless, rambut banyak gugur dan semalam bibir kering (macam-macam hal lah). Dah cari minyak rambut tapi maybe sebab over use,makin banyak pulak gugur. Jadi,minggu ni taknak shampoo dan taknak pakai minyak rambut (tapi masih basuh rambut). Biar rambut ku rehat. Walaupun rasa tak cantik,tetap confident. Tidaklah daku sampai tak keluar rumah,masih lagi makeup bila pergi kerja. Masih lagi berdandan. Cumanya masih mencari skincare dan rawatan rambut yang sesuai. Adoi payah la jadi perempuan single. Kalau dah kawin, kalau kurang lawa pun ada orang tengok hari-hari. Hehe. Baiklah,bye.

Jun 10, 2021

Wanita dan Jodohnya

Assalamualaikum semuanya.Sekarang ni isu hangat pasal Dr. Muhaya. Nak tulis dalam facebook atau twitter,ramai orang,dan aku tak suka nak share pendapat bertulis dalam platform yang ramai pemikir.Sekadar nak share di blog je.

Hasil pembacaan aku 2 hari ni,kesimpulannya,kalau wanita itu terlebih pandai,wanita itu akan jumpa 3 jenis ini;
1.Lelaki menghargai dirimu.
2.Lelaki jadi insecure (rasa tak selamat,tercabar).
3.Lelaki jadi biawak hidup senang lenang tumpang kesenangan perempuan (sebelum kawin pun ada je yang suka ambil kesempatan).
Terlebih pandai tu pecah pulak kepada tahap pendidikan,sikap & kemampuan berdikari.

Faham apa yang Dr. Muhaya cakapkan tu.Tapi netizen pun faham dari pelbagai pemahaman,mengikut point aku di atas.Semua pendapat adalah betul.Tiada yang salah. Isu ni jadi panas sebab ayat buat bodo-bodo sikit tu. Bagi aku,kita orang perempuan kena pandai menilik keadaan. Bila masa nak pandai dan bila masa nak acah-acah tak pandai.Hihik.

Pasal lambat kawin tu,bila  perempuan dah lama single dan boleh buat semua benda,memang dia rasa tak perlukan lelaki dalam hidup dia.Tapi percaya lah,setiap perempuan nak dimanja,diberi perhatian dan disayangi,hanya lelaki berani saja yang akan menarik perhatian,dan hanya lelaki yang sesuai akan bertahan dengan seseorang perempuan itu..Jadi,jangan segan nak berkenalan.Mohon jangan ambil kesempatan atas kesenangan perempuan tu pulak ya.

Pasal hormon pulak,taktau nak komen sebab aku rasa dulu pun aku kurang hormon estrogen.Boleh nampak difizikal dan period.Sekarang dah okay kot lepas berat badan dah turun.Hehe.Dan hormon ini membuatkan aku lebih happy maybe?Kalau tak moody aje. So,betul la kot boleh tarik jodoh cepat.

Pendapat orang dah kawin?Katanya biar la "bodo-bodo sikit","lemah sikit","manja-manja sikit",pendapat anda lari tajuk sebab Dr. Muhaya ni sembang pasal perempuan bujang.

Apa-apa pun,jodoh adalah takdir,ketentuan dari Allah.Rahsia Allah.Ada yang kawin muda,kawin di usia senja,ada yang kawin berkali-kali,ada yang kawin seminggu kemudian pasangan meninggal dunia dan lain-lain.Perkahwinan adalah perjudian.Kita taktahu apa kita akan dapat dan hadap. Cumanya jangan takut nak kawin dan menidakkan takdir (itu pesanan abah pada nazirah).

Semoga berjumpa lagi.

May 31, 2021

Hello June

Assalamualaikum semuanya.Walaupun takda pembaca. Alhamdulillah,esok sudah masuk bulan Jun 2021. So,esok mula la total lockdown ,PKP 3.0. Jadi,Nazirah nak share mesej yang Nazirah dapat petang tadi dari Penolong Kanan HEM. Cikgu akan bersara esok. 1 Jun 2021,setelah lama berkhidmat sebagai pendidik. Terima kasih cikgu atas doa dan pesanan pada Nazirah.
Actually,banyak nya hal di tahun 2021 ni. Terlalu pantas dan buat kepala Nazirah pening. Betul la tu, kena mohon petunjuk dari Allah,supaya hatiku tenang. Baru 5 bulan kot. Huhu. Apa-apa pun,semoga kita menang lawan covid-19. Dan keluarga kita sentiasa dilindungi dari wabak ini. Aamiin. Bye all.

May 3, 2021

Emosi Tenang

Assalamualaikum semua. Sekarang rasa nak meluah perasaan di blog je. Sebab takda sapa baca, kecuali kakak. Hai kakak. Heheh. Nak tulis di FB,IG,Twitter, ramai kawan pulak. Sekarang aku melalui fasa yang, satu ketika dulu aku beria-ria nak. Tapi sekarang bila 'bakal' dapat, aku pulak yang tak rasa excited. Faham tak faham? Sebenarnya apa yang aku nak? Jadi sekarang aku menanam mindset, kalini aku berkawan, taknak ada perasaan berharap dengan orang. Berdoa dan berusaha ubah perangai je. Terima kasih atas pelajaran yang lepas.


Lagi satu, jadi orang perempuan ni, banyak kerenahnya. Semoga ada orang yang tahan dan faham dengan perangai dan emosi aku. Sekarang ni kurang banyak dah emosinya. Sebelum ni tak kira awal,tengah, hujung bulan, asyik nak sensitif aje. Orang pun tak tahan. Maafkan kita. Tapi bila aku fahamkan, sebenarnya manusia takkan dapat penuhi permintaan dan kehendak hati kita. Tuhan je yang tahu apa dalam hati kita. Doa banyak-banyak minta petunjuk.




Apr 21, 2021

Mood dan Puasa

Assalamualaikum semua!Salam Ramadhan.❤
Semalam mood ke laut.Asyik overthinking.Cukup la Nazirah,ko dah tua kot.Dengan sakit perutnya.Bila dah malam aku terfikir,eh dah berapa hari bulan?Cek notes,ohh dah time of the month.Patutlah Nazirah "gila".Itulah perempuan bernama Nazirah,setiap bulan pun akan lalui tapi tetap tak pernah nak belajar.Bila dah tersedar,tergelak sendiri.
Alhamdulillah,pagi ni bangun dengan mood yg bagus,sahur,subuh,bersiap pergi kerja.Turun dari rumah,tengok tayar keretaku ๐Ÿ˜ญpancit.Alahai,ini semua balasan. Tapi syukur Alhamdulillah,ada kawan² sekerja yg prihatin dengan Nazirah yg bujang merantau di tempat org (padahal 2 jam je dari ipoh๐Ÿ˜…),tolong tukarkan tayar,dan tolong bawak pergi tampal tayar sampai setel.Terima kasih korang.Semoga Allah membalasnya dgn setinggi-tinggi ganjaran di bulan Ramadhan ni.Truly gentlemen.๐Ÿ’๐Ÿค 

Sekian ,kisah 9 Ramadhan ku.Semoga yang baik-baik untuk semua.Aamiin.๐Ÿฅฐ

Feb 1, 2021

Salam 2021

Deok Sun. How do you feel? Instead of other people liking you, who is it that you like? You’re so clear about the way you like to eat sweet potatoes. Don’t you have a type of person you like? You can like someone instead of someone liking you, right? – Ryu Dong Ryong


Assalamualaikum semua (padahal aku je baca)๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Tiba-tiba teringat quote Dong Ryong ni. Kenapa ya, kita asyik fikir,siapa nak suka kita, macam mana kita nak match dengan apa yang orang tu suka? Padahal kita pon layak untuk memilih mengikut ciri-ciri kita kan? Apa-apa pun, berdoalah semoga setiap pilihan kita diredhai oleh Allah. Take care. Semoga corona cepat-cepat pupus dari muka bumi ini.๐Ÿ’œ

Credit : Cantabilelife